Wednesday, April 20, 2011

Mulut Amirul Terbakar!!!

Hubby pergi ke Pasar Malam Batu Maung




beli la ikan temenung, pas tu penjual ikan tu ckp sekali la dengan ikan cencaru ni



Saya kira RM5.00 semua



1 kilo ikan temenung + 4 ekor cencaru = RM 5.00



Mak ai murahnya.






Biasalah kan, kalau cencaru ni, nak masak apa lagi



kena la belah belakang & sumbat cili




So, apa lagi, aku gigihkan diri untuk masak cencaru ni




photo ihsan google








Aku memang tak suka masak ikan ni, sebab merugikan minyak masak
udah ler kena guna minyak yang banyak



pas tu minyak tu abis merah dek sambal




Rasa mcm rugi jer, minyak tu di buang saja



Then, aku tak ler kasi Amirul untuk makan ikan ni sebab agak pedas


Tapi, Amirul ni nak makan jugak




punya la kusyuk makan, last....Dia bersungut " Amirul rasa mcm mulut Amirul Terbakar la Ibu"




Ha.... pedas la tu.


Ingatkan dah serik, esoknya sebelum ke sekolah siap pesan kat aku
suruh masak ikan tu lagi
hiksss...

Tuesday, April 19, 2011

Suku Kata untuk Amirul.

Meh sini aku nak kongsi sebahagian daripada cara aku praktiskan Amirul
supaya dia boleh membaca
Selain daripada buku suku kata yang berbentuk kamus bergambar
Aku juga beli buku di Tesco, Popular book dan banyaklah..



Selalunya, buku buku cerita la yang dapat menarik minat anak anak kecil untuk membacaTapi, bukan semua buku cerita kat pasaran yang sesuai untuk bacaan AmirulSebab.. ada jugak buku yang aku beli tapi Amirul sukar nak mengaja..

So, aku beli la buku yang setiap ayat mempunyai suku kata yang di warnakan. So. mudah le Amirul nak mengeja. Memandangkan buku ini adalah buku cerita, idak ler boring anak terunaku itu untuk membaca..



memang sejak umur 5 thn lagi aku dah start membisakan diri amirul dengan buku suku kata ni. Cuma sejak dia menjangkau 6thn baru dia boleh membaca tanpa tunjuk ajar dariku.




Korang bolehlah, jika nak mulakan dengan lebih awal. mana tahu, anak korang boleh membaca lebih awal dari usia Amirul. Cubalah yer. IQ kanak kanak ni tak sama. ada yang cepat boleh & ada yang lambat. So, as a parent kita kena lah sabar...




note:- parent kena sabar.. tapi aku ni cepat sangat ilang sabar bila ngajor Amirul. hiksss








Monday, April 18, 2011

Dah Bersawang

Maaf sesangat kepada kengkawan di luar sana

rentetan ketidak sihatan aku, makanya blog aku ni

di tinggalkan bersawang beberapa minggu ni

Maaf sesangat..


selain datang kerja aku cuma "On Bed" jer

mcm ni lah rutin aku sehari harian.

Aku rela hadapai semua ni, kiranya inilah dugaan yang perlu kutempuhi

demi memperolehi zuriat...

Aku redha..




Kiranya aku lebih bernasib baik

sebab di beri peluang untuk menjadi seorang ibu.

Syukur sesangat..




Ok lah.. nanti mood datang berkobar kobar

akan ku buat N3 lagi yer..


Friday, March 25, 2011

Sudah ada Cucu, Nenek nak Beranak Lagi..

Tepat sekali tajuk di atas ditujukan kepada diriku sendiri
Mana tak nye, aku dah pun bercucu, tapi baru nak timang cahaya mata ke 2
hahaha... dari mana datangnya cucu tu????
Jgn salah tafsir tau.
Gambar kat bawah ni anak kepada anak saudara pupuku
mcm mana ek nak kata.
Kira datuk kepada babay ni adalah sepupuku

Namanya Nur Qaleesya. Umur baru 4 bulan.
Kalau aku tak keguguran tempohari, mungkin anakku seusia Qaleesya ni.

picture ni fresh lagi ku terima.
Mcm ler nenek nenek lain, ini cucu yang ke berapa aku ek?

Yang ke 5 kalau tak silap haku ler. hehehe cucu sendiri pun lupa.
maklumlahkan dah jadi nenek, nyanyuk sketttt...

Kalau korang nak tahu, kakak kepada si Qalesya ni, sama umur ngan Amirul.
Tengah request picture kakak dia
Nantilah, kalau ibu qalesya ni e-mailkan, aku wat N3 kat sini k..



Tuesday, March 22, 2011

Sambal Belacan Amirul

Last sunday, selepas ambik amirul dari kelas Mandarin
Aku merajinkan diri untuk membeli sayur prepare nak masak lunch
hahaha... rajin la konon.
Sambil masak aku basuh kain, guna washing Machine ler
then, lepas masak.. ingat nak cuci bathroom plak
( mcm ler larat sangat nak buat semua tu)

Sambil aku dok prepare nak wat masak lemak cili Api pucuk ubi keledek
tetiba Amirul datang nak menyibuk
Mula tu nak tolong basuh pinggan.
kalau dia basuh pinggan kat sinki tu
habis ler basah lantai
risau gak aku, takut aku lak yng slipery

So, Amirul request nak tumbuk sambal
Risau gak la aku, takut takut terpercik terkena mata
Tapi, Amirul still nak tolong jugak
Nak tumbuk pelan pelan sampai lumat.
Hahaha.. letak betul betul celah kangkang lesung batu tu yer
bior aromanya lain dari yg lain
Sabor jer la....
ha... lumat pun
hmmm.. next time leh le suruh lagi
budak lelaki ni kena ajor dia wat keje dapur jugak
Baru la leh jadi cam papa dia, bila haku tak sihat
boleh jer masak..
tak ler risau kalau dorang berdua duduk kat umah
At least, tak kelaparan la kuam adam dua orang ni.

Friday, March 18, 2011

Syukur Alhamdulillah....

Sejak pembukaan sekolah bulan Januari
ku tak ler target apa sangat dari Amirul
api ada la berbisik dalam hati
Bila la anakku boleh membaca"


Aku cuma berdoa dan berserah pada Allah
Bangga jugak aku tengok, budak 6 tahun, pada tahun lepas
dapat baca dengan lancar
Semua tu budak perempuan, budak lelaki ni lambat sikit, kata cikgunya ler





Tak sangka pulak aku, genap usia Amirul hari ini 6thn 2 Bulan 1 hari
Aku ingin berkongsi perasaan ku ini di sini
Amirul dah pandai membaca


Aku relized at last saturday, dia bangun awal then mengeja setiap suku kata
sekarang cuti sekolah, jadi Amirul rajinlah membaca di awal pagi
Aku tak pernah paksa pun dia membaca, cuma jika salah sebut tu aku tegur


Kat rumah, memang banyak la buku cerita kanak-kanak, buku cerita teladan
Cuma ejaan dalam Omputih tu Amirul agak keliru untuk sebut
Tak per la perlahan lahan ok.
Tadi, aku beli lagi buku cerita untuk Amirul
Nak bagi perangsang untuk Amirul terus membaca


Nanti aku kongsikan, pendedahan yg aku berikan kepada Amirul
agar dia dapat membaca dan memahami setiap suku kata
Mana tau, korang pun leh ajar anak korang
Mungkin lebih awal dari Amirul.



Nota:- Amirul tak tau ler cam na eja nama Amirul, sebab cikgu tak ajar lagi. hahaha.( ayat Amirul bila ku suruh eja namanya sebelum ini) kau tunggu ler sampai akhir tahun pun cikgu tak ajar ko cam na na eja nama sendiri.

Thursday, March 17, 2011

Kenapa Badan Ibu Bengkok Bengkok ?

This morning, mcm biasa ler aku dress up
nak pergi kerja
Aku pakai seluar & inner jer masa kat depan cermin sambil touch up muka
tetiba Amirul terjaga dari tidur & perhatikan aku

Aku cuma pakai inner & seluar panjang
Lepas pakai bedak bagainya baru ler aku nak pakai
baju peknen yg tak berlengan tu

Tetiba Amirul ckp, Kenapa badan ibu bengkok bengkok
hahaha... mungkin baju inner yg ikut body tu nampak aku tebonjol sana sini
so, nampak macam bengkok bengkok

Ibu nak pakai mcm ni ka, nak pi Kerja?
Tak malu ka?
dah start dah budak ni.... ish!!
lepas siap semua, aku pun pakai ler baju pekenen tak der lengan tu
then, Amirul pun jawab.

ha... dah tak nampak bengkok bengkok
pandai ibu tutup noh...

Nota:- walaupun sekarang cuti sekolah, ku tak kirim dia balik kampung. Sebab hari hari tak jemu dengan celoteh dia. Sunyi kalau dia tak der...