sape suka susahkan mak bapak? sila angkat tangan?
atau angkat kaki blah dari sini... hehehe..
Aku memang tak suka bagi masalah kat mak aku. sebab sayang mak sesangat
so, kalau boleh apa masalah pun aku akan cuba elakkan dari menyemak
kepala mak aku.
Biar mak aku hidup happy je, tak yah sesak kan otak dia
nak fikir yang berat berat pun kalau boleh aku tak kasi.
Mak aku ni pulak, kalau satu benda baru yg memang dia tak pernah tahu
dia cepat panik. mula la risau sampai tido tak lena
yang bestnya dia akan call atau sms aku
pas tu aku cool down kan dia
kekadang sampai dia pun risau kekalu aku pulak yang tension ngan masalah
cenggitu sekali mak yer..
nak kongsi kat sini
Sila baca entry aku " Perbualan aku dengan celcom" sebelum ni
untuk tahu cerita sebenar.
sebab celcom nak sangat tau jenama phone mak aku
maka aku pun hantar la sms kat mak .
harap harap mak dapat bagi maklumat yang tepat.
inilah jawapan yg mak aku bagi.
tetiba tercuit hati aku. kan dah cakap mak aku mesti bagi jawapan cenggini punya
" sila baca kat Nokia , pas tu 50 megapixel" kikikikik
tapi aku bangga, alaupun mak tak sekolah dia still boleh membaca
adik aku yg belikan untuk mak aku , so aku terus la tanya adik aku
dia pun lupa dah nokia model apa ntah.
mintak tolong abang chaq bukak bateri fon mak tengok model yang betul
makanya aduan telah pun di buat hari ini
sah sah mak salin semula sms celcom. mak tak pandai forwarded. sebab guna tulisan melayu lama |
sila baca ayat last tu. Mak aku dah mula risau sebab tetiba dapat mesej ni dari celcom
tu la kan, orang tua ni cepat risau tentang sesuatu isu
tambah tambah cakap aduan, mcm aduan kat police gitu kot..
sian mak aku kan..
memang dah cakap pun aku nak buat aduan kat celcom. tapi, mak tu lupa kot
mungkin dia tak jangka yg celcom nak hantar mesej tu kat dia.
Then yang si celcom ni, aku dah bagi dah pun no telefon aku
sms je lah kat aku. haishhhh...
mungkin dia nak jimat kot sebab fon aku kan line maxis.
Note: harap harap ok la lepas ni. Nak bergayut bercinta ngan mak aku lelama melalui telefon.
** el. rugi guna fon rumah, mostly kami anak anak yg call mak, monthly charges fon rumah tu rimasssssssss.**