Sangat sangat takut bila susu formula tercemar kan.
Mana taknya, ianya melibatkan nyawa anak tersayang
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd
(Danone Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex
Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna.
"Keselamatan pengguna adalah keutamaan utama kami. Tiada produk yang diuji dan dijual di Malaysia menunjukkan sebarang pencemaran, tetapi dengan maklumat terbaharu yang diterima daripada Fonterra, kami membuat keputusan untuk mengambil langkah berjaga-jaga menarik balik kumpulan tertentu produk kami," kata kenyataan itu.
WPC merupakan bahan dalam formula bayi, susu tepung dewasa dan minuman sukan.
Dilaporkan bahawa produk-produk itu dieksport dari New Zealand ke beberapa
negara termasuk Malaysia.
Maklumat terbaharu itu juga menunjukkan bahawa
beberapa bahan yang dibekalkan kepada Danone Dumex mungkin dicemari. Atas sebab
itu, Danone Dumex mengambil langkah berjaga-jaga di Malaysia.
Produk yang ditarik balik ialah Dumex Dupro Step 2 dengan nombor batch
04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1,
04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2,
05223B1, 05223B2 dan 05233B1; Mamex Cherish Step 1 dengan nomobor batch 06103T1,
06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1; Mamex Explore Step 2
dengan nombor batch 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2; dan Bebelac Step 2
dengan nombor batch 05023R1 dan 05033R1."Pengguna tidak boleh memberikan produk dengan nombor batch itu kepada bayi.
Jika anda telah menggunakan produk-produk itu untuk bayi anda dan bayi itu menunjukkan tanda-tanda sakit, hubungi segera pakar perubatan sebagai langkah berjaga-jaga," kata kenyataan itu.
Danone Dumex memohon maaf atas kesulitan disebabkan perkara itu dan pengguna yang memiliki produk-produk itu boleh menghubungi Careline di talian 1-800-38-1038.