Tuesday, October 12, 2010

XTVT di rumah Niza....

Hari raya ke 4. hohoho citer dah lama, tapi still nak story gak. Niza (kawan sekolah) ajak aku ke rumah dia pada malam raya ke 4, sebab dia wat makan-makan. Tapi sejak petang kami dah kuaq ronda ronda. mengikut kata gieyana ada highway baru nak pi Durian Burung.

Alang alang balik, kami rasmikanla jalan tu. Bila dah patah balik KN, dah magrib. Aku sembahyang kat Masjid KN jer.
Ni ler si Niza.tuan umah yang ngajak aku memeriahkan aktiviti malam raya ke 4 di kampung halamannya di Kampung Seladang Rebah, Pedu.



Then Amirul lak lapar. Agenda kul 9.00 mlm. So kena la bagi puteraku ini makan dulu...
Sian Amirul, lapar.. aku order Char Koay Teow untuk dia. makan sikit jer. aku la yg jadi majlis perbandaran. makan semua balance dia.

hoho.. kemain seronok lagi Amirul kat sana. Kebetulan kawan sekolah dia tu anak sedara si Niza. Apa lagi bersuka sukaan la..

Mula tu malu malu eow...


Si Niza ni plak wat pertandingan kutip coklat. dah sah sah la si Amirul ni kantoi. seumur idup di mana pernah main rebut rebut ni. Org Lain kutip coklat, dia tengok jer. Aku ni pekik punya la kuat suh dia kutip. dia leh jer cakap, sian kat depa bagi la kat depa.... hikssss baik la pulak..

Ada la dalam lima biji jer Amirul kutip. PAs tu dia bagi kat aku. Siap ckp. jgn makan manis banyak sangat, nanti kena kencing manis macam Tok Pendang.

Tengok la tu, org dok sibuk kutip coklat, dia dok kontrol encem lak. Ingat pertandingan Modelling ka ? hai.. anakku sorang ni.


Pas tu kena tiup belon sampai pec ah baru leh dapat coklat dalam belon tu. Amirul siap suh PAPA tiup. ha.. cam ni ler kalau dimanjakan. Selalunya bab Tiup belon ni PAPA dia yg buat. Apa la ko ni Amirul, nampak sangat la yang kau ni juara anak TUNGGAL!!!


Dah besar ni, napa tak pecah jugak. kikikik...


Hohohoho... budak baju ijo ni la yang dapat banyak coklat. ha ko satu baju. lepas ni jgn nangis sakit gigi dah ler...



apa-apa pun memang lain dari yg lain sambutan raya diorang ni. tak sempat lak aku nak snap juadah. yer la ramai sangat org masa tu. Untuk Niza, terima kasih bebanyak la sebab sudi ajak aku sefamilly ke rumah ko. Nak tunggu hang mai umah aku, ntah bila la....