Thursday, February 17, 2011

Mandi Bunga

Rentetan dari perkara mistik yg menghantui diriku
sekarang dah terpalait kepada Amirul pulak.
Memandangkan Amirul asyik jer meracau memalam


Bila aku baca ayat kursi, dia siap marah marah
pas tu berlari ke sana kemari
membuat aku risau, mungkin something wrong somewhere..

Mungkin spirit yg mengganggu aku tu dah berubah mengganggu Amirul
bila ku tanya, dia asyik ckp nampak MATA besar dok tengok dia

Dia takut sesangat...ada la 2 kali menda cenggitu jadi.

So, masa balik kampung that day, aku bawak dia pergi jumpa ustaz
Ustaz tu cuba ler tengok tengok..
Then dia ckp, menda tu menda org buang
then tak der org punya. mungkin sebab lemah dia datang berseloka
hahaha... berseloka pun agak agak la kan..

Then ustaz tu Pesan, " kalau budak budak, kalau boleh jgn direct
baca ayat Kursi kat dorang,
kalau nak baca pun, baca kat dalam air, kemudian percikkan kan badan"
Sebab, ayat kursi ni kuat, takut badan budak budak tak dapat nak tanggung
kalau baca kat budak yang belum boleh bercakap,
Bimbang takut lambat boleh ckp

Aku tak tau la pulak,kena tanya pendapat org lain yg lebih alim
Banyak bertanya tak salah kan...

Then, sebagai saranan ustaz tu suh aku mandi bunga jer Amirul ni.
bunga 7 jenis, limau purut, sintok, bedak sejuk & air ayat kursi yg dia buat. Lepas mandi, sembur dengan sirih pinang.


Sesudah selesai aku wat semua tu, Amirul ckp masa mandi dia still nampak MATA tu. Mulanya berwarna merah, pas tu bertukar jadi hitam, tapi still ada kat Bathroom
Then,masa aku sembur sireh pinang tu, Amirul nampak MATA
tu perlahan lahan keluar dari rumah & hilang

Sekarang, bila ku tanya, dia ckp "MATA tu dah tak mai dah la ibu".



Nota:- Sentiasa spare minyak celak untuk Amirul kat umah..

Amirul Hilang

Korang sayang tak kat anak korang??
tentu sayang kan. Senakal mana pun anak tu
dia tetap anak kita. betul tak?

Kalau nak tanya sayang, aku memang sayang habih ler kat Amirul ni
Sejak dia besar ni, aku tak pernah bagi dia di bawa pulang ke kampung
oleh mak sedara dia

Sebab.. tak tahan rindu ngan dia, nak berjauhan pun aku rasa mcm tak leh ler
Kalo tetiba anak kesayangan kita hilang!!!!
Apa tindakan korang?
Itulah peristiwa sedih yg aku alami kelmarin

Al kisahnya, kelmarin kami pergi ke MAjlis konvokesyen my BIL
kat Dewan Millenium, Kepala Batas

Masa tengah melalui segerombolan org ramai tu teitiba Amirul hilang dari pandangan
Aku bak kucing jatuh anak, lari kesana ke mari.
hubby pulak naik kat tingkas atas usha.. kat bawah
Mana tau, dia ada sedang nangis kat segerombolan org org tu


Tapi still tak der...
Aku lari ke hadapan hall, ke belakang tempat ibu bapa menunggu
masih tak kedengaran suara budak menangis.


Aku dah jadi panik...
Dalam kotak fikiranku asyik terfikir saat saat akhir aku bersama dgn dia
baru je kejap dia di depan mata
menangis nangis aku kat dalam ati ni
my SIL & BIL pun turut cari juga.
Last Naluri keibuan ku terdetik untuk cari dia kat Parking.


Masa sampai kat parking, hubby call aku
ckp, jgn cari sebab dia nak gi ke meja urusetia buat announcement
pas tu nak bagitau kat RELA suh tengok tengok.
memandangkan kat keta pun dia tak der, aku pun berpatah balik.
Masa aku patah balik, aku nampak kelibat Amirul kat celah celah keta
tu menuju ke arah Hall, se arah dengan ku


Aku terus JERIT panggil dia
Ntah mcm mana, aku terjelempuk peluk & cium dia time tu
Rasa mcm nak pitam & syukur sangat.
Aku terus nangis terisak isak.
Bila Amirul, tengok aku nangis terus dia tak jadi nak nangis
then, dia ckp dia tengok keta ibu ada kat parking


kiranya ibu & papa tak balik lagi la
sebab tu Mirul nak masuk dalam cari Ibu & papa..
( tindakan yg bijak anakku)

Nota:- Ayat tak leh blah bila Amirul kata, Mirul dah agak dah Ibu mesti sayang kat Mirul kan...
( dia nak uji aku ker) tapi aku memang benar benar teruji dah ni..)

Sambung Cuti...

Sunyi jer kan blog ku kelmarin.
Aku sambung cuti ler..
mcm biasalah kalau tuan tanah bercuti
blog pun turut la cuti..
Tapi kan..
Cuti ku kelmarin, telah berlaku peristiwa sedih
huwaaaa!!!!!!
nanti ku cerita yer.
nak terjah umah kengkawan jap

Tuesday, February 15, 2011

Pokok Salakku

Sejak mak tanam pokok ni 5 tahun dulu. tak pernah pun berbuah
Memang, sakit mata tengok pokok berduri
kat tepi umah
bimbang ler, kalau kalau anak sedara pergi main kat sana
sat terkena duri ke hape ka
tul tak.
Yang pastinya si Amirul tu la, kalau balik kampung berkawat tak cukup tanah
bimbang ler, kalau kalau dia tersepit kat pokok salak ni.

Dah ler tak pernah berbuah, nampak semak lak tu.
So, aku pun surakanlah niatku kat emak
"tebang jer la pokok ni mak. Bukan ada buah pun...
sat ada ular parking kat situ baru tau
eh.. eh.. ko jgn nak memandai yer..
dah ada buah ler
Mak nampak tupai selalu dok datang makan.
Mak dok simpan nak bagi masak, asyik dapat kat tupai jer..
Lorrr... tak perasan , thn ni pokok salak ni berbuah...

Masih ada bunga yang menunggu masa untuk menghasilkan buah
memang rezeki aku kot
Time peknen ni la buah salak berbuah
Dapatlah ku merasa buah salak ori dari ladang tau.
Dapat makan 2 biji jer, tu pun aku dah puas


Maaf yer pokok salak, k lah aku tak tebang ko.
Ha... kat celah celah tu still ada lagi buah yang belum tua.
Cam na ek nak elak dari di makan tupai?
Tak kan nak balut buah ni kot..
hehehe...


Monday, February 14, 2011

Tersilap Urine ke?

Last month, aku ke klinik desa untuk wat check up
then, sebelum apa apa kitorang kena ler kencing then tinggal jer kat sati sudut
adalah 4-5 bekas urine yang parking kat sudut tu
termasukler urine aku


Masa misi check perut aku, then datang lagi satu misi ckp yg urine aku ada gula +1
alamak naper leh ada gula lak ni. parent aku memang tak der kencing manis
tok & tok wan pun tak der
Berdebar debar jantungku , bila ingat ttg baby dlm kandungan ni
Then petang tu jugak aku kena ke Klinik kesihatan
Then, Dr. suh aku datang semula minggu depan
sebab kena minum air gula & ambil darah

Last week aku datang semula ke klinik Desa. nak wat check up + ambik result
takder pun gula. Then urine aku yang latest pun tak der gula jugak.
Naper ek? Adakah tersilap urine?

Sekarang... aku boleh makan duyan sepuas ati
Yer la.. last month memang takut nak makan duyan
sebab takut paras gula tu
sekarang dah takder gula, aku nak nikmati duyan sepuas puasnya...

Saturday, February 12, 2011

CONTEST: SHOWING YOUR LOVE


Mood tengah rajin nak join contest. hehehe. Masa terjah blog gieyana ternampak lak contest ni yang di anjurkan oleh empunya blog ini ...

First time terjah blog ni. kalau sesapa nak join klick kat sini yer...



Dan penaja utama contest ini ialah http://www.kufishoppe.com/


Kalau tengok mata ibu, leh nampak adik tak?

Namaku Siti Fatimah Binti Ibrahim & kesayanganku kat sebelah tu namanya Amirul Naiim Bin Ridzuan.Gambar ni memang istimewa sebab ianya di snap pada Hari Lahir ke 6 Amirul.Lagipun Amirul yang request nak snap cenggini. Tambahan pula pada hari gambar ini di ambil kami meraikan kegembiraan berganda sebab:-
1) B'day Amirul
2) Anniversaryku yang ke 8
3) Pengumuman aku mengandungkan adik Amirul
( setelah 6 thn penantian, inilah berita gembira buat kami sekeluarga, kerana Amirul begitu inginkan seorang insan yg bergelar adik di sampingnya)

Amirul begitu bermakna dalam hidupku, kehadirannya dalam keluarga setelah 2thn berkahwin membuatkan rumahtangga kami semakin ceria. Amirul, Julai thn ini, kau bakal meninggalkan status anak tunggal ibu & papa. jadilah contoh yang baik untuk bakal adikmu yer..

Papa & ibu sangat sayangkan Amirul dan berharap Amirul dapat menjadi seorang Amirul( pemimpin) kepada keluarga dan anak bangsa. semoga doa ibu dimakbulkan. amin...


Ok, Mari kita check syarat-syarat yang termaktub:-

1. Postkan satu gambar yang memaparkan kasih sayang anda kepada seseorang…tak kiralah ibu pada anak…kakak pada adik..suami pada isteri..kawan pada kawan…yang penting sume nyer ada ikatan yg sah taw…xmaw yg masih bercintan cintun yer..xmaw..xmaw..


2. Letakkan SATU gambar sahaja dan nyatakan NAMA ANDA&KESAYANGAN ANDA tersebut…citerkan serba sedikit berkaitan gambar tersebut dan kenapa mereka begitu istimewa kpd anda. ( hehehe.. baca ler citer den ttg gambo di atas yer)

3. Contest ini bermula pada 1hb FEB 2011 dan berakhir pada 15HB FEB 2011 (11.59pm)(sempena hari lahir Suani tuan empunya blog) Yer…15hari saja ya..



Tapi,..Sebelum tu anda hendaklah memenuhi syarat2 seperti dibawah

1. Wajib jadi follower blog ini. ( aku dah jadi pun)

2. Wajib menjadi follower blog penaja (kalau nk citer sedikit sebanyak pasal penaja pun ok gak…) Baru jer follow blog penaja. Kalau korang nak tau, inilah first time aku terjah blog kufishope ni . Sib baik ler ada contest ni dapat juga ku tahu ttg kufishope. Bila ku terjah jer tadi, Ya Allah, seyes ku cakap krestif betul, memang cantik kaligrafi art dia. Tingin jugak nak dapatkan satu sebagai koleksi... kalau korang tak caya, pergilah tengok kat http://www.kufishoppe.com/ .




3. Buat 1 entry mengenai contest ini, dan pastikan ada link back tau ( dah buat)

4. Letakkan banner contest diatas ke dalam entry anda dan juga didalam side bar anda. (juga harus ada link back ke contest ini yer)( dah tempek pun)

5. Letakkan banner penaja di side bar blog anda (juga mesti ada link back taw) (ok, dah letak )

6. Submit LINK entry anda itu pada comment box ENTRY contest ini… ( dah linkkan)


Pemenang akan dikira berdasarkan gambar yang paling touching dan memberi seribu makna… dan juri yang akan mengadili contest ini adalah…kufishoppe.com….

Hadiah yang bakal dimenangi…..

TEMPAT PERTAMA:

-Design Nama Anda & Pasangan (Canvas Print)

TEMPAT KEDUA:

-Design Nama Anda & Pasangan (Print A3 Laminated Paper)

TEMPAT KETIGA:

-Design Nama Anda & Pasangan (Softcopy (Jpeg))



Friday, February 11, 2011

Jangan gunakan perkataan "SALAM"

di kongsi dari Mohd. Adha Mohd. Zain

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Aku memang tak ubah sikit pun artikel dari sini . Aku siap mintak izin lagi tau utk copy.Bagi aku ler, semua kesalahan tu aku memang selalu buat. contoh, time nak YM or sms, just taip salam jer. kekadang tu tulis A'kum. Pas tu kan, kalau pergi umah org yg dah biasa selalu ckp "semekom". Kalau perkataan Bye tu memenag tak pernah lekang di mulut ler.Hari hari aku ucap, anak nak ke sokolah, suami pergi kerja, time balik office & lepas ckp fon.
Korang mcm mana?