Thursday, November 11, 2010

Simpan kenangan di Puncak Mutiara

ingat tak kat N3 sebelum ni aku ada ckp yg the best moment ku awalkan 10 hari. sebab scheduleku pack dengan aktiviti. Tak sangka pulak hidupku akan menjadi sesibuk ini. Rasa macam 24 jam tu tak cukup pulak. hikss....

Aku letak intro ni dulu yer. Kalau nak tahu saat manis ku ini ku abadikan bersama si gieyana, . Mula tu ingat nak dinner date jer ngan dia. Bila ku fikirkan ttg kesuntukan masaku. Apa salahnya let her join together. Selalu dah kami berprivasi, so sekali ni nak ramai ramai sikit. Apa salahnya kan.. lebih ramai lebih meriah.
Memandangkan En. husband tak tahu jln, makanya Mr. Munir( suami si gieyana) lah yang jadi jurupandu ke tempat ni. hikssss. Termia kasih Gieyana & familly. you all memang sporting!!.



p/s. N3 lain ku cerita k, why that I said this is the best moment of us...


Wednesday, November 10, 2010

Ku pasrah jua..

Ku confius sebenarnya, nak telan mati mak, nak di luah mati bapak. Nak Marah, pada siapa? Cuma kat dalam hati ni hanya memeikirkan bahawa Allah yang lebih mengetahui perjalanan hidupku. Siapalah aku yer. Kalau nak guna kaedah kos lepas pun aku tak boleh dah..

Memang itulah pilihan yang ku ada. Aku harus memilih keputusan itu juga. tak perlulah nak dicongak congakkan lagi. kekadang rasa hampeh tul... semua ini kerana ku terpaksa memilih antara ;-

v

v

v

v


examku dan hari penyampaian hadiah anakku.


owh!! what kind of decision that i had to make? it hurt me right now. Selama beberapa minggu ini ku sibukkan diri dengan kelas mandarin amirul sebab amirul ada pementasan. pas tu, Amirul ada lagi persembahan membaca doa bagainya. Kiranya, Amirul ni memang aktif la kat sekolah. hehehe.. aku pulak try to give him 200% of attention.

Semalam, dorang cakap suruh Amirul masuk pertandingan pakaian muslim. Aku terpaksa tolak, sebab aku memang tak leh hadiri majlis penyampaian hadiah tu. bergenang jugak airmata bila terkenangkan di saat Amirul naik kat pentas ambil hadiah, pas tu buat persembahan semua tu.
Tapi aku tiada untuk sama sama menikmati moment tu...sob sob.. sob..

Tadi. ku dapat e-mail yang tertera ayat ni:-

Salam Siti,


Sabtu ni, terdapat 2 exam yang bertembung
iaitu exam PTD dan juga exam Mtest KPLI.


Kenapa ye bertembung?


Adakah ianya disengajakan? Mungkin juga.
Untuk memastikan calon memilih salah satu
kerjaya yang mereka lebih suka sekiranya
terpilih bagi kedua-dua exam ini..


exam MTEST KPLI dan exam PTD


Link semakan panggilan exam Mtest
-->http://kpli.moe.gov.my/mtest11/index.cfm


So, nampaknya bukannya schedule exam aku jer clashed,Schedule penyampaian hadiah amirul pun clashed jugak dalam ini cerita ka? mmmmm..... berapa banyak clashed da...

Hubby pulak kerja malam, so kena jugak attend majlis Amirul tu. Nak wat mcm manakan, mata dah blow blow pun kena la pergi jugak. demi anak yg tersayang.

nota:- Aku nak AMirul tahu, yg aku bukannya sengaja tak nak pergi ke Majlis Penyampaian Hadiah dia tu. Aku nak Amirul tahu yang aku memang teringin sangat nak bersamaya pada hari tersebut.

Tuesday, November 9, 2010

Macam ada 10 anak..

Sebelum aku celoteh lebih panjang lagi, aku nak kasi respect buat kaum kaum ibu yang ada anak ramai ni. gambar memang tak der kena mengena ngan topik k. untuk korang cuci mata jer . Asal tak boring dengan celoteh ku yang entah apa apa ni. hehehe... Cuma aku nak luahkan rasa hati. tu jerk.

upss.. lupa lak nak kasi tau yang anak teruna ku ini telah kuhantar untuk belajar "BAHASA MANDARIN" walaupun dia tak tahu nak menulis & membaca lagi ku tak peduli lah. asalkan dia boleh belajar basic pun dah kira ok la. Oleh kerana Amirul tak boleh membaca, ku minta izin kepada guru kelas bahasa mandarin tu untuk ku join sekali. Segala nota ku tulis dan boleh la ku ajar sepatah dua. Secara tak langsung "ibarat menyelam sambil minum air lah" sebab aku pun leh belajar sama.

Baru 3 kali kelas bermula, amirul dah pandai sebut 1-10, selamat pagi, tengah hari dan malam. Sabtu ni 13/11/2010 ada majlis penyampaian hadiah kat PASTI tempat Amirul belajar. Makanya ada pulak persembahan yang perlu Amirul ikuti. Tambahan pulak persembahan dalam Bahasa Mandarin. Makanya akulah yang sibuk. sebab kena buat gaya, sebutan sama mcm murid murid. hiksss.. masuk sekolah balik la aku ni yer.

Semakin hampir dengan hari persembahan semakin sibuklah aku dan Amirul. sebab tiap tiap malam kena berlatih. class start pukul 8.00. lepas jer sembahayang magrib, terkejar kejar aku ke sekolah utk latihan. kekadang sampai tak sempat nak masak utk makan malam hubby. Hai.. ku rasa mcm ada anak 10 org walaupun hakikatnya aku ada satu anak ja.




nota : nasib baik ler hari bersejarah tempohari, ku raikan 10 hari lebih awal. nanti ku sharekan the best moment tu kat sini yer...

Masak untuk siapa???

Bila familly lapar, sebagai ibu kita akan masak. Bila balik kampung kita jualah yang akan masak untuk parent. yer la takkan dah dengar org lapar kita nak wat derk ja kan. mestilah kena penuhi tuntutan perut orang yang tersayang. Tapi, bila kita lapar, apakah tindakan kita? masak jugak atau berkira kira nak makan kat luar.


Saja aku letak gambor curry kepala ikan kesukaan si suami & anakku. Adakah aku juga penggemar kari kepala ikan ni? persoalannya akan timbul. betul tak? Sebenarnya aku bukanlah penggemar kari. tapi sebab dek kegemaran 2 orang tersayang aku, aku masak ler dengan penuh kasih sayang..

closed sikit k. Kepala ikan kerapu yang memenuhi ruang mangkuk ni. Okey, sebagai suri utk anak dan suami kita akan masak sebab dorang suka. betul tak? kalau dorang makan sampai licin lagi ler happy hati kita ni, tul tak? Itu bermakna kita tak pernah pun kisah tentang kesukaaan kita. keutamaan untuk yang tersayang. Maksudnya, kita tak ler masak makanan kegemaran kita. tapi kegemaran dorang. bila kita akan masak makanan kegemaran kita??? hiksss aku pun terfikir jugak. Kekadang aku pun terfikir gak, aku ni gemar makan apa ek? adakah aku gemar makan makanan kegemaran anak dan suamiku?



hohoho... closed lagi dekat. biji mata kerapu tu. hubby suka dok korek korek biji mata tu.
begitulah agaknya yang berlaku semasa ibu kita masak untuk kita & ayah kita makan. pernahkah kita terfikir, apakah makanan kegemaran ibu. Yang kita tahu, asyik suruh mak masak makanan kegemaran kita. Pernahkah kita masak masakan kegemaran mak? jgn tak tahu ada juga mereka di luar sana yang tak tahu apakah makanan kegemaran Mak dorang.

Asal kita balik kg jer, mak akan masak makanan kegemaran kita. betul tak. itulah yang dinamakan ibu. Mcm tu jugaklah mak aku pun. Bila anak anak dah besar, kita pun akan lakukan perkara yang sama bila anak-anak kita balik jenguk kita.

nota:- Bilakah mak akan masak makanan kegemarannya???? korang boleh jawab?




Monday, November 8, 2010

Peristiwa Cheesy 6 pizza

hohoho... kali ni aku pulak nak jadi nuffnag nak promote pizza baru dari pizza hut. memang pizza ni penuh dengan cheese . tengok jer pizza dah tahu yang ianya dipenuhi dengan lautan cheese. aummm... nyum nyum nyum..

ha kau, sampai pejam pejam mataku makan. tambah pulak mkan time panas panas. menag hot lah....

Tapi, sebenarnya ada cerita disebalik ku order pizza ni. korang nak tau apa ceritanya? jeng jeng jeng.. ceritanya bermula cam gini. Aku order la pizza guna number 1-300-88-2525( home delivery). Beli yang pair deals .sebab nak kick lagi aku tambahkan toffing hawaiian.pas tu ku order side dish 2,mushroom soup,2, garlic bread & 2,salad.

Semua sekali harganya dalam 73.00 hinggit. pas tu datang ler delivery man tu kat office aku nih. sian dia datang hujan hujan ku bagi ler tips sikit. Aku pulak tak check betul betul. Lepas jer delivery man tu blah dari office. Aku tengok salad aku tak der la toffing. cam ner aku nak makan? then aku call no 1-300-88-2525 tu sekali lagi, cakap kat dorang yang aku tak dapat thousand islandnya toffing untuk salad.

10 minit kemudian aku received call dari sorang budak pompuan cakap , oleh kerana aku dah bagitau KL yg aku tak dapat thousand island toffing tu dia dah jadi complaint issue. lorrrr, bukan niat aku nak bagi dia kena marah. dah number tu ja yang aku ada. nak wat cam ner kan.

10 minit kemudian delivery man tu datang balik office & cakap yang toffing thousand island tu dia tertinggal kat dalam beg. lupa nak bagi . salah aku ker kalau dia terlupa? salah aku ker sebab tak check betul betul? yer la.. aku ingat semua dah ada dalam salad tu.

by the way aku mintak maaf sesangat kat pizza hut prangin mall tu sebabkan aku dia dah kena marah ngan KL. bukan niat aku nak bagi dia kena marah ngan KL. Maaf sesangat...


nota:- lenkali aku akan check betul betul sebelum delivery man tu blah dari office aku. ku pohon sepuluh jari mohon maaf. kalau sesapa yg kerja kat pizza hut terbaca N3 aku ni. tolong la sampaikan salam maafku kepada Pizza hut cawangan Prangin Mall yer..

Vacancy for "Penjual Gadis"

Ada jawatan kosong!!!! korang nak apply tak? mesti mahai gajinya kan.. kan..
Wah.. berani mati betul ler company ni. siap letak besar besar lagi banner kat tepi jalan. untuk jawatan" Penjual Gadis". Nampak mcm malaysia ni tempat pemerdagangan orang pulak.

So.. kepada gadis gadis di liar sana berhati hati . Kredit ku bagi kat empunya badan yang bernama " Muhamad Khair B. Hasan" sebagai juruphoto.


Tapi, aku rasa ler. Company ni tak pandai translate bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Sepatutnya, "Gadis Penjual" ler. kekadang kekeliruan mcm ni leh buat orang jadi marah, ketawa & mcm mcm tanggapan. betul tak?
nota:- thank to my friend sebab share this photo together. korang tafsirkan lah sendiri yer. credit jugak untuk STAR Paper..

Saturday, November 6, 2010

Sampainya hatiku...

Korang mesti dah biasa alami bila terlupa nak bawa handphone kan.. Rasa mcm life is not completed. Asyik dok ingat jer kat HP tu. Sapa la yang telephone, ntah ntah ada urgant thing pulak. Nak call kengkawan, no tak ingat sebab semua dah set kat dalam HP.


Tapi.. aku ni lain pulak, Hp ku tertinggal kat office pada 04/11/2010. Dah ler besoknya tu Hari Derepavali. Office lak tutup. Cam no nak buat ni?. Lalai sangat aku nih. Aku charge HP ku kat office, then masa nak pulang tu aku lupa nak ambil.


Memang kat kepala ni ingat nal call mak kat kampung. nak tanyakan khabar tentang banjir. Then dah 2 hari phone aku parking kat office. Hari ni, saturday aku tak kerja lagi. tapi saja datang office sebab ada orang bukak pintu. segera ler aku dapatkan HP ku itew.

punya la banyak misscall dari emak. terkedu ku seketika. SAMPAI HATI ku tak call mak. apa salahnya kalau guna telefon husband or public phone.



Then, aku terus fon mak. Mak terus ja nangis sebab dia call aku tak jawab. dah 2 hari dia cuba call aku. Mak risau kalau kalau apa terjadi kat aku. Mak pulak tak call phone husband. ishh.. mcm kebetulan la pulak.


Mak cakap air dah mula surut, then dia dah boleh keluar pergi beli barang. So, aku dah pun janji ngan mak akan bank in kan duit untuk dia. That day aku nak bank in dia tak leh nak withdraw sebab banjir teruk sangat.


p/s. Naluri seorang ibu sentiasa bersih dan luhur. kasih ibu tak pernah padam dan aku sebagai anak bersyukur sangat kerana mempunyai ibu yang begitu penyayang..