Tuesday, January 3, 2012

Sumpah! Baru Hari ni Aku tau.

tadi aku terjah blog ni link
sungguh aku tak sangka yang selama ni aku ingat aku betul
rupanya meleset sama sekali.

yang hairannya, masa kat sekolah dulu
cikgu pun kata betul. Adakah cikgu pun tak tau mcm aku jugak? ngeh ngeh ngeh


Macam kat blog ni cakap

peribahasa yang kita tersalah faham tu ialah:-

"Harapkan PAGAR, PAGAR makan Padi" sebenarnya
HARAPKAN PEGAR, PEGAR makan padi
perbezaan pada huruf "A" dan "E" dah lain maksudnya

aklu ingatkan peribahasa tu untuk pagar kat sawah padi, upernya tidak
PEGAR adalah sejenis burung. korang tau tak?
kalau korang tak tau, boleh geng la ngan aku. hahahaha

PEGAR adalah sejenis BURUNG yang dibela oleh pesawah untuk menjaga sawah padi mereka drpd ancaman haiwan-haiwan perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya.
Maksud peribahasa ini ialah burung PEGAR yg diharapkan utk menjaga sawah padi tidak boleh diharap kerana bertindak memakan padi milik tuannya.

ha.. ni ler rupanya burung Pegar tu.
seingat aku le, tak pernah ku lihat burung ni
sementelah la, parent aku tak der sawah padi
kalau haiwan yg parking kat kebun getah tu aku tau la.



Peribahasa ke 2, yang tersalah faham pulak ialah
2. Melepaskan BATOK di tangga.

BATOK pula ialah GAYUNG di yang digunakan untuk membersihkan kaki sebelum naik tangga nak masuk rumah (rumah kampung kan ada tempayan kat depan rumah).
Maksud peribahasa ini ialah sikap membuat kerja sambil lewa, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab


Sejak dulu lagi, aku ingat peribahasa ni di tujukan kepada batuk, bukannya BATOK.
tak pernah lak aku terfikir yang kenapa plak
nak lepaskan batuk di tangga
bukankah batuk tu boleh aje kalau nak batuk kat mana mana pun
kenapa mesti kat tangga kan.. kan.. kan...

hahaha.. ( gelak kat diri sendiri)

Benda ni la yang dinamakan BATOK.
hehehe... aku pun tak tau benda ni namanya BATOK.
kalau dodulu aku panggil "CHEYBOK" je menda ni.
korang pangil apa? sama cam aku ka?
kalau sama sila angkat tangan...



Nota:- sesuatu dianggap betul, bila sekumpulan masyarakat mengatakannya betul dan mempraktikkannya. ( istilah ni hanya boleh dipakai untuk merujuk kepada budaya hidup)


4 comments:

  1. Cikpuan rara - terima kasih for the info. memang sebelum ni tak tau pebenda la haku ni. ngok tul.
    hahaha.....

    ReplyDelete
  2. ooopppsss... dah 29tahun idup kat muka bumi ni baru ari ni tau la k.tie hehehhe :P

    ReplyDelete
  3. apa yang saya diberitahu oleh orang tua-tua, sebenarnya bukan BATOK tetapi BETUK yang bermaksud gayung

    ReplyDelete