Showing posts with label Aku... Show all posts
Showing posts with label Aku... Show all posts

Monday, October 29, 2012

Cuti Lagi..

Hari ni aku masih cuti
hahahaha... saja ambik cuti lebih walaupun hubby dah start kerja
NAK DATANG UMAH? Jemput lah..


kepada yang bekerja selamat berkhidmat dengan penuh dedikasi yer.


Note: best jugak lepak kat umahni yer.
tak boleh zzzz...sebab ada misi yg harusdi selesaikan...



Sunday, September 9, 2012

Aku istermu Kaulah Suamiku...

Jenjalan kat Uptown, then ternampak la baju keluaran Sara kids.
memang aku minat betul dengan  dress kat Sara kid ni.
mcm sesuai la kalau beli kat Aleesya
Memandang sekarang ni trend polka dot
jadi nak ada la sehelai dua koleksi Aleesya.

     
apa lagi tunjuk la kat husband
kot kot le aku beli dia yang bayarkan. hahahaha

"ish.. baju polka dot yang ibu minat
pilih yang lain je la.
Tau tak? Polka dot ni Baju tuk Badut je pakai"

Nak pengsan aku dengar. ada ka dia boleh kata baju tuk badut!
cantik pe baju dot dot tu...

 
ha,,, nampak tu, si badut pakai polka dot.
sob.. sob... nak nangis aku.
sib baik raya that day tak beli kain polka dot wat baju kurung

hati ni memang nak ada koleksi polka dot. tapi dah husband tak suka
jgn la dok cari pasal.
Pakai yg suami suka dan bukan yang orang suka tengok
ini tuntutan tau.



Ini pandangan suamiku saja.. dah dia tak suka ngan polka dot
sebagai isteri kenala taat.


Masa raya that day ramai jugak aku tengok yg buat baju kain polka dot ni.
Bila aku ckp, cantik kan baju dia tu baju dia ni yang berpolka dot
husband buat buat tak dengar je...
hiksss....

Note:- Akulah isterimu.. kaulah suamiku...
tak nak gaduh gaduh okeyyyyyyy

Wednesday, August 29, 2012

Nostalgianya Ketupat Mak

ingat lagi aku masa kecik kecik dulu
bila time nak buat ketupat, abang abanglah yang kena kerah
panjat pokok kelapa untuk ambil pucuk kelapa

masakan wajib mak di hari raya
ketupat nasi/ketupat jawi
aku panggil ketupat jawi. ntah le kenapa, dah org panggil aku panggil la.
dah lama mak tak buat. sejak aku kawin mak tak pernah buat

tapi... di usia perkahwinanku yang menginjak 9 thn ni. Mak buat ketupat jawi untuk kam sekeluarga
terungkap kembali nostalgia kami kecik kecik dulu

bila berkumpul ngan abang abang raya that day
dok pakat citer ttg karenah abang abang ambik pucuk kelapa
kena leter ngan mak la, kena sebat la
time cari kayu api, lagi la semua lesap
ada yang  berkecai puasa la. ada yang suruh hang suruh aku
mcm mcm...

sambil makan ketupat ni, sambil la dok ketawa ria
masa ni la, isteri isteri abang abang aku  tau pangai dorang masa kecikkecik dulu.
ada sama mcm pangai anak anak dorang tak? ngeeee

betul aku cakap. walaupun mak aku ni otai dalam masak ketupat ni
sampai ke hari ni, jari jemariku memang tak tau nak anyam.
sejak kecil mak dok ajar, satu biji pun aku tak berjaya siapkan.


aku suka makan dengan kuah satay.
Tapi.. ada lagi satu kuah yang memang aku sorang je yang suka dalam family

Mak tak sempat masakkan untukku. sob..sob.. 
kalau masak pun aku sorang je yang makan, kata mak

mak ingat nak buat la masa raya kedua tu untukku
dah aku pulak sibuk beraya ke sana sini.

nantilah kalau raya qurban nanti mak buat akan aku buat entrynya yer.


Thanks mak sebab masak ketupat ni. Kami anak beranak rasa happy sangat
Ketupat yang penuh dengan nostalgia.

Wednesday, November 30, 2011

INTERLOK

Sejak Novel Interlok sedang hangat di perkatakan di media

terdetik juga di hati

nak tahu, kenapa la org marah sangat tentang isi kandungan buku ni


Asyik bertagak je tak sempat nak pergi beli

Nak ke Library pun tak sempat jugak


Then, masa aku pergi umah my BIL, aku ternampak buku ni kat rak buku dia

apa lagi mintak pinjam le

So, balik rumah aku baca sikit sikit. sampai hari ni pun tak habis lagi


Bagi aku tak de cacat celanya karya ni.

penggunaan bahasa yang cukup indah

di tambah pula dengan penggunaan bahasa melayu lama

yang memang jarang jarang di dengar oleh generasi muda


Cth: matahari "ayun temayun" ( aku faham la, sebab ni bahasa nenek aku dodulu)

kalau korang baca pun best. interesting.


cerita ttg cara hidup org kita, kepercayaan org kita ttg dukun dukun.
percintaan & kasih sayang.

walaupun belum habis lagi aku baca tapi part ni memang best
Bila "seman disorokkan oleh bapanya sebab tak nak seman ke sekolah"
Zaman mak aku dodulu memang berlaku perkara ni




Note: Karya ni memang best. bila baca rasa mcm aku sedang memerhatikan kehidupan org org pada zaman dodulu.




Tuesday, July 27, 2010

Aku di Uji Lagi..

tatkala direnung kembali... kegembiraan adalah anugerah tuhan.. kedukaan pun anugerah tuhan jua.begitu jua dengan kehidupan. Bila kita hidup, hanya sekelip mata jua ajal dijemput. semua itu adalah anugerah Allah...
kerana dialah yang maha mengetahui segalanya...

Tanggal 17/07/2010 aku di uji lagi.. Jam l/kurang 3pagi.. perut ku memulas mulas. Nak duduk tak boleh nak berdiri berjalan pun serba tak kena. Hubby tiada di sisi kerana kerja shift malam. Sakit yang teramat sangat, sehingga aku mencapai tasbih dan beristighfar di hening malam..

Jam 4:30 pagi.. aku ke bilik air dan... aku keguguran lagi. Sekali lagi aku diuji. Tatkala darah bercucuran..aku berjalan masuk menuju ke bilik Sister in law. darah memenuhi ruang dapur rumahku. Aku mengalami pendarahan yang banyak kali ini berbanding keguguran pertama dulu...

Aku terpaksa cuci rahim. Semasa di wad. Amirul datang Melawat. Ayat pertama yang di lafazkan " Ibu jgn sedih... adik tunggu kita di syurga...". Terharunya aku mendengar.


Jauh disudut hatiku masih lagio terkilan kerana tak dapat penuhi impian Amirul yang nakkan seorang adik.


"Aku terkilan bila ada suara suara sumbang yang mengatakan bahawa aku keguguran kerana terlalu cepat aku mengandung semula setelah keguguran pertama dahulu" seolah olah aku yang bersalah...aku yang berdosa. aku lah punca semuanya ini..


Adakah aku yg tentukan bila harus mengandung?
Bila harus gugur?
Adakah ini semua pintaku?

Jika mereka seorang ibu... tentu faham nikmatnya menjadi seorang ibu. Bukankah menambahkan zuriat ibarat menambahkan umat islam di muka bumi ini?