Wednesday, January 4, 2012

Amirul Orientasi

31/12/2011 adalah satu fasa permulaan alam primary school untuk Amirul
Dari alam tadika dia melangkah ke alam sekolah rendah
Aku pilih sekolah yang paling dekat dengan umah
sekolah tu, bukanlah sekolah yang terbaik, tetapi ianya adalah sekolah yang sesuai untuk Amirul

memandangkan ramai kawan kawan sepermainannya besekolah disitu
secara tak langsung dorang boleh jadi mata & telingaku jugak
aku pulak kenal dengan kengkawan Amirul


seawal 7.45 pagi kami bertolak. Amirul pun tak liat bangun. sekali ku kejut dia dah bangun
semangat tul dia tu.

Biasalah la kan, semua seba baru. teringat aku dodulu
seronok betul nak kesekolah

Sesi pendaftaran bermula jam 8.00 pagi. Para ibu bapa kena wat pendaftaran
pas tu dengar sikit taklimat dari guru guru di kantin sekolah

tak dapat nak snap gambar guru, sebab aku duduk kat belakang
guna camera Ho je, kalau ku guna si gedabak tu memang leh zooom le kan

mcm mcm yg cikgu bagitau, terutama ttg karenah budak budak standard 1 ni.
ada yang datang sekolah tak balik balik, ada yang umah dekat, pas tu pi balik berak kat toilet di rumah. ada yang bawa itu ini datang sekolah. mcm mcm lah

mencuit hati pun ada, yang merisaukan pun ada jugak.


ni le para para ibu yang hadir termasuklah aku. kaum bapa pun ada jugak
tapi dorang ni lebih selesa bersandar kat tiang kantin & tengok dari jauhnya

ada berapa org je kaum bapa yang beratur untuk pendaftaran
kebanyakkannya kaum ibu.

hish... 90% proses pendaftaran di serahkan kepada kaum ibu.
pergilah mana mana sekolahpun, kaum bapa akan suruh kaum ibu jugak wat urusan tu semua.
nape ek? dah jadi budaya pulak. Hubby pun sama.

Tapi hubbyu berdiri kat tepi aku, sebab dia yang sediakan cash $$$$. hehehe
sian kan hubby, duit keluar mencurah curah je time ni.

untuk sekolah "KAFA" nanti ibu keluarkan pulak ye. sama sama la kita bergandingan bahu.
seyes aku ckp, memang hubby banyak kuaq duit bulan ni

uitss... Amirul ada peneman upernya
Kakak ngasuh dia pun nak ikut sama + dah ecah ni
nak hantar Abang Amirul pergi sekolah

Kak Mira tu nak pergi beli buku untuk akak Zulaika. Baik noh dia
kalau aku dulu, sendiri beli buku la, tak der kakak ke abang ke nak belikan


Setelah selesai semua, kami pun pergi beli buku untuk Amirul, pas tu beli pulak baju PJ
yang bestnya, kalau ada PJ tu, dorang boleh pakai baju PJ tu di sepanjang
persekolahan. Tak payah dok salin salin
mcm time aku sekolah dulu ni.



Nota :- Amirul ada seat for the Exam. Amirul target kelas "Ibnu Sina".

4 comments:

  1. Cepat ms berlalu kan..rs touching jer bila anak dh school nie...schedule kita pon turut berubah..:D

    ReplyDelete
  2. selamat menempuh alam baru utk amirul... :)

    ReplyDelete
  3. kt sekolah danish ritu rmi kaum bapa...kaum ibu lak bape kerat...hehehe npk kesungguhan kaum bapa di situ..
    budak2 ni biasalah lebih rapat ngan ibu derang berbanding ngan bapa..

    ReplyDelete
  4. tahun lepas baru menyeluruh peraturan pakai baju pj sepanjang sesi seklah hari yg sama ada matapelajaran pj..senang sket. Kalo idak jenoh ler nk menukarnya terutama budak pempuan...

    ReplyDelete