Ada tak orang yang tak makan ayam kampung..
Makan ayam bandar... je?
Aku sukaaaaaaa.... sangat mkn ayam kampung, berbanding ayam daging/bandar
Bila tau je aku nak balik, Ayah dah sembelih 2 ekor ayam kampung
sebab ayah tau, kami anak beranak memang suka ngan ayam kampung
Tapi kali ni Mak suruh aku cabut bulu ayam
sebab mak tak sempat ada hal kat umah jiran katanya.
lama giller aku tak cabut bulu ayam ni.
kena celup celup ayam dalam air panas, baru boleh vabut bulu
sambil cabut sambil dok nyembang , habis ibu jari aku luka kena taji ayam
tu la, cabut bulu ayam menyongsang, sape suruh..
mcm mana pun selesai jugak la 2 ekor ayam ku kerjakan bulunya.
lepas siap cabut bulu ayam, tunggu mak aku balik dari umah jiran pulak
sebab aku tak pandai nak layoq ayam tu
kang hangus baru tau
mak aku le yang layoq. tengok le taji ayam kat kaki dia tu
ke main tajam lagi,
kena ibu jari aku pun dah luka, cam no la dorang dok wat laga ayam tu kan
Ayam Mak aku memang jenis ayam sabung
sampai ada suatu hari tu kan, jiran mak aku jugakla yang curi bapak ayam
pas tu dorang gunting ekor ayam tu, supaya mak aku tak kenal ayamnya
semata mata nak kacuk ayam tu
nanti leh la dapat ayam sabung mcm ayam mak aku.
Bila mak aku lalu je kat umah jiran tu,
terus ayam mak aku datang kat mak aku ( bau tuan dia)
hambekkk... terbongkar semua rahsia. pepandai curi ayam mak aku sangat.
mak aku ke main bising lagi..
tapi kan.. bising bising mak aku kat jirannya tu
aku tengok sampai hari ni dorang ok je.. baik pun
best kan jadi org kampung.
muafakat..
Note: menu ayam tak de gambar, sebab kusyuk melantak. kui kui kui