Wednesday, February 27, 2013

Laksa: tak sedap, kurang sedap dan sedap

Orang kedah Pi kedah.mestilah cari makanan kedah.
Saja nak terai Laksa Kedah Di Langkawi. Sedap Ke Idak?
kata orang kalau dah sedap gerai bawah pokok pun boleh buat kita ngigau.

perghhh..tengok kuah tu.pekat melekat , dlm hati dah ckp. kompom sedap neih...
saja order semangkuk sebab nak rasa je pun.

Bila aku makan je, memang kuah dia pekat tapi sayang tak ade gara,
mcm Tompel cakap " Pekat Melekat, tak ada garam, hilang selera".


gerai tu tak jauh le dengan Hotel Langkasuka, saja le sebab Amirul nak makan koay teow kerang
tawar semacam je, Mak cik tu lupa nak letak garam kut. segan pulak nak bagitau dia
so, aku mintak kicap sebagai tanda nak hint dia
supaya dia pi rasa kuah laksa dia tu.

hubby pun letak jugaklah kicap dalam laksa dia nak kasi masin sikit
" apa barang makan laksa taruk kicap?"
semangkuk syer syer pun tak boleh nak habis.

Aleesya yang hantu laksa pun tak mau makan
Amirul lagi la, dah kenyang dengan Koay Teow Kerangnya.

Risau aku kalau kalau mulut lazer Mirul ni terpacul keluar "Laksa tawar"
mulut budak sekor ni pun boleh tahan jugak. ngeee

misi mencari laksa sedap pun bermula.
selagi tak jumpa yg umphhh... hati tak kan puas.
Masa onn the way ke Ayaq Hangat tu, dah nampak dah gerai laksa kat tepi jalan
siap ckp yg balik nanti nak singgah.

masa balik tu terlepas pulak, then patah balik.
hubby cakap " mesti sedap sebab dia sanggup patah balik ni"
sekali masuk, kedai org Patani la pulak
dah masuk, order la jugak.
semua ok, cuma manisnya kurengggggg....
tak puas ati lagi..
Last day masa nak balik tu kami singgah kat beras Terbakar
last try hubby cakap. 
perghhhhhhhhhh.... kali ni betul betul laksa kedah mari ko
boleh ternagkat vontot makan

layanan tokey kedai, 0++ tau. sebab dorang dok asyik layan drama kat TV
memang hangin!!!. tapi sebab laksa sedap kamu semua di mahapkan.

memang sedap. original laksa kedah sebab yang ni tak de daun salad K
daun putat, daun janggus dan ada teloq. 
3 mangkuk makan dua orang tau. 

ok.. ini meja Aleesya yang punya
parking atas meja baru sempoi menikmati laksa kedah.
nasib kome la Aleesya dan Amirul.
korang tu orang Penang tapi tak makan laksa Penang. hohohoho...


perbezaan Laksa Penang dan laksa kedah

Laksa kedah ikannya dimesin halus -- laksa Penang ikannya di carik carik
Laksa kedah guna asam keping,--laksa penang guna perahan air asam jawa
Laksa Penang tak de lengkuas dan serai-- Laksa Penang kuahnya ada lengkuas dan serai
Laksa Kedah banyakkan cili kering -- Laksa Penang banyakkan cili merah segar
Laksa Kedah tak de Nenas -- Laksa Penang ada Nenas
ulaman laksa kedah guna daun putat, janggus, timun, bawang--Laksa Penang ulamannya salad, nenas, dan juga bunga kantan potong potong
Laksa Kedah ada telur rebus--laksa Penang tak de telur rebus.


Note: Laksa kedah tak de otak udang k.
 

Masker wajah dengan pasir tandas kucing?

Sekali baca tajuk, mau muntah pun ada
tapi jgn amalkan amalan membaca tajuk entry lepas tu judge ok.
Baca sampai habis.

Pasir tandas kucing yang di maksudkan ialah pasir yang bersih
bukan pasir yang selepas kucing berak atau kencing
kalau nak jugak gunakan, sialakn... eden tak mau masuk campur aih..

Beeberapa orang pakar kecantikan dari Amerika Syarikat seperti Michelle Phan bersetuju bahawa  bahawa pasir yang di gunakan sebagai tandas kucing  mengandungi bentonit .

Apa itu bentonit.
Bentonit adalah sejenis tanah liat yang sering digunakan untuk rawatan wajah di spa. 
tugas bentonit ialah memainkan peranan penting dalam memberikan kesan kulit wajah yang bersih, lembut serta mampu mengecilkan pori-pori. Apabila dicampurkan dengan air, komponen tersebut akan menghasilkan sebuah 'tindakan elektrik', yang membolehkannya menyerap dan membuang toksin. 

 
Untuk mendapatkan kesan kulit wajah yang licin, bersih dan sihat, apa yang anda perlukan adalah :

Bahan Bahan 
2 sudu pasir ( pastikan ianya berwarna kelabu dan tidak mengandungi bahan pewangi)
sebab bahan pewangi boleh sebabkan radang kulit
satu sudu besar air
boleh campur agar agar/lidah buaya, minyak pati ros, jus limau ( terpulang.. nak campur ke tak nak)

cara cara
masukkan bahan campuran tadi ke dalam microwave selama 20 saat,
panaskan sekejap je. utk kembangkan pori pori wajah supaya lumpur tadi mudah meresap.

lepas tu, sapu je kat muka buat masker selama 15 minit.

lakukan berulang kali pasti wajah anda tampak licin.


* murah je pun pasir kucing berak tu. ayah aku selalu beli*
kalau nak jimat, rembat yang ayah aku punya.
hahahaha....


Note: Tanah liat sawah padi ada bentonit tak?
kalau ada, belasah tanah sawah lagi jimattttttttttttttttttt.