Hari ni aku nak berkongsi dengan korang berkaitan dengan sejenis tumbuhan
loghat kedah cakap " Kulat sisiaq"
atau Nama Saintifiknya Schizophyllum Commune
Ada satu rancangan makan makan kat TV berkaitan Makanan Eksotik
dan.. dalam salah satu episod yang aku tengok tu
dorang masak Cendawan kukur ni
Adakah Cendawan kukur atau Kulat Sisir ni di kategorikan sebagai Makanan Eksotik?
kredit photo daridapurnasya.blogspot.com
Khasiat Cendawan Sisir @ kulat Sisir
Mungkin kita tidak mengetahui bahawa ada laporan yang menyatakan cendawan ini mempunyai banyak khasiat termasuk bahan 'Schizophyllan'
iaitu bahan Anti-tumor dan anti kanser. Bahan ini juga meningkatkan
tahap immune badan serta anti radangan, anti-bakteria, anti-parasit dan
membantu dalam melindungi hati.
Semasa zaman kanak kanak dulu aku suka la kutip kulat sisiaq ni kat pokok getah
yang telah di tebang untuk di tanam semula.
Tapi sekarang ni mcm susah sangat nak jumpa pokok getah
yang telah di tebang di biarkan..
kebanyakkannya dorang akan jual untuk di jadikan perabot.
Sedih sangat sebab anak anak aku tak berpengalaman nak mengutip
kulat sisiaq ni. Buat masa sekarang ni masih lagi ada di jual di pekan pekan Nat/Pekan hari
peluang nak berjumpa dengan orang yang jual tu sangat sangat tipis ok.
kalau ada tu kira rezeki la.
kredit to : mychintahaty.blogspot.com
Aku dan my hubby memang suka benar akan cendawan sisir ni
boleh di buat masak lemak cili api dan goreng kunyit je.
kalau korang makan sambil pejam mata
mesti korang akan ingat korang makan daging yang dicincang halus
memang rasanya mcm daging.
walaupun nenek aku ada sawah padi, tapi aku di besarkan di kawasan kebun getah
so, kulat sisir ni kira " memang makanan aku... memang makanan aku...
Petua memasak Kulat Sisir
Sebelum nak masak tu, sila rendam 1-2 jam kulat tersebut
untuk memastikan yang segala kotoran di kulat tu tertanggal
sebab kekadang ada benda asing jugak yang lepak kat kulat tu
dah kulat tu pun kecik je, memang tak nampak di mata
bilas dengan air berkali kali sambil selawat..
cara ini jugak dapat mengelak dari korang makan kulit pokok getah tu. hahahahaha..
Note: Bila hati teringat rasa rindu...