Wednesday, May 15, 2013

Cendawan Kukur @ Kulat Sisir

 Hari ni aku nak berkongsi dengan korang berkaitan dengan sejenis tumbuhan 
yang bernama Cendawan kukur atau nama glamournya " Kulat Sisir"
loghat kedah cakap " Kulat sisiaq"
atau  Nama Saintifiknya  Schizophyllum Commune

 

Ada satu rancangan makan makan kat TV berkaitan Makanan Eksotik
dan.. dalam salah satu episod yang aku tengok tu
dorang masak Cendawan kukur ni 
Adakah Cendawan kukur atau Kulat Sisir ni di kategorikan sebagai Makanan Eksotik?
  


Khasiat Cendawan Sisir @ kulat Sisir
Mungkin kita tidak mengetahui bahawa  ada  laporan yang menyatakan cendawan ini mempunyai banyak khasiat termasuk bahan 'Schizophyllan' iaitu bahan Anti-tumor dan anti kanser. Bahan ini juga meningkatkan tahap immune badan serta anti radangan, anti-bakteria, anti-parasit dan membantu dalam melindungi hati.

 
Semasa zaman kanak kanak dulu aku suka la kutip kulat sisiaq ni kat pokok getah
yang telah di tebang untuk di tanam semula.
Tapi sekarang ni mcm susah sangat nak jumpa pokok getah
yang telah di tebang di biarkan..
kebanyakkannya dorang akan jual untuk di jadikan perabot.


Sedih sangat sebab anak anak aku tak berpengalaman nak mengutip
kulat sisiaq ni. Buat masa sekarang ni masih lagi ada di jual di pekan pekan Nat/Pekan hari
peluang nak berjumpa dengan orang yang jual tu sangat sangat tipis ok.
kalau ada tu kira rezeki la.

 
Aku dan my hubby memang suka benar akan cendawan sisir ni
boleh di buat masak lemak cili api dan goreng kunyit je.
kalau korang makan sambil pejam mata
mesti korang akan ingat korang makan daging yang dicincang halus
memang rasanya mcm daging.


walaupun nenek aku ada sawah padi, tapi aku di besarkan di kawasan kebun getah
so, kulat sisir ni kira " memang makanan aku... memang makanan aku...

Petua memasak Kulat Sisir

Sebelum nak masak tu, sila rendam 1-2 jam kulat tersebut
untuk memastikan yang segala kotoran di kulat tu tertanggal
sebab kekadang ada benda asing jugak yang lepak kat kulat tu
dah kulat tu pun kecik je, memang tak nampak di mata
bilas dengan air berkali kali sambil selawat..

cara ini jugak dapat mengelak dari korang makan kulit pokok getah tu. hahahahaha..



 Note: Bila hati teringat rasa rindu...

Kuih Dangai

Malam sebelum aku balik dari kampung, aku telah pun bermimpi.

yang aku makan kuih "Dangai" dengan sedapnya..
segar terasa di tekakku ini yang kuih dangai tu
berjalan jalan di lorong esophagus ku.
sedapppppppp....walawei...


Balik kampung hari tu, aku ajak mak pergi pekan hari
atau kami panggil "Pekan Nat".
mata aku melilau dok tengok kekalau ada orang jual dangai
Mak cakap kat ujung sana ada la, dah mai lewat..habih dah kot.
sedih.... tersangat sedih..
seketika aku masih berkhayal dengan rupa paras si Dangai yang betul betul
telah menggodaku.

Putus asa sesangat sebab kat Penang ni, susah benor nak jumpa dangai
waaaaa..... nangis dalam ati jerk.
tetiba aku nampak satu gerai, dah nak tutup pun.


memang dah rezeki aku kot., ada jugak org yang jual Dangai tu
Aku borong semua, yang pastinya "Hot from Oven" lah kan
terubat jugak rinduku pada si Dangai

ha.. ginilah rupa si Dangai tu
korang panggil Apa?
dulu masa kecik, selalu konpius. Dangai dengan Dangau.
hahahaha...


Note: Kuih dangai juga di kenali dengan Kuih Rangin.