Saturday, April 4, 2020

Day 17, PKP Covid 19 _Super Ring

Super Ring!!!!!

Sejak PKP ni, nak suka suka makan Jajan bukan senang tau
keutamaan kepada makanan yang akan di masak


tetiba mamak roti yang datang jual roti benggali
ting ting ting...
kelam kabut aku turun pergi beli...
tetiba je nampak Super Ring..
wow... dapat jugak aku makan..

heboh seketika super ring ni tak de kat pasaran sebab viral kes
Perdana Menteri kita dilantik tempoh hari
Tan Sri Muhyiddin Yassin 

ini bukan sebab supering ni Viral ke apa..
Ini kerana hanya sebungkus Super Ring ni kami sekeluarga berebut menikmatinya..
sambil gelak  ketawa..
si adik merajuk sebab abang makan banyak dari dia..

merajuk nagis kuat kuat sebab tak dapat makan super ring dengan puas..
hahahaha... sangat sangat memori..



we are family
buat apa je pun happy..
nangis happy 
ketawa pun happy..




Day 18, PKP Covid 19 _Reward coin Program

Hi 
Sempena PKP ni, aku sediakan program istimewa buat anak anak
kaedahnya, satu kerja akan dapat bintang
satu bintang sepuluh sen..

abaikan tulisan anak anak yang macam cacing kerawut tu..
hahahaha...

Actually sejak bermula PKP aku dah praktikkan program reward coin ni.
bukan nak mendera sebearnya. Tapi lebh kepada pembelajaran dorang tentang asas kehidupan seharian.
Dalam masa yang sama dorang boleh belajar, bukan senang nak dapat duit, kena tumpahkan keringat baru ada duit..
secara tak langsung dorang akan berdikari..

Upah si adik hari ni RM 3.70 je, sebab..... papa lebihkan dia 30 sen, so jadilah RM4.
papa bayar lebih untuk upah garu kepala dan buatkan papa kopi..
eh..eh... my anak dara dah pandai bancuh kopi tau...

Yang ni uoah si abang, RM 3.90. bagi je RM4, dia pulangkan seposen kat aku.
eh..wajiblah kena bagi balance. Ajar dorang tak semua perkara boleh cincai..
hahahaha... 


Nanti aku sharekan jumlah terkumpul yang dorang dapat sepanjang 
PKP (Covid 19 ) ni yer..