Tuesday, July 30, 2013

Cara Masak Ayam Cantik macam Chicken Rice Shop

Korang pernah tak makan kat chicken rice shop
bila korang order ayamnya, cantik je kan bentuk dia
potongannya tu menawan
bila makan pulak lembut je isinya.
 

Saling tak tumpah.. cara ayam Chicken rice shop dihidangkan
di adaptasikan dari masakan cina.
betul tak? eh tak betul ke?.. ah..lantaklah..

Meh sini aku share ngan korang cara cara nak dapatkan ayam yang super gojes
buat kat rumah je, jimat sket kan..anak anak makan pun puas.
 
Bahan bahan yang di perlukan
Seketul ayam, bahagian pinggul dan paha paling sesuai
2 ulas bawang putih di cincang halus
1 sudu madu
1sudu kicap jika suka.tak mau letak pun tak pe
aku letakkan sikit, sebab tak nak pudar sangat kaler dia
sedikit minyak zaitun
1/2 inci halia di hiris halus

cara caranya
gaulkan semua bahan tadi kepada ayam , biarkan 5-10 minit
kemudian. kukus seperti gambar di bawah
ini utk memastikan yang sos pada ayam tu tak jatuh ke bawah dan teksturenya tak hilang
setelah masak angkat dan potong 
dan ayam anda akan terhasil seperti  di bawah


Petua :- ** jagn over kukus stim ayam tu. nanti isinya akan keras**
**Madu diletakkan utk kilatkan kulit ayam **


Note:Aku buat ayam ni sebab nak makan Koay Teow T'ng!


28 comments:

  1. kalu x de madu n myk zaitun, x pe ke kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak de madu pun tak pe anies, cuma nak bagi kulit tu shining je. then minyak zaitun tu utk kurangkan kolestrol dalam badan. tak nak letak pun tak pe.

      Delete
  2. SELAMAT TENGAHARI
    ANUM BR LEPAS HBS EXAM
    SINGGAH SINI LU

    ReplyDelete
  3. sedapnyerrrrr
    mmg npk ciken rice betul ayam hang

    tp anak2 aku lau ayam cam ni depa x mkn..depa kata eee lembik hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..budak budak gitu la kan.. nak ayam goreng je..

      Delete
  4. Waahh sedap tgk ayam tuh.. cantik jer..

    TQ share resipi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap kak. cubalah.. simple je kan caranya

      Delete
  5. kak ayam akan jadi keras ke klu kukus lama?..sbb tak pernah lgi kukus..hri tu zara pernah mkn nasi arab dia punya aym lembut sgt..depa letak dlm microwave ke?

    ReplyDelete
  6. da lama cari resipi nak buat ni..owh upernya tambah madu..patut berkilat ja ayam depa

    ReplyDelete
  7. memang serupa macam kat chicken rice tu..bunda suka juga makan kat chicken rice tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. T pun suka... dishes dia semuanya sedap sedap belaka kan..

      Delete
  8. oo...kukus aje ke??
    ingatkan kena goreng pulak lepas tu..
    Yg makan kat chicken rice shop tu...ayam kukus laa, ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dorang kukus je kak. menurut kata bos T la. resipi pun dia yang habaq mai.

      Delete
  9. hambopi..
    andaikata semalam daku tak mkn lagi satay
    harusnya menitik2 air liur ni kat meja opis..
    fulamak
    terbaeklah ayam ko ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..ko pun apa kurangnya..baru je usha .. ayam ko pun sangat menguirkan. ish.. ayat bahaya ni " ayam mengiurkan?"...hahahaha

      Delete
  10. aiya.... tak menahan nengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. stop.... ok.aku dah menahan ko ni. ok ker gini?

      Delete
  11. penah dengar petua bg shining letak madu.. kite suke ayam yang kaler gelap2 sikit.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul pun kan petua tu. shine bright like a diamond . hahahaa

      Delete
  12. selalu masak ayam berempah je tak buh madu....nanti nak cuba

    ReplyDelete
  13. salam sis..
    anna pernah makan..
    memang sedap sangat.. :)

    ReplyDelete
  14. Wah cantinya kulit ayam tu..nampak sangat yummy..thanks wantie for sharaing..mana tau nak cuba nanti..

    ReplyDelete
  15. aiza mesti cuba ni.. nampak sedap kak.. :D

    ReplyDelete
  16. Senang jer kekdah dia. tapi I kalau potong ayam confirm barai. haha

    ReplyDelete