Showing posts with label Amirul. Show all posts
Showing posts with label Amirul. Show all posts

Monday, November 2, 2020

Sayak Survival Island

 Lama betul cerita ni. Tapi nak juga sematkan di sini. Tanggal 31/12/2019,sekolah Naiim tengah renovate,so penempatan sementara di jalankan di Satak Survival Island.

sesi pendaftaran sedang bermula

Naiim di minta untuk membantu menhangkat barang barang bagi penempatan sementara ini

My hubby dengan ustaz shahabudin,pengasas SMAIDA

berpeluh peluh naiim dengan kawan kawannya mebanting tulang demi kelancaran persekolahan mereka

meja semua kena alih dan dan ubah untuk dijadikan kelas

Sebelah sini dijadikan asrama perempuan

rajin betul anak anak SMAIDA

Naiim akan bermalam di sini dan dan bel di sini sementara sekolah mereka siap.

selesai semua kami pulang dengan penuh harapan agar anak anak SMAIDA dapat ilmu yang bermanfaat

bergambar kenangan di sini kekap yer.

Lastly,kami diberitahu bahawa tempat ini tidak sesuai untuk pembelajaran murid dan akhirnya mereka di tempatkan di maktab perguruan di Sungai petani. 





Monday, December 9, 2013

Latest Updated

ok.. dah seminggu si Naiim tu bersunat kan. Dah boleh pkai seluar pun sekarang ni
Tapi tak bape nak galakkan sangat...
Then semalam is the first day dia keluar bermain 
dah boleh berlari katanya..


Then semalam jugak dia sempat melawat kawannya yang kebetulan
bersunat pada hari yang sama
cuma si Naiim ni guna khidmat doktor tapi kawannya tu Khidmat Tok Mudim
hmm.... bila aku tanya gebang apa ngan kawan nya tu
hai...ibu nak sembang apa lgi
sembang pasai Sunat la...
hahahahaha.....


then.. lastly sila la layan karenah budak kecik ni
dah ada perangai baru..
kalau nak ngekoq papa keluar mesti nak pkai baju sendiri

2 lapis seluar pendek
sehelai seluar panjang
dan kelam kabut pakai baju yang entah tangan tu nak masukkan ke lengan baju
terus masuk ke tengkok
so.. gitu lah kekdahnya..


Note: Naim.. pas ni boleh la kita meroyan kat Pesta Penang kan..kan...

Thursday, December 5, 2013

Menunggu Turn Berkhatan

kami sampai ke klinik Dr. Azhar Pendang agak awal sikit
So, Doktor yang nak berkhatan tu pun belum datang lagi

 
photo ciluk FB, tapi sekarang dah berubah wajah. ngee..
dah pi tanya bagai, dorang cakap kejap lagi doktor sampai
tapi Si Naiim No 2, 
So better tak yah masuk lagi kang terbantut le niat kalau dengar budak first tu nangis kan.

 kami lepak kat kedai mamak kat corner deretan rumah kedai tu
pekena teh tarik dan roti canai
tapi..bebudak ni excited sangat sampai apa pun tak mau makan
lahipun dah makan nasi lemak masa nak datang tadi.



mcm biasalah Ibu yang over excited plus dag dig dug
. Masa ni budak first tu tengah berkhatan dah
kejap lagi turn Naiim la.

 masa tengah lending tu Naiim nak tasbih..
tuk tenangkan dirinya... hamboi.. Pak dokter pernah tengok org Berkhatan pegang tasbih tak?
kalau aku le jadi doktor sure tak menahan ngan aksi bebudak ni kan.


Naiim ni zikir sebut Allah je la kan..
itu yg dia cakap senang nak sebut pun

Kain Pelikat tu Mak aku yang kasi suh dia pakai masa berkhatan
Sejuk betul dalam bilik tu birbird pun dah kecut..


Time ni Naiim tak tau pun yang berkhatan benornya guna gunting. Ntah le apa yg difikirkan oleh Naiim.
dia ingat main cubit cubit je kot.

Bila doktor datang tu, boleh sorang nurse tu jerit mintak gunting baru dari rakan sekerjanya
budak yang berani pun leh kecut bila dengar perkataan gunting kan..


Banyak lak aku snap photo moment dia nak berkhatan ni, saja nak wat kenangan to mu anak bujang
tapi idak le aku snap birbird Naiim tu. Kan ke aurat tu tak elok la nak pamerkan kat sini
even as hard copy pun aku tak de simpan.
kengkonon tak mo berphoto.. boleh caya ke? kikikikik..



Note:pergh.. tabik spring la kat Pak doktor, cool je potong jahit bagai..
aku yang nengok ni nyilu nyilu okey!







.

Wednesday, December 4, 2013

Such A great Experience

Pew... lega rasa semuanya dah selesai.
segala urusan berkhatan kenduri bagai dah pun setel..
tapi penat tu masih kena kena sikit sikit la kan..

Sepatutnya aku dah kerja semalam, tapi encik "M" pulak datang bertandang
so, terus la aku sambung lagi sehari cuti, bwahahahaha..
makanya kelmarin terbungkang kami 4 beranak kat umah
mengutip tenaga untuk cover kepenatan, kengkononya la kan.
ok, berbalik kepada tajuk entry.
Perngalaman aku yang sangat sangat bermakna tatkala anak terunaku nak menjejak ke alam remaja
tak sangka aku bergitu strong di dalam bilik surgery tu
tak sangka aku langsung tak de rasa nyilu
tak sangka aku boleh lagi berbual bual mesra dengan Naiim
tatkala mata gunting menari nari di kulit birbird Naiim.
Wow... kekuatan tu datang dengan sendirinya.

Apa aku rasa ketika itu?
aku mula terbayang, beginilah keadaannya tatkala aku melahirkan Naiim
gunting, benang jarum menjadi mainan..
Ya.. Naiim sangat sangat brave, boleh lagi dia tanya Nurse itu ini
dah ke belum.. dah npotong ke belum..
dok buat apa pulak ni.. dok cuci ke?

Naiim menangis?
Of coz la dia nangis, tapi sekejap je, bila ibu, papa dan Nurse tenagkan dia
dia dah ok. Siap cakap rasa mcm semut dok gigit bibird ja..
hahahaha... 
then ada ayat cover line pulak tu
" Naiim nangis bukan sebab sakit tapi sereyau"...
hiksss... 

ada jugak yg cakap, eh beraninya kamu, masuk sekali time Naiim berkhatan
tak takut ke?
Bagi aku, Naiim tu lah satu satunya anak lelaki aku
Kalau dah time Aleesya pun aku join, time Naiim aku perlu join utk beri semangat
Ya, hanya kali ini saja memandangkan anak lelaki aku sorang je kan...
kalau ada anak lelaki yg akan datang, In Sha Allah..aku akan buat benda yg sama.

Bagi aku, saat Naiim suka, duka  dan sekit sekalipun
aku akan tetap nak berada di sisinya, memberi semangat
nak berkongsi suka dukanya


Note: What I'm can say. Naiim such a great boy!!!...



Thursday, November 28, 2013

Majlis Serentak

hmmm..lambat sikit aku buat Aqiqah untuk Aleesya kalau berbanding ngan si Naiim
Si Naiim dulu lahir je terus buat Aqiqah, tapi kali ni Si Aleesya dah 2 tahun 5 bulan 
baru nak buat.. tak pe la still boleh lagi kan..kan..


Bukannya apa, saja kami nak buat sekali dengan Majlis Berkhatan Si Naiim
kebetulan pulak masa arwah ayah sebelum meninggal tu
ada niat nak makan kambing.
Masa beliau sebut tu, sebut kat aku la pulak
So, rasa mcm telan tak lepas je kalau tak penuhi niat ayah tu kan..
Jadinya kami harung sekali
that why la kami beli 2 ekor kambing 
satu untuk Aleesya satu untuk arwah Ayah

kalau nak tau excitednya si Naiim ni nak berkhatan, boleh aja baca kat Putus Terpaksa
rasa sekejap je kan masa berlalu
masa ni Si Naiim 2 tahun lebih gitu la
ye ye la dia nak berkhatan dengan abang abang sitter dia
sekarang si abang abang tu pun dah besar panjang
dah masuk sekolah tahfiz pun dorang ni.


excited excited jugak kan.. Tapi make sure masa kena potong tu ko jangan nak melalak bagai
kang, orang selepas kamu tu terus lari terjun sungai.
bwahahahaha...


So, aku start bercuti pada hari Jumaat hingga ..... ikut  keadaan perkembangan si Naiim
kalau dia ok, cepat sembuh cepat la aku datang kerja
kalau lambat... maka lambat lah..


oleh kerana majlis ni majlis anakku
makanya hal hal berphoto mungkin tak de kot
ye la moral support dari ibu tu kan lebih penting..



Note: harap harap si Aleesya tak buat aksi terjun junam time abang tengah berpantang.
eh..boleh harap ke ni?



Wednesday, November 27, 2013

Anak Anak Mengadu Domba


Naiim 
Sekarang kan cuti Sekolah, So asal aku balik kerja je mesti ada cerita dari Si Naiim
Al maklumlah dia tinggal kat umah sebab papa kerja malam

Ibu, papa ni kan bila Naiim ajak Pi Bukit Jambul selalu tak mau pi
asyik pi pejabat pos, pejabat pos pejabat pos
hat tu ja yang papa nak pi
Ingat Naiim suka sangat ka Pi sana...

**Aku hanya diam je, sebab aku tau kenapa hubby pergi pejabat pos,
sekarang ni ko tak suka la pergi sana, nanti bila kau tau mcm mana nak mencari 
Nafkah untuk keluarga, sure kau akan faham..***

ye la kami kan ada run sikit Biz arwah ayah, so bila org order kena la hantarkan.
pergilah tengok kat sana, berjela pos laju track.
untuk bulan ni tak updated agi nih...


Aleesya
Asal balik dari umah baby sitter je mesti nak tunjuk tangan le kaki le kat aku
sambil tunjuk sambil tarik muka mcm kekononnya nak nangis le

" ni..ni.. mau didit, mau didit tangan adik , didit kaki adik"
ye ye la la duk ngadu sakit sana sikit. Tapi mau gigit tu pabenda?
banyak hari jugak le aku cuba catch up apa yg dia maksudkan Mau tu kan..

kalau aku teka salah terus nangis la kan..
Saja la suatu hari tu aku cuba teka, bila dia sebut mai didit.
Aku ckp Rimau gigit ke?
Ha..mau didit tangan adik, mau didit kaki adik..
sambil angguk anguk..

terus aku bantai gelak. Amboi..............ko Aleesya agak agak la nak ngadu pun
belasah Rimau yang gigit, ko ingat sesenang je ke nak jumpa rimau?


One day aku nak gi ambik dia kat umah baby sitter
kebetulan Aleesya tengah sonok bermain..
rupe rupenya, dorang duk main rimau rimau kejar kejar
kekonon si Ilhan as harimau then gi la tangkap Aleesya
oooo....patutla tak habis habis ngan rimau gigit tangan kaki bagai.
ahaksssssssssss.

Note : Sesapa yg dok tanya aku Run Biz apa, especially Tifa Anvar a.ka. Sya, Klik je SINI.



Friday, November 22, 2013

Hadiah Dari Ibu dan Papa

Aku dah promise dengan si Naiim, kalau dia dpt good result in exam
aku akan belikan apa yg dia duk minta minta sangat tu.
dah ada lori kontrol, motor control..nak jugak keta kontrol

 
lebih kurang gini la keta kontrol yg aku belikan utk Naiim tu. (lupa snap photo)
ciluk gambar Pak google je lah.

even Naiim tak de la dapat number 1,2 dan 3, tapi peratusan yg dia dapat tu
kira membanggakan la jugak.
Dan dia masih lagi berada di kelas pertama. 
Alhamdulillah...

Dan ini pulak PSP hadiah dari papa untuk Naiim 
kerana  bakal melangkah step pertama untuk menjadi remaja.

memang papa dah janji ngan Naiim, papa akan belikan bila Naiim berkhatan
memandangkan lgi seminggu je Naiim nak berkhatan, so papa beli lah.

Tapi kami belikn yang second hand je, 
 walaupun kami tak mampu nak belikan yang baru, tapi kami nak  adakan jugak utk Naiim
biarlah yg 2nd hand, asalkan anakku merasa juga bermain benda alah ni
sayu jugak bila dia selalu citer ttg kengkawannya yg ada PSP ni.


dengan siapa papa beli dan mcm mana papa beli, aku pun tak tanya
yang pastinya PSP ni di beli tanpa charger.

So, hari ni aku ke Lorong kulit utk dapatkan charger
harga RM39.00 tapi dapat beli dengan harga RM25.00
tu pun aku rasa mahal. 
kalau pandai menawar boleh dapat harga murah lagi ni..

Tapi tu lah, aku rushing sangat hari ni, keluar kejap time off minta kat bos
so, bargain harga pun dengan satu kedai je
tak sempat nak survey kat kedai lain.


**hari ahad ni, papa dah janji ngan Naiim nak install game GTA **


Note: Idak le dia boring sangat bila asyik baring je time berkhatan nanti.


Friday, November 15, 2013

Aleesya jadi patung

Aku baru tau semalam je citer ni.

Oleh kerana sekolah Naiim ada jamuan, makanya ada la lebihan makanan utk di bawa pulang
Naiim bawa balik roti pizza untuk adiknya
semata mata untuk Si Aleesya, org lain tak boleh
untuk ibu ngan papa pun tak de.


Lepas main petang tu sebelum nak ke Masjid untuk Magrib
si Naiim angkat Aleesya peluk peluk pas tu sayang sayang
aku tengok je keletah dia
Lain mcm pulak sayangkan Aleesya kali ni.


Lepas balik dari Masjid, barulah Naiim ceritakan apa yang berlaku 
Actually malam sebelum tu, Naiim macam tak bordered langsung kat Aleesya
asyik dok layan Bdamannya je, pas tu letih Naiim terus tido
Masa tidur si Naiim telah bermimpi yang adiknya Aleesya telah menjadi patung


Puas la Naiim panggil si Aleesya, tapi Aleesya dah keras
Menangis la si Naiim tak henti henti, sebab nyesal sesangat kerana tak pedulikan Aleesya
sebelum dia masuk tido tu kan.


dah dekat subuh gitu, Naiim terjaga then pelan pelan dia masuk jenguk Aleesya yg tido sebelah aku
tenung lelama la kan, betul ke adiknya tu dah bertukar jadi patung.
tetiba si Aleesya nangis rengek rengek sebab nak susu
terus Naiim cakap.. hah..legaaaaaaaaaaaaaaa
mimpi tu rupanya tak betoi...

then aku tanya le kalau betul betul adik jadi patung cam ne?
ish..kalau la adik betul betul jadi patung, Naiim akan menyesal
seumur hidup
nyesal smapai bila bila..
Lepas ni naim akan peduli adik selalu.. tak mau la dia jadi patung..



Note:Teguran Allah kepada Naiim melalui mimpi...supaya lebih matang dalam
memegang amanah sebagai seorang abang.
 

Thursday, November 14, 2013

Cream O Vs Oreo

Hari ni ada jamuan apa ntah kat sekolah Naiim tu.
semalam bagitau kat aku suh beli la apa apa yang patut tuk di bawa ke sekolah
aku pergi la memalam kat kedai mamak dekat umah tu, biskut dalam tin je yg ada
lelain dah habis..

Lepas je makan malam, aku suh hubby pergi ke mini market or Seven eleven je
beli chipsmore ke, oreo ke apa apa je la 
utk Naiim bawa esok, kang tak beli pepagi buat perangai pulak kan..
 
Papa belikan sebungkus Cream O dan sebungkus lagi biskut apa ntah.
semalam aku ada cakap bawa satu je lah ke sekolah
tapi papa dah pesan suruh bawa dua dua bungkus tu

So, pagi tad Naiim pulak nak bawa sebungkus je ke sekolah
sebab tak menahan tengok biskut cream O tu.
Actually dia dah tersilap, itu Cream O, bukannya Oreo da....


Tak boleh! papa dah pesan suruh bawa dua dua bungkus tu
kalau nak makan Oreo nanti ibu belikan yg lain.
terus Naiim cakap, oklah bawa la semua ni
boleh makan sama sama ngan kengkawan.

eleh..nanti, bila dah banyak sangat makanan yang di kumpul, bukan nak makan
sangat pun...


Note: Rasa CreamO ni ngan Oreo sama je. yang bezanya CreamO ni jauh lebih murah!

Saturday, November 9, 2013

Belajar Bertanggungjawab

Bagi ibu muda, eh muda ke..muda la kan.. anak pun tak dewasa lagi. kira muda. tak kira nak perasan gak.
mungkin ibu ibu muda, tak terfikir mcm mana anak anak kecil kita akan start
mempunyai sikap bertanggungjawab ke atas diri mahupun org lain kan..

Sama la mcm aku, selalu bila suruh naiim kemas tempat tidur, baju kotor letak dalam baku
akan aku susuli dengan perkataan. 
Cuba ada rasa tanggungjawab sikit. dah besaq pun.. dah jadi abang..
rasanya dah berbuih mulut ni. 
kalau la ada buih yg keluar, dah boleh buat cuci kain kot. hahahaha

Naiim dah tersemai jiwa si papa. susah benar sekarang ni kalau nak bergambar
mood tak mo bergambar lebih banyak dari mood nak bergambar.
ok..ok..
nanti aku citer mcm mana si Naiim ni bertanggungjawab!
aku sms hubby suh bagi extra duit utk si Naiim, sebab tetiba rasa nak makan satay
ngan nasi impit lak. ate dah semalam Pasar Malam kan..

Masa ku balik tu, si Naiim dah pun pergi Pasar malam, then hubby pul;ak duk gegas gegas nak pergi kerja
Tapi... hubby tak bagi pun extra money kat Naiim.
Makanya kena la cari Naiim kat Pasar malam tuk hand over extra money tu kan.

Dalam kul 7.30pm tu Naiim balik dah dari Pasar malam, then dia cakap
duit RM10 yg papa bagi tu tercicir.
ha.. kan kan.. baru semalam je my entry cakap Naiim asyik hilangkan duit je kan
Nah..petang  ni  hilangkan lagi. adeiii.. Naiim Naiim..

So, aku tak de la marah, cuma aku nampak ada la makanan kat Handle basikalnya tu
Bila tengok, ada satay dan keropok lekor, sepertimana yg aku suh si papa pesankan.
pinjam gambar dari empunya blog di atas.

satay 10 cucuk RM 5.00. nasi impitRM1.00 dan kopok lekor RM1.00
So, aku bagi utk dia belanja RM7.00 tu semuanya dia belikan apa yg aku pesan.
untuknya langsung tak ada.

bila aku tengok tu, aku rasa mcm sayu sangat. sib baik aku tak marahkan dia sebab duit 
hilang tu. kalau idak aku akan di hambat rasa bersalah.

Tak sangka, Naiim lebih mengutamakan amanah yg diberikan berbanding
kehendak sendiri.
owh..Naiim selalulah jadi anak yg bertanggungjawab begini. Ibu sangat sangat suka
sejahteralah hidup kamu dunia akhirat. 


*** sib baik la semalam aku ada buat burger ayam goreng, resipi dari si Mama JJ tu**
puas tengok Naiim makan. tapi aku makan sikit je satay ngan kopok lekor tu, sebab
aku utamakan si Naiim. dah tak dpt belikan makanan sendiri
makanlah makanan yg ibu pesan suh beli tu ya.


Note: lagi tersentuh, bila Naiim cakap, Naiim cuma ingat nak belikan makanan ibu ngan adik ja
untuk Naiim tak pa la..dah duit hilang nak wat cam na...


@@@ mama JJ nanti I buat entry ttg burger tu yer@@@@


Monday, October 28, 2013

Pelihara Ikan la Sangatttttttttttt...

Si Naiim tu, angin tak dak ribut tak dak tetiba nak pelihara Ikan 
Dulu masa pelihara ikan puyu sampai mati dah serik tak mo dah
kali ni gi beli lagi anak anak ikan tu.
 
Aku suh je si Naiim le tak dalam balang kuih untuk temporary

Ingat tak dalam entry aku di sini, aku ada cakap yang nak citer tentang Satay
citernya gini... satay tu pun ada 3-4 cucuk je, aku makan secucuk
then balance tu tu si Aleesya kan..kan..

Pukul 10.00pm, cam tu Si Naiim ni nak gi usha le anak ikannya tu
sekali tengok berketul ketul satay lepak dalam balang ikan si Naiim
Muahahaha...
Si Aleesya selamber ja cakap "Ikan akan atay" ( ikan mkn satay)  kui kui
tak jadi nak tido si Naiim terus gi cuci balang ikannya
 
Naiim ngomel ngomel sebab Aleesya la dia kena cuci balang ikan. 
pas tu tak kasi Aleesya tengok dia dok cuci balang ikan tu.

rengek rengek Aleesya ckp " Ngok Ja" Nak Ngok Ja..( nak tengok je)
ok..ok.. aku suh Naiim benarkan Aleesya tengok aja, tapi tak boleh nak pegang ikan tu.

Sekali dia dok seluk balang tu, bila Naiim marah, dia cakap 
ambik ola ja. ( Ambik bola) Guli tu Aleesya panggil bola.
hahahaha... aku ketawa dalam ati tengok gelagat dak Aleesya tu.

Pas semua ok, Aleesya minum susu kat sebelah Naiim
Pas tu si Naiim pun terlelap.
 aku tengok si Aleesya intai intai muka abangnya
terus cakap yang abang dah bum bum.. ( abang dah tido)
ok lah kan..

Aku pun layan jap Candy Craft Saga sebelum nak solat Isyak kejap lagi
tetiba dengar uh ah uh ah, dak Aleesya tu dok carry balang ikan
dok cakap berat la..berat la...
huish... sib baik tak tumpah air dalam balang.
dah carry sampai di dapur

Ku tanya nak wat ape..
Aleesya cakap Ikan nak Ndi ( Ikan nak mandi)
adoi... bergelut aku ngan dia, tak tau nak ckp cam na
supaya dia faham.. 
Mana la ada org mandikan Ikan kan..kan...
marah marah, sampai nyaris nyaris ba bab dia tau.

masa aku nak sembahyang Isyak tu, dia mintak nak tengok ikan lagi
untuk make sure yang dia tak bawak balang tu ke bilik air, aku letak je kat sebelah sejadah
 Aleesya pun kejap tengok kejap jalan sana sini

Aku sembahyang la time tu, ok je
pas tu Aleesya jumpa Handphone aku
ada mesej msuk kot, so dia duk panggil suh aku jawab, aku tak layan
sebab tengah sembahyang

Tetiba, dia ambik handphone aku tu letak kat mulut balang ikan tu
time tu aku dah rakaat ke empat, 
dia cakap ' buh nah..buh nah...
mang tak kusyuk ku sembahyang wei...
last dia tak jadi lepaskan handphone aku dalam air..
pandai pulak dia mengacah acah aku.
Adoi............... Aleesya... Aleesya....

  
Sabtu lepas my abang bawa my adik adik datang ke rumah
memandangkan si adik perempuan tu cuti semester kan..
So, petik api abang pun aleesya lepakkan kat dalam balang ikan Naiim
batu petik api tu dah basah, terus tak boleh guna lighter tu.

 

Remote TV, nth bila la dia masukkan dalam balang ikan tu
keesokkan hari hubby balik kerja jam 7.30pagi, nak on TV
tengok air dah penuh dalam remote.

 
Then modem internet aku ni, si naiim yang tengok
terendam dalam balang ikan
sib baik la tak rosak. 
masih boleh on sampai hari ni.



Then semalam tengok dah mati sekor ikan si Naiim tu. My hubby suh naiim tak yah la pelihara ikan
tengok kan ka dah mati. 
Bila Aleesya tengok ina mati tu
dia terus buat "Syyyytttttt.... Ikan tidoq..ikan tidoq.." diam diam..



Note:  Orang lain yg pelihara ikan , orang lain yang terlebih Concern!