Ni ler sebenarnya aku celebrate kat Puncak Mutiara tu. Saja ku buat kejutan untuk suami. Memang dia tahu aku carry kek. tapi ku cakap yang kek tu untuk Nureen ( anak gieyana) kahhhhh... Bila sampai time nak potong kek ni ku ckplah ku buat special utknya. sebab kita sekarang sedang busy. Sonot tengok mukanya yang terkejut. Tapi still dok control depan Munir & gie. hikssss. MISI BERJAYA!!!!!
Friday, November 12, 2010
Best Moment!!! Hubby's B'day
Ni ler sebenarnya aku celebrate kat Puncak Mutiara tu. Saja ku buat kejutan untuk suami. Memang dia tahu aku carry kek. tapi ku cakap yang kek tu untuk Nureen ( anak gieyana) kahhhhh... Bila sampai time nak potong kek ni ku ckplah ku buat special utknya. sebab kita sekarang sedang busy. Sonot tengok mukanya yang terkejut. Tapi still dok control depan Munir & gie. hikssss. MISI BERJAYA!!!!!
Shamrin Meninggal Dunia..
Sambil aku riki riki photo nak di upload, chewah... sampai jer office bukan nak start kerja. tapi nak start wat N3 pulak.
Tetiba jer aku dengar news tentang Shamrine Fotograph yg femes ngan lagu " Di Alam Fana Cinta" telah meninggal dunia akibat Heart Failure. Terkejut gak aku. sebab.....
( photo ni aku copy dari besutifulnara.com)Cerita dari hubby..
Peristiwa ni berlaku di Teluk Tempoyak, kat area umah aku gak ler. Ala.. Teluk Tempoyak yang femes ngan Restoren Seafood. Dodulu aku rajin gak makan kat sana. Sejak rega makanan dah jadi mahal siut, aku tak mo dah makan seafood kat sana.. hehehe..
that day, ( tarikh lupa lak) hubby gi ler teluk tempoyak untuk bayar sewa umah. Tetiba tengok orang punya ramai berkumpul. Tengok apa la dorang tu ek? hubby pun jadi ler kay po chi kejap. gi join the club. sampai jer dekat ngan tempat kejadian, hubby terus ngeletor lutut...nak tahu apa dia nampak? and apa yang orang ramai kerumun kat situ?
Sebuah keta Mercedes terjatuh kat dalam laut. Pemandunya meninggal. Alfatihah. Muda lagi pemandu tu, dengar khabar isterinya sedang mengandung. sian kan..Melalui citer org kat situ, masa kejadian ujan lebat sangat. Then, Arwah terlupa nak bawak HP, masa keluar tu. then, dia patah balik,on the way dia drive back tu le, dia loss control then termasuk ke dalam laut.
Lagipun, jalan untuk ke Teluk Tempoyak tu memang bercuram & kona siku lagi tu. Kalau korang tengok bentuk jalan pun korang leh agak cam na keta ni leh terbabas masuk dalam laut.
note:- ku rasa memang tagis ler kejadian ni, tak terbayang saat arwah terperangkap di dalam keta yang dilimpahi dengan sair. Ya Allah cucurkan rahmat ke pada Arwah. Amin. AL-FATIHAH..
Thursday, November 11, 2010
Simpan kenangan di Puncak Mutiara
Aku letak intro ni dulu yer. Kalau nak tahu saat manis ku ini ku abadikan bersama si gieyana, . Mula tu ingat nak dinner date jer ngan dia. Bila ku fikirkan ttg kesuntukan masaku. Apa salahnya let her join together. Selalu dah kami berprivasi, so sekali ni nak ramai ramai sikit. Apa salahnya kan.. lebih ramai lebih meriah.
Memandangkan En. husband tak tahu jln, makanya Mr. Munir( suami si gieyana) lah yang jadi jurupandu ke tempat ni. hikssss. Termia kasih Gieyana & familly. you all memang sporting!!.Wednesday, November 10, 2010
Ku pasrah jua..
Ku confius sebenarnya, nak telan mati mak, nak di luah mati bapak. Nak Marah, pada siapa? Cuma kat dalam hati ni hanya memeikirkan bahawa Allah yang lebih mengetahui perjalanan hidupku. Siapalah aku yer. Kalau nak guna kaedah kos lepas pun aku tak boleh dah..
Memang itulah pilihan yang ku ada. Aku harus memilih keputusan itu juga. tak perlulah nak dicongak congakkan lagi. kekadang rasa hampeh tul... semua ini kerana ku terpaksa memilih antara ;-
v
v
v
v
examku dan hari penyampaian hadiah anakku.
owh!! what kind of decision that i had to make? it hurt me right now. Selama beberapa minggu ini ku sibukkan diri dengan kelas mandarin amirul sebab amirul ada pementasan. pas tu, Amirul ada lagi persembahan membaca doa bagainya. Kiranya, Amirul ni memang aktif la kat sekolah. hehehe.. aku pulak try to give him 200% of attention.Semalam, dorang cakap suruh Amirul masuk pertandingan pakaian muslim. Aku terpaksa tolak, sebab aku memang tak leh hadiri majlis penyampaian hadiah tu. bergenang jugak airmata bila terkenangkan di saat Amirul naik kat pentas ambil hadiah, pas tu buat persembahan semua tu.
Tapi aku tiada untuk sama sama menikmati moment tu...sob sob.. sob..
Tadi. ku dapat e-mail yang tertera ayat ni:-Salam Siti,
Sabtu ni, terdapat 2 exam yang bertembung
iaitu exam PTD dan juga exam Mtest KPLI.
Kenapa ye bertembung?
Adakah ianya disengajakan? Mungkin juga.
Untuk memastikan calon memilih salah satu
kerjaya yang mereka lebih suka sekiranya
terpilih bagi kedua-dua exam ini..
exam MTEST KPLI dan exam PTD
Link semakan panggilan exam Mtest
-->http://kpli.moe.gov.my/mtest11/index.cfm
So, nampaknya bukannya schedule exam aku jer clashed,Schedule penyampaian hadiah amirul pun clashed jugak dalam ini cerita ka? mmmmm..... berapa banyak clashed da...
Hubby pulak kerja malam, so kena jugak attend majlis Amirul tu. Nak wat mcm manakan, mata dah blow blow pun kena la pergi jugak. demi anak yg tersayang.
Tuesday, November 9, 2010
Macam ada 10 anak..
Sebelum aku celoteh lebih panjang lagi, aku nak kasi respect buat kaum kaum ibu yang ada anak ramai ni. gambar memang tak der kena mengena ngan topik k. untuk korang cuci mata jer . Asal tak boring dengan celoteh ku yang entah apa apa ni. hehehe... Cuma aku nak luahkan rasa hati. tu jerk.
upss.. lupa lak nak kasi tau yang anak teruna ku ini telah kuhantar untuk belajar "BAHASA MANDARIN" walaupun dia tak tahu nak menulis & membaca lagi ku tak peduli lah. asalkan dia boleh belajar basic pun dah kira ok la. Oleh kerana Amirul tak boleh membaca, ku minta izin kepada guru kelas bahasa mandarin tu untuk ku join sekali. Segala nota ku tulis dan boleh la ku ajar sepatah dua. Secara tak langsung "ibarat menyelam sambil minum air lah" sebab aku pun leh belajar sama.
Baru 3 kali kelas bermula, amirul dah pandai sebut 1-10, selamat pagi, tengah hari dan malam. Sabtu ni 13/11/2010 ada majlis penyampaian hadiah kat PASTI tempat Amirul belajar. Makanya ada pulak persembahan yang perlu Amirul ikuti. Tambahan pulak persembahan dalam Bahasa Mandarin. Makanya akulah yang sibuk. sebab kena buat gaya, sebutan sama mcm murid murid. hiksss.. masuk sekolah balik la aku ni yer.
Semakin hampir dengan hari persembahan semakin sibuklah aku dan Amirul. sebab tiap tiap malam kena berlatih. class start pukul 8.00. lepas jer sembahayang magrib, terkejar kejar aku ke sekolah utk latihan. kekadang sampai tak sempat nak masak utk makan malam hubby. Hai.. ku rasa mcm ada anak 10 org walaupun hakikatnya aku ada satu anak ja.nota : nasib baik ler hari bersejarah tempohari, ku raikan 10 hari lebih awal. nanti ku sharekan the best moment tu kat sini yer...
Masak untuk siapa???
Asal kita balik kg jer, mak akan masak makanan kegemaran kita. betul tak. itulah yang dinamakan ibu. Mcm tu jugaklah mak aku pun. Bila anak anak dah besar, kita pun akan lakukan perkara yang sama bila anak-anak kita balik jenguk kita.
nota:- Bilakah mak akan masak makanan kegemarannya???? korang boleh jawab?