Friday, August 2, 2013

Tawakal dan Yakin Bila Berbuka

Rumah aku dekat je pun dengan Masjid. 
So, setiap kali masuk waktu sembahyang, tak de nak ambik kisah nak tengok jam bagai
dengar azan je, dah tau la masuk waktu.


Aku ni dah pandai budget masa untuk masak. 
masak le mcm mana pun, asal jam 7.35pm, mesti semua dah siap.
cuma tinggal nak masukkan air dalam cawan je.


Semalam dalam sejarah tau, lepas aku prepare semua tu
tunggu punya tunggu azan tak berkumandang jugak
tunggu lagi.. tetap tak de azan..

 

Mula la check jam aku, check jam hubby..semua jam yang ada dok chek
semua handfon pun check jugak.
sepatutnya dah boleh berbuka ni
mungkin tok bilal sakit ke, mc ke hape ke..
Diam kejap kami sekeluarga, mana tau kekalau jiran sebelah dah start makan
mesti bunyi jugak sudu bila dorang ceduk ceduk lauk tu
my jiran pun diam jugak.
sah le dorang pun nunggu azan jugakkan..
 
 
Last, aku dengan yakin dan bertawakkal, aku baca doa dan minum
Naiim masih lagi nak nunggu azan, siap tuduh aku batak puasa la
aku wat derk ja.. akhirnya tergugat juga iman si Naiim tu kan.
berbuka jugak la walaupun dah 7:49 pm. ( lewat kan)

then jam 11:49 mlm tu lepas aku kemas kemas dapur, mop lantai bagai aku 
pun keluar nak buang sampah
ha..baru la dengar mikrofon di ketul ketuk
testing testing satu dua satu dua
pas tu cubaan..cubaan.. 

ruper rupernya mikrofon tu yg sakit, bukan tok bilal da..
patut le..diam je magrib dan isya . merajuk le tu
dia pun nak jugak  baju bru bila nak raya kan..kan..




Note: Perkhidmatan Microfon sangat sangat berharga di bulan Ramadhan ni.


Ramadhan - Random Photo pertama

adoi.. rasa mcm tak sempat dah nak kumpul semua satu satu entry
nanti raya nak citer tentang raya la pulak kan.
So.. meh layan random photo ni.
 Ni le kojer budak Aleesya ni. segala kasut di susunnya
then dapat kasut papa..jalan penuh rumah.
saja nak seksa ibu suh mop lantai memalam..

abang asah kaler pensil, dia mabik dan tabur
buat bunga kekononya..
senak haku aih..

 tak smepat nak bagi resipi ayam grille ni
benornya resipinya sama dengan ayam yang aku kukus tu
cuma yang ni aku panggang..
sila check kat SINI utk resipi.

 bila aku sibuk kat dapur Aleesya pulak nak makan nasi
kalau bagi makan tanpa awasan,..
lantai je la yang makan nasi tu..

Aleesya suh ibunya wat overtime sapu sampah setelah selesai masak
duit OT claim kat papa okey!

 Aku gigih wat karamel ni untuk hubby, sebab utama kerana dia memang suker giler ngan karamel
beli kat PARAM mahal sangat.makan tak puas
sebelum dia beralih selera nak makan makanan kat PARAM
lebih baik aku gula gulakannya dengan  air tangan aku.
hahahaha... 

 First day papa kerja malam, Naiim nak makan Nasi Goreng Pataya.
senang kerja kan, tak yah masak ber jenis jenis.
wat nasi goreng bungkus je ngan telur ni.

Cara nak deco ngan sos tu senang je.
Masukkan sos dalam plastik, gunting kat bucu pas tu picit je.
ikut le korang nak bentuk apa pun. hahaha


firstday makan tak puas, request pulak esok harinya.
kali ni mintak letak sos lebih sikit
aku deco secara dua arah la pulak.

Naiim sakit gigi.. mungkin badan panas pas tu kurang air dalam badan
So, kesian kat dia nak kunyah makanan
so, aku ketuk ketuk ayam goreng ni dan potong in slice tuk dia..
hmm... dapatla dia makan ayam goreng walaupun secara perlahan lahan.


Note: ada lagi stock photo yang akan di random sebelum raya ni.