Monday, January 31, 2011

Tandoori Chicken

Kalau nak suruh aku makan nasi memang susah
kekadang tu satu senduk pun tak habis
Kenapa aku tak lalu makan nasi?
kekadang tu, perut lapar gilerrr
tapi tak mo makan nasi jugak
rela makan bihun , mee, roti
semuanya yag tak dak kena mengena dengan nasi lah

Then, semalam kami ke PELITA NASI KANDAR
sebabnya aku requested nak makan tandoori chicken
bagi aku, tandoori kat mana mana pun tak per
Tapi, hubby pulak nak makan sup lidah

Kalau suh aku makan sup lidah, memang tak masuk tekak ler
sebabnya aku memang tak makan lidah sejak kecik lagi
tengok ler Amirul tu, belasah semacam jer
mcm papa dia gak ler




hehehe.. lepas aku bedal semua baru nak snap.
tu pun guna Hp hubby jer.


ish.. dorang tengok apa tu?


Ha.. biasalah hubby, kemana pergi pun nak tengok bola.
Tapi tak per la kan, sebab aku leh layan tandoori, then dia pulak leh cuci mata tengok bola

Amboi sedapnya dia makan Lidah. Mahap yer aku tak berkenan.
Kata orang lidah ni sedap. betul ker?


Friday, January 28, 2011

Membuli ya

Al kisahnya, Anak sedaraku yang baru aja balik dari Sabah
Muda setahun dari Amirul
Tahu jer la kan, dah 6 Bulan di Sabah nun,
terus lah lidahnya terbalik
Siap cakap SABAH pekat melekat lagi tu
kesian Amirul, langsung tak faham apa yang cousin dia ckp
hahahaha...
Aku saja bawak dia datang umah kejap.
main main ngan Amirul
Amirul ni kalau main game GTA tu, bukannya nak syer
Puas jugak la aku duk marah dia
suh kasi si Latif ni main

ok lah, Mirul bagi dia control kat keyboard ni yer
tekan yer latif, tekan kuat kuat. saja la aku nak snap photo
dorang bermain ber sama -sama
tetiba, masa aku close-up
Punya la hangin satu badan aku ni, depan mata aku dia boelh buli dak latif ni
Ni dah melampau ni

korang tengok ler, dia suh latif tekan kat papan keyboard yang tak der function apa apa pun
Dia pulak, asyik dok main sakan.


pas tu mulut asyik cakap, tekan kuat!!!, kuat lagi!!!
yang si latif plak.
Aku takkan la ni, aku takkan la ni.( loghat sabah)
Bila tengok jer situasi tu


Aku terus marahkan Amirul.
Jgn dok buat pangai cam tu, sat tali pinggang naik belakang
Last, Amirul bagi jugak latif main

Thursday, January 27, 2011

Rest Week.

Minggu ni aku macam tak kerja jer
Maklumlah, Company aku kan company Cha Ya Nun Alif
So, banyak dah kerja dikurangkan
Nak wat spring cleaning la katakan.



Banyak jugak case yang bos reject
tak nak bat, nak stop utk minggu ni
sempena nak Sambut Chinese New Year
So, aku tak ler terkejar macam lipas kudung wat coatation
cuma clear saki baki kerja yang ada

Mungkin 2/2/2011 tu aku half day. 09/02/2011 baru start kojer balik
hehehe... time ni la aku boleh balik kampung lama sikit


Bos pun sedang kira kira duit bonus utk staff.
Aku plak, dok verangan rangan la bapa banyak Monus
aku akan dapat.


Bonus plus ang pau, plus plus, hehehe masyukkkk!!!!
Alhamdulillah, walaupun notes tak sampai kat tangan lagi
tapi dah dijanjikan, sure dapat.
Time ni la sayang mayang bos banyak banyak

Dah nampak.

Semangat tul aku kelmarin nak dating ngn Mr.cucuk.
Seawal pagi, aku bangun
tak sempat pun nak siapkan Amirul ke sekolah
Aku lepaskan tanggungjawab tu utk hubby laksanakan.


Seawal 7:30 pagi aku drive ke GH.
Datang awal, at least still ada parking.
Pukul 8.00 akudah tercongok kat kaunter ambil number.
hehehe.. appoinment kul 9.00 tapi datang awal
lebih baik.


Cik.cucuk yg attend aku yesterday.
Haaa.. baby aku dah nampak cenggini melalu alat scan tu
Tido.. jer, langsung tak gerak gerak time dia kena scan.
Hehehe.. teruja nya aku nengok.
dah cukup sifat.



Alhamdulillah semuanya selamat.
Memandangkan kandungan aku bermasalah sebelum ni.
So, aku still kena consult specialist, sampailah aku cukup bulan
Maksudnya, aku kena wat check up 2 tempat
satu kat klinik desa, satu lagi ngan cik specialist.


Nantilah, bila peyot ni besar sikit, aku nak bawak amirul utk
tengok adik dia. Mesti dia teruja mcm aku jugak.

Tuesday, January 25, 2011

Esok, Ai Pergi Dating Yer!!!

A'ssalamualikum..
Maaf yer, mungkin blog ni akan sunyi besok
sebab ai nak pergi dating
dating dengan siapa?
hehehehe...
Dating dengan tukang cucuk ler..
sapa lagi
Kalau ckp dating dengan drakula, dah mcm anak ai la pulak
So, besok ai nak pi tengok perkembangan
my future kid ok.
Then, Petang kalau ai ok
ai datang kerja ler
kalau ai dilanda cinta "M"
ai balik umah jer la
dating dengan Mr. B**t**.
ok..
itu saja mesej ai k.
muah.. muah..

Cerewetkah aku????

Tetiba terasa tekak ni nak makan kepah masak pedas
mmmm.. dah rasa mcm duk kat tekak dah ni
Then, kami menuju ke satu kedai makan yg selalu kami terjah
Ish... kenapa Kepah masak pedas cenggini pulak. Aku nak yang sambal tu.
Ni bukan masak pedas, ni goreng. Argh.. you silap ni, I order yang kuah sambal tu.
Yang ni goreng!!!
Tak der kak, ni ler kepah masak pedas, tak der yg lain dah...
ada...Hari tu akak makan yang mcm lain, bukan yang mcm ni
Dalam hati punya la geram, sebab lain yg aku teringin lain yg dorang buat.
Muka aku mula la jadi kelat.
hubby plak, dok pujuk, tak per la ni, pedas jugak
tak sama tau tak?
Then hubby ckp, tukang masak dah tukar, dah pindah
Ni tukang masak lain.
Then waiter tu pun blah...
Menci ar.. dorang yg masak silap. aku pulak yg kena telan.
Last hubby yg makan, ada ka patut, dorang hiris serai, halia & cili padi tabur.
Cam na nak makan?
Aku makan kerang bakar jer. Memang hangin satu badan aku ni
Then hubby still dok pujuk aku lagi.
ok lah, nanti papa beli kepah kat pasar, ibu masak yang pedas tu k.
"Malam-malam mana ada Pasar?"
Ish... esok la. Dah ler makan tomyam ni.
Mencuka jer muka aku masa tu...
Then sebagai menunaikan keinginanku, hubby beli kepah kat pasar
then aku masak
/
/
/
/
/
/
/

Ha.. yang cengginila aku nak.Halia & seria ketuk jer. bukan dihiris halus halus.
Goreng pedas ala masak cina.
haiya.. talak tau ka???



Nota:- kekadang terfikir jugak, kenapa la pegnen kali ni cerewet sangat???

Monday, January 24, 2011

Breakfast at Restaurant Omar Al Khayyam..

Seperti yg di rancang, kami berbreakfast kat Restaurant Omar Al Khayyam
Sebab breakfast dia tak der menu arab
kalau Pak arab yg B'fast pun dorang kena makan makanan Malaysia
hehehe...

Kat sini, utk breakfast self service tau. sambil menunggu aku bakar roti
Amirul bergaya kat pentas kosong ni pulak.

Dah tak der gaya la tu, sebab lambat sangat tunggu aku bakar roti.
bukan banyak pun bakar, 2 keping ja
hahahahahaha...


Ni ler hasil roti bakarku.
Bakar banyak pun, bukannya nak makan
takut membazir, Amirul makan koko krunch & susu
tu pun tak habis gak

Aku & hubby makan bihun goreng. Bukan aku yg goreng ler.
aku cedok masuk dalam piring ni jer la.hehehehe



Ok, mak buyung bergaya sebelum breakfast k.

dah sedia untuk di ngap, tapi ngada ngada nak bergambo jugak.
biasalah terover excited lak aku pagi tu.

tengok betul betul marka sebelah Amirul tu, sympton sympton demam dah melanda jiwa raga la pulak. Amirul dah baik, dia transfer demam kepada marka sebelah tu la. Sian, heroku demam di pagi hari.

Tak per. demam pun layan b'fast jugak k. Makan sikit jer. tak lalu sangat katanya.

ok lah, minum kopi tu, kasi segar sikit. at least ada juga gula masuk kat badan tu. Dapat jugak memberi tenaga.
Lepas ni kita pergi tengok Encik doktor yer.