Monday, August 5, 2013

Danone Dumex tarik balik Duamex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore, Bebelac

 Sangat sangat takut bila susu formula tercemar kan.
Mana taknya, ianya melibatkan nyawa anak tersayang


 

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga untuk pengguna.


Danone Dumex, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata Fonterra memaklumkan Danone Dumex Malaysia bahawa satu daripada ramuan mereka mempunyai potensi isu kualiti.
"Keselamatan pengguna adalah keutamaan utama kami. Tiada produk yang diuji dan dijual di Malaysia menunjukkan sebarang pencemaran, tetapi dengan maklumat terbaharu yang diterima daripada Fonterra, kami membuat keputusan untuk mengambil langkah berjaga-jaga menarik balik kumpulan tertentu produk kami," kata kenyataan itu.
 
Semalam pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan amaran mengenai ''whey protein concentrate'' (WPY) dalam keluaran Fonterra kerana disyaki dicemari dengan Clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
 
WPC merupakan bahan dalam formula bayi, susu tepung dewasa dan minuman sukan. Dilaporkan bahawa produk-produk itu dieksport dari New Zealand ke beberapa negara termasuk Malaysia.
Maklumat terbaharu itu juga menunjukkan bahawa beberapa bahan yang dibekalkan kepada Danone Dumex mungkin dicemari. Atas sebab itu, Danone Dumex mengambil langkah berjaga-jaga di Malaysia. Produk yang ditarik balik ialah Dumex Dupro Step 2 dengan nombor batch 04263B2, 04273B2, 05033B2, 05093B2, 05153B2, 05223B2, 05233B2, 05143T1, 05153B1, 04263B1, 04273B1, 04273B2, 05033B1, 05033B2, 05093B1, 05093B2, 05153B1, 05153B2, 05223B1, 05223B2 dan 05233B1; Mamex Cherish Step 1 dengan nomobor batch 06103T1, 06213B1, 06213B2, 06053R1, 06123R1, 06093T1 dan 06213B1; Mamex Explore Step 2 dengan nombor batch 06093T1, 06123R1, 06213B1 dan 06213B2; dan Bebelac Step 2 dengan nombor batch 05023R1 dan 05033R1.

"Pengguna tidak boleh memberikan produk dengan nombor batch itu kepada bayi.
Jika anda telah menggunakan produk-produk itu untuk bayi anda dan bayi itu menunjukkan tanda-tanda sakit, hubungi segera pakar perubatan sebagai langkah berjaga-jaga," kata kenyataan itu.
Danone Dumex memohon maaf atas kesulitan disebabkan perkara itu dan pengguna yang memiliki produk-produk itu boleh menghubungi Careline di talian 1-800-38-1038.

Nawaitu yang baik Allah Makbulkan.

Seperti yang aku cakap kat korang, aku punya keinginan nak beli 
Pen Digital Quran tu kan..
Bagi aku mahal la harga pen digital tu, tapi... keinginan memang dah sampai kemuncaknya
perkara yang penting, haruslah berdoa mohon pada Allah
agar Allah mempermudahkan segala urusan
dengan ertikata lain, Allah bagi rezeki lebih

 
Akhirnya dapat juga aku memiliki Pen digital Al Quran
Aku beli kat kedai Pak Arab kat Tesco Tengku Kudin

Bagi yang merangkak rangkak membaca Al-quran, memang harus membeli
ada doa, ada nasyid, ada surag muqaddam, ada terjemahan
kalau tak mau baca, tenyeh je kat satu satu juzuk
dia baca habis satu juzuk. kita dengar je

Sambil masak pun boleh dengar al-quran
bacaan dari qari yang terkemuka dunia.

  

selain tu kita boleh rakam bacaan kita dan compare dengan bacaan para qari
nak cepat boleh, nak slow kan bacaan pun boleh.

Aku beli sebab, aku nak upgradekan bacaan aku ni.
Sape tak nak kan, terang benderang di alam kubur..

hhmm.. El, hang tau la kan, duit obon aku pi mana.hahahaha..
lain tahun aku beli obon tu.
"rezeki Allah tu come in many ways"



Aku sebenarnya mencemburui kaum suri rumah di kampungku, dorang ada masa
pepagi pergi belajar al-quran kat usatazah
dorang dapat perbetulkan bacaan...
sangat sangat teringin nak join dorang.... mcm best je bila dorang bercerita kat aku.


Note: Moga aku,suami dan anak anak mendapat manfaat dengan pembelian Pen Digital al-quran ni.

Cara Kurus Dengan teknik Tarik Nafas Panjang



[VIDEO] Turunkan Berat Badan dengan Diet Napas Panjang

Sesapa yang nak diet, pas tu tak leh menahan dengan kelazatan makanan bolehlah guna teknik ni yer.

Seorang aktor Jepun yang memperkenalkan diet baru dengan bernapas panjang.
Miki Ryosuke menemukan diet napas panjang tanpa disengaja. Saat itu, ia berlatih teknik pernapasan untuk meringankan sakit punggungnya. Tapi, latihan pernapasan tersebut membuat berat badannya turun 12 kilogram (kg) dan 5 inci hanya dalam 50 hari.

Ryosuke menyadari temuannya itu, ia melakukan serangkaian cara yang lebih efektif dalam menghirup dan membuang udara, serta menciptakan Long Breath Diet.
Nama teknik yang diciptakan Ryosuke memang agak menyesatkan karena teknik penurunan badan ini tak ada hubungannya dengan diet dan lebih kepada olahraga.

Teknik Melakukan Diet Napas Panjang

Seperti dikutip OddityCentral, Rabu (31/7/2013), dalam melakukan teknik diet napas panjang ini Anda cukup pada postur tertentu, menghirup udara dari hidung selama tiga detik dan membuang napas secara agresif dari mulut selama tujuh detik. Saat itu, gunakan seluruh tubuh Anda untuk mendorong semua udara keluar.

Rupanya, mengulangi teknik bernapas selama dua sampai 5 menit setiap hari akan membantu Anda menurunkan berat badan.


 Note: Boleh tunjuk model yang gemuk gedempol tak?