Sunday, September 30, 2012

The era of competitive mothering

adakah anda mengalami konflik dalaman dalam membesarkan anak?
adakah anda pentingkan diri sendiri?
adakah anda seorang ibu yang perasan ?

Mum and baby(Wavebreakmedia Ltd, the Agency Collection ,Getty Images)  

take a challenge for the survey HERE

Mothers, do you have some secrets to share? Take the Mum's Secret Survey HERE - don't worry, your identity will be a secret too! Find out what other mothers think as well, as we reveal the secret results on 29th October 2012 on MSN Malaysia.

 

Saturday, September 29, 2012

bajet 2013

 
Alhamdulillah.. Syukur
ringan le beban 2.7 juta orang rakyat malaysia ye
aku tumpang gembira
 
BR1M 2.0 tu memang best ar..
yang best tu , untuk golongan bujang 21 tahun ke atas
dan pendapatan bawah 2k
adik adik ipar aku, dikategorikan ke idak? harap harap la kan..hehehe..
ramai lagi yang bujang kat kampung tu...
    
KUALA LUMPUR - Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua atau BRIM 2.0 akan diteruskan tahun depan dengan golongan penerimanya bukan sahaja membabitkan 4.3 juta isi rumah tetapi manfaatnya diperluaskan kepada 2.7 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas.
Golongan bujang itu akan menerima bayaran RM250 dengan syarat pendapatan mereka di bawah RM2,000 sebulan.
   
Note: Nak senyum mcm PM dan TPM jugaklah..


Friday, September 28, 2012

Cina Muslim Restaurant

Suatu malam, ada hal sikit kat Queensbay
wanted to buy something.. for sure la kan tak masak 
lepas semua dah selesai kami singgah kat CMR
 sedap ke?
kalau tak sedap sekali je pergi, kalau sedap lepas ni pergi la lagi. ngeee

restaurant ni terletak di D'Piazza Bayan lepas
building berhampiran Sunshine Square
dan dekat jugaklah dengan PISA ( Penang International Stadium Arena)

View dalamanya  memang melambangkan ke cina an la kan
dah masuk restoren cina muslim
tak kan nak nampak mcm restoren India pulak. ngee

My sweet little dotter. Happy
lapar nasi & lapar susu sekali

kami tak de la order banyak dish pun
takut tak habis pulak.

tapi, kat hujung meja sana, aku nampak la
Datuk ( nama tak ingat) hubby tau la
sedang enak menjamu  selera


Order 3 jenis dish aje
cukup la kan
Hubby nak makan ikan steam..

Ikan Merah ke Jenahak pun aku tak sure
sebab hubby yang order
ok la rasa dia. not bad

Tapi.. hubby ckp, Aku pun boleh masak mcm ni
oklah... nanti ibu masak untuk papa K.

itu lah ayat appreciate hubby utk aku
kena sendiri faham la kan
faham sesangat.. dah lama jadi isteri dia kan..

tengok.. licin kami bedal.
nanti nak wat sendiri kat umah

dah hubby puji, kena la buat
hahaha... memang dasar makan puji aku ni

Air  kedondong + asam boi
sodapppppppppp

Amirul order cincau bandung
boleh la..

hubby order teh o panas
Aleesya? Air Masak je la
nanti besar baru minum manis K.


** Masa aku pergi bayar kat kaunter, aku nampak harga yang meja Dato' tu makan.
glupss... RM 935.00 . nak pitam
Tapi bil aku cuma  RM 67.00 aje. ngeee...***


ok la kan, aku bukan selalu makan kat luar.

Setahun Dua Bulan

27/09/2012 genap la usia saya Setahun Dua Bulan.( 14 bulan daaaa)


hehehe... sukanya saya dah setahun dua bulan saya melihat dunia ni.
Apa yang saya pandai buat? macam macam tau

Saya dah pandai sembunyi kunci keta , handfon & barang sekolah abang
saya dah pandai salam sambil cium tangan
cium pipi..

dan yang paling bestttttttt.... saya dah pandai pulas telinga orang
hahaha... semua orang saya piatkan telinga.
banyak jugaklah saya faham apa yg ibu ckp..
kalau abang nonton TV, saya suka suka je tukar channel
kekadang tu, terus off je TV. hahahaha....

main kejar kejar dengan abang yang saya paling suka
bior le jatuh berkali kali pun
saya akan bangun dan lari lagi
kalau orang panggil nama saya, saya akan angkat tangan
dan sebut Aaa....

ibu dah pesan suruh sebut "Ya" bila orang panggil
tapi tak boleh la.. Aaaa.. je yg keluar dari mulut saya ni.

Bila nampak ibu balik kerja, saya akan lompat lompat sambil jerit kuat kuat
sebab... rindu sangat seharian nak BF le..


Note: Saya sangat suka sebab Ibu masih lagi BF saya. Doakan saya sihat dan riang selalu yer.


Thursday, September 27, 2012

Alahai anak anakku.

al kisah Aleesya bila aku demam.

Hari selasa tu, aku gagahkan diri utnuk pergi hantar Aleesya kat bb sitter
then petang tu bb sitter datang jenguk aku yang sedang demam
then dia janji nak jaga Aleesya sampai esok pagi
biar aku rest betul betul

Tak pe lah, Aleesya kan menyusu badan nanti susah pulak bb sitter nak bangun malam 
untuk suamkan susu, so tak payah la..

Malam tu Amirul ke rumah bb sitter untuk dinner sebab aku tak masak
lepas je dia makan terus zzzzzz kat umah bb sitter
makanya tinggallah aku ngan Aleesya je kat umah ( hubby kerja)

bila malam, mcm biasa lah Aleesya selalu main ngan abang dia
bila abang dah tak de depan mata
mencari ke dapur tak de
bilik air tak de
sini tak de, sana tak de.. bila tak jumpa mula la melalak
tangan tu tunjuk pintu je ( ingat abang sembunyi kat luar kot)
memang selalu Amirul usik nak tinggal dia & sembunyi kat tangga kejap pas tu masuk balik
tapi malam tu, tak de.. mestilah adik nangis.

dah pukul 11 lebih, dah kat atas katil pun, dia boleh turun semula
kemudian pergi kat toto abang dia angkat ( kot kot abang sembunyi bawah toto)
tak de jugak 
then dia masuk bilik semula.. kemudian turun katil lagi, pergi kat hall
( kot kot abang nonyon TV)
tak de jugak , melalak lagi mlm mlm buta..



Haish.. dah la ibu demam, Aleesya pulak cari abang tak jumpa jumpa
kepala yg sakit ni jadi semakin sakit..
jenuh nak pujuk...
dah pukul 1.00, aku dah tak tau nak buat mcm mana dah
ambik selimut amirul, suruh dia guling guling atas tu
tetiba aku terlelap
bila aku jaga, Aleesya pun dah zzzzz...

semalam, aku dah warning Amirul jgn nak gedik gedik tudur umah Mak
adik tak boleh tido kalau tak main ngan abang
pas tu semalam ok je dua beradik tu
main sama sama, penat sama sama
last.. lepas abang terlelap kul 11.00
adik pun datang kat aku nyusu dan tido..
legaaaaaaaaaaaa....



Nota : Amirul ni manjakan sangat adiknya, that Y la tak boleh berenggang...

Hantu Bapuk!

hari ini aku nak kongsi satu cerita yang memang melekat dalam ingatanku dan seluruh ahli keluargaku
waluapun dah lama berlaku tapi ianya tetap
menjadi seperti satu kenangan yang pahit dan manis untuk di kenang


suatu petang, ketika hujan renyai renyai di tahun 80 an
di sebuah perkampungan yang agak suram
jalan di penuhi becak tanpa berturap
abang ke dua telah berteduh di sebuah pondok  usang
tetiba abangku rasa nak terkucil,
oleh kerana terlalu sejuk, abang terus je terkucil di atas pondok tu
kurus keding

bila dah magrib baru abang pulang
aku dan abang ketigaku masih bermain
tetiba kami melihat abang keduaku mandi berkemban
pelik!! lelaki mandi berkemban
sudah mandi pun abang masih berkemban
jalan pulak lenggang lenggok, bontotnya yang tak de isi tu
memang lucu sekali

bila abang nak salin pakaian, dia terus ke bilik aku
oleh kerana aksi abang pelik dari biasa, jadi kami berdua asyik perhatikan gelagatnya sahaja
bila kami panggil abang... dia tak jawab pun.. diam jer
gelagat dia mengibas ngibas rambut pendeknya tu pun nampak gelihati

dah dia pakai kain batik mak dan baju kurung kedah mak pulak
sambil jalan dia asyik sebut
"Auw.. saya ni seksi la"
bila dengar je.. kami terus berdekah dekah..
mana taknya
abang aku yang hitam pekat tu, dengan bulu kaki berserabut 
dia boleh cakap dia seksi!!!!

baju kedah
 Mak dah nampak lain dengan sikap abang
dia siap perasap kemenyan
tak tahulah pulak kenapa.

tetiba abang jadi ganas dan dengan rakusnya abang makan semua ketulan arang yang  berbara tu
kami yang tak habis habis dok ketawa berbahak bahak
di suruhn oleh emak utk panggil jiran kat hujung tanah sana tu
sebab kami dok asyik sangat ketawa, terus pelempang sorang satu das mak kasi

bengang telinga kami, sambil tengok kau aku
tapi mak dah suruh kena la pergi panggil Pak Long Hassan
dalam perjalanan tu kami sambung ketawa, lupa dah tentang sakit mak lempang
bila kami ckp kat Pak Long Hassan yang Mak suruh datang umah segera
lambat le orang tua datang, sebab dia tengok kami pun macam main main je
asyik dok  ketawa ketawa tak habis habis
sampai je kat rumah, abang dah meronta ronta manja ngan mak
" Tak mau lah mak panggil orang.. malulah"
kami ketawa lagi, sebab tengok abang ngan baju kurung kain batik bagai
tetiba cakap malu sambil tunduk tunduk muka
apa kes dia ni
meroyan nak jadi pondan ke?
kalau tidak, abang ke dua aku ni memang garang
tak de la nak lembut ngan adik adik
Last, Pak Long Hassan datang dengan Pak Tayed
Si tayed ni pulak dok panggil nama abang aku Awang ... Awang...
lagi la abang aku tak suka siap nyorok nyorok muka dia kat sebelah mak aku
dah ngalahkan orang masuk meminang la pulak.
Bila kami tengok Mak dah nangis nangis
baru kami sedar yang sebenarnya keadaan dah menjadi serious
Kami mula diam.. dan lihat sekeliling
mulut abang masih lagi penuh dengan ketulan arang yang berbara
memang ngeri kami tengok, bila abang kunyah mentah mentah arang tu dan telan
 
kemudian Pak  tayed tu mintak minyak kelapa dan baca  apa ntah
kemudian sapu kat kening abang
mulalah abang dah nak terjun tingkap dan mula tolak semua kaum kaum adam yang kat depannya tu
sebijik macam  adengan piere Andre terjun tingkap.
semua pakat dok tarik tangan abang
terkial kial muka abang kat tingkap tu 
kemudian tayed segah sekali dua
terus abang jatuh lembik... gedebuk
hairan! mulut abang ok je, tak de luka atau berdarah pun
setengah jam kemudian abang sedar
mak pun tanya le abang ada pergi kemana petang tadi
abang citer dia ke pondok depan rumah tok iman tu sebab nak teduh hujan
baru mak faham, sebab tayed bagitau mak yang kat pondok tu
di bawahnya dulu ni 
ada orang tanam mayat perempuan pelacur
masa zaman jepun
dah ramai yang kena
sekarang ni, pondok tu dah tak de dah
tanah tu pun dah dibangunkan
anak tok imam kampung ni yang dirikan rumahnya di situ
mcm mana dorang buat aku pun tak tau la
yang pastinya aura abang kedua ku ini memang lemah
selalu je kena rasuk
nantikan citer dia kena rasuk dengan hantu raya pulak

 Nak citer kat SINI  rasa mcm panjang sangat
jadi buat la entry ni. 

Note:- Bila kami berkumpul time raya ke apa ke mesti nak imbau kisah ni
sian.. abang ke duaku, kejadian ni berlaku dia tak dapat lihat cuma dengar citer kami je la.

Tuesday, September 25, 2012

Maaf

terima kasih kepada kengkawan yang sudi menjengah blog aku ni
hari ni tak dapat nakblog walking kerumah korang
aku di landa demam.

dari semalambadan ni panas je
harap harap esok dah baik.

kalau baik.akan ku terjah blog korang yer.

My Cousin Ummi -bahagian Dua

ok sekarang sesi kami anak beranak makan makan

      
tak de apa nak citer.  usha gambar dah lah

 Aleesya..

feed the sister
tuan tanah ngan ana daranya.

 Aleesya happy je duduk kat papa
senyum dudlu le sebelum nak explore bagai.

 still smile
 Amirul kusyuk makan Apom balik yang ranggup
yang ke berapa punntah le

 aum... 

hahaha... dah mula explore
sabor je la anakku ini

Monday, September 24, 2012

Umat Islam memang pemurah

Sapa yang menonton Majalah 3. pengacaranya Mazidul Akmal Sidik tu?
Aku tengok ok, tapi tak rasa mcm tonton Majalah 3 la pulak
rasa mcm tengok 999. hahaha.. tak pe la kan yg penting isinya mesti bagus.

Umat islam di malaysia ni memang benar benar pemurah
walaupun hanya 10sen kita menderma yang pasti Allah dah tetapkan pahala kan..
bukan jumlah yg di nilai tapi sekeping hati yang iklas dan jujur.



Terkejut aku dengan pendedahan Makcik yang nanyi lagu burung kakak tua ni
pakaian yg melambangkan dia tu orang islam
tapi dia sebenarnya free thinker

Jgn menuding jari ke arahnya, bimbinglah dia, sesungguhnya dia tidak di bimbing dengan baik

aku tak pasti dia berbangsa apa
yang pastinya dia sendiri yg mengatakan yg dia free thinker

Aku rasa mak cik ni dia mempergunaan kemurahan hati umat islam utk meraih keuntungan
dia tahu yg orang islam tu pemurah
jadi dia pun mengubah cara pemakaiannya kekonon dia tu islam
dan meminta sedekah

tak nak citer banyak
aku cuma nak berikan pendapat kat sini

petama:-
Mungkin Allah gerakkan hati Mak cik ni utk menipu. Mungkin kerana sumber ( wang) yang disedekahkan oleh org islam tu, adakah dari sumber yang bersih. Jika wang yang di perolehi tu tak bersih, maka memang susahlah untuk ianya sampai di tangan orang yang baik baik.
fikir fikirkanlah...

Kedua :-
Jika pemberian sedekah orang islam itu adalah dari sumber yang sememangnya baik, Maka I'allah dengan wang yang sedikit cuma, digunakan oleh mak cik ni di makan dan menjadi darah dagingnya.
Jika diizinkan Allah berkat sedekah kita akan mengubah hati Mak Cik ni memeluk Islam
Sesungguhnya, walaupun usianya sudah senja, jika diizinkan Allah dia akan memeluk islam.


Note: terngiang ngiang kata kata suami
"Bila sampai suatu masa kita sudah ketandusan orang susah, si pengemis pun dah hidup mewah
di mana lagi kita nak bersedekah utk mengutip pahala
itulah tandanya kiamat dah semakin hampir."

Main Bunga Api Masuk Angin

Dah last last syawal, masih ada lagi aktiviti bermain bunga api
Ni citer masa minggu akhir syawal
tapi lupa nak update kat sini.
mahap yer..

ini anak jiran aku
dorang panggil Amirul tuk clearkan stock bunga api
apa lagi main la ramai ramai

Nama pun dah hujung hujungkan
bunga api pun ada le yang masuk angin
tak de percikan..
menyala mcm api pelita pun ada..
hahahaha.... tak pe janji leh main udah le..

ada le yang masih ala ala percikan

tengok ni, tak nak jadi percikan
kat belakang budak ni masih ada lagi sekotak
kenduri bunga api la malam tu

Amirul pun apa lagi
lepas satu satu dia cucuh/nyalakan
tak pe ada gak gambar main bunga api
at least besar nanti jgn claim kata ibu tak kasi main tau.

kusyuk benor.
ada yang meltup ke langit tu
dorang nak cucuh kejap lagi
nak cucuh kat kawasan lapang di belakang area umah aku
best.. best...
dorangsiap ajak aku & aleesya pi tengok.

best nye dorang main. Aku & Aleesya tengok je la

dah nampak aku dok snap gambar 
budak budak tu apa lagi nak jugak bergambar

ala... pose ni Aleesya tak pusing  tengok kamera la.

photo google
  masa dorang cucuh bunga api yang cenggini.
meletup dua tiga kali je
pas tu terus diam

kami semua jadi takut dan ambil kayu panjang 
tolak je bongkah bunga api tu ke tempat tongsampah
nak wat cam na kan, dah masuk angin. bahaya kalau pergi dekat

mana la tau tetiba ada api yg sedang mendap . meletup tetiba
tak ke naya.

ok. sekian ttg bunga api.

Maybank - Legoland Bloggers Contest

Bukak blog tu citer legoland Malaysia. blog ni pun sama. lgoland legoland legoland
sedih tau sebab aku tak mampu nak bawak anak anak aku ke sana.
sib baik Maybank buat contest . Nak cuba , mana tau ada Luck!

 sesiapa nak join boleh klik kat SINI
 Kenapa aku harus menang contest ni?

Sebab pertama
sebelum  ni tak de sebab pun untuk aku melancng ke Johor. Tapi kalau aku menang contest ni. bukankah ini satu penyebab untuk aku menjejakkan kaki ke Johor.

Sebab kedua
 salah seorang pereka logo untuk Legoland Malaysia bernama Siti Fatimah Binti Ibrahim. hmm... nama aku pun Siti Fatimah Binti Ibrahim jugak tau. Tak caya  tengok gambar kat bawah ni

aku tengok dalam majalah 3. banggga jugaklah. Biarle rupa tak sama asal nama sama pun jadilah.
Namaku terpahat di persada dunia. wah perasannya aku.eh ini boleh jadi sebab ke?
kira boleh la. Dapat jumpa dia lagi aku suka.


Sebab ketiga:-
Aku ada akaun kat Maybank. Aku ada loan kat Maybank. Hello... tanya le maybank,  loan aku record cantik tau. Tak de tangguh tangguh. tak caya? nak aku bagi account No? upssss... mana boleh. kang tak pasal pasal di attack dek penjenayah Cyber pulak. tul tak?

Sebab keempat:-
Mungkin ini adalah hadiah terbaik utnuk anak anak aku. dorang pun minat lego. Tak caya? pernah tak korang pergi klinik check up baby korang , Nurse tu mesti kasi lego tuk baby korang . Masa ni le anak korang sambung sambung lego. Lego ni boleh mengukur perkembangan otak anak korang tau.

Good Luck for me!



Sunday, September 23, 2012

Who Is the Culprit?

Pernah kah anda rasa anda di perhatikan?
maklumat diri anda telah di ceroboh..
record kewangan anda sedang di attack?

  
Aku tak tau la orang lain, tapi perkara ini telah berlaku kepadaku sendiri
rimas tu jangan cakap la kan. rasa mcm teknlogi hari ni telah di ambil kesempatan oleh sesetengah pihak

baru baru ini, aku ada apply satu loan, Masa aku berjumpa dengan pegawai bank tu, dia dengan selamba menunjukkan screen komputernya yg tertera maklumat kewangan aku.


Aku ada berapa loan, berapa banyak  dan jenis jenis loan yang aku buat. Loan aku masih ada berapa banyak balance untuk di jelaskan.

Tak mustahilkan, kalau bank lain pun boleh jugak track record kewangan aku.
Bukan nak bangga la kan. Syukur Alhamdulillah, aku adalah pembayar loan yang berhemah. kalau lewat pun sehari dua ke. Nama aku tak pernah kena black list atau apa jenis black pun la dalam dunia ni.

Ok.. ada le satu bank ni, aku memang simpan duit dalam tu. Tapi tak berapa aktif le akaun aku tu. Dalam setahun sekali dua je aku simpan duit dalam tu. Aku simpan je, tapi tak pernah pun aku ambil. Jadi account ku tak berapa aktif  sangat.

Card Credit aku pun dah lama aku tak swipe. cuma simpan untuk masa awasan/kecemasan je. kalau cash dah cukup wat pe nak bazirkan duit tuk bayar interest kan..

Aku rasa dorang ni mcm rasa rugilah kalau tak grab aku utk membeli plan plan insurance yg dorang tawarkan. Ecewah.. perasan la pulak. Caranya pulak adalah dengan auto payment dengan saving account aku. Mentang la aku tak guna duit dalam account tu, korang dah siap dok plan nak auto payment dan suh aku beli apa kejadah plan yer.. Cara mudah nak isap duit orang. betul tak?



kalau tak suruh beli insurance ada jugak yg call suh beli privilage card la. Yang best tu dorang siap mention nama bank . Ni kes bank bocorkan maklumat ke? maxis ke? celcom ke? digi ke? TNB ke? PBA ke? hahaha... susah jugak jadi orang yang clean record.



Dulu sibuk dok citer CITOS tu telah ceroboh maklumat. Sekarang apa TOS pulak?

Note: Lepas ni kena simpan duit bawah bantal la kekdahnya.