Thursday, October 1, 2020

Night @ Lumut Water Frront

 Lepas makan kami meronda di sekitar Lumut Water Front, saja la ambil angin malam.Nak balik hotel pun malam masih muda. 


Layan  jer lah, pistol buih Aleesya ni..
time aku main ni la buih tak keluar. hasihhhh...

Kami tunggu scooter yang besar untuk naik bertiga. Husband siap beli balloon Hello Kitty yang berlampu semata mata nak menikmati malam Merdeka kat sini. 

Last hampeh je sebab Scooter untuk 3 orang naik semuanya dah kehabisan battery. Hampa tau sebab tak dapat menikmati seperti yang di rancang.

Kami lepak lepak jap kat sini, Then decide untuk balik ke Hotel sebab dah penat sangat.


Balloon bercahaya yang menjadi kenangan . hehehehe.










Tuesday, September 29, 2020

Dinner@Lumut

 Lepas balik dari pangkor, kami rest kejap kat hotel dan lepas Magrib kami keluar semula untuk dinner.

Kami pusing pusing kat area water front tu untuk makan. Tapi tak jumpa. Last kami makan kat Restoren dekat dengan Masjid. Lupa pula nama apa restaurant tu.

masih boleh senyum walaupun kami tunggu makanan hampir 45 minit. hambek ko. Tapi tak salahkan restaurant juga, memang ramai orang dan pekerja pun tak ramai.
Tambahan pula malam merdeka kan.
masih lagi setia menunggu makanan. Tak pe lah tunggu juga lagipun kami tak rushing pun.cuma jenjalan santai ja malam malam.


Akhirnya sampai juga makanan.Nasinya portion sangat banyak. tak habis kami makan. Lauk pauknya sedap.yang ni aku bagi 5 bintang. 

Aleesya yang bising bising lapar tadi terus diam. hurm... macam anak burung bila lapar. hahahaha

Habis makan, kami nak ke suatu tempat lagi. Aleesya ni la, nak pergi taman permainan memalam. Papa ikutkan jer...haish...




Bye Bye Pangkor

 Feri ke Lumut dah datang. jom jom.

next time kita datang lagi yer.
Laju je papa, Yer la sebab malam nanti kami ada lagi aktiviti yang nak di penuhi.
happy je rasa walau ada sedikit keletihan.
Thanks papa sesekali jenjalan camni best tau.

Aleesya baring terus. kaki kat papa kepala kat atas paha ibu. 
Tiba tiba terdetik di hatiku, untung ko dik, ibu dodulu tak tak merasa la nak cenggini ngan tok dan dan tok wan. 

Masa ibu umur kamu tu, Tok wan dan tok dah berpisah. Bersyukur k dengan apa yg ada. 


Kalau si abang ada ni. confirm nyakat je kejenya.

Dorang Buat apa tu?

 Lama sangat nak tunggu feri balik ke Lumut. So papa ajarkan Aleesya tentang Ikan. hahahaha.

Papa tarik perhatian Aleesya minta dia usha je anak anak ikan kat tepi Jetty sebab Aleesya dah naik rimas menunggu.

sambil tu meh kita usha harga. mana tau nedt trip nak snorkeling pulak kan.
yang ni aku snap masa nak isi minyak motor kat Pantai apa ntah. lupa pula nama pantai tu.

ni lagi satu. 

ok kita sambung usha kawasan sekitar ya.Rasanya kejap lagi feri datang kot.

cantik airnya.Rasa tak puas, macam nak datang lagi. nanti kita datang snorkeling pula yer. 




Monday, September 28, 2020

Shopping Chocolate

 Sepanjang perjalanan kami dapat lihat Masjid terapung dan masjid cina. Cuma tak dapat jumpa batu bersurat.

Kemudian kami decide nak shopping coklat sebelum berangkat pulang. takut terlepas feri pula nanti kan.

Jenuh beratur nak beli coklat pun.
haruslah kan sebab time time covid ni kena ikut SOP betul betul yer

selain coklat,kain batik pun ada. Aku tak.beli pun kain batik sebab matlamat asal nak beli coklat jer.

coklat coklat kat sini memang sama macam kat Langkawi. Harganya je mungkin mahal mahal sedikit.

dah pilih mana yang patut. Tapi Coklat Daiim dah habis masa kami beli ni. Tak pe nanti kita belinkat kedai lain yer.

ok dah bayar jom balik.
ini je coklat yang aku beli. tak banyak pun sebab kalau beli banyak kang susah nak bawa kan..
kalau tak cukup, kita beli ja online nanti. hihihihihi

ok jom return scooter dan dan naik feri balik hotel.


Kota Belanda,Pangkor

 Lepas habis tengok penyu,kami nak pergi Kota Belanda. 

kami cuba cuba baca maklumat tentang kota belanda ni. Tulisannya dah makin kabur.huhuhuhu.
Aleesya nak bergambar kat sini

Ok kita bergambar berdua yer dik.

Ibu ngan papa pula.. hihii

Papa yang minta ibu action kat sini.

ok.dah teroka kawasan,jom kita ke tempat lain pula. bye kota belanda..

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Teluk Ketapang, Pulau Pangkor

Lepas kami ke Teluk Nipah kami menuju pulak ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Teluk Ketapang.

Dengan hanya bayaran RM3 seorang kami mula explore tempat ni.
Sebelum masuk kami diminta bergambar kat sini. Kemudian kami di beri sedikit penerangan tentang kawasan di sini.

Kat sini penyu penyu di pelihara sebelum dilepaskan ke laut. Penyu Pangkor tak sama dengan penyu belimbing kat Terengganu yer.
yang ni yang dah besar sikit. Sengaja dorang takmlepaskan sebab untuk tatapan pengunjung.
kita juga boleh cuba untuk bagi penyu ni makan. Tapi aku takut digigit. hahahaha.
Aleesya tengok jer ibu feed penyu. dia lagi takut dari aku.

wajah redha je dengan ketakutan si ibu. Hahahaha...

layan...
cute kan penyu penyu ni.