Sunday, October 10, 2021

Mee Tarik Versi Aku

 Aku bukan penggemar mee tarik.Selalunya aku suka masak mee tarik dengan cara aku. Kalau yang jenis sup tu memang tak minat.


Dek kerana my anak dara ni suka sangat makan Meggie Ramen, jadinya aku olah je supaya dapat rasa macam meggie ramen tu. Tapi aku tak guna meggie,aku guna mee tarik.

Jangan tanya aku copy resipi dari mana.Sebabnya aku buat resipi sendiri. Campak je apa yang rasa boleh campak.
Cuma..aku guna sos korea adabi.

Meh nak share
Ayam/daging/sotong ( ikut suka la nak letak apa)
Bawang putih cincang
Sos korea adabi
Madu sket
Kicap sket
Pati ayam sket.

Cara
Rebus mee tarik sampai masak
Then tos kan. Kemudian tumis bawang putih,masukkan sos korea adabi,kicap dan pati ayam.
Upss..lupa nak bagitau,kalau korang masukkan daging.pastikan rebus dulu kasi empuk ya

Lepas dah semua sebati ko masukkan sayur dan masukkan mee tarik yang dah korang tos tu.
Siap..dah boleh hidang dan makan.

Kalau dulu my anak dara suka beli meggie ramen,now dia dah jatuh chenta dengan mee tarik versi ibu dia.

Anak teruna ada kt luar, so aku sengaja la wat status bagi dia terliur. Hahahaha..

Kan dah cakap..
Terus text ibu dia cakap nanak...

My anak anak memang tergila gilakan mee tarik versi aku ni. 
Yer la..mana ada jual kat kedai.Kalau nak makan memang kena goda ibu dulu ler..
Hahahahaha..



Ibu masak tak de la istimewa mana.Tapi..sebab kasih sayang masakan jadi sangat sangat istimewa.