Friday, January 10, 2014

Your Day Is Just Around the Corner

Semalam Si Naiim tanya tentang sambutan B'daynya.
katanya suruh aku buat besar besaran... ecewah ko ni dah mcm citer ahmad albab la pulak
aku pun tak decide nak booking tempat ke, nak buat apa ke
kena discuss ngan hubby dulu..

ok..ok.. aku nak recall feeling feeling kejap ye..

Rasanya ni la gambar Naiim yg ada kat entry aku. sebab yang lelain tu ada dalam photo album
tak banyak sangat photo dia masa bayi tu. 

Naiim adalah anugerah Allah yang sangat indah dalam rumahtangga kami
keadaan kesihatan aku yang sangat sangat teruk masa ngandungkan dia..
bleeding dari mula preggy sampailah melahirkannya


Suppose kena on bed je, memang doktor pun cakap chances very slim.
Tapi Allah maha berkuasa, even 8 bulan je dia kat dalam my tummy
cukup sifat dan sempurna akalnya.
ku bersyukur.
  ada iras wajah Aleesya tak? Rasanya tak de kot.Naiim anak yang senang di jaga masa baby
bila dah besar ni mcm anak orang lain jugak le.ada nakal nakalnya.
even aku suffer masa preggy tu, tapi selepas dia lahir, dia anak yang sangat sangat sihat
lahir pun 2.4kg je.. kena induce pulak tu..

then dalam usinya 4 tahun gitu, kami di uji, apabila Naiim tetiba hilang dari pandangan.
dalam kesesakan orang ramai..kami langsung tak dapat nak mencarinya.
masa tu hanya Allah yang tahu.. bagaimana perasaan seorang ibu.

Alhamdulillah, Allah bekalkan akal yang bijak buat Naiim
bila dia pun tak dapat cari kami, dia terus tunggu kami kat Parking kereta.
bijak kan dia.. 

Dan..kami di uji lagi, sewaktu mengandungkan Aleesya..
Tetiba Naiim telah di langgar lari di hadapan mata aku sendiri
tanpa memikirkan yang aku sedang mengandung..ku rangkul anakkku dengan darah berlumuran di kepala
Ya Allah... naluri keibuanku sekali lagi di tebak.

Naiim anak yang baik, dan aku sangat sangat berdoa dan berharap, dia akan menjadi anakku
yang terbaik hingga ke Jannah..

Naiim kerap kali memberi kejutan kepada kami, 
part ni paling best bila dia jadi emcee..hehehe..celoteh mcm ibunya jugak ye dak.?

Bila tengok orang lain ada adik dia pun asyik mintak adik je..
Alhamdulillah, setelah 2 kali keguguran..
dua kali menghampakan Naiim akhirnya Naiim dapat juga adik..


Rasa mcm sekejap je kan . Kejap je Naiim dah nak melangkah usia 9 Tahun.
9 tahun sudah kamu meronda ronda di dalam dunia ni ye..

As per your wish, I try to fullfill okey!.



Note: When the old is waiting us, remember, our young just left us behind..
Be a matured boy while I'm getting old..





**** No matter how hard my day,how bad my life
         what I do..
         I always forget to forget you..
         I willl never forget you...but will always miss you...
         and I  miss you so much


8 comments:

  1. sebak aku baca catatan ringkat pasal naiim kena langgar tu noks...

    ReplyDelete
  2. semoga naim membesar menjadi anak yang soleh Aamiin.

    waa ada bakat jadi emcee ne hehe.

    ReplyDelete
  3. huhuhu touching nya entri ni. smga Allah mmbrkn yang trbaik unt ank2 T

    ReplyDelete
  4. i miss u 234 hehehe
    ye iols pun npk kecerdikan naiim ni
    bertuah ibu bapa dia pya anak yg cerdik cam naim
    dan naim sgt bertuah dpt ibu bapa mcm uols ni
    semoga naiim menjadi insan yg terbaik di dunia dan akhirat
    dan mendapat keberkatan olehNYA

    ReplyDelete
  5. terharu sy kak...dlm usia sebegitu dia boleh berfikir sejauh tu!
    be a good boy naiim!

    ReplyDelete
  6. Bijak Naim.. Moga menjadi anak kebanggaan yer bila besar nanti.. Insyallah..

    ReplyDelete
  7. touching ak beb..
    neway..
    happy birthday in advance buat naim..

    ReplyDelete
  8. Mcm2 jugak ye naiim perlu lalui dlm proses membesar ni..
    semoga tu semua menguatkan dia sebagai anak lelaki yg soleh..

    naiim ni muka dia manisss jer..
    Adik dia muka nakal sket...hahaha...

    ReplyDelete