Monday, January 3, 2011

Mood Tahun Baru 2011

Hari ini, 3/01/2011. Mood cuti masih pekat melekat kat aku nih. Tapi, hari ni, kena bangun awal. Siapkan air diri sendiri dan siapkan anak bujangku sorang tu. Maklumlah hari ni bermulalah sesi persekolahan anakku. Walaupun 6 tahun, kena ler pergi ngadap cikgu jugak. nak bayar yuran, tentukan saiz baju dan bagainya.
Amirul cam biasalah tak ler malas malas. Dia kan excited nak pakai beg baru, kasut baru & semuanya serba baru ler. So, awal awal dah bangun. Kalau idak, lepas subuh aku lelap jugak mata ni. Tapi, sekarang dah tak boleh ler, nak kena siapkan sarapan utk dia lagi. buat itu ini, sibuk le pagi ku.



Tadi, masa sesi pendaftaran, ramai la ibubapa yg beratur panjang. Sambil melayan karenah anak anak. Ada yg lari, meloncat. Tapi, lain pulak Amirul ni. Mana taknya, kawan seusia dan sepermainannya pun ikut pergi sekolah yg sama ngan dia. Apa lagi, dia buat sekolah tu dah mcm umah sendiri. Siap bersila, gelak gelak, peluk peluk. tak kisah dah kat aku yg sedang beratur ni.Hai.. cam tu lah Amirul kalau dah jumpa kawan.

Then, masa balik dari register tu, tetiba plak ujan turun dengan lebat sekali. hubby pulak advise aku jgn pergi lagi, sebab bahaya kalau drive dalam keadaan hujan lebat. Si, aku parking jap kat sofa. Terlelap gak kejap. hehehe...



Alangkah baiknya kalau leh dapat sambung cuti lagi. Tapi, tak leh ler, sebab aku ada appoinment kul 12.00. hishhh kaco daun tul la. kalau idak leh ler aku half day. hehehehe...

Upss.. cam ner la aku leh lupa nak arrange bus sekolah untuk Amirul. Memang lupa tul tadi. Tak per la, besok jer la.hubby pun lupa gak. tak leh jadi ni, besok kena arrange, kalau idak cam na Amirul nak balik kan. Hari ni tak per la sebab sekolah tak mula lagi. Hari rabu baru dorang start sesi persekolahan. So, besok aku gi arrange bus sekolah jer la. Amirul tak yah la ikut.



notes:-harap harap thn ni prestasi Amirul kat sekolah lebih baik dari tahun lepas. Amin

Thursday, December 30, 2010

Fort Cornwallis

Di kesempatan yang ada, kami sempat juga mengisi ruang masa yang cuti sekolah yang berbaki beberapa hari lagi aja. Jenjalan sekitar Penang jer.


Murah jer tiket nak masuk Fort Cornwallis ni. Sejak 13thn aku tinggal kat Penang ni, Ini lah pertama kali aku menjejak kaki ke sini. heheheh.


click gambar kalo nak baca. kalau tak nak clik guna kanta pembesar k.


Fort Cornwallis ni terletak bersebelahan dengan padang kota lama. ( Taman Kota Lama)



meh ler masuk. aku lak yg jadi model kat sini.


ngan ngan dengan celah kelangkang Francis light. Aku nak bergaya kat sini, hubby tak bagi, sebab aku ni lemah. yer la kan, patung lak tu.



ha..gaya Amirul dengan Meriam ni.



Macam macam gaya dia buat. Besar til Meriam kat sini.




ni lak , kami masuk kat dalam kubu. Mcm penjara lak aku rasa. ada tingkap kecik yang ada jaring jaring.



masuk ke dalam sikit k. ishh rasa gerun la.

upsss.. Amirul nak kena langgar dek tentera british. hati hati!!!!



Ni ler rupa kubu dari luar.


Nampak pelik pun ada bila Amirul posing cenggini.


Last... sebelum balik aku nak gak ambik gambar ngan hubby berlatar belakangkan view laut kat Padang kota tu. Ni ler sekeping yang ada gambar kami berdua petang tu. Sebab cameraman cilik tu asyik excited dengan Meriam.
note:- walaupun penat, tapi seronok sebab tekakku di hidangkan dengan "ROJAK MENJERIT". Sedap.

Wednesday, December 29, 2010

Tanda tanda Nyanyuk

Kenapa dengan aku sejak akhir akhir ni ek? selalu jer lupa. Pepagi datang kerja, memang dah pasang niat nak settlekan file yang menimbun kat atas meja. last tak siap jugak. hehehe.


Kalau file kat dalam drawer tu tak ada la. Sebab aku tak suka simpan file dalam drawer. bukan apa takut lupa. Then kalau File kat atas meja, ari ari tengok, so sekali imbas tu mesti leh ingat kes yg nak kena handle. Dah ujung tahun ni, bila kes yg bertapuk tu nak selesai???????


File tak leh tutup sebab sangkut dgn lawyer , insurance company, court case & PIAM. sob sob sob.

Ok aku nak gitau pulak ttg perubahan perangai aku. Heran aku, kenapa aku suka sangat lupa. Selalunya yang jadi mangsa cermin mata aku ni ler. Asal aku tanggal, especially time nak berwudu', aku akan letak kat atas peti ais, kat sinki, kat atas Tv dan bagainya la. Bila selesai ja sembhayang, aku akan lupa kat mana aku letak.
Pas tu riuh la satu rumah, dikerah dek aku suh cari cermin mata. Mata sendiri dah tak leh nak cari, sebab rabun. hehehe. Amirul & husband la yg jadi mangsa. Memang aku akan totally lupa. Why?Why? nak nyanyuk ka aku ni?


Then, lagi satu, jam tangan aku pun akan jadi mangsa lupa aku jugak. bukan itu ja termasuk la, cincin, gelang dan semua la benda yg aku tanggal. Memori aku dah semakin teruk la. Pernah, aku langsung tak jumpa jam tangan aku tu. siap berbulan. Ntah terselit kat mana pun tak tau la.
Then, tetiba jer aku tengok ada kat atas cabinet cawan umah aku. Setahu aku dah berkali kali aku cari kat situ. Kenapa baru jumpa ek? Last, bila aku tanya hubby, dia ckp ler, baru turun dari langit. hehehe..( jawapan yg senang, sebab dia la yg tukang jumpa selalunya) .


Sib baik ada cik hubby, yang tanpa jemu tolong aku mencari segala barang aku yg aku lupa dek letak merata rata. Pernah gak, cincin perkahwinan aku tetiba tak dapat cari. Aku tanggal kat umah mertua. Sib baik SIL jumpa. Dah berbuih mulut hubby suh aku letak barang biar bertempat.


Tabiat aku yang tak leh nak buang. suka jer letak barang merata rata. Yang herannya, sejak akhir akhir ni dah semakin menjadi jadi pulak.


nota:- Kena makan GINKO banyak banyak ni. Bimbang gak takut nyanyuk di usia 30-an.

Tuesday, December 28, 2010

Dah Dapat Adik yer..

Mengapa aku perlu mengungkit-ungkit di atas segala ketentuan Allah. Mengapa aku harus sedih? Mengapa aku harus bandingkan aku dengan orang lain. Bagiku, apa yang ku ada sekarang lebih dari mencukupi. Tapi, Minta sajalah apa yang diinginkan, nescaya Allah akan Makbulkan.

Sebelah kiri tu my SIL tengah tunggu hari nak bersalin. Then si kecik tak berbaju ni, anak sulungnya( Sulwana Ismahoney) belum boleh bercakap lagi. seingat aku baru setahun lebih. Tapi, ku rasa dia lebih beruntung dari Amirul. Sebab. Masa umurnya masuk 6-7 bulan cam gitu, mamanya pregnant lagi.

Kata org " belum kenal taik ayam, dah dapat adik". 18hb December 2010. Mamanya selamat melahirkan adik kepada Ismahoney ni. seronok kan. dapat adik!. Tat kala aku bagi tau ja kpd Amirul ttg Mak Su dah dapat baby baru. Amirul dah mula dengan pertanyaan yang menghiris hatiku.


Kenapa ismahoney dah dapat adik? Kenapa Amirul tak dak adik? Kebetulan jiran aku ada la 2-3 org yang dpt baby thn ni. Pertanyaan itu jugak lah yang terpacul keluar dari mulutnya. Dalam senyuman, aku menangis. Memang tak tahan rasanya, kerana ku tiada jawapan utk pertanyaan Amirul tu.


Bagi aku, aku bahagia sekarang. Adakah dengan kehadiran cahayamata baru, aku akan lebih bahagia. Bukankah itu semua ketentuan Allah. Bagaimana harus kuterangkan kepada Amirul?


Kenapa adik Mirul semua allah simpan kat syurga? kenapa Allah tak bagi mirul tengok adik? orang lain semua boleh main ngan adik dorang. pasai pa mirul nak tengok pun tak boleh?
Sungguh sayu hatiku ini. Aku redha dengan ujian Allah ini. Kesabaranku pasti akan membawa sinar.


Amirul memang sayangkan baby. Aku harap sesangat, jika ditakdirkan aku ada anak lagi. Amirul akan menjadi seorang abang yang baik dan penyayang.
nota:- tak sabar nak tunggu bulan depan, nak balik kampung tengok baby baru. Nak ambil berkat.

Tabut

A'kum..
Mungkin pembaca di luar sana ada yang pernah mendengar perkataan 'Tabut" ini. Mungkin korang masih ingat lagi N3 ku ttg Thalut & Jhalut". Makanya aku nak kongsi sikit tentang "tabut' yang menjadi rebutan diantara org islam dan orang yahudi. ( Israel & Palestin).


Aku terpanggil untuk mencungkil tentang "tabut" ini ketika sedang menonton filem Indiana Jone, lakonan Harison Ford dalam slot Tv3 sabtu lepas. Memang aku rasa satu yang pelik. Tatkala mereka berebut rebut kotak yang diberi nama 'Tabut". Apa motif kotak itu diberi nama Tabut??


Hakikatnya, ramai umat islam yg menonton filem tersebut, langsung tak sensitif dengan agenda permainan barat, dimana kotak tersebut digambarkan hanylah sebuah kotak kayu. Pada hakikat sebenarnya, Tabut yg di sebut di dalam Al-Quran, diperbuat daripada emas. Di dalamnya terdapat barang barang berharga para nabi kita, dan mengandungi 10 Perjanjian ini ditulis oleh Nabi Musa atas perintah Allah ketika Nabi Musa ‘bertemu’ dengan Allah di Bukit Tursina (Sinai).


Begitu mudahnya Tabut di perlekehkan oleh org kafir? Umat islam pula hanya menonton dan sambil tertawa. Tidakkah kita sedar bahawa sebenarnya kita di permainkan.


Lihat saja gambar kotak di atas ini. inilah kononnya tabut. diambil dari http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/12/04/gambar-peti-tabut-rahsia-yang-telah-ditemui/


Peti Tabut ini mungkan diantara peti rahsia yang tidak sebenar kerana kaun yahudi sendiri telah menipu sesama mereka sehingga sukar mereka menemui peti sebenar.
apa yang mereka dapati dalam peti ini adalah sedikit batu kesan sejarah dan lain-lain barang yang diperbuat daripada emas.

Sedangkan kaum yahudi pun sanggup menipu sesama mereka ttg tabut ini. apatah lagi kita umat islam yg tak pernah ingin mengetahui ttg tabut ini dgn lebih mendalam.

kalau rajin silalah ke http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/12/apa-yang-mula-mula-ada-di-dalam-tabut.html . Supaya anda mendapat penerangan yang lebih mendalam.


Ku berterima kasih kepada suami kerana tak pernah jemu menceritakan padaku ttg keistimewaan tabut ini. Rentetan dari itu, aku semakin ingin mendalami pengetahuan ttgnya. Dulu, aku selalu mengutuk ngutuk kaum Yahudi. Tapi ditegah suami kerana hakikatnya para nabi kita yang terdahulu adalah dari kaum Yahudi.

Yahudi sekarang ini adalah yahudi yg tak dapat menerima Nabi Muhammad S.A.W sebagai nabi kerana nabi Muhammad S.A.W bukan dari golongan orang yahudi. Yahudi Sekarang digelar YAHUDI ZIONIST. Jika nak marah sebutlah YAHUDI ZIONIST yer...

Friday, December 24, 2010

Sibuk Benar...

Maaf sesangat sebab tak dapat nak meronda ronda ke rumah kengkawan semua.


Kerja memang tengah menimbun. Selalunya kalau tak dapat setel, aku akan clearkan on saturday. Tapi, Saturday ni. Hari Cristmas la pulak. Office closed. Then Monday aku ada dating dengan Doktor Pakar lagi. Dah tentulah half day kerja kan..

Wuish..memang aku busy sesangat. Banyak barang kena setel. Nanti ada masa aku jengah umah korang yer.

Wednesday, December 22, 2010

Keputusan adalah MUKTAMAD!!!!!

Memang ku rancang
Memang ku dah nekad
Memang dah ada kata sepakat


Tapi, sob..sob... Memang sedih bila dikenang. Dah rancang dari awal. Tapi apakan daya "Kita Hanya Merancang, Tuhan yang Menentukan"

Hasrat hati nak ke Pulau Lagenda di musim cuti sekolah terpaksa di BATALKAN!!!!!

Minggu lepas, ku jumpa Dr. Pakar untuk memantau kesihatan ku ini. Memang sedih dengan jawapan Pak Doktor. Bila beliau mengatakan kondisi badanku memang pada tahap yang sungguh lemah. Meantime, di nasihatkan aku tidak bertravel atau melakukan kerja kerja berat.

Hati ku memang membuak buak utuk mengkualitikan masa kami sekeluarga di Pulau Lagenda. Hubby pun dah siap simpan budget & aku pun dah simpan untuk berbelanja sakan.


So, semalam husband dah kata, kita batalkan sajalah, sebab awak pun tak bapa sihat. Bila dah sihat kita pergi yer. Terharu dengan keperihatinan suami and at the same time sedih jugak. Aku akur jer sebab yang sakit tu aku bukannya dia, betul tak????


nota:- Rutin ku sekarang hanya pergi kerja & balik kerja jer. Kalau nak beriadah pun, yg dekat dekat ja.Sian Amirul tak dapat makan angin di cuti sekolah ni. Maafkan ibu..sob sob sob..