Friday, November 25, 2011

Dim Sum or Wantan

Sejak aku beli Bamboo Steamer that day


semangat nak buta Dim Sum ni ber kobar kobar
tengok N3 Aku ttg Bamboo Steamer ni kat sini


That day pergi tesco beli la kulit wantan. warna putih & kuning



cenggini la kulit wantan tu
selalunya kat tesco tu dia ada kat bahagian mee


setelah mendapatkan resipi dari gugel & mulut dak dak cina kat office ni, aku pun teringin la nak cuba buat sendiri. Sebab setahu aku kalau Dim Sum Kat luor tu Non Halal


resipi dia senang sesangat. aku tak ikut kuantiti yg betul la
main campur ja ikut sedap tangan.


cam ni la aku bagi tau lebih kurang yer:-



ayam,udang , ubi sengkuang, daun bawang, telur , garam & gula, minyak bijan +olive oil
ayam udang dicincang
daun bawang dipotong kecik kecik
sengkuang di parut
kemudian campur semua bahan tadi
masukkan telur garam & gula ( sikit saja tau)
then masukkan minyak bijan satu sudu & olive oil punsatu sudu gak



Kacau memutar se arah sahaja sehingga melekit
pas tu bungkus cam gambar di atas. kalau tak tau klip renyor renyot cm tu pun boleh
masa nak klip ni kena cepat, bimbang cecair yg kat
dalam tu muntah keluar, jadi terbuka la pulak


yang ni ku buat jenis goreng. sebab kalau stim memang husband tak makan
Biasanya di cicah ngan cili sos atau mustard
Tapi aku pilih cili sos le kemalaysiaan sikit kan..


ok. yang ni dah siap di stim
kena makan panas panas
kalau dah sejuk memang tak sedap ( mulut aku le)



ada yang jadi ada yang tidak klip aku tu.
hahaha.. maklumla first time


kalau korang pandai klip sampai tak terkeleluar intinya, tak yah stim pun tak pa rebus terus. Yang ni baru kelmarin dorang bagi tau kat aku.

pas ni nak buat lagi
nak makan dengan wantan mee plak ala-ala makan kat Old town gitew
Tunggu Aleesya 1 Tahun baru leh makan mee

3 comments:

  1. Wahh bestnyaa..dpt buat dim sum sendiri.. cayok laa.. :)

    ReplyDelete
  2. nti ntk tgk hang pya wantan mee ngan dimsum ni plak mengiurkan

    ReplyDelete