Friday, October 11, 2013

Last Kopak & Resipi Crunchy Nut/Char Cher Kuaci

Aku dah pun selesai menyiapkan beberapa tempahan untuk raya Aidil Adha
Actually aku tak tau nama spesifik  untuk biskut ni
ada yang panggil Almond Crunchy/Char Cher Kuaci/Crunchy Nut.

Pada mulanya dah siap 2 balang. satu untuk Mak  sendiri satu untuk mertua
Pas tu hubby merayu rayu lak kat aku suh wat sikit kat my step Mom
sekaligus la suh wat untuk kat umah sendiri jugak.

Alhamdulillah, Lepas Raya nanti tempahan ada jugak
nanti balik Raya pun kena shopping barang barang nak wat sekut ni. hahahaha


Aku memang nak bagi resipi ni kat korang, tapi kerana aku tak snap step by step
terbuku je niat tu.
So, kali ni aku ada wat step by step. harap harap kome leh cuba sendiri
then dapat makan sampai lebam!!!!


Resipi Crunchy Nut/Almond Crunchy/Char Cher Kuaci

Sebungkus serbuk Florenta 500g
500gram badam
250 gram kuaci biji labu
500 gram kuaci bunga mtahari
100 Gram bijan hitam ( aku tak taruk)
100 Gram bijan putih.( aku tak taruk)


ha..serbuk florenta yg dalam bungkus ni le.
kekalau le korang tak kenal pulak nanti

Cara caranya.


gaul semua bahan bahan seperti gambar di atas.
Kemudian, lapikkan dengan pachment Paper
Ratakan dengan sudu. nipis je tau.
kemudian Bakar dalam suhu 160-170 cam tulah
Bila masak ianya berubah rupa sperti gambar dia atas
gunakan spatula untuk pisahkan dari pachment paper
kemudian terus potong.
Ingat potong ketika masih Panas.
suka hati korang nak potong bentuk apa pun
Tapi aku potong square jerk..hehehe..

Dah sejuk masukkan ke dalam bekas.
hehehe..semua org tau. tapi aku saja la nak bagitau sekali lagi...

 Hati hati.. sila buat pemantauan semasa suami anda atau ahli keluarga anda yg sedang makan biskut ini
sebab...... kemungkinan besar, Sorang makan pun boleh habis sebalang.
kalau makan depan TV le, mata tengok TV, mulut mengunyah
Sedar sedar dah tinggal balang kosong.


Aku dah seal semua balang balang ni
bila susah nak bukak, lambat sikit habis.


Note: Bersedialah, Lepas raya masih lagi ada tempahan....


Salam Aidiladha untuk semua. Maaf Zahir dan Batin
Aku ngelat Diet Raya ni. Nak makan masakan Mak sepuas hati...


Is all about Pedestrian

Zebra Cross  

 Lunch time tadi aku ke Tesco sebab nak belikan Pensil Warna untuk Naiim
Sampai je kat satu "Zebra Cross" tu, ada la sorang Pak Cik
Selamba badak je dia cross jalan 
Tak de dia nak tengok traffic light ijo ke merah ke..
Aku dengan sepantas kilat berhenti.
Sekali pak cik tu terkejut, mata terkebil kebil..blurrr semua completed!
Ha.. tu la.. lenkali berjalan jgn main redah je nak lintas jalan
sib baik aku tak langgar..
kalau idak sekali ngan aku aku masuk spital.


Di Tesco
 
Sampai je pintu masuk Tesco, Ada satu Amoy tu, nak cepat jalan pun kelam kabut
terus dia keluar dari tesco melalui pintu masuk
Pak Guard panggil di abuat derk.. ate tak nak layan la kan
Pak Guard pun warga asing.

Sekali Pak Guard tu cakap, dia nak check Handbag la pulak
Naik angin la Amoy tu, ckp dia tak beli apa pun itu la ini la..
Ha.. tu la, org suh kuaq pintu exit ikutla peraturan
ada pintu kecik tepi pintu masuk tu, gatal tak mo guna
Ko nak cepat kan... sekali jadi lagi lambat.
Hambekkkkkkkkkk....
Bukan apa..ada manusia yang susah benor nak ngikut peraturan
teach them a lesson.


On The Road.
gambar sekadar hiasan.
Mak Aku call nak udang kering, jadi aku nak gi beli kat area weld quay sinun
ikan bilis pun sekilo RM16.00 je. Mang kedai tu jual murah la 
Sampai kat traffic light lampu merah la pulak
tunggu la aku ngan panas berbahang ni, tak pe..dugaan puasa kan
lampu tukar hijau je, ada dua orang mamat ni, dok cross the road

ko buta ke hape? 
keta berduyun duyun kat jalan.... ko ingat ko Usain Bolt ke ?
boleh lari lelaju.
ha... hambek. semua bas lori dok horn kat kome berdua.
kalau sambil jalan pas tu lampu tukar ijo lain la.
ni idak.. ko tak tengok dah..main redah je.
Kang orang langgar baru la nak ngadu di aniaya la hep la..



Note: that day ternampak police saman  beberapa buah keta yg potong "Q"
tetiba rasa tersangat la puas ati..

***auto publish.***