Showing posts with label 11th anniversary. Show all posts
Showing posts with label 11th anniversary. Show all posts

Monday, January 20, 2014

Deliver On Due Date (19/1/2014)

Naiim Spoil the sms
------------------------------------------------------
Mcm biasalah kan, aku ni malu sket kalau nak wish face to face to my hubby.. ecewah budget comnel le kan
so, aku sms je la kat hubby, wish anniversary and sweet sweet word semua la kan..
masa tu aku kat dalam bilik, hubby kat dapur dan Naiim kat hall..
tengah main game kat Note papa..
 

Sekali dak Naiim ni, nampak sms masuk, received dari si ibu la pulak kan
terus dia baca.. baca kuat kuat la pulak sebab nak bagi papa dengar.
adei malu eden tau..

Sib baik la baca half je, terus si papa datang ambil note dia.
ish..budak ni wat spoil mood je lah.

_____________________________________________________________________________


Ingat tak my entry tentang my anniversary gift yang early birth tu
then aku ada cakap kat my hubby yang hadiah untuknya will be deliver on due date kan..
so, haruslah tunaikan.. tak baikkan lengah lengahkan, kang merajuk pulak..


ok.. nak tayang sat muka orang yang dah kawin 11 tahun. wuish.. lama dah aku kahwin kan..
kata orang bila menginjak fasa 11 tahun ke atas, rumahtangga kita akan diduga..
moga moga dugaan/ujian yang Allah berikan kepadaku tak sehebat badai ombak di lautan..
hakikatnya aku memang menyedari yang aku sedang di uji, 

sebelum ni aku memang ada pernah beli jam untuk my hubby. Tapi jam tu mcm tak sesuai untuk dia.
so kali ni lebih baik bawa empunya diri untuk pilih sendiri.

benornya dah banyak tempat dia survey. memandangkan jam tu new arrival, so tak de discount la kan.
Cuma kat sini je dorang bagi 20%. adei.. 20% jer..tak pe lah.
as long as my hubby happy aku pun happy jugak.

sambil pilih jam, sambil la dok tengok si Aleesya tu..
suka benor dia main hide and misiing..
biasalah kan..my hubby kan suami mithali.. ngeeee...

happy le tu dapat jam yang berkenan di jiwa..
kata adik jurujual tu, jam ni special sket ada dua engine..
then apa ntah lagi, aku pun tak berapa nak dengar sebab dok sibuk ngan Aleesya..

Biar le my hubby je yang tahu kelebihan jam tu
dah dia yang nak pakai kan..kan..kan... hehehehe..

 comel je kan kat tangan my hubby..
benornya aku suka yang bulat dan ala ala boyish sket tu..
ala.. yang nampak garang sikit tu... tapi harganya tak termampu eden..riban riban ko.
hahahaha...

ok..warranty card tu penting okey.. kang jadi mcm jam aku pulak kan..kan..

lepas je beli jam tu kami terus balik, sebab si Naiim tinggal sengsorang kat umah
lagi pun dah nak masuk magrib. malas nak lengah lengahkan masa.




Note: Sebelum datang beli jam ni, dah jelajah 2 tempat bershopping. hiksss..
yesterday is our day.. so, let enjoy k.






***  I love you without knowing how,why or even from where...
        When I said I love you I  meant  forever...

Lagi Tetamu Kehormat

Lepas je si El balik, Si Nureen pulak datang.
Hubby Nureen tak join sekali sebab Emir tidur katanya
So, dia datang ngan Ellysya je.

Ni le first time Nureen datang umah aku, even umah dia ngan umah aku jaraknya
hanya dalam 1km gitu je. Boleh dikatakan jiran se qariah la..
Baik je si elly main ngan Aleesya tu
cuma Aleesya tu je mcm garang sikit kan.. sikitttt je.. hikss...

 cantik skirt elly hari tu, easa mcm nak je beli satu untuk Aleesya.
seyes cakap elly memang comel.. 
eh..mcm berjanji la pulak, Aleesya ngan Ellysya pakai baju pink..
meh geng ngan aunty, aunty pun minat pink gak..

Lepas tu si gieyana pulak datang..
dapatlah berjumpa ngan Nureen kan...
Masa ni pun Nureen dah nak balik dah pun.. nunggu si hubby datang fetch.
lenkali kalau ada makan makan jgn lupa ajak suami kamu sekali k..
jgn lupa tau..(baru meriah)

 Anak dara gieyana. Sian dia abang Naiim dah tak nak main ngan dia dah
kalau dulu dorang sangat kamcheng kalau bertemu
sekarang ni langkah abang Naiim dah panjang.. 
bahaya jugak kalau ikut dia pergi main baskal sekitar taman ni..

Then Zura datang. hmm..datang sendiri je, si hubby tak nak join katanya
then pas tu suami si Gie ni calling bagai baru la dia datang

miss understanding sikit,.Ingat my hubby kerja siang, upernya kerja malam
so, kaum kaum adam tu rasa mcm segan kot nak datang.ngeee

thanks zura sebab datang, even penat lepas balik kerja ko terjah jugak umah aku ye
cuma aku je belum pernah jejak kaki ke umah hang...
some other time k.

Baby Najla yang sangat sangat behave. diam je dia 
nangis bila lapar susu..
sempat jugak dukung dia.. dah nak neyrap tu... nanti leh je ukur umah yer..


apa la yang di borak tu kan.. sengih sengih kaum adam tu..


untuk semua tetamu dan kengkawan yang hadir, aku sangat sangat appreciated
kerana susah payah korang datang ke teratak hamba yang tak seberapa ni.
Mana yang kurang tu harap la di maafkan..




Note: erk.. B'day Aleeesya jatuh hari buat ketupat. Nak buat umah terbuka sekali ngan b'day ke nanti?
think..think...





*** Did I missing something for coupule of the day?
       Yes I miss you...
       No other word to describe my missing on you..
      


Sunday, January 19, 2014

Ketibaan tetamu Tehormat

Memandangkan rumah aku ni kecik je, so aku panggil tetamu yang hadir tu mengikut peringkat masa.
Awal tu kanak kanak dan sanak saudara, pas tu jenjiran kemudian diikuti oleh kengkawan..
ha...baru boleh muat umah kan..kan..
kalau semua datang serentak..kang tak terlayan la pulak.

Lepas je acara kanak kanak, makanya jenjiran pun datang
tak sempat nak bergambar ngan jenjiran la pulak
cuma ada sekeping dua je.

Ini kawan baik Aleesya, jiran sebelah rumah, pantang Mak si Amjad ni bukak pintu
Aleesya mesti terus masuk main ngan Amjad..
then dorang share baby sitter yang sama..that why le closed kan.. kan..

 haha.. wajah si Amjad. comey kan.. baru je boleh berjalan..

pas tu, Cik Man, Ani, Faizah,Kak Ara, Mas Adia, Zalika yang datang bertandang
tak dapat nak snap photo sebab sibuk menggoreng nugget. mahap sesangat ye.
lain taun kita bergambar K.

Mak yam tak dapat datang sebab menunggu orang datang ambil tempahan kuih kata cucunya.
ha.. itulah sebahagian jenjiran yang datang.

Kemudian..
wakil saudara dari my hubby , my brother in law ngan wife dia Nazuha
dorang tinggal kat Alma je, so datang jugak.

wakil dari familly aku , of cozlah my abang kan.. 
kalau tak mai ni mesti kena gedebush.. dua tiga ketul ngan aku. hahahaha..

dorang datang kejap je, sebab ada urusan masing masing.
Tahnks for gamatkan suasana hari tu..
then for my abang, thanks to be a good listenser.. Luv you much much  mallow okeh!!!


Tetiba received call dari El, tengah mencari umah aku, tersembunyi kat celah mana la kan.
then akhirnya sampai jugak dia kat umah aku.
Thanks yer El, best tau bila kamu datang..

Paling suka tengok gelagat anak anak kamuyang behave tu
then bila si Danish bahasakan dirinya saya, sangat sangat lembut, berbasanya dia..
amazingly aku rasa mcm nak beranak ramai mcm hang la..
sebab, tengok anak anak hang tu, just play among them okey..
sangat sangat behave..

so glance kan , nak wat cam ne umah aku ni kalau time time yang cenggini memang cahaya masuk 
menembusi.. tak pe lah as long as nampak figura kita udah le kan..

teringat bila hang cakap, tengok picture ni nampak mcm duduk kat aprtment mewah..
ameeen.. moga masin mulut hang aku berpindah ke rumah yang lebih mewah..ngeeee
tak tau la bila.. In Sha Allah, kalau ada rezeki
mana tau tetiba bertukar jadi banglo ke kan.. 
who knows..



Note: Adei..ada lagi tetamu yang nak kena update ni. next entry yer.




***  I just pretend to hug you until you get here
       I miss  you and want you to know and you are 
        never more than a moment away from  my thoughts
       and my heart
 


Thursday, January 16, 2014

Bergembiralah..

Aku rasa mcm nak selang seli je citer b'day si Naiim ni.
kang jemu pulak kome menjenguk. asyik itu je..asyik asyik itu je...
ok.ok..lepas entry ni aku selang selikan yer. ngeee..

Naiim dah janji ngan kengkawannya yang dorang akan datang kul 1.00
ha..ok lah, biar bebudak take a sit first kan..
mcm mana dia panggil kengkawannya tu lantaklah..
dia ckp dah panggil dah, tapi batang hidung pun tak nampak
last pergi turut sorang sorang.. hahahaha

Pak Tih ngan Mak Tih pun datang jugak.Thanks yer even pak tih tu sakit lutut
baru lepas accident, datang jugak kome yer.
banyak banyak tenkiu..
Mak Tih bawa hadiah.. tapi dah Aleesya dah sesah semuanya..hahaha..

biar dorang makan puas puas dulu, pastu baru potong kek yer.
ada yang tanya kenapa tak de lilin.
mmm... maaf yer anak anak, aunty memang tak praktikkan nyalaan lilin kat atas kek tu
dan Naiim pun dah biasa dengan itu...
kenapa dan mengapa.. nanti kome besau kome tahulah kan.. hahahaha..

kuat kot dorang nyanyi lagi Happy B'day tu kat Naiim..
malu malu la konon kan..sampai ttup tutup telinga
kerek le kamu Naiim, tak sporting langsung..

ada lagi kengkawan Naiim ni, ada yang tak masuk pun ada tunggu katluar aje..
then dorang datang berperingkat peringkat.. 

Dari perbualan aku ngan bebudak tu, mcm mcm kisah aku dapat
ada yang cakap parent dorang tak pernah sambut B'day tuk dorang pun ada
Ada yang mak nye meninggal masa tsunami pun ada
ada yang sekolah rendah tak sekolah, tapi sekolah Fardu AIn sahaja

hmm.. tak pe la, korang datang ni pun aunty dah happy, sebab memeriahkan majlis Naiim
yang tak seberapa ni.

Naiim sangat sangat malu bila nak feed papa masa tu
maklumlah kengkawannya asyik tengok je gelagat dia..
apalah yang berbisik di hati dorang yer... (aku turut simpati)

Naiim dah besar, so aksi dia bermanja dengan kami kalau boleh nak di sembunyikan..
mestilah kan.. kat luat hero macho... balik umah manja.. apa barang kan..kan..kan..

Naiim pun ada suap aku, dengan penuh rasa malunya. Mana taknya kan
kawan dia tengok dia sampai  cenggitu sekali kan..malu la beb. saya dah besar..

part dia suap Aleesya tak dapat catch up, laju nau Aleesya ngap kek tu dari sudu abang.
hahahaha....


*Pernah jugak terdetik di hati, one day anak lelakiku akan malu bila aku selalu peluk cium dia
di depan kengkawan, terutama tme hantar dia ke sekolah pepagi tu kan..ingatkan lambat lagi masa tu akan tiba, rupanya dah tiba pun...never mine Im understand, that ok..**

Tapi kalau kat umah, mintak di peluk peluk.tak pe lah it between you and mee and Allah watching it!



 hmm.. rasanya perlu kot every year celebrate utk si Naiim ni,
Bukannya apa, bila buat jamuan gini, dapatlah aku tengok sorang sorang..
anak aku ni berkawan dengan sapa, siapa mak bapak dorang..
tinggal kat mana..mcm mana perangai dorang...
beramah mesra ngan dorang semua tu..

so, bila dah tua bongkok 3 nanti, dorang mesti kenal ngan aku..
mesti dorang bertegur sapa ngan aku.. ye la org tua ni sensitip sikit kalau org buat tak peduli je kan..
ngeee...

 


Note: Bila dahbesar nanti, tak de dah majlis majlis yang ghuper ini untuk dia.. dah tak sesuai.
betul tak?



*** Dont live a life full of plans. Sometimes, the best moments happen when unplanned. 
       And  greatest regrets happen on  not reaching what is planned.
       Let our life flows as arranged by Allah..
       wait for miracle on tomorrow...



Wednesday, January 15, 2014

Kami Berkongsi Tiap Tiap Tahun

Ok.. muqadimahnya begini..
Actual B'day Naiim 17/01/2014
Actual Anniversary kami yg ke -11, 19/01/2014
Saja kami awalkan sambutan sebab nak ambik keberkhatan sempena Hari Maulidur Rasul, 14.01.14
memandangkan tarikh cuma selang sehari je kan, so each and every year
kami celebrate bersama sama...

Aku tempah kek yang simple je.. 
terlupa nak bagitau kat adik yang buat kek tu, tak mo kaler pink.
tau la kan si Naiim alergik, tapi.. sib baik sesapa pun tak bangkitkan tentang kaler kek ni..
tak pe la Naiim anggaplah pinky semua tu ibu yang punya...
ibu kan suka pinky pinky ni.. ngee...

hmm kan dah cakap, semua kongsi. majlis kongsi, hari kongsi
kek pun kongsi jugak.
jimat tak? op coz la kan..

hmm.. bday boy pun dapat hadiah jugak..
sejak berbasikal baru ni, pergi sekolah pun dengan basikal..
makin berkilauan la kulit kamu Naiim oi..
sib baik anak lelaki kan..kan..

apa apa pun kita posing dulu kat basikal baru ni..
basikal ni papa beli hari ahad tu..
dorang berdua je yang pergi.. aku tak ikut pun..
kang aku ikut pilih kaler pink la pulak kan..

----------------------------------------------------------------------------------------

Some Note at My 11th Anniversary 


ramai yang cakap, langsung tak de iras muka aku time ni.
betul ke? ntah le..tapi trade mark sengih tu ada kan..hahaha

Tahun ni, kehadiran insan bernama ayah disisi tiada, rasa mcm kosong je kan
Last year sempat jugak aku chit chat ngan ayah tentang b;day Naiim
anniversary kami la.. 
Tahun ni dah tak dapat nak bersembang bagai..
cuma hadiahkan ayah al-fatihah..


hmmm... ingat lagi aku, masa nak kawin dulu.ayah sangat fussy dalam memilih menantu
banyak jugaklah soalan yg ayah tanyakan kat aku
yang p[aling lucu tu, ayah cakap.."Betul ke Rohana ni" nak kawin ngan Wan tu
mcm tak percaya pulak.. hahahaha.. dah jodoh kan.


Then masa akad nikah tu, aku sampai gigil gigil nak jawab bila ayah tanya
" setuju tak ayah kawinkan kamu ngan Rodzuan ni?"
rasa mcm dah jawab ye, tapi ayah cakap dia tak dengar pun
hah..mcm  tersekat sekat je anak tekak ni..
ayah cakap" cakap kuat ayah nak dengar!"
hmm.. itulah kan, manisnya bila ada ayah di sisi...


Note: Even tanpa ayah di sisi, tapi ayah tetap dalam ingatan.
Al fatihah , buat ayah.



***  We are actually have a chance..
        Remember your promised?
        I'm still waiting for you to say out..
        even i need to wait till end of the day
        Yes..I'm still waiting...
       

       
         
       









Thursday, January 9, 2014

Funny Request at Masjid Kampung Raja

well as you all know, my Naiim always did all funny thing in his life
which sometime I felt like blur and sometime like wanna wallop him..
but.. still under control ok..

 Masa ni dah nak gerak balik, so hubby singgah solat Asar kat Masjid Kampung Raja.
Aku tunggu anak anak kejap dalam kereta 
sambil tu menikmati keindahan panorama la kan..

  sekarang part Naiim nak main klik klik..
layan je lah kan..hehehehe..
pas snap dalam kereta dia mintak aku bergambar kat luar pulak. 
ok still layan karenah dia.. 

bila bergambar kat sini..Naiim request satu benda yang memang tak boleh blah...
korang tengok.. sebab tempat ni tinggi so boleh nampak la kam bumbung bumbung kebun sayur tu

Sekali Naiim cakap. Ok mcm ni dah..mcm tu pun dah..
sekarang boleh tak ibu lompat, Nak ambik gambar lompat pulak
mesti nanti nampak mcm ibu terbang kat atas bumbung tu.

Haih.. Ko ni Naiim agak agak la, bila request
Ni kan perkarangan Masjid.. jgn main bedal ikut mood kamu je..
Kang tercabut sarban tok imam bila tengok ibu terkinja kinja melompat
tak ke haru biru kan..kan..kan..
alaihai my anak teruna...kamu buat ibu sering  aje ingat keletah kamu even tengah bekerja ni pun.

Masa balik tu hubby singgah kejap kat pondok pondok orang asli berjualan ni
hubby nak beli petai fresh kat sini. ye..memang fresh pun.. kami beli petai padi..

korang tengok lelaki yang duduk berbaju putih tu, aku kesian la dekat dia
tak tahu lah dia mental ke atau memang sedang bersedih ngan nasib diri
sambil dok speaking speaking to my hubby
dia cakap..

"saya dulu supt. polis officer ke hape ntah, duit banyak, hantar anak belajar oversea
last dorang stay kat oversea tak balik tengok dia dah" sian kan..
even dia bukan org islam sekalipun, mak bapak mana yang tak sedih bila anak anak tak pedulikan.

Badan Aleesya dah mcm suam suam dah. I guest dia akan demam. So nanti bila sampai Ipoh
aku nak bawa dia ke klinik. 
Mungkin dia terkejut masa Accident tu kot.
But amazing..sampai je kat Ipoh suhu badan dia dah ok. 
Alhamdulillah...



Note: Moga di murahkan rezeki, dan berpeluang habiskan masa bersama sama di masa mendatang.amin..




*** You will never ever leave my mind
        even when I have a million thing to worried about..
       and I will always say.."I'm Okey!"

Tuesday, January 7, 2014

Steamboat at Hotel Titiwangsa

Lama jugak my SIL tinggal sebumbung ngan aku masa dia kerja kat Penang tu
Kami memang sekepala.. meriah majlis klau dia ada..
So, sangat sangat gumbira dia boleh menjoinkan diri malam tu
bersama tunangnya pulak tu..

Aku dah call Hotel Titiwangsa ni untuk book Steamboat for Dinner
tapi dorang cakap tak yah booking just walk in je..
ha..ok lah kan.. tercapai jugak keinginan si Naiim nak bersteamboat kat Ch ni yer.
sebab ni kot kami pilih untuk datang lagi ke CH kali ni. 

kami order 4 dewasa dan satu kanak kanak. untuk Aleesya free je.
segala seafood, ayam daging semua dorang akan sediakan mengikut berapa org yang nak makan
thyen untuk sayur sayuran pun ada jugak dorang bagi.
Tapi kalau nak extra sayur, boleh aja ambik sebanyak mana yang korang larat makan kat meja hujung sana
( sori, gambar sayur bertalam talam tu aku tak snap)

Ok..perasmian oleh tuan empunya blog la kan..
itu harus tau, masukkan ayam tu sambil sengih sengih..( perasa bagi lebih sedap) ngeee

sementara kita menunggu sup tu mendidih semua, kita gediks kejap ye Aleesya
hubby, please take your part.. main masak masak kejap kat sini
jap agi.. kita makan sama sama yer.

My hubby ni kejap duduk kat sini kejap duduk kat sebelah sana
ye la kan, anak sulung kena layan, anak kecik kena layan..
then paling important si isteri la..
nak manja manja itu ini..
redha.. je la kan..

 Ha..si darah manis ni.. thanks Anas sebab sudi datang.

mmm..actually malam tu jgn kecik hati yer, bukan kak T tak nak korang belanja 
tapi..this is my day, lagipun K.T yang ajak korang kan..
mcm tak manis pulak bila korang nak belanja..

lenkali lah belanja kak T. 
belanja K.T kat restoren the best kat Ipoh K...
jangan merajuk tau... 

see.. my hubby are sitting beside Aleesya pulak.
mmm...cara awak yang selalu caring ni buat saya rasa sangat sangat bertuah tau
ada awak, ada anak anak di samping, I have no complaint at all.
thanks God.

Even ramai yg cakap you always look serious, but for me you are not
awak simpan senyum awak, ketawa awak, humor awak untuk saya je kan..
that make you are so special for me...

 ok..part jiwang kena selit selit je, tak boleh merepek banyak sangat.
lepas habis makan tu si Naiim nampak patung ni
eee... dia main korek korek hidung la pulak.

gambar aku korek telinga patung ni terdelete. sob..sob..

ko tak boleh wat giler giler mcm K,T k, ko tu datang ngan tunang
behave sikit... lepas lepas ni baru boleh gila gila semula yer..

hok aloh.. si kecik ni pun nak join bergambo kat pak kartun ni
layan je lah..

Sebelum gerak balik, kami cari port untuk lepak kejap.

hahaha... sebab nak melantak durian.
see..dengan garfu pun garfu la Anas, janji K. T boleh makan durian.
thanks for the durians, malam tu... 

sedapnya melantak durian memalam.

Anas ada ajak kami ke dusunnya esok tu
sebab dah terjadi accident, so timing dah lari..

tak de rezeki, lenkali ye Anas.


Note: Nak booking tak nak booking nak booking tak nak booking..
haish.. tengoklah mcm mana..


*** Love comes to those who still hope
       still beleive and still love
       even though the've been hurt before..
       and each time I saw you, I fall in love 
       with you again and again...