Tuesday, April 23, 2013

Panduan Membakar Kereta oleh Al -Qaeeda- Majalah Inspire

LONDON 4 Mac - Kumpulan al-Qaeda menerbitkan edisi terbaharu majalah propaganda berbahasa Inggeris yang memberi panduan kepada pengikutnya tentang bagaimana membakar kereta dan mencetuskan kemalangan jalan raya.
*** Pada pendapat saya le, kalau dah keluar majalah ni. bukan saja panduan kepada pengikutnya, boleh di beri panduan kepada orang lain juga*****
 
Rangkaian kumpulan yang paling aktif, al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) menerbitkan majalah edisi ke-10 yang dikenali sebagai Inspire itu di laman web kumpulan militan tersebut bulan ini.
Selain menunjukkan cara melakukan keganasan, kumpulan itu turut memberi amaran kepada Perancis supaya menarik balik tentera negara itu dari Mali.


AQAP juga menyenaraikan 11 tokoh awam di Barat, termasuk penulis Salman Rushdie, yang dikehendaki sama ada hidup atau mati kerana melakukan jenayah ke atas Islam.
Tokoh-tokoh lain termasuklah ahli politik Belanda, Geert Wilders, aktivis Kanada keturunan Somalia, Ayaan Hirsi Ali, yang kedua-duanya kuat mengkritik Islam, selain paderi Amerika Syarikat, Terry Jones yang menganjurkan pembakaran naskah al-Quran.

Majalah itu turut memaparkan artikel-artikel yang memperingati anggota mereka yang maut ketika berjuang.
AQAP yang berpangkalan di Yemen sebelum ini pernah berkomplot untuk merampas pesawat penerbangan antarabangsa.
Dalam bahagian yang berjudul 'Buka sumber jihad', majalah itu menunjukkan cara-cara membakar kereta, termasuk panduan bagaimana mengelakkan minyak petrol daripada terkena diri sendiri dan cadangan menumpahkan minyak di jalan raya bagi mencetuskan kemalangan. - AGENSI

Note: speechless

Sumber: Utusan dan Al islam

3 comments: