Friday, December 24, 2010
Sibuk Benar...
Kerja memang tengah menimbun. Selalunya kalau tak dapat setel, aku akan clearkan on saturday. Tapi, Saturday ni. Hari Cristmas la pulak. Office closed. Then Monday aku ada dating dengan Doktor Pakar lagi. Dah tentulah half day kerja kan..
Wuish..memang aku busy sesangat. Banyak barang kena setel. Nanti ada masa aku jengah umah korang yer.
Wednesday, December 22, 2010
Keputusan adalah MUKTAMAD!!!!!
Tapi, sob..sob... Memang sedih bila dikenang. Dah rancang dari awal. Tapi apakan daya "Kita Hanya Merancang, Tuhan yang Menentukan"
Hasrat hati nak ke Pulau Lagenda di musim cuti sekolah terpaksa di BATALKAN!!!!!
Minggu lepas, ku jumpa Dr. Pakar untuk memantau kesihatan ku ini. Memang sedih dengan jawapan Pak Doktor. Bila beliau mengatakan kondisi badanku memang pada tahap yang sungguh lemah. Meantime, di nasihatkan aku tidak bertravel atau melakukan kerja kerja berat.Hati ku memang membuak buak utuk mengkualitikan masa kami sekeluarga di Pulau Lagenda. Hubby pun dah siap simpan budget & aku pun dah simpan untuk berbelanja sakan.
So, semalam husband dah kata, kita batalkan sajalah, sebab awak pun tak bapa sihat. Bila dah sihat kita pergi yer. Terharu dengan keperihatinan suami and at the same time sedih jugak. Aku akur jer sebab yang sakit tu aku bukannya dia, betul tak????
nota:- Rutin ku sekarang hanya pergi kerja & balik kerja jer. Kalau nak beriadah pun, yg dekat dekat ja.Sian Amirul tak dapat makan angin di cuti sekolah ni. Maafkan ibu..sob sob sob..
Tuesday, December 21, 2010
Kenduri adik Mak Ndak
kenduri yg simple ja. anak last la katakan. Adik Mak ndak lelaki. Masa kami datang tu pengantin lelaki dah salin baju pun. tinggal la pengantin pompuan yang still cantik molek. So, dapat la ku snap sekeping photo ni.
Ini la Mak Ndak aku. Orang Padang Sanai. Kuala Nerang. Kira dekatlah umah Mak Ndak ngan Umah Mak aku di kampung tu. Uits..
hohoho..tak sempat nak ready. mak pejam mata. Pak ndak pulak mcm nak marah jer.
Dapat gak sekeping gambar aku ngan Mak ndak. Seingat aku, ni ler gambar aku ngan Mak Ndak yang ada pun. Tak per, at least boleh wat kenang kenangan.Mak ndak ni pun macam aku jugak. anak dia sorang jer. sekarang dah Form 3, anak dara dia tu.
abaikan pics hubby & pak ndak. Perhatikan si amirul tu. Bersila baik punya kat atas tanah. Habis seluar kotor.Monday, December 20, 2010
Ibu, Tak Payah Beli Menan.
Kekadang kat Pasar Malam pun dia nak rembat. Sampai, aku suh berjanji dulu sebelum dia ke Pasar Malam. Kalau nak beli menan tak yah pi Pasar Malam. Janji la konon. Kat umah janji bila sampai jer kat meja menan, lupa habis janji tu.
Nak wat apa menan banyak banyak. dah tak der tempat nak simpan.
Sejak akhir akhir ni, kami ada taktik baru. kami buat buat lupa ttg Pasar Malam. Tambah pulak sekarang musim hujan, so tak leh ler nak pergi Pasar malam. Aku pulak sekarang tak berapa sihat, so tak leh ler nak nek Motor Pergi Pasar Malam. Papa Amirul pulak, banyak kerja malam, tak leh la nak teman Amirul ke Pasar Malam.
Bila kat Umah di concour TV. channel 611 ler. Kalau nak tengok channel aku, kena pujuk mcm mcm. Naik nyampah gak aku. Tetiba dia datang satu Idea pulak.
Sampai nak bernanah telinga kami ni dok dengar dia mintak nak masuk Gerak Geri Gasing tu. Bila kami tak kasi beli menan, dia akan cakap. Mirul suh bawak mirul masuk gerak geri gasing tak mau.. Friday, December 17, 2010
Pesta Pulau Pinang 2010
Macam biasa, Amirul akan belek belek dulu keta menan sebelum jalan. Mcm la dia tau . hiksss
Cik hubby dengan setia carry segala benda makanan aku dan apa jua yg dibeli oleh kami anak beranak.
Yang aku angin kat sini ialah permainan Water Jumping ni. Memang tak berbaloi la ku rasa. Mana taknya. Bayar 6 ringgit utk 3 token. Pusing satu round jer. Tak sampai seminit. Nampak sangat cekik darah. Kalau mcm ni la kekdahnya Pesta Pulau Pinang. tak yah ler dok pergi...
Tapi.. nak wat cam na kan, Putera kesayangan asyik menyanyi ja nak pergi Pesta ni. Nak Tak nak kenala penuhi keinginannya tu. Sib baik dah tak mintak nak pergi sekali lagi.
Nak tangkap gambar ngan ular ni, kena bayar RM10.00 hinggit.
wuitsss... naik ngan marka noh....hehehehe...( speaking penang sat)
tengok tu.. punya la ramai orang. kena perhatikan Amirul betul betul. Silap haribulan boleh hilang dalam kumpulan org tu.
Sebelum balik, aku nak usha hantu ni jap. Ko tengok aku, aku pun nak intai ko sama. Tak masuk pun rumah hantu. tak best mana pun. nak cakap seram.. hampeh, langsung tidak.
( kalau sapa rasa poket penuh tak tau nak buang duit tu kat mana, mai ler Pesta Penang)
Lori Sampah
Biasalah aku ni. tat kala org lain sedang bekerja kat office jam 9:15 pagi. aku masih lagi on the way nak ke office. Nak cakap time aku pergi kerja tu jam, tak der la. sebab org lain kebanyakkannya dah pun punch card kat office. hehehe..
Sejak aku insaf ni, dah tak naik Motor pergi kerja. Aku drive ari ari pergi kerja tau. Masa aku nek motor dulu tak ler perasan semua menda ni. Tapi pagi ini... pagi ini...
Mungkin lori sampah yg tutup semua tu biasalah kita tengok kan. Tapi ada syarikat konsensi sampah kat Penang ni guna lori yang tak der penutup kat cabin tu. Apa lagi, tengah aku asyik mendengar sinar FM. tetitba melayang satu kertas besar. kecepuk parking kat windscreen keta aku. Mak ai, gelabah ler aku. sebab dah tutup ruang melihat aku.Panik tahap tenuk, risau la aku mana tau kat depan tu ada motor ker, org ke yg lintas. Cepat cepat aku bukak cermin tingkap. Then lepas tu kertas tu terbang. Nasib baik.
Ha.. lori tu lebih kurang cenggini la. ternganga ja cabin tu. Apa lagi, bila bawak laju, memang habis terbangla sampah kat dalam tu. terutama sekali kertas yg ringan. bertaburan kat Jalan. Kalau objek keras yang jatuh, bukankah membahayakan org lain. Hish.. jgn nak kejar trip jer bang oi... keselamatan harus di utamakan.Mentang mentang la time tu tak jam, korang speeding jer ya. Ni bukannya pungut sampah. Ni namanya tabur sampah.Mungkin tak der org complaint kot. sebabtu la dorang drive bak raja di jalanan... hehehe. Nak jadi karam Singh waliah ka aku ni?
"Ibarat pahat tidak bergigi( Pahat mana ada gigi)
Apa nasihat hendak kuberi."
Thursday, December 16, 2010
Bubur Assyura
( kredit kpd empunya gambar)
Aku suka sangat time tengah panas. cedok masuk kat dalam daun pisang. pergh.. memang best. Selalunya MIL yang rajin buat Assyura dalam kawah. yer la, keluarga suami kan ramai. kenalah buat banyak. baru makan puas.
Tapi, sekarang MIL terlantar sakit. memang aku terasa sangat nak makan air tangan dia.Tak berani pulak aku nak cakap depan dia. mesti dia sedih sebab tak dapat nak masak untuk anak menantu thn ini.
( kredit kpd empunya gambar)
Selalu aku request kat mak untuk letakkan buah nangka dalam bubur assyura. tapi, mak reject sebab ramai org yg tak leh makan nangka. huhuhu... aku memang teringin nak makan bubur assyura letak buah nangka. Sapa la nak masak utk aku.
Kalau nak buat sendiri tak pandai + malas nak belajar. cuma tahu nak telan jer. hikssss.
Harap harap tahun ni mak tunaikan permintaan aku. kalau dapat makan semangkuk pun jadilah. janji ada buah nangka.




