Wednesday, September 9, 2009

Sejuk pun layan..........

Ha.. ha.. ini selingan jer.. bukannya apa rasa geletek hati ni bila tengok perangai si Amirul yg entah apa-apa tu. Korang mesti ingat lagi kan, di awal kita menyambut ramadhan tu hujan berhari-hari.
So kami sekeluarga tak plan untuk ke mana-mana pun, just lepak kat umah ja. Aku plak tak boleh nak sentuh labtop lansung. mana taknya si Amirul tu control habis...
tengoklah tu walaupun dalam keadaan sejuk, siap ambik selimut kemudian sambung men game kat pc. Dah boleh dikategorikan " Berbungkus Bangkas". Ala seperti dialog lam citer P. ramlee tue.
Kusyuk tul si Amirul ni men game. mana tak nya, hubby panggil kawan dier yg terror It tu datang umah, upload game masuk. Game kanak kanak seusia dier la.
Keasyikan Amirul ni men game, kadang kadang boleh wat hubby terbakar gak. Mana tak nyer hubby nak baca paper pun tak boleh. (baca paper dalam PC).

Dah jadi cam pocong dah si Amirul ni. Kalau hubby sedang baca paper kat Pc Amirul akan cakap " Papa ni asyik paper, paper, paper, Mirul nak main game pun tak boleh, Lemaslah cam ni". Hish.. macamlah main game tu penting sangat. Saja dia nak wat riuh....
** Wallpaper kat PC tu hari hari berubah dikerjakan oleh si Amirul ni.. Sabor jerlah**


Tuesday, September 8, 2009

Mengapa Jalan ini yg dipilih...

Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi. Aku cam biasalah dah kira habis sahur la. So dok rileks jap sementara nak sembahayang subuh. Pas tu nak tidur semula. Maklumlah keja masuk kl 9:30 am.

Tiba-tiba, aku dengar suara jiran jiranku agak riuh rendah jugaklah."MATI" MATI? MATI?. Ha itulah perkataan yang aku dengar. So.. aku dan hubby hanya mengagak yg berlakunya kemalangan yg menyebabkan kematian. Selepas solat subuh aku terus ja tidur. Tak pedulikan lagi tentang kemalangan. Aku ni jenis takut sket..

Jam pukul 9:00 pagi aku hantar Amirul ke rumah baby sitter. kemudian, aku dengar berita yang menggemparkan!!!!!!!
sebenarnya, anak jiran aku yang tinggal di sebelah jalan sana, telah menggantung diri!!!!.
Ya Allah, kenapa jalan ini yang dipilih oleh hambamu itu. Semasa polis datang mengambil mayat tu, ada tiga helai nota yang ditinggalkan sebagai bukti nahawa dia memang membunuh diri. Masalah apakah yg dialami oleh remaja 21 thn ini????
Sesungguhnya aku tak pernah menyalahkan sesiapa pun dalam soal membunuh diri ini. Bagiku, hanya Allah yg dapat menetuka keadaan hambanya sewaktu membunuh diri. Sama ada dilakukan dengan sengaja atau diganggu makluk lain. Wallahualam....
Alfatihah.. semoga rohnya dicucru rahmat.
*Janganlah engkau membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepada kamu. (an-Nisa:29); *

Berbelanja...

Ok lah, aku sambungkan citer semalam k.

Sebenarnya aku ngan adik ipar aku tu tengah plan nak gi terjah umah sewa adiknya yg terletak kat kulim sinunnnnnn. Dia student Politeknik Sultanah Bahiyah, kulim. So kami plan nak gi terjah umah dia la. Sebelum pergi tu aku gi shopping barang dapur kejap...

Budak kecik ni kena letak dalam troli kalau tak memang boleh ilang. Aku shopping barang - barang basah ja. Sebab plan kami nak pergi buka puasa kat sana. Memandangkan dorang tu budak sekolah, so paham pahamlah. hari -hari makan beli , mana ada masak masak. Aku plan nak masak kari ikan kering dengan Nenas, Sambal Udang & ayam masak kunyit.

Pas tu, adik ipar aku nak makan budu, cicah ngan kacang hijau muda.


Setelah dicongak congak aku rasa lebih baik masak kat umah dan tapau gi umah dia jer. Diorang pun tinggal berlima di tambah kami 4 org. so 9 orang la yg akan berbuka nanti. Aku pun mulakan strategi aku untuk masak untuk di makan oleh 9 orang....



Tengoklah tu, semuanya barang dapur ja yg ada dalam troli tu. Shopping untuk baju raya??? mood aku tak datang lagi lah. Cam tak teruja lak raya thn ni...

Ha... masa aku tengah dok syok snap gambar Amirul tu, tetiba ja mamat security datang and bagi warning kat aku. "Kak.. kat dalam ni tak boleh ambik gambar". La.. tak tau plak aku yg tak leh nak bergambo... So tersipu sipu malu la kau dibuatnya.



Tengoklah tu, Si Amirul dengan mak Tam dia. Dulu kami tinggal sekali. So Amirul rapatlah ngan Mak tam dia. Bila Mak tamnya dapat kerja kat Ipoh berjauhan la. Sekarang ni la masanya dorang ni mengubat rindu.....

P/s. Wa... rindu gak ko noh kat kak T & Mirul. Siap wat edisi terjah lagi. Apa apa pun tima kasih la sudi datang memeriakan lagi Ramadhan kami sekeluarga..



Monday, September 7, 2009

Rumahku Diterjah...........

Saja nak bertenggek kat sini jap.....


Jumaat lepas, hubby kerja shift malam. So selepas sembahyang magrib aku bertadarus jap. Masa aku tadarus tu, Amirul cam biasalah bertenggek kat tepi sejadah, pas tu terlentok teruslah....



Setelah selesai semuanya, aku rilek sambil menonton TV. Tiba-tiba....

knock.. knock... pintu rumahku diketuk.Hairan gak sapa le memalam ni, takkan hubby balik kot. Ketuk ja, salam tak bagi pun. Aku beranikan diri tanya, Siapa???????

Tak jawab pun. tetiba aku dengar suara perempuan yg bagi salam......... "PEREMPUAN" Malam malam gini. aku tanya lagi SIAPA?????...

Hish... wat gejut aku memalam ja, adik ipaq aku yg kerja kat Ipoh tu wat surprise terja mah aku lak. Sib baik aku tak balik kampung. kalau tak naya ja kan...

Aku cuba gak kejutkan Amirul yg sedang enak berlayar di atas tilam empuknya tu. Tapi tak mahu bangun gak. So aku borak borak kejap dan kami plan nak ke...... tut.. tut... bersambung....

Wednesday, September 2, 2009

Aku hilang semuanya....

wua... wua...
Kesedihan menyelubungi hidupku, tatkala aku hilang semuanya. Puas aku lakukan untuk mendapatkannya kembali, tapi, tapi ia pergi jua... oh kesedihan ini meruntun hatiku..
Argh... yg pergi biarkan, yg penting hidup mesti diteruskan. Kutabahkan hati kewanitaan ini untuk menghadapinya dengan tenang.
Aku sepeti biasa kat office menjalankan rutin harian ku. Disebelahku, aku charge battery Hpku.Aptah lagi Hp ni, Boss aku yg bagi thn lepas. Hampir dua thn aku guna. Tiba-tiba... POPS...... Office aku blackout!!!!!!!!!. Asap keluar dari plug yg aku charge hp aku. Cepat-cepat aku unplugkan Hp aku.
First Phone yg Boss aku bagi
Than aku belek belek Hp aku semuanya ok ja. Syukur.....
Bila malam, ah HP aku tak berbateri pulak lagi, aku kena charge ni. Aik??? naper tak masuk karan ni??? aku pegang HP, wush panas giler... aku cepat cepatkan unplug. silap haribulam umah aku pulak yg meletup.
Pas tu aku hantar pi repair, than dorang cakap HP aku tak boleh repair and semua maklumat didalam tu "HILANG SEMUANYA"... WUA!!!! WUA!!!!!
Sedih sesangat tak dapat nak copy semua no tel kengkawan termasuk kaum kerabatku.
So.. hampir sebulan aku dok bergilir guna Phone hubby, sementara dok riki phone yg sesuai. Timing tak sesuai la, tambahan pulak nak raya,nak pakai duit plak tu. So aku plan nak beli yg murah jer la. TEMPORARY. Tak sangka pulak Boss perasan aku tak ada phone...
Maybe, dia call aku tak dapat kot.
x
x
x
x
x
x
x
x

Tara.... HP baru, boss kasi.
Sabtu lepas, aku tak jadi pergi kerja sebab sakit tengkok. " Jatuh Bantal" Monday aku datang kerja aku tengok, ada orang photostate phone letak kat atas meja aku. Pelik, naper nak susah susah photostate phone plak. Nak perli aku la tu, kan aku tak ada HP. Than pukul 12:00 bos datang, pas tu dia bagi aku phone baru. sonotla, cam orang ngantuk dosorong bantal plak.
Walaupun phone ni tak berharga ribu ribu, tapi "Price is not the matter" the important is about concern...
So untuk boss aku Mr. Por, Thank you sebab dah dua biji phone ko bagi aku. satu dah lingkup, harap harap yg ni tahan lama kot. he.. he...

Like Father Like Son............

hish... dah bersawang blog aku ni.Maaflah sibuk sangat di Bulan mulia ni. Nak habiskan 30 juzuk al-quran. So sehari satu juzuk la. Ntah la sempat ke tak. Tiap tiap thn aku buat tapi tak pernah sampai habis pun. Lepas berbuka, aku tadarus, memang tak layan dah tenet tenet ni. Kalau tak sempat habis malam, aku sambung selepas subuh plak.. cam tu la rutin harian aku di bulan mulia ni.

korang tengok tajuk kat atas tu len la plak ngan apa yg aku citer ni kan.. Sebenarnya itu selingan ja sebelum aku nak bagitau ttg persamaan hubby ngan anakku sorang ni.Sebenarnya, ramai yg cakap anak aku ni tak dak iras aku langsung. So untuk mensahihkannya korang tengokla sendiri k.



Ha..ha..., bila papa duduk kangkang anak pun kangkang jugak.eh eh spontan jer hb & Amirul ni posing. Mula tu aku tak ambik kisah sangat, tapi kebanyakkan photo yg aku snap memang menunjukkan yg mereka berdua ni mempunyai gaya yg sama la...





Ni lagi satu, walaupun duduk kat atas kerusi, masih lagi bergaya sama. Agak-agaknya bila dah besar nanti cam na ek?



Wednesday, August 26, 2009

Penghijrahan di Bulan Mulia...


Monday morning, aku receive e-mail yg bertajuk "Kik Kik Kik ". dari kawan aku Gee. Fenin jugak, mende la yg dorang nak bagi tau aku, tajuknya bunyi cam lawak jer. So cepat cepat la aku bukak e-mail tu.. Ups.. gambaq sapa la ayu sesangat...Korang nak tau gambar apa? Tunggu yerk..
Di bulan Ramadhan yang mulia, tatkala umat islam berpusu-pusu meningkatkan amal ibadat, tak ketinggalan kawanku yang berdua ni..Memang dorang ada bagi tau yang dorang nak berhijrah bila tiba Ramadhan. So aku sonot sangat ngan pengakuan dorang tu. Bagi aku dorang ni baik. Oklah, asyik dok cakap jer ttg hijrah dorang saja. Korang nak tau hijrah apa??????
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Surprise!!!!!!! Dah Pakai Tudung
Ha ni la photo terbaru dorang sempena ramadhan thn ini. Nampak tantek woo.. dorang dah tunaikan niat dorang yg nak bertudung tu. Aku suka sesangat la, maklumlah hijrah untuk kebaikan. Diharap Allah akan sentiasa menjaga hati mereka. Amin...
Mungkin korang tak kenal, saper dorang ni, baiklah aku tunjukkan wajah dorang yg sebelum ni tak bertudung.
+
+
+
+
*
*
*
*
*
*


Ha... nilah wajah dorang sebelum dorang bertudung. Lainkan, lebih ayu bila bertudung. Alhamdulillah, bertudung litup kawan aku ni. "Tiada siapa yg dapat merubah seseorang itu melainkan dirinya sendiri"...


Untuk marina & Gee..
Tercapai gak hasrat korang nak pakai tudung noh. Tak pa mula-mula tak biasa, lama-lama ok lah. syok gilerrrrr tengok gambaq ni, rasa cam nak peluk cium korang berdua.Love uols...........