Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Konsert Shah Rukh Khan di Malaysia 11 Oktober ini

Ada sesapa  peminat tegar Datuk SRK?
Aku minat jugak dia ni tapi tak smapai tahap tegar le. ngee..

Konsert Shah Rukh Khan di Malaysia 11 Oktober ini
Pengumuman
 Datuk Shah Rukh Khan bakal menghiburkan peminat di pentas Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Oktober depan menerusi konsertnya "Temptations Reloaded

Tiket akan mula dijual pada minggu hadapan di The Gardens, Mid Valley atau mana –mana kaunter kedai Rock Corner dengan harga bermula RM99 hingga RM1,999. 

Selain itu, anda boleh melayari www.vip.my untuk mendapatkan tiket secara online dan maklumat lanjut mengenai konsert ini.


korang sanggup ke nak pergi tengok Konsert SRK ni.
buat apa nak beli tiket RM99 kalau sekadar dapat menonton dari jauh
alang alang nak tengok, belilah tiket yang harganya  RM 1,999.
Wow.. U mag ai.. mahal pulak kurasa tiket tuk menonton Konsert dia.

Hanya mampu tengok VCD SRK je la. sob..sob...sob.



 


Note: Lucu pulak si Hairie dan Sonny Wizard tu.

Monday, May 13, 2013

Sharifah Sakinah " Bra, Spender & Pondan "

Aku sesaja la nak on youtube kat my tablet.
tapi biasa la kan, akn kuor iklan tah hape hape tu.
tetiba tengok la face Sharifah Sakinah.
Nak le tengok sebab sekarang kan ada drama yang bertajuk
"Bunga Merah Punya " tu...

pas tu kan...aku mcm kena electric shock!
belek punya belek, memang muka sharifah sakinah
tapi.. nape dalam video tu dia jenguk jenguk "Bra" dan seluar dalam dia?
then mentiuon pulak tu kaler merah.. hohohoho..


korang klik le kat video tu. korang pun mungkin terkejut.
apa sebenarnya yang telah terjadi. adakah dia tengah terlebih dos..dos.. aku pun tak tau la
kalau aku le dalam keadaan normal pun
aku tak buat menda menda gini.


then hari ni, aku on youtube lagi. keluar lagi muka Sharifah shakinah ni
tetiba ngan tajuk " Saya Sebenarnya Pondan"
aku pun on le nak tengok pakebenda tu..

Rasa mcm, tak patutla kan, kalau sebagai seorang artis wat pangai gitu
walaupun dia letak kartun je kat celah kangkang dia tu
memang tak sesuai. mcm mahu menjatuhkan air muka sendiri..

Apa dia dapat dengan buat video video begini?
bila orang kutuk. kutuk kutuk.. ko jatuh terduduk.


Nak cakap dia tengah berlakon, rasanya tak kot, 
kalau betul la dia tengah erlakon. Pengarah mana la yang direct tu. hahahahaha..


***Nasihat aku kat si Sakinah ni.. kamu ada rupa, ada bakat, kembangkan bakat lakonan kamu
tu sebagai kerjaya yang cemerlang.. jgn buat benda benda yang tak ber paedah ni***

Saturday, May 11, 2013

Selebriti tempatan yang mempunyai pendidikan tinggi

Mari kita lihat selebriti tempatan yang mempunyai pendidikan tinggi.

Najwa Muhyiddin
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini merupakan siswazah jurusan Kejuruteraan Elektronik dari Melbourne, Australia. Namun pelantun suara lagu "Got to Go" ini memilih untuk menyambung pengajian di Kolej Muzik Berklee, Massachusetts, Amerika Syarikat demi mengejar cita-cita menjadi penghibur terbaik.
 
 
Lisa Surihani
Pelakon "Istanbul, Aku Datang" ini bukan semata-mata aktres berwajah kacukan yang menggunakan kecantikannya meraih kerjaya dalam bidang peragaan dan lakonan. Lisa memiliki Ijazah Undang-Undang dari Kolej Universiti Help dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

 
Yuna
Dia mungkin antara penyanyi/penggubah lagu yang paling terkenal di Malaysia dan mampu menempa nama di persada antarabangsa. Namun tidak klise seperti 'pemuzik jalanan', Yuna memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM).
Daphne Iking
Personaliti TV terkenal, Daphne Iking, atau kini mesra dengan nama Dahlia merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio) dan pada tahun 2004, memperolehi Ijazah Sarjana dalam Komunikasi. Kedua-dua pencapaian akademik tersebut diperoleh dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.
 
 
Ahmad Idham
Pada tahun 2011, pengarah terkenal Ahmad Idham dikhabarkan telah mendaftar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengambil kursus Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang industri. Pengarah "Remp-It" yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan dari UiTM Shah Alam ini akan menghasilkan tesis PhD berasaskan bidang perfileman tempatan – cabaran, permasalahan dan cara mengatasi halangan terbabit.
 
 

Sudirman Hj Arshad
Allahyarham Sudirman Arshad merupakan antara artis tempatan yang dikenali kerana memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja dia menolak biasiswa untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan, Sudirman juga mempunyai Ijazah dalam bidang Undang-undang dari Universiti Malaya dan pernah menjadi peguam.
 
Datuk Aznil Hj Nawawi
Personaliti TV, pelakon dan penyanyi ini juga merupakan alumnus Universiti Malaya yang memiliki Ijazah Sarjana Ekonomi. Namun begitu, personalitinya yang ceria dan minat mendalam dalam media membolehkan Aznil mengubah haluannya dan menempa nama dalam bidang penyiaran.
 
 
Fazley Yaakob
Tidak kisahlah jika suatu masa dulu ijazah kedoktorannya dikatakan palsu, Fazley masih memiliki Ijazah dalam bidang Pentadbiran dan Perdagangan dari Victoria University of Wellington, New Zealand.
 

Jason Lo
Bintang muzik Irish-Cina kelahiran Kuching, Sarawak ini merupakan seorang graduan dalam bidang Perakaunan di University of Hull selain Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan di Webster Graduate School in London.
 
 
Kaer Azami
Selepas bekas peserta "Akademi Fantasi Musim 2" ini menyambung pengajiannya di Jakarta, Indonesia selama empat tahun dalam bidang Perniagaan, penyanyi bersuara R&B ini merancang untuk sambung pengajiannya untuk peringkat master di London pula.
 
 
Aishah
Penyanyi terkenal 90-an, Wan Aishah Wan Ariffin atau mesra dengan nama Aishah ini pernah terbang ke New Zealand untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Politik di Universiti Auckland. Walau bagaimanapun atas beberapa faktor, dia akhirnya memperoleh ijazah dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.
 
 
Azhar Sulaiman
Pelakon "Keluarga Iskandar" ini memiliki diploma Senibina dari UiTM Shah Alam pada tahun 1994, Ijazah Sarjana dalam bidang Senibina dari University of Newcastle Upon Tyne di United Kingdom pada tahun 1997, Ijazah Senibina/Pengajian Lanjutan dari University of Kingston Upon Thames, London pada tahun 1999 dan Professional Practice dalam bidang Senibina University of Westminster, London pada tahun 2001.

Thursday, April 18, 2013

Tutup sekolah gara-gara konsert Justin Bieber

Antara hidup untuk berhibur dan berhibur untuk hidup
yang mana satu betul?
hehehehe... saja la wat soalan cepu gangsa kat korang.
betul pun tak de adiah.. ngeeee
Kalau kat Malaysia ni Si Justin  Bieber tu di minati, Kat Norway lagi dasyattttt..
gara gara si Justin Bieber ni nak wat Konsert  kat sana,
 Lima buah sekolah di arahkan mengubah semula jadual peperiksaan semata-mata untuk membolehkan pelajar-pelajar sekolah itu dapat menghadiri konsert Justin Bieber yang akan diadakan di Bandar Oslo.

Rasanya la kan, tentu Kementerian Pelajaran dah tau la kot, kalau tak ubah tarikh peperksaan tu, kompom murid muridnya tak datang ambil peperiksaan.
"Konsert bintang sensasi tersebut dijadualkan di Arena Telenor, Norway pada 16 dan 17 April ini telah mencetuskan kebimbangan dikalangan pelajar-pelajar kerana tarikh tersebut sama dengan tarikh peperiksaan penggal pertengahan mereka"


Wah ni betul betul support hiburan. Sanggup ubah jadual Periksa daripada Ubah Jadual Konsert. kikikikik
"Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan Norway telah mengesahkan lima buah sekolah di barat laut Oslo, dibenarkan mengubah semula tarikh peperiksaan bagi membolehkan pelajar-pelajar pergi ke konsert Bieber"





Saturday, April 13, 2013

Banglo Mawi ada Makhluk Halus/Bunian

Mungkin ada yang tidak kena apabila rumah kita berkali kali di masuki pencuri
ada la mula nak kaitkan dengan tahyul, kekonon rumah tu ada makhluk halus le
ada bunian le..mcm mcm lagi.
 
Kali ni, Banglo Milik penyanyi MAWI di pecah masuk lagi
yang lawaknya tu, rumahnya di pecah masuk sekitar Jam 2.30 petang
Pada masa kejadian beliau tiada di rumah kerana berada di Sarawak
Manakala Eikin pulak keluar kerana ada urusan perniagaan

Yang ada di rumah cuma ibu mertuanya, adik iparntya  dan anaknya, Cahaya Malaika.
tapi dorang tidak di apa apakan.

Pencuri tu pulak adalah warga Indonesia dan juga seorang buruh binaan yang bekerja
di rumah Jirannya yang di baik pulih.

“Nak cakap dia tipu pun saya tak pasti sebab dia lakukan hal itu (rompakan) pada siang hari. Rasanya kalau nak merompak orang akan pilih waktu sunyi atau malam hari. Tapi saya tak pasti, namun apa yang penting keluarga saya selamat,” ujar Mawi.

Yang bestnya tu , Buruh Indonesia tu cakap dia merompak masuk Mawi kerana di panggil oleh Makhluk halus ataupun Bunian. Sebab tu la dia pecah masuk rumah Mawi ni.
Dah orang panggil dia pun datang le.

Eh.. ini alasan perompak bila tertangkap ke?
macam tak logik kan..
Tapi pelik pulak sebab dia merompak di siang hari. 

Bagaimanapun, penyelia warga Indonesia itu snaggup membayar gantirugi.