Showing posts with label kami. Show all posts
Showing posts with label kami. Show all posts

Sunday, December 13, 2020

Pak Wan Gulai Sembilng Balik Pulau

 Selepas Aleesya dan papa balik dari hiking, they call aku cakap siap cepat nanti kami balik jemput kita pergi makan.

orite.. dah siap dan tunggu. Akhirnya dorang dah sampai kat parking. jom kita pergi makan. Masuk je dalam kereta papa tanya nak makan kat mana? ikut awak ler..then papa pula cakap ikut u la. I drive je..
ishhh... macm orang bercinta pula asyik pening nak makan kat mana..

Last aku bagi idea, kita makan kat balik pulau sebab balik nanti boleh singgah beli ikan pastu beli buah.. 
ok kita pergi makan kat Pak Wan kari sembilang kuala Jalan Baru. Tak tau nak pergi kita tanya google k.
ha kau jalan penuh berliku. Kami mengomel kat area paya bakau ni ada ke restaurant. google map ni silap kot.hahahahaha...
Sampai je ke destinasi,hambek ko kereta penuh parking,orang punyalah ramai sampai tak ada tempat duduk.Kena tunggu beb.
ambil kerabu kacang botol dengan taugeh dan ikan belanak kering.

gulai sebilang dah habis. kena tunggu dorang masak. Tapi ikan jenahak la. Sembilang dah licin.

oklah..jenahak pun sedap..cuma harganya mahal sedikit dari sembilang. kena tunggu dorang masak. dekat 20 minit juga kami tunggu sebab nak makan gulai panas panas

tak banyak lauk dah yang tinggal. Tu pun kami sampai sana jam 12:45. laku keras beb.
habis makan kami bayar. terkejut aku sebab kami makan bertiga sekali dengan air semua baru  RM21. murahnya...

on the way balik kami singgah kejap kat pasar nelayan pulau betong. nak beli ikan fresh yang baru naik dari bot.
malangnya ikan pun kebanyakkan dah tinggal sedikit je.
peniaga pun dah simpan barang sebab jualan dah hampir habis. 
Tak dapat la beli ikan kat sini. Selalu kami datang sini time pukul 1-2 ikan memang banyak lagi..

mungkin hari ni hari ahad jadi ramai pula manusia yang datang membeli. tak de rezeki kami. lain kali kami datang lagi yer.

kami terus ke teluk kumbar untuk beli buah pula. ada epal jambu batu dan mangga putik.

Ada mempelam masak untuk Aleesya. Dia ni hantu mangga masak. suka sangat.. nanti boleh buat manggo lassi dan jelly mangga untuk dia.
untuk aku pula aku beli pisang kaki,epal hijau, buah pear dan juga kuinin..

semua buah buahan yang aku beli tu dalam RM34 je. sejak akak security kat sekolah aku usul yang kat sini buah murah selalu la aku pergi beli bila stock buah dah habis kat rumah.. hehehehe..


Monday, November 2, 2020

Alang Kenari

 Kami check in di Alang Kenari. Tetiba my husband tak nak terus balik. Katanya nak menikmati keindahan si sekitar Yan. Alahai..dah le kuta tak bawa baju salin. boleh pula dia nak check in. 

kita tunggu kejap sementara housekeeping nak kemas bilik.

budak manja ni banyak akal sungguh.asyik menyakat si papa jer.

cantik juga view dia. Aleesya la yang best sangat sebab kat kat  ada kolam renang.

ok dah dapat bilik, jom kita pergi beli baju.kang esok tak ada baju nak pakai pula. Dah la sehelai sepinggang je. 



Friday, October 30, 2020

Muka Makcik Dah Bulat

 Semalam, kitorang  bawa Mak pergi Sungai Petani.Saja ler nak cari port memancing untuk mak .Sementara Abang Chaq pula memang dah standby kat Sungai Petani


boring boring dalam kereta main selfi selfie jao.
tetiba Kak Ngah cakap muka mak cik dah bulat..
hahahahaha...

Excuse me, bukan muka makcik jer membulat, badan makcik pun dah membelon.
jao jap mak adjust muka yang membulat ni yer..



tara... dah slim muka Makcik yer...
hihihiihi...

Redha je lah dengan diri sendiri, sampai waktu dan ketika dia akan membulat dengan sendirinya.
ehhhh... ye ke.

Dah berumur camni, tak makan pun tak de effect nak kurus aih.




Note:-gemuk pun tak pe, janji gemuk dengan kasih sayang..

Saturday, October 17, 2020

Hantar Amirul Ke Asrama

 sejak covid melanda ni anak anak asrama balik rumah pun sebulan sekali jer.Khamis lepas husband pergi jemput,kain baju kotor Naiim 2-3 beg.jenuh mendobi. Basuh kat rumah,kering kat dobi coin.

Naiim suka makan ikan keli sambal. gigih si papa pergi market pepagi cari ikan keli demi anak bujang ssorang.

papa pula nak makan sambal terung pipit.Ok,boleh tapau untuk naiim bawa bekal ke asrama

kita goreng ikan tongkol seketul dua.Boleh la Naiim makan dengan kawan kawan.

Jam 4:30 petang kami bertolak pergi hantar Naiim.
senyum simpul si ibu, dalam hati Allah saja yang tahu. Sebulan sekali ja jumpa anak. huhuhuhu...
Nak curi curi snap gambar Naiim tapi terlindung pulak.

tengok lah perangai Aleesya..sengaja buat muka

Lasly dapat juga snap wajah Naiim.
hilang juga rindu ibu bila berjauhan.


Aaleesya pau kit kat abang..


Note- permata hatiku..

 






Tuesday, June 13, 2017

Ulang Tahun Perkahwinan Yang ke 14@Restoran Shabu-Shabu & Stimbot

19 January 2003 aku telah sah menjadi suri hidupmu..
Suamiku, Di mulai perkenalan dengan benci... berkawan.. bercinta dan bertunang..
akhirnya kau memilih aku dari berjuta wanita yang ada untuk menjadi teman hidupmu..
Alhamdulillah.. pilihanku untuk menerima mu sebagai Imamku adalah tepat..

Sehingga ke saat ini, saat aku sedang mencoretkan entry ini, aku masih lagi bahagia dengan kasih sayang yang kau berikan..
Suamiku, terima kasih untuk segala galanya,
ku bahagia menjadi isterimu.. 

Tahun ni terasa nak makan Steamboat..
So, kami memilih untuk makan di Syabu Syabu Steamboat..
Alang alang dah ada kat Ipoh kan, kita merasa Steamboat kat sini pulak yer..
 mari kita layan makanan yang terhidang..




makanan memang puas hati..








  ajak juga kazen hubby join sekali


Biarpu kehidupan kami tak semewah orang lain..
Tapi kami mewah dengan kasih sayang..

Biarpun ulangtahun perkahwinan kami tiada jambangan bunga dari suami
Kucupan mesra darinya jauh lebih berharga...


Doakan kami agar sentiasa bahagia dunia akhirat..


Note: Biar gambar berbicara...



Saturday, June 10, 2017

Happy Birthday Naiim & Nisa

Naiim ngan kazennya lahir pada tarikh selang sehari je
so, kami plan nak sambut bersama..
Tambahan pulak time tu Anniversary kami..
So, kami Celebrate kat Syabu Syabu Stimbot di Ipoh.

Happy Birthday buat anakku Naiim..
Ibu doakan Naiim menjadi anak yang soleh
nanti besar jaga ibu ngan papa baik baik yer..
ibu sayang naiim sangat sangat..

Ibu ngan papa tumpang kek Naiim je lah
sempena menyambut Anniversary yang ke 14 Tahun..
Doakan kami kekal bahagia hingga ke Jannah yer..

Naiim dan cousinnya Nissa..
hahaha nangis nangis Nisa malam tu..
berebut nak potong kek ngan Naiim kowt
Anak dara ni pun tak tumpang jugak
B'day dia lambat lagi..hehehehe..
meh ibu suap sket..
membesar dengan baik yer sayang..
seoga sentiasa berada di bawah lindungannya..
doa untuk ibu dan papa banyak banyak yer..
Ibu ngan papa Nisa..
hehehe... proses menguli kek oleh Nisa..
20 tahun lagi ko tengok gambar ni Nisa oii..
mesti ketawa berbahak bahak kan
Mak Uda doakan Nisa jadi anak yang solehah
dengar cakap mama ngan papa kamu..

kekalkan hubungan bahagia ni yer sayang sayang ku..
walau jarang berjumpa..
tapi kasih sayangku pada korang semua tetap utuh di jiwa..


Note: Bahagia itu juga rezeki dari Allah..