Monday, September 14, 2009

Aku Qada' ja marahku itu...

Aku cuti dua hari..
sibuk mengemas rumah & shopping raya...
Macam biasa la, bila petang ja aku memulakan rutin harianku, memasak untuk berbuka.
Dialog pertama:-
Aku: Amirul... tutup TV masuk mandi, dah lewat ni.. berapa kali nak cakap???
Amirul: Sat.. sat gi mirul mandi la
Aku: sat gi, ibu pi siap....( nada marah)
Amirl: ( selepas menonton iklan minyak Masak)
tiba-tiba:- Ibu... ibu.... nanti ibu beli minyak masak mcm kat TV tu
ibu masak dengan cara betul tau
jangan masak tipu-tipu.
Aku: hai.. ( Selama ni aku masak tipu tipu ka? tak faham maksud tersirat iklan tu rupanya, nak gelak pun ada...
hilanga marah aku.
Dialog Kedua:-
Amirul: Ibu... jom la pi Pasar Ramadhan, Mirul nak beli Bunga Api
Aku: Ibu tengah sibuk ni, nanti papa balik ajak dia la..Ibu tak gaji tak ada duit
( cari helah)
Amirul: kalau cam tu beli "Thomas" ataupun mercun... jom la ibu.
Aku: Amirul ni.. kalau ibu cakap "A" mirul jawab "B" kalau ibu cakap "B" Mirul jawab "C".
Amirul: ok lah "C"...
Aku: Apa??@#@@###
Amirul: "C" la, tadi kan ibu cakap C, kalau mirul cakap lain, ibu marah plak..
Aku: qda' ja la marah aku tu...
Dilaog Ketiga:
( Amirul & Tok dia) Loud speaker (HP)
Amirul: Hello.. Assalamualaikum...
Tok: W'salam... ( lepas borak borak)
Bila Amirul nak balik umah tok?
Amirul: Tu la mirul heranlah... bila, depa dua ni nak balik.
mirul memang nak balik, depa dua dua ni tak mau balik...
Aku: geram.... siap buat gosip lagi ngan tok dia. Aku & hubby yg jadi mangsa
Amirul... amirul...

Saturday, September 12, 2009

Aku rasa di sayangi...........

Wah.. wah.. bahagianya bila rasa diri ini disayangi...
hish.... rasa cam nak nyanyi lagu brorey
Biarlah bulan bicara sendiri....
biarlah bintang kan menjadi saksi
hingga sampai akhir nanti..
cintaku masih tetap di sini...
che wah.. chwewah... jiwang la pulak..
Hmmm... sukanya aku snap gambo cam gini. rasa cam kasih sayang yg aku beri seperti di balas oleh sikecik ni. Dulu dia parking kat dalam perut.. sekarang ni dah parking kat dada aku la pulak. best kan.. rasa bahagia....



Tak kisahlah, kat mana mana pun dia mesti nak sayang kat pipi aku yg tak berapa licin ni. kahhhhh.... selalunya part cam gini dia suka buat masa kami dalam keta. dia kat belakang. so sebelah kiri sayang ibu, pusing kanan pulak cium pipi papa yang sedang drive....
Aksi ni aku suka gak. aksi laga-laga pipi.. dulu masa dia kecil, aku yang kena dekatkan pipi aku kepadanya. Tapi bilah dia dah 4thn dah dia sendiri yg datang. Rasa best wooo.... Bagi korang yg anak masih kecik mecik tu, tunggulah korang pun akan terima gak tindak balas cam gini.
tinggu.............



Aksi peluk peluk..
Ha masa ni dia cakap: " Ibu.. peluk la.., Amirul sejuk ni". So aku peluk. Then Mak Tam yg snap photo ni. Oklah aku bagi credit untuk adik ipaq aku.. Thanks Wa....
Hubby???? ups.. dia tak join kitorang masa ni, sebab sedang wat tahi mata kat umah. yer la, dia kan kena shift malam.. so siang ari, tidooo ler..
" Cam lagu nenek kebayan, Siang mengantuk malam berjaga"
Tak kisah la.. berjaga cari rezeki untuk kami sekeluarga.. betul tak bang?????


Friday, September 11, 2009

Aku Sebenarnya Penakut..........

Tanpa kusedari.. masa berlalu pergi begitu saja...
dari hari kehari aku meniti usia..
Hari demi hari maka bertambahlah gedabaknya badan aku ni...
tapi aku tak kisah sangat aku enjoy dengan saiz aku... betul kah????
walaupun badan aku dah gedabak cam gini, aku sebenarnya penakut...........

Aku tekaut dengan benda alah ni lah. Memang ngeri bila aku tengok bahana mercun ni. Pernah gak boss aku nak bagi mercun untuk celebrate raya, aku tolak. Bunga api ok la.
Aku bimbang keselamatan anak aku ....

ha.. ha...nampak asap jer yg keluar, inilah akibatnya kalau juruphotonya penakut nak dekat. tapi masih nak ambik gambar. Dari jauh jer k. Aku memang takut!!!!!!


tiup. tiup nanti api terpadam...

Yg paling lawak tu, kat umah adik ipar aku tak ada "lighter"/mancis. so kena la ambik paper than bakar paper tu kat dapur gas. lepas lari sepantas kilat kat depan umah, untuk cucuh mercun tu. kahhhh.. ala-ala larian obor gitu....


kahhhhhh........ memang dasar penakut!!. Aku cuba gak snap gambar mercun ni masa dia sedang galak berpusing pusing. tapi hempeh... aku memang takut nak snap. last last dapat gambar cam gini la....



Aku memang bimbangkan keselamatan budak kecik ni. So aku suh dia dok jauh jauh. mesti tak fun kan?? tapi apa boleh buat aku risau sesangat kalau soal mercun ni. Ingat lagi tahun lepas bos aku kasik mercun papan yg cina selalu bakar tu. Aku letak kat atas pokok, pas tu guna kayu yg panjang untuk cucuh. kahhh... tahap kepenakutan aku ni memang serious la...



Tengok tu, sempat lagi bergaya dengan paper obor tu,


Ha.. ha.. sebelum mercun tu berfungsi aku sempat gak snap. tapi bila dah berapi keluar bunganya aku ambik langkah seribu lari jauh-jauh...
P/s. Kalau sesiapa yg nak main mercun jangan ajak aku k. Mesti tak fun punya kalau aku join sekali. Maklumlah akuni "Sigedabak penakut"....


Thursday, September 10, 2009

Jangan Tiru aksi ini.........


sedar tak sedar dah 20 hari kita berpuasa...
yeh yeh nak raya dah....
hish.. bukannya nak citer pasal raya..
ceritaku masih lagi berkisar tentang Amirul anakku ini...
korang tengoklah apa yg dah dilakukan olehnya..
**
*
*
*
*
*
*
*



kay-po nak isi minyak
Pernah tak korang tengok warning kat pam minyak tu ada tulis yg budak bawah umur tak dibenarkan mengepam minyak..
dah berkali kali cakap ngan hubby, tapi Si Amirul ni memang key-po lah


hehaaa... papa ajar ok.
Patutla kalau marah tak makan saman. Mentor dia tu siapa kan... PAPA sendiri..


Merajuk......

Ha.. masa ni dia tengah merajuk sebab aku marahkan dia tak kasik isi minyak. Dengan muka masam dia nyorok kat pintu keta.Nak mengacum kat PAPA la tu, sebab aku marahkan dia..Susah kan nak bagi budak kecik ni faham tentang bahaya yang bakal menimpa jika tersilap langkah.




Akhirnya.... dapat gak dia memanipulasi kami untuk membolehkannya mengisi minyak keta. Hai Amirul... ni la akibatnya kalau semua benda nak belajar, semua benda nak buat. fenin.. fenin.



** hati hati ya, jangan tiru aksi ini , mebahayakan diri dan orang lain jugak***

Wednesday, September 9, 2009

Sejuk pun layan..........

Ha.. ha.. ini selingan jer.. bukannya apa rasa geletek hati ni bila tengok perangai si Amirul yg entah apa-apa tu. Korang mesti ingat lagi kan, di awal kita menyambut ramadhan tu hujan berhari-hari.
So kami sekeluarga tak plan untuk ke mana-mana pun, just lepak kat umah ja. Aku plak tak boleh nak sentuh labtop lansung. mana taknya si Amirul tu control habis...
tengoklah tu walaupun dalam keadaan sejuk, siap ambik selimut kemudian sambung men game kat pc. Dah boleh dikategorikan " Berbungkus Bangkas". Ala seperti dialog lam citer P. ramlee tue.
Kusyuk tul si Amirul ni men game. mana tak nya, hubby panggil kawan dier yg terror It tu datang umah, upload game masuk. Game kanak kanak seusia dier la.
Keasyikan Amirul ni men game, kadang kadang boleh wat hubby terbakar gak. Mana tak nyer hubby nak baca paper pun tak boleh. (baca paper dalam PC).

Dah jadi cam pocong dah si Amirul ni. Kalau hubby sedang baca paper kat Pc Amirul akan cakap " Papa ni asyik paper, paper, paper, Mirul nak main game pun tak boleh, Lemaslah cam ni". Hish.. macamlah main game tu penting sangat. Saja dia nak wat riuh....
** Wallpaper kat PC tu hari hari berubah dikerjakan oleh si Amirul ni.. Sabor jerlah**


Tuesday, September 8, 2009

Mengapa Jalan ini yg dipilih...

Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi. Aku cam biasalah dah kira habis sahur la. So dok rileks jap sementara nak sembahayang subuh. Pas tu nak tidur semula. Maklumlah keja masuk kl 9:30 am.

Tiba-tiba, aku dengar suara jiran jiranku agak riuh rendah jugaklah."MATI" MATI? MATI?. Ha itulah perkataan yang aku dengar. So.. aku dan hubby hanya mengagak yg berlakunya kemalangan yg menyebabkan kematian. Selepas solat subuh aku terus ja tidur. Tak pedulikan lagi tentang kemalangan. Aku ni jenis takut sket..

Jam pukul 9:00 pagi aku hantar Amirul ke rumah baby sitter. kemudian, aku dengar berita yang menggemparkan!!!!!!!
sebenarnya, anak jiran aku yang tinggal di sebelah jalan sana, telah menggantung diri!!!!.
Ya Allah, kenapa jalan ini yang dipilih oleh hambamu itu. Semasa polis datang mengambil mayat tu, ada tiga helai nota yang ditinggalkan sebagai bukti nahawa dia memang membunuh diri. Masalah apakah yg dialami oleh remaja 21 thn ini????
Sesungguhnya aku tak pernah menyalahkan sesiapa pun dalam soal membunuh diri ini. Bagiku, hanya Allah yg dapat menetuka keadaan hambanya sewaktu membunuh diri. Sama ada dilakukan dengan sengaja atau diganggu makluk lain. Wallahualam....
Alfatihah.. semoga rohnya dicucru rahmat.
*Janganlah engkau membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepada kamu. (an-Nisa:29); *

Berbelanja...

Ok lah, aku sambungkan citer semalam k.

Sebenarnya aku ngan adik ipar aku tu tengah plan nak gi terjah umah sewa adiknya yg terletak kat kulim sinunnnnnn. Dia student Politeknik Sultanah Bahiyah, kulim. So kami plan nak gi terjah umah dia la. Sebelum pergi tu aku gi shopping barang dapur kejap...

Budak kecik ni kena letak dalam troli kalau tak memang boleh ilang. Aku shopping barang - barang basah ja. Sebab plan kami nak pergi buka puasa kat sana. Memandangkan dorang tu budak sekolah, so paham pahamlah. hari -hari makan beli , mana ada masak masak. Aku plan nak masak kari ikan kering dengan Nenas, Sambal Udang & ayam masak kunyit.

Pas tu, adik ipar aku nak makan budu, cicah ngan kacang hijau muda.


Setelah dicongak congak aku rasa lebih baik masak kat umah dan tapau gi umah dia jer. Diorang pun tinggal berlima di tambah kami 4 org. so 9 orang la yg akan berbuka nanti. Aku pun mulakan strategi aku untuk masak untuk di makan oleh 9 orang....



Tengoklah tu, semuanya barang dapur ja yg ada dalam troli tu. Shopping untuk baju raya??? mood aku tak datang lagi lah. Cam tak teruja lak raya thn ni...

Ha... masa aku tengah dok syok snap gambar Amirul tu, tetiba ja mamat security datang and bagi warning kat aku. "Kak.. kat dalam ni tak boleh ambik gambar". La.. tak tau plak aku yg tak leh nak bergambo... So tersipu sipu malu la kau dibuatnya.



Tengoklah tu, Si Amirul dengan mak Tam dia. Dulu kami tinggal sekali. So Amirul rapatlah ngan Mak tam dia. Bila Mak tamnya dapat kerja kat Ipoh berjauhan la. Sekarang ni la masanya dorang ni mengubat rindu.....

P/s. Wa... rindu gak ko noh kat kak T & Mirul. Siap wat edisi terjah lagi. Apa apa pun tima kasih la sudi datang memeriakan lagi Ramadhan kami sekeluarga..