Friday, October 12, 2012

Segmen : Cik Misya Nak Follow!

dah orang jemput, tak baiklah menghampakan tul tak?
lagi pun aku memang suka suka suka
http://1.bp.blogspot.com/-dFX4K3zKfE0/UGKH17r7MaI/AAAAAAAAFEo/6SUvvFNENew/s1600/segmen+nak+follow.png

jumlah follower aku sekarang ni tak de la banyak.
ada la dalam 451 orang.
alasan nak ramai follower. sebab nak kenal lebih ramai
boleh bertukar tukar fikiran
tak de hidup ni jadi boring. tul tak?

sesapa nak join klik SINI ok.



Masih Ada Peluang

Amirul : Hello... ibu, Mirul tak larat sangat hari ni
Nak pi kelas Fardu Ain pun tak larat sangat....

Aku : Tak boleh gagah langsung ke? Sayang le Mirul
hari ni kan exam. ( sedih)

Amirul : tak larat sangat la ibu... Ibu call papa bawak Mirul pi Klinik.Boleh?

Inilah perbualan aku ngan Mirul kelmarin petang
Demam Amirul tak mengizinkankannya utk teruskan exam
terkilan sesangat


walaupun Amirul cuma Darjah Satu, tapi bagi aku exam memang sesuatu yang penting
sebagai ibu aku harus lakukan sesuatu

Dah bincang dengan hubby
hubby cakap memang susah.. tapi kalau u nak try carry on lah

Denagn penuh harapan aku Call Guru besar sekolah Fardu Ain

Aku: Assalamualikum, saya ni ibu kepada Amirul pelajar satu Ba
Dia demam. saya nak minta jasa baik cikgu
boleh tak jika cikgu izinkan dia duduki exam pada hari lain. Saya harap sangat.

Ustazah: w'salam.. ooo.. ok mcm ni, esok saya akan bincang dengan guru kelas dia,
I'allah saya akan bantu. kalau besok dia tak ok lagi
mungkin minggu depan saya akan bagi dia sit exam .


Lapang rasa dadaku ini. Amirul di beri peluang utk habiskan exam dia.
Aku tak de la demand tinggi sangat untuk result Amirul
Aku faham.. dia tak sihat
Habiskan semua paper dah memdai bagiku.


Note: Terima Kasih padamu Ilahi kerana membuka pintu hati guru besar untuk memberi peluang kepada anakku.amin..

Can I join?

Semasa upacara perasmian Hari sukan kat sekolah Amirul
pihak sekolah ada menjemput ahli silat untuk buat persembahan

Bila kedengaran muzik silat tu tetiba aura persilatan dalam diriku membuak buak
tersa macam kakiku nak je melangkah
membuka langkah dengan kemas kuda kudanya

tapi still bersabar lagi, 
tapi..... bila pesilat tu berlawan dengan pedang tetiba aku jadi semakin bersemangat
teringat tatkala aku rancak bersilat di usia muda

tiap langkah dan bunga di susun dengan teratur
argh.. memang kurindu saat itu.

bila saja mata pedang bertemu..
aku tetiba mengelamun dan teringat tatkala wajahku
berlumuran darah di tengah gelanggang..

nasib baik guruku ada sempat meredakan keadaan
hanya hujung pisau menembusi dahi kiriku
hanya dengan menekan di tempat luka itu
darah yang mengalir panas berhenti..

aku ingat lagi...
inilah yang berlaku akibat melanggar pantang

pesan guru, lelaki dan perempuan sebelum bersilat tak boleh berbicara 
sehingga menimbulkan bait bait cinta.

tapi nak buat cam ne kan
pasangan silatku masa tu memang cantik
mestilah menjadi idaman lelaki
aku? tak de lah.. aku tak secantik mana pun..ngeee

aku ada 3 abg escort, sape berani dekat? hahaha
they are really caring beb!
tatkala entry ni tulis, aku masih lagi mengusap usap parut di dahi
zaman remaja memang indah kan...


Note:- masih segar di ingatan saat  mandi limau di dalam gelanggang.
korang pernah?