Saturday, December 4, 2010

Bila Tangan Gatal...

Tak der apa yg nak di updated kat blog haku hari ni. Memang dah lama pics ni ada kat dalam draft. Hari ni boring semacam jer ku rasa. Husband kerja. Amirul pulak ikut baby sitter pergi makan kenduri kat sungai Nibong.


Then, kejap tadi call cakap nak meronda ronda kat kompleks Bukit Jambul. Memang baby sitter selalu bawak si Amirul ni kehulu kehilir. dah jadi mcm anak dorang dah si Amirul ni. Balik nanti mestilah bawak balik berkeping keping sticker.




ha.. ni ler tempat semua sticker tu bersemadi. kat Helmet dia. Tak kisahlah kalau sticker tu di tampal berdouble double cam gini. Pas tu, bila nek motor ngan hubby, siap tayang tayang lagi helmet dia yang entah apa apa tu. Sticker free dari susu pun dia stick jugak.




Bukan takat helmet ni jer dia tampal. habis jug & mug aku kat umah di tampalnya. Ada buku sticker tak nak tampal. dah uper apa ntah, helmet dia ni.
Kekadang tu dia stick kat badan, tangan & kat rambut pun dia lekat jugak. Bila nak tanggalkan menangis. yer la habis terkeluar semua bulu roma. sekarang dah tak berani nak lekat kan tangan & kaki dah.
tu lah bila dah sakit baru nak stop. Biar dia belajar dari pengalaman.

Friday, December 3, 2010

Renovation yang membingitkan...

Seminggu ni aku termigrain la pulak. tetiba jer kepala ni sakit sangat. Dari hari last week sampai ler hari ni. memang ku rasa dah semakin parah. telinga ni dah nak bernanah dah.

Office sebelah ni dok renovation. bukan setakat reno kat dalam jer. siap dinding dinding pun dipecahkan.


Part yg grill tu, buat ler lepas office work. bukannya aku ni selfish, tapi dorang dok grill tu sampai aku nak answer phone pun tak dengar. Bila pergi tanya, tak der grill dah, semua dah ok. tapi, asyik mengrill jer. Dah jadi pencemaran pendengaran la pulak.


Sabar jer la, kami warga office ni. yer la kan, sekarang masa dorang, esok masa kami nak reno dorang ler kena pekakkan telinga pulak. hikssss.



Dorang ketuk ketuk dinding tu sampai wall kat offiuce aku pun dah ada retak sikit. Tapi bos malas nak wat kay poh. yer la. hormat jiran la katan.


Kekadang tu, bila HPku berbunyi, ku lari cakap kar dalam stor. Tapi kalau phone office takkan aku nak seret phone tu ke stor jugak. haishhhh...... bila la korang nak siap. kepala ni pulak asyik berdenyut denyut ja. Sib baik aku tak sakit gigi. kalau idak tak tahu la apa nak cakap.


Thursday, December 2, 2010

Thalut & Jalut

Assalamualikum.....

tergerak hati ini untuk mengetahui kisah tentang Thalut & Jalut dengan lebih mendalam. Korang pernah tak dengar tentang kisah ini.

Aku rasa terpanggil untuk menyelami kisah ini setelah terdengar ceramah agama yang di rakan oleh cik suami dalam Handphonenya. Memang sound interesting. Tapi tak nak ler main dengar cakap dari mulut mulut. takut tersilap fakta pulak.

Peristiwa ni di ceritakan di dalam Surah Al-bakharah.

Ringkasan :- Kaun bani Israel telah diserang oleh musuh mereka yang di pimpin oleh seorang Raja yang bernama Jalut yang begitu zalim. Lalu bani Israel telah meminta pertolongan dari Nabi Samuel untuk mencarikan mereka seorang raja . Dengan petunjuk dari Allah Nabi Samuel telah menunujuk Thalut sebagai raja yang datangnya dari golongan miskin.

Pas tu bermulalah perang antara Thalut & Jalut. Kalau boleh aku nak buku yg dapat menceritakan kisah ini sepenuhnya.


kalau korang ada pernah nampak buku kat mana mana kasi tau k.

Wednesday, December 1, 2010

Tetiba aku terkenang....

Jap tadi berblogwalking. tetiba terbaca satu N3 tentang harga getah naik. Tetiba aku terkenang zaman remajaku. Bagi aku kenangan yang sungguh manis, di mana kebanyakkan anak anak muda zaman sekarang tak akan dapat merasainya.


Cerita bermula masa umur aku 15thn. cuti sekolah, duk tunggu result PMR. Abang ke tiga aku ditawarkan bekerja sebagai Army. Nak pergi kena la ada modal. nak beli baju melayu serba putih, songkok, duit poket bagainya. So, aku volunter la, noreh getah sebab nak tampung perbelanjaannya. Aku sayang sangat abang aku tu. sebab dia baik and caring.


Memang la kami pergi noreh sama sama, tapi banyak main dari wat kerja. Mak selalu berleter. tapi kami, masuk telinga kiri keluar telinga kanan jer. Time kutip getah tu yang best. Abang aku golek seguni getah sekerap dari atas bukit, aku pulak masa tu tengah dok panjat bukit, tetiba seguni getah sekerap tu ter accident ngan aku, apa lagi tergolek golek aku jatuh bukit. Guni pulak pecah & sekerap bertaburan.

Bernanah gak ler telinga kami kena leter dek emak. Tak pasal pasal kena cari ketulan sekerap kat dalam semak. kahhhhhhhhhhh... lawak tul bila ingat kembali.


On the way nak balik tu, tetiba terserempak ngan babi hutan, gigil gigil kami ketakutan. Yang peliknya abang aku yang lebih takutnya. siap warning aku jgn bersuara lagi tue. Last aku wat tepuk tepuk tangan & bising bising, babi pun lari lintang pukang. At the same time kami pun lari jugak.

Babi takut kat kami ker? atau kami yang takut kat babi tu. kikikikik...


Sekarang ni, bila diungkit kembali kisah ni. memasing ketawa sampai keluar air mata.

p/s. Zaman remaja memang best. bila dah berumahtangga ni, kekadang nak jumpa pun susah sebab masing masing ada tanggungjawab.

Kopi 'O' oh Kopi 'O'

Kalau cerita tentang Kopi , akulah penggemar kopi. tak kisah la apa jenis kopi pun. Tapi kalau pagi pagi breakfast, mestilah Kopi 'O' Kaw.

Al kisahnya begini, Aku tak berapa suka kopi 3 in 1, tapi kalau terdesak aku minum la jugak. Then, kalau beli 2 in 1 kopi. selalunya tak berapa kick. So, aku prefer la beli kat kedai mamak sebelah office aku tu.

Alang-alang dah beli breakfast, aku beli la sekali ngan kopi 'O' bungkus. Tapi kopi 'O' aku mesti tak der gula yer.
Bila dah selalu beli kopi 'O' tak der gula. penjual pun rasa pelik la kan. dah ler kopi tu pahit, pesal tak nak letak gula. nak minum cam na kan..Tapi dorang tak tahu yang aku ni makan brown sugar. utk kesihtan jugak kan...
tetiba jer hari ni, mamak tu tanya aku. dia ckp dah lama nak tanya tapi segan. korang tau apa soklan dia. " Selalau beli kopi tak der gula, dok bagi kat TOKONG ka? Ya allah soklan apa ni. mentang mentang ler aku kerja ngan company cina. tak kan ler aku nak wat benda syirik tu.
Aku cakap ler, ish.. mamak ni tak baik tau, saya makan gula perang la, mamak tak der gula perang. balik office saya campur la.. tak kan nak wat kerja syirik pulak... sambil gelak gelak tak nak ler kasi dia malu....

Monday, November 29, 2010

Sotong Goreng Tepungku..

Kebetulan aku dapat sotong ni FOC. Pas tu dok fikir la nak masak apa. Hubby still sakit gigi. Mesti la tak leh nak makan. Sotong ni besar lak tu. penuh pinggan. sekor dia jer. Kalau buat masak tak ler sedap sangat . Aku suka sotong yg bersaiz sederhana kalau nak masak.


Punya ler tebal isinya. Sampai kat rumah belek belek stock tepung aku katdalam lemari tu. mmmm... buat goreng tepun pun ok gak ni.


Tepung yg aku guna utk goreng sotong ni, sebenarnya aku perolehi dari my step mother. Orang jemaah tempat dia mengaji yang jual. memang laku. kekadang bila aku order, asyik out of stock jer. Memang aku bangga la org islam kita boleh buat tepung yg sedap kalau nak bandingkan dengan tepung goreng yg ada kat pasaran.




Nak masak pun senang. tak yah ler nak bancuh bagainya. cuma gaulkan kat sotong tu jer. bila goreng, tepung tu memang melekat kat sotong. tak ler mcm tepung kat pasaran yang kena letak putih telur dulu sebelum di campur ngan tepung. Memang senang la.





hmmm... ni ler hasilnya bila dah siap di goreng. memang marveles. Sotong pun tak kecut. Oleh kerana tepung ni memang sedap. aku baru jer order 2 kilo. untuk stock. tepung ni boleh goreng ayam, udang & ikan.



walaupun aku goreng sekor je sotong tu , dapat sepinggan ko. aku makan ngan Amirul pun tak habis. Ku simpan sikit untuk my SIL yang balik kerja kul 11:00 mlm nanti. Bila hubby dah baik sakit gigi, aku nak wat utk dia.



Ni ler baru sotong Goreng Tepung. Selalu order kat restoren, dorang wat cokodok sotong. Memang geram, bila order sotong goreng tepung, pas tu dapat cokodok sotong. Dah la tak sedap. kena bayor lagi.





Senang tul hati ni, bila dapat wat sendiri makanan kegemaran. Kolestrol????? pas ni steam bawang putih makan ngan nasi utk potong kolestrol k...








Kenapa asyik Condemn Aku..

Sejak 2 menjak ni. mood aku asyik tak ok jer. ntah ler. asyik nak marah. silap sikit pasti melenting. hisshhhh... sebab tu, setiap kali nak marah aku istighfar bebanyak.


Saturday, jam 5:30ptg cam tu la, aku receive call dari sorang budak ( suara mcm umur lingkungan 14-16 thn). Siap nak penampaq aku lagi. Apa ke hay ni??? Mungkin dia silap nombor kot. Tapi buta-buta ja aku kena. Punya la geram, aku siap warning nak gi check fon number dia & nak cari dia . Tapi, bila fifkir balik, buang masa jer. aku pun bukan kenal dia pun.hiksss..


Then, my pren sorang ni, asyik condemn aku jer. Eh, anak u dah cuti antar ler pergi tuisyen ke, belajar berenang ke, main piano ker and bla.. bla.. Aku malas nak layan, sebab Aku tak minat pun nak wat semua tu untuk Amirul. Aku ada ler cara aku. Nak suh Amirul ngaji Quran, pandai membaca bagainya. Then kalau nak pi tuisyen tu, awal lagi kot. baru 6thn next year.


Bila aku tak nak kasi Amirul belajar berenga mula la cakap, cara aku tak bagus la. Aku berkira la. Anak dia bagus sebab belajar berenang. Masa tak terbuang. Punya suka aku la. anak aku. Anak dia, dia wat ler. Aku pun tak suh anak dia gi belajar ngaji Qur an bagainya...Pasal dok condemn cara aku bela anak.....


Then, that day Aku beli la buah tembikai Hami ni. photo dari : idhamlim.blogspot.com. Buah tembikai Hami ni memang sedap. Rasa dia memang manis. Lebih enak dari tembikai susu & tembikai biasa.

Bila aku beli, tembikai ni, pas tu dia nampak la pulak. Siap cakap kat aku. tembikai ni leh jana flame. Boleh kena Asma. Pas tu cakap lagi. Kalau kita tengok dorang sembur racun kat tembikai ni. sudah tentu kita tak berani nak makan. Apa motif dia ek? Aku makan tembikai, bukan makan racun!!!!!!. asyik tak kena jer aku di mata dia.



Beli Hp pun sama, cakap phone aku tak bapa baik, dia punya lagi banyak function. boleh itu boleh ini. menci aku. asyik condemn aku jer.


Nota:- Mungkin dah tertulis dalam diari hidupku yang aku akan berhadapan ngan orang yang cam gini. redha.. jer la.