Thursday, January 10, 2013

Artis gagal guna nama Allah sebagai jenama

Ni lagi satu penyakit.Apa kes nak buat jenama produk dengan Nama "Allah"
tak de nama lain ke nak letak?
 lu apa kes beb,... saja nak wat gempak! hah.. hah..

THE HAGUE, Belanda - Seorang artis seni Belanda gagal menggunakan nama Allah sebagai jenama, kata Pejabat Benelux Untuk Harta Intelek (BIOP) kelmarin.

"Permohonan itu ditolak," menurut satu dokumen di laman web BIOP.
Artis seni itu, Teun Castelein menyerahkan permohonan untuk mendaftarkan nama Allah sebagai jenama pada 29 Disember tahun lalu di pejabat berkenaan.

Castelein memberitahu, dia masih belum dimaklumkan tentang keputusan terperinci BIOP itu yang beribu pejabat di sini.

"Sebagai seorang artis seni, saya kerap menguji sempadan pasaran bebas," katanya.
Menurutnya, nama Nabi Isa dan Tuhan telah diterima sebagai jenama berdaftar.
Pihak BIOP enggan mengulas berhubung keputusan tersebut. - AFP

Note: Saja nak cari pasal.

Terlambat " Pesta Pulau Pinang"

hahahha... citer dah basi dah tapi nak gak abadikankat sini
sepanjang tempoh Pesta Pulau Pinang, aku tak de la ceria meria nak pergi
sebab malas sangat nak bersesak dengan orang yang mcm ulat tu.
Tapi atas pujuk rayu hubby, aku pergi jugak pada 31/12/2012
di ambang tahun baru pulak tu. 
lagi la ramai manusia.
gambar blurrr sebab Aleesya tak mo duduk diam. nak berlari lari je dalam Pesta tu.
hehehe... kami masuk pukul 11.00 mlm dah.
jadi bahagian permainan  tu dah tutup. 
My hubby nak shopping benornya... hehehehe..
tengok tu Aleesya, memang tak nak orang pegang
memang letih nak kepong dia ni.
hubby pulak sibuk dok cari sandel la, kasut la, baju la..
aku?
hahaha... lepas hubby puas shopping barang dia, aku take part la pulak.

adei.. ingat bahagian permaian tu dah tak der. upernya ada lagi satu yang kat dalam dewan.
apalagi.. Amirul nak jugak naik.
ok lah.. layan je lah karenah dia walaupun jam dah hampir 2 pagi. 
Tu dia .. jam dah 1.45 pagi kami masih di Pesta. Sakan aih ngan anak kecik bagai
dok berembun lagi. tak reti reti nak balik?
 seronok la Amirul dapat main benda alah ni.

 pas tu datang dekat papa sebab nak bagi Aleedya naik juga.
hehehe... tak boleh la sebab Aleesya tak bayar.
Naik kejap cam tu je dah la..

Ni le jadinya bila papa angkat semula
dah tak boleh nak berdiri.. buat perangai.
adoiiiiiiiiiiiii....
ok.. sudah le tu Amirul dah pukul 2 pagi.
jom balik.
Perut ibu pun dah lapar ni..

bila dah kami balik dari pesta , Terjah Nasi Kandar Kayu kat  Bayan Baru
hubby ngan Amirul makan Nasi

Aku makan Tandoori Chicken 
gambar makan tak de sebab lapar sangat. hehehe..

Aku rasa kari dalam nasi hubby tu Dah Basi. Hubby pulak ckp
memang style Kari jenis masam. Aku rasa sesudu je

 Esoknya aku  yang makan sesudu  ni cirit birit
hubby yang makan sepinggan tu  ok jer..
 hahahaha...


Note: Tahun baruku di sambut bersama cirit birit. kahhhhhhhhhhhhhh