Wednesday, February 23, 2011

salah ke?

Kata orang membazir jer..
buang duit jer...
setakat bapa bulan jer...
Cam tu ler suara suara sumbang yg kedengaran
tatkala aku ghairah membeli baju pregnant
Memang banyak jugak ler koleksi baju preganant aku ni
pas tu, sejak pregnant ni beli lagi, then beli lagi


Mcm baju kat atas ni, kalau dah masuk 8-9 bulan dah tak leh pakai
Tapi, ada aku kesah? aku nak jugak beli walaupun mahal

Faham la kan, baju pregnant memang mahal
kalau tak der discount mau kopak jugak
Aku pulak, kalau sekali beli bukan sehelai
siap 2-3 helai.

Selalunya, aku pergi kat butik yg dekat dengan office aku jer
yg aku heran, kenapa le ada yang nak perli perli aku
biarla, aku yang pregnant, aku yg nak pakai

ingat senang ke.. aku tunggu 6 tahun tau untuk pakai ni
ingat senang ke sesaja nak pakai baju pregnant kalo tak pregnant?
biar ler, kalau aku hanya merasa pakai baju pregnant ni
cuma dalam 5-6 bulan jer

Org pregnant ni senang, kalau pergi kenduri pakai baju cenggini pun org tak cakap apa
tak yah nak pakai baju kurung
lagipun nak pakai cam na kan..
mana muat dah baju kurung pun.

Nota:- Dah ada chance nak pakai baju pregnant, aku melaram ler. Ntah bapa tahun pulak ler lepas ni aku berpeluang nak pakai. hehehe

Monday, February 21, 2011

Restoren Makan Makan ( Malaysian Delight)


Ingat lagi tak my N3 aku yg lama dodulu.
Kisah percutian aku & my friends
K, lah tak mau la nak citer banyak
My Friend, Marina. yang parking sebelah kanan aku ni,
Mcm Chinese look kan dier
Sekarang ni dia dah buka Restaurant ala ala cafe gitu
Meh aku nak perkenalkan kat korang semua.

Restaurant ni terletak kat Bandar Perda, Penang
Berdekatan dengan Jabatan Hasil
Kalo, addict ngan tenet, korang jgn susah ati
sebab ada WIFI tau.

Ha..ha... aku nakposing jap. Aku makan roti bakar tu jer
laksa tu aku eksyen ja sebab nak bergambo, hehehe
Bukan tak nak makan, almaklumlah aku ni tengah
tak lalu makan, tunggulah kandungan 6-7 bulan
Hubby, mcm biasalah, bersantai jer sambil baca paper
Sebelum menjamu selera
Lama jugak ler kami parking kat sana
Memang selesa tempatnya

Pandangan dalam Restaurant. Memang selesa

Ha.. Amirul dengan laksanya ler, koay teow goreng ler
Semua dia nak makan
My SIL makan western food, Chicken Chop with black pepper sauce

Bedal jgn tak bedal Amirul
Tapi, dukan boleh habis pun semua tu
Last, papa la yang jadi Majlis Perbandaran utk habiskan
Memang cenggitu la kalau bawak dia makan kat luar

Nampak tak Fun Fries tu.. yang ni aku tak order
My friend yang banjer
Wah.. banyaknya makana!!!


Then masa nak balik, aku sempat ler snap gambo bersama
mak ai.. gambo tak jadi la pulak, tak ler nak tempek kat sini
Pas tu, Marina tapau Nasi goreng utuk Amirul
Free jugak tu..hehehe
Makasih yer Marina..
Luv You Forever


Nota: Asyik dok berborak ngan Marina, lupa lak nak snap Gambor Menu. hai.. apala aku ni.







Saturday, February 19, 2011

Astro

Kalau Astro korang bermasalah, korang geram tak?
Aku lagi ler geram, sebab nak tengok my brother hehehe..

K , nak citer la ttg Piring Astro umah aku ni
Last week jiran bawah umah aku extend umah dia
pas tu wat bumbung bagainya ler

Ntah mcm mana tetiba, Astro aku terus tak leh dapat channel
Malas ler nak gi cari gaduh ngan dia,

so, aku call la Astro suh mai tengok
Siap ada service cahrges lagi
kalau ada barang rosak, kena bayar lagi tambah
ok lah kan, nak tengok adik "LEMAN" punya pasal..

Masa org Astro tu datang dok cari signal, Bangla yang cat bumbung tu dok usha jer

aku kaco ler dia, U asyik tengok tengok, mau tukar kerja ka?
nanti u punya bos marah baru tau
cepat la u cat bumbung tu

Then, bangla tu pun senyum, tak cakap apa pun
Last, org Astro cakap kat sini memang dah tak leh dapat signal
So, kena naik atas bumbung
Aku pun ok jer la. dorang kan lebih terer bab signal ni
Semua dah siap pasang, then cahrges dia RM 125.00
Rasa geram jugaklah bila bayar, sebab sebelum ni ok jer
Dah jadi cenggini, tetiba melayang RM 125.00


Masa aku jalan nak pergi antor Amirul kat umah baby sitter
tetiba Bangla tadi panggil aku & tanya bape charge kena?
Aku ckp ler, then baru dia nak say sorry kat aku


Dia ckp, actually, itu piring ada sini bawah
Saya mau buat ini bumbung, saya kasi ubah sikit sana
Mana tau, ini kakak punya piring sudah tak boleh guna
Mula la aku angin, Aku mintak suh bangla tu kasi balik duit aku RM 125.00
" ayoo kakak manyak mahal la, saya mana ada itu banyak punya duit"
Ok, mana u punya bos???
Bos tak dak la kakak..
huh!! malas aku nak bertekak ngan Bangla ni

Kalau korang ler, nak ke pergi jumpa jiran sengal tu & mintak gantirugi ni?
Dia yg hire Bangla tu, by right dia le yg kena tanggung kan?
Dia pun tak sincere, at least masa nak ubah kasi tau aku la, betul tak?
Tapi, nanti, dek kerana RM 125.00 bermasam muka pulak

Apa pandangan korang?

Friday, February 18, 2011

Teringin Durian

Memang aku teringin sangat nak makan durian
meleleh leleh air liur ni kalau sebut ttg durian
kebetulan, bukan musim la pulak.

Tambahan pula, masa check up that day
berat badan aku langsung tak naik
kandungan darah pun dok kat border line
Memang doktor suh aku makan banyak


hehehe...
this is the time ler.
Aku nak Belasah Duyan!!!!!!


cari punya cari, last dapat ler sebiji
masa aku tengah makan dalam 2 ulas cenggitu la
Si Amirul pun tumpang sekaki la

Dia asyik cakap sedap la, awat papa beli sebiji ja
beli la 3 biji. 1 untuk mirul, 1 utk Ibu & 1 lagi untuk adik
Then, dia plak ckp, bagi mirul makan semua la
sedap sangat ni.

Aku pun jadi terhenti la, biar dia makan sepuasnya.
Dah abis sebiji, still tak cukup lagi
then, aku suh hubby pergi semula kedai tersebut & beli lagi 2 biji

Demi aku & Amirul hubby pergi gak la memalam pun
sampai jer, aku terus makan dengan penuh kusyuk
kiranya aku makan habis sebiji
Amirul plak makan sampai 2 biji
ishh... Amirul la yg kena penangan mengidam hiksss


Then, selang 2 hari, neightbour sebelah umah sedekah 2 biji duyan plak
dorang baru balik dari kampung di PERAK
Mak ai.. kegemaran tue.
Aku ngan Amirul jer yang habiskan
Sebab hubby memang kurengggg makan duyan
ha... bagus!!! bagus!!!!
Tak yah makan, janji bagi kami 2 org makan udah ler

Untuk elakkan panas. aku & Amirul minum air dalam pangsa duyan
hmmm... puas aku rasa makan duyan
sekarang ni kalau nampak duyan, tak mo dah
dah fullfill kut ngidam aku nih.. hahahaha...

Thursday, February 17, 2011

Mandi Bunga

Rentetan dari perkara mistik yg menghantui diriku
sekarang dah terpalait kepada Amirul pulak.
Memandangkan Amirul asyik jer meracau memalam


Bila aku baca ayat kursi, dia siap marah marah
pas tu berlari ke sana kemari
membuat aku risau, mungkin something wrong somewhere..

Mungkin spirit yg mengganggu aku tu dah berubah mengganggu Amirul
bila ku tanya, dia asyik ckp nampak MATA besar dok tengok dia

Dia takut sesangat...ada la 2 kali menda cenggitu jadi.

So, masa balik kampung that day, aku bawak dia pergi jumpa ustaz
Ustaz tu cuba ler tengok tengok..
Then dia ckp, menda tu menda org buang
then tak der org punya. mungkin sebab lemah dia datang berseloka
hahaha... berseloka pun agak agak la kan..

Then ustaz tu Pesan, " kalau budak budak, kalau boleh jgn direct
baca ayat Kursi kat dorang,
kalau nak baca pun, baca kat dalam air, kemudian percikkan kan badan"
Sebab, ayat kursi ni kuat, takut badan budak budak tak dapat nak tanggung
kalau baca kat budak yang belum boleh bercakap,
Bimbang takut lambat boleh ckp

Aku tak tau la pulak,kena tanya pendapat org lain yg lebih alim
Banyak bertanya tak salah kan...

Then, sebagai saranan ustaz tu suh aku mandi bunga jer Amirul ni.
bunga 7 jenis, limau purut, sintok, bedak sejuk & air ayat kursi yg dia buat. Lepas mandi, sembur dengan sirih pinang.


Sesudah selesai aku wat semua tu, Amirul ckp masa mandi dia still nampak MATA tu. Mulanya berwarna merah, pas tu bertukar jadi hitam, tapi still ada kat Bathroom
Then,masa aku sembur sireh pinang tu, Amirul nampak MATA
tu perlahan lahan keluar dari rumah & hilang

Sekarang, bila ku tanya, dia ckp "MATA tu dah tak mai dah la ibu".



Nota:- Sentiasa spare minyak celak untuk Amirul kat umah..

Amirul Hilang

Korang sayang tak kat anak korang??
tentu sayang kan. Senakal mana pun anak tu
dia tetap anak kita. betul tak?

Kalau nak tanya sayang, aku memang sayang habih ler kat Amirul ni
Sejak dia besar ni, aku tak pernah bagi dia di bawa pulang ke kampung
oleh mak sedara dia

Sebab.. tak tahan rindu ngan dia, nak berjauhan pun aku rasa mcm tak leh ler
Kalo tetiba anak kesayangan kita hilang!!!!
Apa tindakan korang?
Itulah peristiwa sedih yg aku alami kelmarin

Al kisahnya, kelmarin kami pergi ke MAjlis konvokesyen my BIL
kat Dewan Millenium, Kepala Batas

Masa tengah melalui segerombolan org ramai tu teitiba Amirul hilang dari pandangan
Aku bak kucing jatuh anak, lari kesana ke mari.
hubby pulak naik kat tingkas atas usha.. kat bawah
Mana tau, dia ada sedang nangis kat segerombolan org org tu


Tapi still tak der...
Aku lari ke hadapan hall, ke belakang tempat ibu bapa menunggu
masih tak kedengaran suara budak menangis.


Aku dah jadi panik...
Dalam kotak fikiranku asyik terfikir saat saat akhir aku bersama dgn dia
baru je kejap dia di depan mata
menangis nangis aku kat dalam ati ni
my SIL & BIL pun turut cari juga.
Last Naluri keibuan ku terdetik untuk cari dia kat Parking.


Masa sampai kat parking, hubby call aku
ckp, jgn cari sebab dia nak gi ke meja urusetia buat announcement
pas tu nak bagitau kat RELA suh tengok tengok.
memandangkan kat keta pun dia tak der, aku pun berpatah balik.
Masa aku patah balik, aku nampak kelibat Amirul kat celah celah keta
tu menuju ke arah Hall, se arah dengan ku


Aku terus JERIT panggil dia
Ntah mcm mana, aku terjelempuk peluk & cium dia time tu
Rasa mcm nak pitam & syukur sangat.
Aku terus nangis terisak isak.
Bila Amirul, tengok aku nangis terus dia tak jadi nak nangis
then, dia ckp dia tengok keta ibu ada kat parking


kiranya ibu & papa tak balik lagi la
sebab tu Mirul nak masuk dalam cari Ibu & papa..
( tindakan yg bijak anakku)

Nota:- Ayat tak leh blah bila Amirul kata, Mirul dah agak dah Ibu mesti sayang kat Mirul kan...
( dia nak uji aku ker) tapi aku memang benar benar teruji dah ni..)

Sambung Cuti...

Sunyi jer kan blog ku kelmarin.
Aku sambung cuti ler..
mcm biasalah kalau tuan tanah bercuti
blog pun turut la cuti..
Tapi kan..
Cuti ku kelmarin, telah berlaku peristiwa sedih
huwaaaa!!!!!!
nanti ku cerita yer.
nak terjah umah kengkawan jap