Tuesday, December 28, 2010

Dah Dapat Adik yer..

Mengapa aku perlu mengungkit-ungkit di atas segala ketentuan Allah. Mengapa aku harus sedih? Mengapa aku harus bandingkan aku dengan orang lain. Bagiku, apa yang ku ada sekarang lebih dari mencukupi. Tapi, Minta sajalah apa yang diinginkan, nescaya Allah akan Makbulkan.

Sebelah kiri tu my SIL tengah tunggu hari nak bersalin. Then si kecik tak berbaju ni, anak sulungnya( Sulwana Ismahoney) belum boleh bercakap lagi. seingat aku baru setahun lebih. Tapi, ku rasa dia lebih beruntung dari Amirul. Sebab. Masa umurnya masuk 6-7 bulan cam gitu, mamanya pregnant lagi.

Kata org " belum kenal taik ayam, dah dapat adik". 18hb December 2010. Mamanya selamat melahirkan adik kepada Ismahoney ni. seronok kan. dapat adik!. Tat kala aku bagi tau ja kpd Amirul ttg Mak Su dah dapat baby baru. Amirul dah mula dengan pertanyaan yang menghiris hatiku.


Kenapa ismahoney dah dapat adik? Kenapa Amirul tak dak adik? Kebetulan jiran aku ada la 2-3 org yang dpt baby thn ni. Pertanyaan itu jugak lah yang terpacul keluar dari mulutnya. Dalam senyuman, aku menangis. Memang tak tahan rasanya, kerana ku tiada jawapan utk pertanyaan Amirul tu.


Bagi aku, aku bahagia sekarang. Adakah dengan kehadiran cahayamata baru, aku akan lebih bahagia. Bukankah itu semua ketentuan Allah. Bagaimana harus kuterangkan kepada Amirul?


Kenapa adik Mirul semua allah simpan kat syurga? kenapa Allah tak bagi mirul tengok adik? orang lain semua boleh main ngan adik dorang. pasai pa mirul nak tengok pun tak boleh?
Sungguh sayu hatiku ini. Aku redha dengan ujian Allah ini. Kesabaranku pasti akan membawa sinar.


Amirul memang sayangkan baby. Aku harap sesangat, jika ditakdirkan aku ada anak lagi. Amirul akan menjadi seorang abang yang baik dan penyayang.
nota:- tak sabar nak tunggu bulan depan, nak balik kampung tengok baby baru. Nak ambil berkat.

Tabut

A'kum..
Mungkin pembaca di luar sana ada yang pernah mendengar perkataan 'Tabut" ini. Mungkin korang masih ingat lagi N3 ku ttg Thalut & Jhalut". Makanya aku nak kongsi sikit tentang "tabut' yang menjadi rebutan diantara org islam dan orang yahudi. ( Israel & Palestin).


Aku terpanggil untuk mencungkil tentang "tabut" ini ketika sedang menonton filem Indiana Jone, lakonan Harison Ford dalam slot Tv3 sabtu lepas. Memang aku rasa satu yang pelik. Tatkala mereka berebut rebut kotak yang diberi nama 'Tabut". Apa motif kotak itu diberi nama Tabut??


Hakikatnya, ramai umat islam yg menonton filem tersebut, langsung tak sensitif dengan agenda permainan barat, dimana kotak tersebut digambarkan hanylah sebuah kotak kayu. Pada hakikat sebenarnya, Tabut yg di sebut di dalam Al-Quran, diperbuat daripada emas. Di dalamnya terdapat barang barang berharga para nabi kita, dan mengandungi 10 Perjanjian ini ditulis oleh Nabi Musa atas perintah Allah ketika Nabi Musa ‘bertemu’ dengan Allah di Bukit Tursina (Sinai).


Begitu mudahnya Tabut di perlekehkan oleh org kafir? Umat islam pula hanya menonton dan sambil tertawa. Tidakkah kita sedar bahawa sebenarnya kita di permainkan.


Lihat saja gambar kotak di atas ini. inilah kononnya tabut. diambil dari http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/12/04/gambar-peti-tabut-rahsia-yang-telah-ditemui/


Peti Tabut ini mungkan diantara peti rahsia yang tidak sebenar kerana kaun yahudi sendiri telah menipu sesama mereka sehingga sukar mereka menemui peti sebenar.
apa yang mereka dapati dalam peti ini adalah sedikit batu kesan sejarah dan lain-lain barang yang diperbuat daripada emas.

Sedangkan kaum yahudi pun sanggup menipu sesama mereka ttg tabut ini. apatah lagi kita umat islam yg tak pernah ingin mengetahui ttg tabut ini dgn lebih mendalam.

kalau rajin silalah ke http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/12/apa-yang-mula-mula-ada-di-dalam-tabut.html . Supaya anda mendapat penerangan yang lebih mendalam.


Ku berterima kasih kepada suami kerana tak pernah jemu menceritakan padaku ttg keistimewaan tabut ini. Rentetan dari itu, aku semakin ingin mendalami pengetahuan ttgnya. Dulu, aku selalu mengutuk ngutuk kaum Yahudi. Tapi ditegah suami kerana hakikatnya para nabi kita yang terdahulu adalah dari kaum Yahudi.

Yahudi sekarang ini adalah yahudi yg tak dapat menerima Nabi Muhammad S.A.W sebagai nabi kerana nabi Muhammad S.A.W bukan dari golongan orang yahudi. Yahudi Sekarang digelar YAHUDI ZIONIST. Jika nak marah sebutlah YAHUDI ZIONIST yer...

Friday, December 24, 2010

Sibuk Benar...

Maaf sesangat sebab tak dapat nak meronda ronda ke rumah kengkawan semua.


Kerja memang tengah menimbun. Selalunya kalau tak dapat setel, aku akan clearkan on saturday. Tapi, Saturday ni. Hari Cristmas la pulak. Office closed. Then Monday aku ada dating dengan Doktor Pakar lagi. Dah tentulah half day kerja kan..

Wuish..memang aku busy sesangat. Banyak barang kena setel. Nanti ada masa aku jengah umah korang yer.

Wednesday, December 22, 2010

Keputusan adalah MUKTAMAD!!!!!

Memang ku rancang
Memang ku dah nekad
Memang dah ada kata sepakat


Tapi, sob..sob... Memang sedih bila dikenang. Dah rancang dari awal. Tapi apakan daya "Kita Hanya Merancang, Tuhan yang Menentukan"

Hasrat hati nak ke Pulau Lagenda di musim cuti sekolah terpaksa di BATALKAN!!!!!

Minggu lepas, ku jumpa Dr. Pakar untuk memantau kesihatan ku ini. Memang sedih dengan jawapan Pak Doktor. Bila beliau mengatakan kondisi badanku memang pada tahap yang sungguh lemah. Meantime, di nasihatkan aku tidak bertravel atau melakukan kerja kerja berat.

Hati ku memang membuak buak utuk mengkualitikan masa kami sekeluarga di Pulau Lagenda. Hubby pun dah siap simpan budget & aku pun dah simpan untuk berbelanja sakan.


So, semalam husband dah kata, kita batalkan sajalah, sebab awak pun tak bapa sihat. Bila dah sihat kita pergi yer. Terharu dengan keperihatinan suami and at the same time sedih jugak. Aku akur jer sebab yang sakit tu aku bukannya dia, betul tak????


nota:- Rutin ku sekarang hanya pergi kerja & balik kerja jer. Kalau nak beriadah pun, yg dekat dekat ja.Sian Amirul tak dapat makan angin di cuti sekolah ni. Maafkan ibu..sob sob sob..

Tuesday, December 21, 2010

Kenduri adik Mak Ndak

Hehehehe.. lama jugak tak citer ttg kenduri kendara ni. Baru baru ni kami pergi kenduri umah adik Mak Ndak. Adik kepada mak akunya adik ipar.

kenduri yg simple ja. anak last la katakan. Adik Mak ndak lelaki. Masa kami datang tu pengantin lelaki dah salin baju pun. tinggal la pengantin pompuan yang still cantik molek. So, dapat la ku snap sekeping photo ni.



Ini la Mak Ndak aku. Orang Padang Sanai. Kuala Nerang. Kira dekatlah umah Mak Ndak ngan Umah Mak aku di kampung tu. Uits..




hohoho..tak sempat nak ready. mak pejam mata. Pak ndak pulak mcm nak marah jer.


Dapat gak sekeping gambar aku ngan Mak ndak. Seingat aku, ni ler gambar aku ngan Mak Ndak yang ada pun. Tak per, at least boleh wat kenang kenangan.Mak ndak ni pun macam aku jugak. anak dia sorang jer. sekarang dah Form 3, anak dara dia tu.

abaikan pics hubby & pak ndak. Perhatikan si amirul tu. Bersila baik punya kat atas tanah. Habis seluar kotor.


uits.. ada jugak pics mak & pengantin. hehehe...Amirul yg snapo kot. sebab aku kat luar sedang enak membedal bubur kacang.


Memang aku suka sangat dengan bubur kacang ni. Aku makan sampai dua mangkuk you.



ai bang... sambil makan pun nak control senyum lagi ke?

Borak borak ngan pak ndak. Orang lain dapat minum sirap. Kami dapat satu jaq sirap bandung tau.


apa la yg menantu & mertua borakkan tu yer.kusyuk dan tawadduk lagi.
Ni ler kenduri kahwin yang terakhir kat umah Mak Ndak. Sebab yg lain semuanya dah solosai.

Monday, December 20, 2010

Ibu, Tak Payah Beli Menan.

Kalau sebut ttg menan, memang tak lekang lah dengan kanak kanak. Begitu jugaklah gayanya dengan Amirul. Pantang nampak Menan, mesti disuruh beli. Tak kisahlah menan tu apa jenis sekali pun.


Kekadang kat Pasar Malam pun dia nak rembat. Sampai, aku suh berjanji dulu sebelum dia ke Pasar Malam. Kalau nak beli menan tak yah pi Pasar Malam. Janji la konon. Kat umah janji bila sampai jer kat meja menan, lupa habis janji tu.

Nak wat apa menan banyak banyak. dah tak der tempat nak simpan.


Sejak akhir akhir ni, kami ada taktik baru. kami buat buat lupa ttg Pasar Malam. Tambah pulak sekarang musim hujan, so tak leh ler nak pergi Pasar malam. Aku pulak sekarang tak berapa sihat, so tak leh ler nak nek Motor Pergi Pasar Malam. Papa Amirul pulak, banyak kerja malam, tak leh la nak teman Amirul ke Pasar Malam.

Bila kat Umah di concour TV. channel 611 ler. Kalau nak tengok channel aku, kena pujuk mcm mcm. Naik nyampah gak aku. Tetiba dia datang satu Idea pulak.
" Papa.. sekarang tak yah beli menan dah, papa hantar Mirul pergi masuk rancangan Gerak Geri Gasing, Depa bagi Menan Free ja.."
hahahaha, ke situ pulak idea dia datang. Yer la sebab aku & papa dia asyik merungut jer ttg menan yg dia beli. Mana tak angin, tiap tiap minggu nak beli menan.

Sampai nak bernanah telinga kami ni dok dengar dia mintak nak masuk Gerak Geri Gasing tu. Bila kami tak kasi beli menan, dia akan cakap. Mirul suh bawak mirul masuk gerak geri gasing tak mau..
Sabar jer la, aku pun tak tauy mcm mana nak jopin gerak geri gasing tu. Dah la tu, kalau tinggal kat KL tak per la kan..
Makanya" tiap tiap hari dialah yang jadi Mat Kacau kat Umah." walaupun bingit telinga kami ni, tapi dialah pengubat duka lara kami laki bini.
nota:- Seronok bila dia dah semakin membesar, dah boleh tolong itu ini, dah boleh borak borak kosong.

Friday, December 17, 2010

Pesta Pulau Pinang 2010

Tiap tiap tahun sama ja ku rasa bila masuk Pesta Pulau Pinang ni. Barang yang selalu nak di beli adalah kat Kedai Pakistan. Ada la satu barang yang cute aku nak rembat. Tapi, biasalah malam last baru orang offer. Tunggu... malam last ku terjah lagi sekali.

Macam biasa, Amirul akan belek belek dulu keta menan sebelum jalan. Mcm la dia tau . hiksss

Cik hubby dengan setia carry segala benda makanan aku dan apa jua yg dibeli oleh kami anak beranak.

Yang aku angin kat sini ialah permainan Water Jumping ni. Memang tak berbaloi la ku rasa. Mana taknya. Bayar 6 ringgit utk 3 token. Pusing satu round jer. Tak sampai seminit. Nampak sangat cekik darah. Kalau mcm ni la kekdahnya Pesta Pulau Pinang. tak yah ler dok pergi...


Tapi.. nak wat cam na kan, Putera kesayangan asyik menyanyi ja nak pergi Pesta ni. Nak Tak nak kenala penuhi keinginannya tu. Sib baik dah tak mintak nak pergi sekali lagi.


Nak tangkap gambar ngan ular ni, kena bayar RM10.00 hinggit.


wuitsss... naik ngan marka noh....hehehehe...( speaking penang sat)


tengok tu.. punya la ramai orang. kena perhatikan Amirul betul betul. Silap haribulan boleh hilang dalam kumpulan org tu.



Sebelum balik, aku nak usha hantu ni jap. Ko tengok aku, aku pun nak intai ko sama. Tak masuk pun rumah hantu. tak best mana pun. nak cakap seram.. hampeh, langsung tidak.


nota:- Aku nak rembat satu barang kat kedai pakistan. tunggu ya mamat pakistan. ujung bulan chek mai noh...
( kalau sapa rasa poket penuh tak tau nak buang duit tu kat mana, mai ler Pesta Penang)