Saturday, March 9, 2013

Mak memang sweet..

sape suka susahkan mak bapak? sila angkat tangan?
atau angkat kaki blah dari sini... hehehe..

Aku memang tak suka bagi masalah kat mak aku. sebab sayang mak sesangat
so, kalau boleh apa masalah pun aku akan cuba elakkan dari menyemak 
kepala mak aku.
Biar mak aku hidup happy je, tak yah sesak kan otak dia
nak fikir yang berat berat pun kalau boleh aku tak kasi.

Mak aku ni pulak, kalau satu benda baru yg memang dia tak pernah tahu
dia cepat panik. mula la risau sampai tido tak lena
yang bestnya dia akan call atau sms aku
pas tu aku cool down kan dia
kekadang sampai dia pun risau kekalu aku pulak yang tension ngan masalah
cenggitu sekali mak yer..

nak kongsi kat sini
Sila baca entry aku " Perbualan aku dengan celcom" sebelum ni
untuk tahu cerita sebenar.

sebab celcom nak sangat tau jenama phone mak aku 
maka aku pun hantar la sms kat mak .
harap harap mak dapat bagi maklumat yang tepat.

inilah jawapan yg mak aku bagi. 
tetiba tercuit hati aku. kan dah cakap mak aku mesti bagi jawapan cenggini punya
" sila baca kat Nokia , pas tu 50 megapixel" kikikikik
tapi aku bangga, alaupun mak tak sekolah dia still boleh membaca


adik aku yg belikan untuk mak aku , so aku terus la tanya adik aku 
dia pun lupa dah nokia model apa ntah.
mintak tolong abang chaq bukak bateri fon mak tengok model yang betul
makanya aduan telah pun di buat hari ini

sah sah mak salin semula sms celcom. mak tak pandai forwarded. sebab guna tulisan melayu lama

sila baca ayat last tu. Mak aku dah mula risau sebab tetiba dapat mesej ni dari celcom
tu la kan, orang tua ni cepat risau tentang sesuatu isu
tambah tambah cakap aduan, mcm aduan kat police gitu kot..
sian mak aku kan..

memang dah cakap pun aku nak buat aduan kat celcom. tapi, mak tu lupa kot
mungkin dia tak jangka yg celcom nak hantar mesej tu kat dia.

Then yang si celcom ni, aku dah bagi dah pun no telefon aku
sms je lah kat aku. haishhhh...
mungkin dia nak jimat kot sebab fon aku kan line maxis.


Note: harap harap ok la lepas ni. Nak bergayut bercinta ngan mak aku lelama melalui telefon.


** el. rugi guna fon rumah, mostly kami anak anak yg call mak, monthly charges fon rumah tu rimasssssssss.**

Perbualan aku dengan Celcom

Dah hampir 3-4 bulan aku tak dapat nak call mak aku
kalau aku call je, line mesti problem
aku call abang aku pun sama.. dengar suara pas tu putus putus.

masa aku balik kg, semua jenjiran pun cakap
yang line celcom kat sana problem.
Aku tak buat apa apa la sebab bagi aku mungkin salah sorang dari mereka akan buat aduan.
 
ternyata meleset.
kelmarin aku call nak bagitau masalah yg di hadapi oleh penduduk kg aku
pas tu operator tu cakap yg dia tak boleh nak tolong 
kena mak aku yg call baru boleh
sebab dia nak buat trouble shoot kat phone mak aku tu
then nak tanya mak aku phone mak aku tu model apa?
 
 
 
hai.. bukankah u all boleh detect?
kalau tanya mak aku model apa, dia jawab nokia je la
yang lelain tu mana la mak aku nak tau
 
orang tak sekolah mcm mak aku ni kalau tanya ntah hape hape dia akan rasa
menyusahkan betul.. tak payah la buat semua tu. hehehehe...
birokrasi kan..kan..
 
Ya Allah dik, mak akak tu dah 60 tahun lebih
faham pun tak pakebenda troubleshoot tu
kalauaku balik kg, pas tu call celcom sama la jugak tak boleh nak cakap kan.
that why aku call dari Penang ni.
Then dia tak caya bila aku cakap yg semua penduduk kampung alami gangguan ni
aku ckp senang je dik
Why not adik je call mak akak tu atau sesapa ja yg tinggal kat situ
mesti adik dapat jawapan yang tepat.
 signal kat sana memang teruk!!!.
 
then dia cakap lagi, phone mak aku yang rosak kot
adik... tak kan semua phone penduduk kg tu rosak.
kalau ye pun mak akak nak call celcom
boleh bayangkan tak
 
bila dorang suruh tekan 1 untuk bahasa Malaysia
Tekan 2 untuk Bahasa Inggeris semua tu
dia tak pandai, kang tekan tekan semua langsung tak dapat nak bercakap
 
cubalah turun padang
Aku memang risau sebab kalau sakit demam ke hapa ka
kang masalah tu semua.
 
kalau guna h/p untuk sms aja nak buat apa kan.
lagi satu kalau line DIGI ke MAXIS ke kat kampung
memang dah tau teruk
that Why la majority kat sana guna Celcom
 
 
Note: Tak faham aku ngan Customer Service ni.

Langkawi- Jumpa polis kena kepong dengan polis

20/02/2013, 8.00 malam, kami bertolak ke Kedawang
tunggu kat Petronas Kedawang, kejap lagi kawan sekolah hubby tu datang ambik.
sampai je rumah dia borak sakan . 

wife dia pun peramah jugak
wife dia memang orang lankawi, dorang ada 3 cahaya mata
nak try sorang lagi tu, nak try kot kot boleh anak perempuan
dah 3 anak, semua hero..
 tadi Amirul tak mau join, sekarang ni dia join pulak.
Aku tak  snap photo ngan wife dia sebab Wife dia tak bertudung masa tu.
Tak baik la kan tunjuk aurat orang.

anak bongsu dorang pun dah besar. boleh la klau nak ngandung lagi kan
sib baik dia tak jamu nasi, dia jamu Koay Teow goreng. 
sedap...kalau tekak kedah, apa pun yang orang kedah masak mesti suka..

Nama apa ek kawan hubby ni. Fadzil kot kalau tak silap
dia pun intak maaf sebab tak dapat layan hubby datang Langkawi ni
schedule dia penuh dengan aktiviti LTDL.
tak pe la.. dah tolong carikan kereta sewa pun dah ok tu.
terima kasih banyak banyak yer.

Masa on the way blik dari kedawang tu, tetiba Aleesya batuk dan muntah sikit,
Aku cuba lap dengan tuala kecil tu, then dia muntah lagi
aku ambik tisu cover tak boleh jugak.

Last aku suruh le hubby berhenti kat tepi jalan, hubby pulak mcm nak tak nak
aku jerit suruh berhenti jugak,
terkejut hubby sampai  lost control kejap.
Bila berhenti kat tepi je, aku buang semua tisu bekas muntah tu.
Tetiba aku nampak berdesup polis datang attack. kiri kanan  depan polis ngan motor besar tu berhenti
hah.. apa hal pulak..
rupanya dekat sangat roadblock tu di depan, kami berhenti pas tu buang barang lagi
mungkin polis ingat ada yang tak kena la tu.

dari jauh tisu tu kan putih nampak mcm ketulan dadah kot (  imaginasi terlalu tinggi aku ni)
ye la kan, dah nampak polis, berhenti keta pun mnggejut, pas tu buang buang pulak 
ni pengalaman ni. 
kalau hala gun cenggi, pengsan ai tau.

polis tu tanya, kenapa ni berhenti keta tiba tiba,
tak sempat hubby jawab, aku jawab, anak Muntah Encik, sambil aku dok sapu sapu baju Aleesya tu.
hehehe... tu le Aleesya, 
Makan mcm mcm, last perut tak leh tahan, bluwekkk ko muntah.
sib baik polis tak datang neyrap neray ngan senapang
kalau idak kang ngeletor lutut ibu kamu ni.