Monday, April 6, 2020

PKP Covid 19_Belajar Sesuatu yang Baru

Disebabkan Reward Coin yang aku laksanakan
anak anak telah mencuba banyak benda baru
semata mata nak dapatkan bintang..
hahahaha..lawak  pun ada

Aleesya yang seusia 9 tahun dah mula belajar bancuh kopi
papa janji kalau bancuh kopi dapat 5 bintang,
gegas gegas dia ke dapur untuk bancuh kopi

hati hati, air panas tu,
ibu kopi berapa sudu, gula berapa sudu?
semua soalan di tanya nya..
Alhamdulillah sedap jugak kopi bancuhan dia.. papa pun suka
ok, lepas ni dah boleh pencen bancuh kopi...kikikikiki

Dah rajin kemas bilik, sapu sampah bagai dah..
kalau dulu jangan nak mimpi nak pegang penyapu ke ape ke..
semua ibu yang buatkan..

Boleh pulak dorang kemas rak buku dorang
semata mata nak dapat coin reward semua benda dorang buat..
tak de lah boring sangat time PKP ni kan..

Hahahaha... si abang asyik tambah bintang jer
adik nak menang, abang pun nak menang..




**Famaliy Bonding**

Sunday, April 5, 2020

Day 19_PKP Covid_Home School

Ha... jangan nak mengelat belajar yer
walaupun dalam PKP masih kena belajar..

Alhamdulillah kita mempunyai kerajaan yang prihatin dan begitu menitikberatkan
penidikan. Biarlah kalau anak anak berebut handphone dngan mak ayah
ke hape ke yang penting belajar walau di mana jua kita berada..


Hari ni hari ahad, Sir Wong dah upload homework kat google glassroom hari sabtu(kelmarin)
Saja aku bagi dia rehat kejap hari sabtu, sebab banyak sangat homework yang dia kena buat
lagipun hari ahad ni ler, aku ada banyak masa sikit nak ngajar dia, weekday sibuk dengan office work at home kan...kan..
belek belek fridge, ada beberapa ketul nugget yang balance bulan 2 lepas
jadilah buat si abang dan si adik study kat rumah..

Si abang ber google classroom sendirian
dah besar tak kan nak kena duduk sebelah belek satu satu kut kan..
biar ler dia skype dengan kawan kawan dia
buat study group.

Si abang malu, kena crope gambar i sebab abang tak pakai baju.
seksi.. hahahaha..


Kesian juga aku dengan my anak anak, mereka berdua je kat rumah
kejap dorang baik, kejap dorang gaduh..
kalau si abang tak usik adik, si adik pulak usik si abang..

Anak dua jer, tapi rumah aku dah mcm zoo..
eh..mak mak mesti faham maksud zoo tu kan..



PKP Covid 19 Bekerja dari rumah

Seut jer bekerja dari rumah tak semudah seperti yang di ungkap
dengan hanya berbekalkan handphone dan laptop memang susah tau.
semua benda nak kena belek dengan soft copy..

Ala biasa la, kita kan jenis old school sket..
rasa tak puas jer asyik scroll up and down baca documents..
hihihi..

My husband pergi beli barang basah..
sayang juga kat wife dia yang asyik ngadap jer laptop sepanjang hari..
lanjer la sebungkus nasi lemak denga air kopi..
mmm... thanks yer en.suami..

my anak dara ni bangun awal  sebab nak siapkan kerja sekolah dorang melalui atas talian
cikgu dorang dah guna kaedah pembelajaran "google Classroom"
peneman aku sambil buat kerja pejabat, boleh la usik usik dia sket..

Tak ingat tarikh bila ni, kongsi necafee ais cair dengan dengan my anak dara..

homework dia berlambak lambak..
cikgu bagi kejap bagi siang, kejap bagi malam
hari sabtu pun bagi jugak homework..
rushing ler dia siapkan..

port buat homework ni merata rata, kejap dalam bilik, kejap kat hall kejap bilik  ibu 
kejap kat bilik abang..
suka hati dia lah..
janji homework siap..
Ini petang bila ntah, tak ingat pulak aku..
hasil en.suami bersilat kat dapur..

prihatin betul dia ngan wife dia..
yer la, dia kan kerja dengan machine, tak kan nak bawa balik 
machine kat umah kot time time PKP ni kan...

So, dia ada la buat apa yang patut
maaflah tak pandai explain keja dia..
terlalu robotik.. hahahaha...



Day 16, PKP Covid 19_ Wang Terkumpul

Jumlah terkumpul setakat hari ini..
Setakat hari ke 16..
kaya ko nak.. 


hahaha banyak juga si abang dapat kumpul..



excited kan dorang...

kalau tak de pkp ni, dapat duit belanja sekolah 
sama jer kan..kan...





Saturday, April 4, 2020

Day 17, PKP Covid 19 _Super Ring

Super Ring!!!!!

Sejak PKP ni, nak suka suka makan Jajan bukan senang tau
keutamaan kepada makanan yang akan di masak


tetiba mamak roti yang datang jual roti benggali
ting ting ting...
kelam kabut aku turun pergi beli...
tetiba je nampak Super Ring..
wow... dapat jugak aku makan..

heboh seketika super ring ni tak de kat pasaran sebab viral kes
Perdana Menteri kita dilantik tempoh hari
Tan Sri Muhyiddin Yassin 

ini bukan sebab supering ni Viral ke apa..
Ini kerana hanya sebungkus Super Ring ni kami sekeluarga berebut menikmatinya..
sambil gelak  ketawa..
si adik merajuk sebab abang makan banyak dari dia..

merajuk nagis kuat kuat sebab tak dapat makan super ring dengan puas..
hahahaha... sangat sangat memori..



we are family
buat apa je pun happy..
nangis happy 
ketawa pun happy..




Day 18, PKP Covid 19 _Reward coin Program

Hi 
Sempena PKP ni, aku sediakan program istimewa buat anak anak
kaedahnya, satu kerja akan dapat bintang
satu bintang sepuluh sen..

abaikan tulisan anak anak yang macam cacing kerawut tu..
hahahaha...

Actually sejak bermula PKP aku dah praktikkan program reward coin ni.
bukan nak mendera sebearnya. Tapi lebh kepada pembelajaran dorang tentang asas kehidupan seharian.
Dalam masa yang sama dorang boleh belajar, bukan senang nak dapat duit, kena tumpahkan keringat baru ada duit..
secara tak langsung dorang akan berdikari..

Upah si adik hari ni RM 3.70 je, sebab..... papa lebihkan dia 30 sen, so jadilah RM4.
papa bayar lebih untuk upah garu kepala dan buatkan papa kopi..
eh..eh... my anak dara dah pandai bancuh kopi tau...

Yang ni uoah si abang, RM 3.90. bagi je RM4, dia pulangkan seposen kat aku.
eh..wajiblah kena bagi balance. Ajar dorang tak semua perkara boleh cincai..
hahahaha... 


Nanti aku sharekan jumlah terkumpul yang dorang dapat sepanjang 
PKP (Covid 19 ) ni yer..




Tuesday, March 31, 2020

Day 13,PKP COVID 19_Google Classroom

Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari ke 13 PKP
anak anak dah 14 hari tak ke sekolah
then di tambah lagi 14 hari oleh kerajaan..

makanya Kementerian Pendidikan terus melaksanakan Google Classroom
sebenarnya google classroom ni memang dah lama wujud
tapi perlaksanaannya mcm tertangguh jer..


Di sebabkan PKP ( covid 19 ) ni, maka berlumba lumbalah cikgu hantar kerja sekolah 
untuk pelajar . kedua kedua my anak ada ID tersendiri..

kat rumah ni jadi sibuk dengan gadjet
Aku dengan laptop dari pagi sampai petang kerana work at home
anak anak pula dengan HP .

Yang sulung tu, tak pe lah sebab memang dah ada Handphone sendiri
My anak dara ni la, berkepit jer dengan my handphone.
bila ada call jer, terhenti lah seketika homework dia tu..
kesian berkali kali kena stop..

Masa ni ler nak kerja dari rumah
masa ni la nak kena pantau anak anak buat homework
homework dalam google drive
homework yang di hantar melalui wassup
boleh stress wooo...

Aku pun confuse, aku ni kerja office ke kerja cikgu.
sebab my anak dara tu, masih perlukan perhatian yang lebih sewaktu
dia buat homework.

kejap kejap tanya, kejap kejap tanya,
Then kerja office pulak, email berlambak lambak nak kena reply
break time je ada masa nak ke dapur memasak.
lepas makan sambung kerja semula..

Kalau la mcm ni berterusan, adakah aku akan menghadapi kemurungan?

Serious cakap, kerja dari rumah (WFH) bukanlah mudah 
memang penat giler...


Aku respect la isteri atau suami kakitangan KKM Polis dan tentera yang sengsorang handle
anak anak kat rumah, di mana pasangan mereka bertugas demi negara.
bagaimana pula kalau dua dua kena bertugas demi negara
anak anak nak buat homework dengan google classroom
siapa akan pantau?


semoga kita semua dilindungi dari virus Corona