Thursday, October 31, 2013

Dulu dan kini

Sebagai janji kepada korang aku wat satu entry tentang misi aku yang aku rasa berjaya
berjaya la sangatttttttttt...

 ok.. ni berat aku 69-70kh. masa sekolah Naiim ada pesta ria.
pipi- tembam
Lengan- kembung
perut- dah nampak buncit
spare tyre tu dah start dok membiak.
so pakai je baju yang longgar tuk cover.
seluar jeans tu sekarang dah simpan leklok dalam lemari
muahahahaha

 
ok ni gambar aku terkini.
tengok kat lengan tu dah slim kan..
then pinggang tu dah kurang dah spare tyre
muka pun tak de lah bolat sangat.


maaf sesangat sebab tak de gambar hat clear
non hado org nak snap.
tapi..walaupun tak de la ketara sangat perbezaan tu
at least ada jugak sikit kan..

upsss..berat sekarang 60kg je pun. bukannya kurus. tapi menten ma...



Note: nanti kalau badan kembung lagi, ku diet la semula. bukan lama pun sebulan je kan...

Semua Sudah Kojol

perasaan sedih menyelubungi kediamanku seketika
perasaan sayu tetiba menebak ruang dada anak anakku.
tiada apa yg dapat di lafazkan lagi
Hanya satu perkataan yang mampu di ungkap kan " Buang"

hasrat  Aleesya yang terakhir tak tercapai
ingatkan boleh saja kasi mereka makan bateri
tapi....dah tak dak makna nyer........

huhuhuhu... ekoq tidoq semua pun tidoqqqqqqqq
tengok kat tangan Aleesya ( tgn kanan)
still dok pegang batteri
tak puas ati tak leh kasi kat ikan. hahahaha

hohoho... kojol semuanya.
Ni la akibatnya kalau ko terlebih concern adik oi..
apa saja yang ko main ko nak suh ikan tu main jugak.

Nak gi buang Aleesya tak bagi
sebab dia nak masukkan lagi makanan ikan tu kat dalam balang
kengkonon ikan tu leh hidup semula la kan..


Semalam, kami dah tak tahan dengan Bau ikan mati dalam balang tu
si papa dah pergi buang
sekali ngan balang balang tu di buangnya..

Meraung raung Aleesya kesedihan
ntah sedih sebab papa buang ikan ke
sebab papa buang balang
wallahualam.......

 

Wednesday, October 30, 2013

WW- stop Diet (1)


Cuma nak announce!!!
 
 
 layan je la quote si kartun ni..hahahaha
 
 
psttttt......... Aku dah stop diet. cukuplah dengan berat sekarang ni
 
 
 
Note: with term and condition ok! 











Yahoo Mail Mogok???

Masa nak keluar datang kerja tadi, ada customer sms aku
dia cakap yang dia terlebih bayar untuk beli produk jualan aku tu
so, dia mintak aku bank in kan kembali lebihan tu
Dia ada jugak cakap yang dia dah e-mailkan resit pembayaran 

Datang office tu aku nak bukak e-mail
Sekali tengok

Yahoo mail dah merajuk, tak mo nak tunjuk muka la pulak
semalam tido lambat ke cik e-mail sampai tak leh nak bangun pagi ni
mimpi apa la e-mail aku tu kan.

 
adesh... wassap kengkawan, dorang cakap yng e-mail ada problem kalau guna mozila
So, aku try la bukak guna Internet Explorer
sib baik boleh bukak

Aku nak kena tengok jugak la kan resit tu, mana tau dia tersilap tekan account number ke
kalau dah sahih, boleh lah membuat penghantaran dan pembayaran balik lebihan tu kan..

Actually aku dah register untuk maybank2u, tapi ntah silap kat mana tau
tak leh nak log in, ulang alik gi bank bagai tak leh jugak
terus malas dah nak follow up.

hmm...rasanya nak kena gi set up len la.
kalau dah ada maybank2U, senang sikit kerja.



note: Asal ada benda urgent je, ada ada saja la..


Sekali kena-Punyalah Azab

Ni citer hari ahad. 
Jam kul 5.00 pagi, dak Aleesya ni duk nyondol nyondol sampai terhimpit bantal peluk eden.
So, masa aku nak angkat bantal peluk tu tetiba 
tersilap urat belikat la pulak.
Tersangat la sakit. terus tangan kiri aku jadi lenguh
picit picit pun tak hilang jugak.

gagah jugak bangun, kejutkan si Naiim suh picit
tengah mamai mamai si Naiim tu bukan picit dia main gosok gosok
adoi... pas tu ambik amelt yoko yoko tu suh dia sapu
dah sapu kat tempat lain
ya la..dia mana tau urat belikat tu apa kan..

sesapa tak tau kat mana urat belikat duduk. sila tengok gambar ni ok.
bila msuk subuh, aku terus la gi sembahyang
Masya Allah..sakit tu dah tak tau nak cakap
nak takbir sakit nak rukuq saki nak sujud lagi la kan..
Tapi dalam hati duk pujuk, sakit cam na pun kena sembahyang jugak!!! tak mo ngelat 2x
part salam pertama tu selamat
salam ke dua tu, terus sekali ngan bahu bahu kanan bergerak ko.

last gi duduk kat sofa sementara nak tunggu hubby balik kerja 
masa hubby balik tu, aku dah tak leh bangun
Naiim gitau hubby yang aku sakit 
So, hubby gi cari ko'yok tampal

Masa dok sakit tu mula la dok ngomel, 
kalau boleh sekarang jugak nak balik kampung suh mak urut
kalau tak boleh jugak nak pi umah ayah, nak suh abang ketiga aku ngurut
nyaris nyaris nak suh abang aku datang rumah
Tapi..baru semalam je dia datang.

kul 9.00 pagi cam tu, gagah jugak bangun
bila tunduk je rasa macam paru paru ni nak luruh
ha.. korang bayangkanlah mcm mana peparu nak luruh tu.


bila pusing sikit sakit gerak sikit sakit, aku dah naik geram
paksa jugak diri buat itu ini
buat buat lupa kata dok sakit
tapi tak hilang jugak sakit tu

Last malam tu, aku nak iron baju
tetiba tangan aku terpusing mcm mana ntah
bunyi pop sekali
terus ok ko.. dah tak sakit dah...
wah...syukur syukur..



*** Dulu aku aku nek bas, pas tu bas pancit terus masuk longkang, terhentak sikit
bila sakit urat belikat, aku cakap kat mak Sakit kat Kepak.
hahahaha...manusia pun ada kepak!***


Note: Motif of the story aku pun tak tau nak ubat cam na
tangan aku terpusing tu pun dengan tak Sengaja
itu semua Kuasa Allah tul tak?


Tuesday, October 29, 2013

Aku cuba Jawab K

sebelum sebelum ni pun aku tengok kebanyakkan key word yang tertera kat account Nuff
aku adalah tentang mcm mana nak bagi suami cakap benar
doa agar suami  tak panas baran
mcm mcm lagi. 
pokok pangkalnya pencarian tentang sikap suami yang ntah hape hape la kan.

sebelum memulakan bicara ingin aku berdoa sekejap
"Aku bersyukur padamu ya Allah kerana kau telah anugerahkan aku 
dengan seorang suami kepadaku yang cukup penyanyang, beriman dan lembut hatinya,
Ya Allah kau perbaikilah segala kelemahan suamiku dan 
janganlah kau mengubah hatinya ke arah yang tidak baik, Amin..."

Aku tak ada spesifik doa yang boleh di kongsi untuk memastikan suami tak keluar rumah
lagi pun, kalau aku berdoa agar suami tak keluar rumah parah la jugak kan
siapa pulak nak cari nafkah
Berdoa pun ada caranya.

cthnya kalau kita nak suami kita lembut. jgn la berdoa agar suami tu lembut
tapi berdoalah agar  lembut hatinya. 

korang boleh saja klik kat SINI untuk mengetahui cara cara 
mengawal suami mengikut landasan islam
bukan dengan cara "Mak Esah" yer. itu berdosa. tak bau syurga pulak

ok, doa ini aku memang amalkan.
amalkan dan yakinlah pada kekuasaan Allah.

korang boleh amalkan zikir Fatimah
"subhanallah 33x, alhamdulillah 33x Allahuakbar 33 kali
senang je nak amalkan kan..
time dodoi anak, zikir lepas solat
sambil memandu  semua tu boleh kan..

Sila Klik SINI untuk selanjutnya. 


Penambahan

Bagi para isteri di luar sana yang dah mati kutu nak tangani sikap suami yang ntah hape hape tu
jgn sesekali mengambil jalan pintas

sebolehnya, cubalah lakukan solat hajat. bukan lama pun cuma 2 rakaat sahaja
tak ada perlunya lagi jika berbuih mulut kita bertengkar tapi suami tetap dengan perangai buruknya kan
tegur tegur dah..
larang larang  dah... bimbang tertambah dosa yg ada jika berlarutan bertekak je kan.
Minta lah pada Allah agar Allah terdetik di hatinya untuk berubah.

Ya, aku amalkanya, aku tak bohong..
selepas solat subuh, terus aku wat solat hajat
seeloknya berdoa dalam keadaan sujud.

jika apa yang kita hajati tu tercapai
cepat cepatlah buat sujud syukur.
cuba dan lakukan dengan Yakin!.

Note: Kebahagian juga merupakan satu saluran rezeki yang Allah berikan,
di mana terkadang kita tak pernah sedari..


 
 

 

Monday, October 28, 2013

Pelihara Ikan la Sangatttttttttttt...

Si Naiim tu, angin tak dak ribut tak dak tetiba nak pelihara Ikan 
Dulu masa pelihara ikan puyu sampai mati dah serik tak mo dah
kali ni gi beli lagi anak anak ikan tu.
 
Aku suh je si Naiim le tak dalam balang kuih untuk temporary

Ingat tak dalam entry aku di sini, aku ada cakap yang nak citer tentang Satay
citernya gini... satay tu pun ada 3-4 cucuk je, aku makan secucuk
then balance tu tu si Aleesya kan..kan..

Pukul 10.00pm, cam tu Si Naiim ni nak gi usha le anak ikannya tu
sekali tengok berketul ketul satay lepak dalam balang ikan si Naiim
Muahahaha...
Si Aleesya selamber ja cakap "Ikan akan atay" ( ikan mkn satay)  kui kui
tak jadi nak tido si Naiim terus gi cuci balang ikannya
 
Naiim ngomel ngomel sebab Aleesya la dia kena cuci balang ikan. 
pas tu tak kasi Aleesya tengok dia dok cuci balang ikan tu.

rengek rengek Aleesya ckp " Ngok Ja" Nak Ngok Ja..( nak tengok je)
ok..ok.. aku suh Naiim benarkan Aleesya tengok aja, tapi tak boleh nak pegang ikan tu.

Sekali dia dok seluk balang tu, bila Naiim marah, dia cakap 
ambik ola ja. ( Ambik bola) Guli tu Aleesya panggil bola.
hahahaha... aku ketawa dalam ati tengok gelagat dak Aleesya tu.

Pas semua ok, Aleesya minum susu kat sebelah Naiim
Pas tu si Naiim pun terlelap.
 aku tengok si Aleesya intai intai muka abangnya
terus cakap yang abang dah bum bum.. ( abang dah tido)
ok lah kan..

Aku pun layan jap Candy Craft Saga sebelum nak solat Isyak kejap lagi
tetiba dengar uh ah uh ah, dak Aleesya tu dok carry balang ikan
dok cakap berat la..berat la...
huish... sib baik tak tumpah air dalam balang.
dah carry sampai di dapur

Ku tanya nak wat ape..
Aleesya cakap Ikan nak Ndi ( Ikan nak mandi)
adoi... bergelut aku ngan dia, tak tau nak ckp cam na
supaya dia faham.. 
Mana la ada org mandikan Ikan kan..kan...
marah marah, sampai nyaris nyaris ba bab dia tau.

masa aku nak sembahyang Isyak tu, dia mintak nak tengok ikan lagi
untuk make sure yang dia tak bawak balang tu ke bilik air, aku letak je kat sebelah sejadah
 Aleesya pun kejap tengok kejap jalan sana sini

Aku sembahyang la time tu, ok je
pas tu Aleesya jumpa Handphone aku
ada mesej msuk kot, so dia duk panggil suh aku jawab, aku tak layan
sebab tengah sembahyang

Tetiba, dia ambik handphone aku tu letak kat mulut balang ikan tu
time tu aku dah rakaat ke empat, 
dia cakap ' buh nah..buh nah...
mang tak kusyuk ku sembahyang wei...
last dia tak jadi lepaskan handphone aku dalam air..
pandai pulak dia mengacah acah aku.
Adoi............... Aleesya... Aleesya....

  
Sabtu lepas my abang bawa my adik adik datang ke rumah
memandangkan si adik perempuan tu cuti semester kan..
So, petik api abang pun aleesya lepakkan kat dalam balang ikan Naiim
batu petik api tu dah basah, terus tak boleh guna lighter tu.

 

Remote TV, nth bila la dia masukkan dalam balang ikan tu
keesokkan hari hubby balik kerja jam 7.30pagi, nak on TV
tengok air dah penuh dalam remote.

 
Then modem internet aku ni, si naiim yang tengok
terendam dalam balang ikan
sib baik la tak rosak. 
masih boleh on sampai hari ni.



Then semalam tengok dah mati sekor ikan si Naiim tu. My hubby suh naiim tak yah la pelihara ikan
tengok kan ka dah mati. 
Bila Aleesya tengok ina mati tu
dia terus buat "Syyyytttttt.... Ikan tidoq..ikan tidoq.." diam diam..



Note:  Orang lain yg pelihara ikan , orang lain yang terlebih Concern!

 
 
 

 

Hari Raya Aidiladha 2013-Last Story

Raya Kedua BIL ada buat sedikit  Qurban kat Umah
So, ada la makan makan.
Dari Kuala Nerang kmi bertolak balik.
Masa kami sampai sup sekawah sedang menanti.
Yang ni tompok yang pertama.

My BIL pergi ambil lagi setompok.
sapa bagi ntah, lupa lak nak tanya.

first round dah siap, yang ni untuk second tumpuk
My hubby pulak senteng lengan kan..
Pak cik hubby kat belakang tu tengah bersihkan perut

Bila aku snap gambar dia tutup mukanya dengan perut lembu tu. hahahaha
tu la... sape suh tak mo pakai baju kan..
Yang ni untuk di bakar malam nanti
sempat ke idak anak tekak kami merasa
memandangkan malam tu jugakkami kena bertolak balik Penang kan.
Masuk je dalam rumah, usha tengok ada agar agar kentang yang MIL buat
sedap...pertama kali makan agar agar kentang.
korang pernah makan tak?
Daging di masak gulai dengan ubi sengkuang
rasanya sangat sangat manis. bukan manis gula tau. manis daging
dan manis ubi sengkuang tu. sedappppppppppp
Air asam tomato. untuk cicah cicah 
aku tak makan pun sebab aku rasa mcm aku terover makan daging la raya kali ni

Ada lagi sati menu, Telur masak kurma
sedap pekat melekat . Tak sempat nak snap photo
sedar sedar dah habis sepoyok.
Yang ni pulak Gear Box yang my hubby makan
Aku tak makan pun, cuma gi kaco kaco snap photo je
sebab.... I'm not a Gear Box Lover.
may be Mak aku tak ajar makan benda benda gini masa kekecik dulu
so..bila besar, tak de la teruja mana pun ngan Gear Box ni.

nak snap gambo tetamu sedang makan, segan lak aku
snap gambar BIL aku ok jugak
hai.. ni round yang ke berapa ni?

lewat gak kami gerak balik malam tu
hehehehe...sempat jugak aku  makan daging bakar 
garing snagt samp[ai terhangit... tapi sedap
My BIL pulak wat sos black pepper sepoyok.
makan ngan daging bakar ni. wow nyummy!

kalau dia buat sos memang sedap. tak yah cicah cicah kita ceduk terus kan..kan..

Mertua aku suh kami wak balik sikit makanan yang ada
termasuklah sup.
Tapi aku tak ambik sebab dok fikir nanti tulang tulang tu nak buang ke mana kan..
Mana tau My hubby dah siap masuk dalam besen sup tu
hambik.. ko sepoyok sup ada kat Umah di Penang ni.
ups... kuih raya pun ada tau
yang ni my biras yang buatkan.
sedap..pandai dia buat.

*** Lastly tulang tulang tu kami decide buang ke laut je, kalau nak tanam nak tanam kat mana kan***
Nama pun daging Qurban, haruslah menjaga adab adabnya, sampai ke tulang tulang tu
pun harus dititik beratkan, kemana nak di buang, betul tak?


Note:Masak sikit sikit daging Qurban, makan biar licin. senang kerja.

Sunday, October 27, 2013

I trained Them

benornya apa yang kita makan base on apa yang kita selalu makan masa kecik kecik dulu
kalau dulu kita makan sedap.. sampai ke tua  pun kita akan sedap
sampai tringat ingat makanan kekecik dodulu kan..kan..kan..

Rentetan dari itu, aku cuba biasalakn lidah anak anak ku dengan sup sup.
sup yang simple.. so, tak de la request yang lemak lemak sokmo kan..
untuk future kesihatan dorang jugak..

tak payah makan makanan berat ye nak. ate dah memalam ni
makan sup letak sayur sikit, bebola ikan +dishcake udah
Aleesya makan sorang je semalam sebab Naiim pergi Pasar Malam
Sian pulak Aleesya kelaparan sebab aku tak masak pun semalam

Sungguh sungguh Aleesya makan tau.
walaupun siple je tengok sup tu
tapi makan masa jugak nak buat
sebab aku rebus beberapa ketul buah kundur untuk dapatkan manis sup tu
(My bos yang bagi resipi ni)

Ni bukan bukan dok berdoa ok. time ni tengah dok pedo ( tahan tak bagi bihun jatuh)
Kusyen kat belakang tu harus ada, sebab....
makan sikit sandar sikit makan sikit lepak sikit.. gitulah keletah budak ni
tak pe lah..janji makan sampai licin k.

 Lepas dia makan tu aku biasalah kena mop cuci lantai semua
Tak pe la..lelama dia makan lek lok le.

Pas lewat sikit si Naiim balik dari Pasar Malam
ku suh beli satay 20 cucuk ada 10 cucuk ja katanya
pas tu.. sambil jalan balik tu dok makan 2-3 cucuk
sampai umah ada kot dalam 4-5 cucuk satay.
Sabor..je lah..


tuk Aleesya la satay tu. Sib baik ada seketul nasi impit
aku pun merasa jugak makan nasi impit kuah satay. ngeee...


Note:  pas ni gitau apa Aleesya buat ngan Satay tu.

Saturday, October 26, 2013

Situasi demi Situasi

Tadi gi pos office kat Tesco. Saja le sebab nak beli tepung Wheat Starch 
Tapi nbon hado jual lak kat Tesco.
Sampai kat pos office, dorang letak sign JPJ dan ASB Offline.
tanya bagai, dorang cakap kat Tesco ni je Offline, branch lain tak pun.
adei..kena la patah balik ke Jelutung Pos Office.


Kejadian hari ini

Situasi Pertama

 
Ada seorang lelaki cina datang ambik number bagai untuk bayar satu  bill 
Tapi aku tak pasti bill dari jabatan apa..
kaunter boy tu cakap yg bill ni tak boleh di bayar di Pos Office


then dia baca arahan kat bill
"Pembayaran boleh di buat di Bank Islam, Bank BSN dan melalui Pos"
hah.. lelaki tu kata..."Melalui Pos" boleh kan
kenapa tak boleh pulak,

Rasa mcm nak je jawab kat Cina tu..
Bayar melalui pos bukannya bermaksud bayar kat Pos Office
beza betul maksud ayat tu.

*** Tu la kan kalau dah selalu sangat guna bahasa omputeh, Bila baca dalam Bahasa Melayu
Susah benau nak Faham kan..kan..****


Situasi Ke dua

Ada seorang lelaki tak pasti India ke mamak.
datang tanya jumlah yang perlu di bayar untuk insurance motor yang baru je dibelinya
tak bawa apa apa pun documen. 
Hairan gak aku, selalunya kalau motor baru mesti la kedai motor yg buat insurance
tapi kenapa dia datang tanya?
***ooooo...ini kes tak caya kat kedai motor yg charge insurance mahal***
Ramai yang tak sedar atau dok lena lagi kot. Rate isurance bermotor dah Naik sekarang ni
dan untuk motor baru lagi la, tak de NCB/NCD ( no claim Discount/Bonus)
so..kena bayar in full..
ish..kalaunak citer tentang insurance ni...panjang lebar di buatnya...


Situasi ketiga.
seorang perempuan, telah masuk ke kedai  barang barang membuat kuih/kek
tujuan asal nak beli tepung wheat starch je..
Masa nak keluar tu..nampak pulak satu resipi dok tergantung
dah tuan kedai " Sila ambil Satu" suh ambik satu, jadi perempuan tadi ambik je la kan..
Bila dah keluar sampai kat parking, ubah fikiran pulak
terus gi beli bahan bahan nak buat biskut tersebut
Perempuan tersebut tak lain tak bukan adalah "AKU" le..
kui kui kui...

**tunggu aku buat dulu, baru kita share resipi tu yer**
ntah sempat ke idak nak buat tu...



Note: Buat biskut treatment terbaik bila sedih sedih...