Wednesday, September 22, 2010

peristiwa baju suamiku...

Dalam kesibukan aku kat umah MIL di hari raya sebab dia sakit. tak sempat juga utk ku pulang beraya kat kampung aku petang raya tu walaupun jaraknya dalam 30 minit perjalanan. Ku cuba cari kesempatan juga utk pulang ke rumahku di Kuala Nerang.

itu pun pada hari raya ke tiga baru ku boleh balik kuala nerang. On the way nak balik tu aku singgah ke rumah indah gieyana. Walaupun dia tak menatap kat umah baru dia ni. tapi dia dah decorate cantik....

Biasalah kalau berjumpa, mesti ada gambar kenangan. Walaupun aku tersengih sampai ke teliga. hubby still cam gitu la. mahal dengan senyuman. serious jer bila bergambar. Terima kasih gieyana sebab bagi aku curi gambar ni dari FB dia. kikikikik..

Apa yg lebih melucukan di N3 ku ini ialah ku telah menjahanamkan baju suamiku. Korangtengokla masa pergi neraya umah gieyana baju yg di pakai berwarna putih melepak.



Then, bila dah balik kampung, basuh baju bercampur ngan baju baju yg lain. dah jadi kaler cream la pulak. Macam mana aku leh tak perasan yang baju putih hubby pun termasuk dalam mesin basuh tu. bila dah nak sidai.. toing toing daj bertukar kaler...
Mau tak mau aku kena la beli baju putih gantikan. aku dah janji nak gantikan untuk dia. Maaf yer bang sebab telah menjahanamkan baju kesayangan abang tu..
p/s. Nasib baik kaler dia sekata jer. buat nya bertampung tampung terus tak leh nak pakai.hiks..

Monday, September 20, 2010

N cafe..

15/09/2010 aku rushing dari umah mak aku ke Bertam. sebab my SIL call suh datang tengok mak aku sambil nak discuss utk antar MIL ke lumut. Sampai kat sana bincang semua tka jadi la pulak nak antar MIL pi lumut. Dalam kesibukan tu, kami terlupa pulak kat FIL .

Jam kul 4:00 ptg, tetiba FIL cakap dia nak makan. Siannya aku dengar, dia belum lunch lagi. Ya Allah.. kalau la aku kat umah in law tentu aku masak. tapi nak wat na, tukang masak dah sakit kan.. aku plak kat umah mak aku.



Then, aku cakap hubby, suh drive pi cari tempat makan. biar FIL makan sempurna sikit. tul tak. tak kan nak tapau plak.. ronda punya ronda akhirnya kami jumpa "Ncafe ni" persekitarannya bersih.. ala... ala old town gitu. yang bestnya display dia tu cam kat restoren Hotel dan yang pastinya hakmilik bumiputera islam...


Menu dia pun di display cantik..

Tengok lah kerusi dia.. cam kat Old town kan. makanannya pun tak mahal. nasi ayam RM4.00 jer. ok la tu kan..sama rega cam makan kat kedai tepi jalan jer. ha.. ha... aku tak der gambar. handbag aku jer penggantu diri parking kat situ...


Aku & hubby makan nasi padprik. RM 4.50.


ho.. ho.. Amirul makan nsi goreng cina. Dia pun tengah lapar cam tok wan gak. tengah dia belasah makanan tu terpacul dari mulut dia yang buat kitorang gelak..
"nasi goreng cina ada.. nasi goreng hindu ada tak?" kahhhhhhhhhhhh



Ni pulak menu FIL nasi ayam.



p/s. Aku rasa bumiputera islam sekarang ni haruslah mencontohi konsep Ncafe ni. sebab persekitaran yang bersih dan harga menu yang murah.






Hari raya Kedua..

Raya ku tahun ni tak seindah tahun tahun sebelum ni. Ekoran kesihatan MIL yang tak berapa mengizinkan untuk kami semua bersuka ria...

MIL mengidap kencing manis yang kronik. Ibu jari kakinya dah kehitaman. Risaunya aku tengok. Yer la kalau antar ke spital, silap haribulan kena potong kaki ler..

Pagi raya pertama tu pulak, SIL aku kena asma. So.. aku sengsorang ler tok tek tok tek kat dapur tu. Dalam keadaan asma tu pun SIL gagahkan juga untuk bantu aku. sian ku tengok dia. Nasib baik ler lepas sembahyang raya tu. my BIL tolong hidangkan makanan kat ruang tamu..

MIL terbaring jer kat atas katil.. kesibukanku melayan tetamu semakin kemuncak, bila menjelang tengah hari. Hubby pun ambik port sama tolong aku kat dapur. tolong basuh pinggan pun aku dah rasa syukur sangat...


Menjelang malam tu, kami anak menantu berbincang untuk bawa MIL pergi berubat. kami tak ke Spital tapi ke suatu tempat kat Bertam. Dengar kata kat situ pakar dalam kencing manis.

setelah ujian darah di ambik. kencing manis MIL meningkat sehingga 33. Mak aii.. tingginya.
sekarang dah 10 hari dia kat sana.. kencing manis pun dah turun ke angka belasan..


nota:- Kalau MIL sihat, mungkin rayam lebih meriah. Ku doakan dia cepat sembuh agar kemeriahan keluarga kembali semula..

Ladang Anggur Tasik Beris

sudah lama blogku ini sepi... memang malas untuk up date telah menjengah dalam hidupku.
tambah pulak komputerku pu;lak sakit.. lagi lah malas.

k.. k.. nak citer ttg lawatan ku ke "Ladang Anggur" . Aku mula meroyan nak ke sini bila tengok blog si gieyana tu la. Setelah mendapat gambaran cam no nak pergi, aku plan la ngan en.husband. Kesempatan cuti raya yg panjang aku gunakan..
ho.. ho.. ho.. dah sampai aku kat sini...

Ladang terletak betul betul bersebelahan dengan Tasik Beris. Pemandangannya memang menyejukkan mata...

he.. he... hubby snap gambo aku kat entrance.. Amirul plak tak ready. lantak ko ler. janji Ibu dah ready hiksss..


Aku ajak gak SIL untuk join.. memandangkan dia beraya kat umah mak aku.

Hubby plak dok sibuk rakam suasana di sekitar ladang ni. Cam teruja lak aku tengok ladang ni. maklumla selalunya ku bedal jer buah anggur. sekrang ni leh tengok ngan bijik mata sendiri buah anggur yg berjuntai kat pokok...

Buah anggur kat sini fresh & manis. sempat gak aku tanya pekerja dia.. Naper anggur ni manis bebenor? Dia cakap dorang letak baja manis.. wooo baru ku tahu baja nak maniskan buah pun ado.. hiks.. ketinggalan sungguh aku ni..




peace... we are the blue...



Mak & ayah pun ku ajak sekali. yer la kan.. dorang pun tak pernah tengok pokok anggur. mcm aku jugak. kenalah bagi dorang datang sini, sentuh & rasa. Tak yah nak gi luor negeri nak tengok buah anggur ni..
nota:- org raya makan kuih, lemang, ketupat bagainya. aku raya makan anggur!!!

Monday, August 23, 2010

Berbuka Bersama sama

Memandangkan cuti aku & hubby asyik tak sama jer sepanjang bulan puasa ni. Then kebetulan my sister in law dari Ipoh telah datang umah. Aku plan untuk bershopping di siang hari then berbuka di laur aje lah..

On the way nak pi shopping, Brother in law pulak call cakap nak datang umah. then aku suh kami jopin sekali ler untuk berbuka..

So kami plan nak makan kat TOM YAM UDANG!!!


Kat sini setiap hidangan dikira SET dan boleh Add On. kalau tak nak makan set order yang biasa pun boleh jugak. Oleh kerana kami semua 7 orang so, aku order set jer senang citer.


Ikan siakap stim tu memang sedap. masam masam sikit. Oleh kerana dia letak bawang putih, hubby mcm tak suker la pulak. daging masak merah, ayam goreng gajus, kerabu mempelam, sup cendawan dan sotong goreng tepung..




Ini adalah sup cendawan kegemaran hubby. Tapi amirul sebut cendawan tu " cena wan ) sebutannya dah hilangkan huruf d. Sound funny...



My brother inlaw and my biras. sian dorang weekend jer leh berjumpa. PJJ la katakan.

My sister in law yang sentiasa menghiburkan dan membuatkan aku tak kering gusi. ngeh ngeh ngeh...

dalam banyak banyak ni.. wajah Amirul yang paling cute. pandai pulak dia wat wajah noughty tu.


Setelah perut kenyang aku bertenggek kat hubby. serous memanjang hubby ni.


Amirul cam biasa ler. panjat sana panjat sini. hai.. bilalah dia nak pandai duduk diam.

Friday, August 13, 2010

rezeki kami sekeluarga..

Setiap hamba yang lahir ke dunia, dah ditentukan rezekinya. bak kata pepatah lagi ramai anak lagi murah ler rezekinya..
Begitu jugalah diriku ini..

Plan nak masak tomyam, so aku ada keluar gi tesco msa lunch time tu. Oleh kerana aku ada cakap nak masak Tom yam. So.. bos aku cakap udang jgn beli sebab dia nak beli petang nanti..

Bertambah pulak rezeki kelmarin sebab rakan sekerjaku kebetulan belikan ketam dan udang juga. Wahhhhh bertambah tambahlah stock udangku..


Ni ler ketam tue.. ada telur lagi.. nyum nyum.. leh simpan untuk besok jugak.


Lepas aku wat Tom yam still ada banyak lagi. tak nak ler letak banyak banyak. bukannya boleh habis pun. kalau tak cukup.. panaskan tom yam then tambahkan udang atau ketam jer...


hohoho... ni ler tomyam ku. Aku letak mushroom banyak banyak. sebab Amirul dan husband memang gemar makan mushroom...

Ha.. ha.. udang besau.. aku tak minat sangat. tapi aku cuma suka stok dia jer. So tugas Amirul ngan papa dia jer la yang habiskan...

Inilah sayur yang aku masukkan bila time nak berbuka. tak nak masukkan awal awal sebab sayur akan jadi empuk sangat so tak sedap ler. oleh kerana ku tak boleh makan kobis ( angin) so aku tak letak ler bunga kobis.. kikikik.





Masa balik kerja ku buka peti ais..mmmm ada karamel plak. my SIL yang buat. Dia kerja petang so, dia buatkan dan tinggalkan sedikit utk kami berbuka.. Aku memang suka karamel ni. kalau bulan puasa makan hari hari pun tak per..
p/s. ku bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpa kurnianya ku memperolehi rezeki walaupun dari tangan yang bukan beragama islam... semoga Allah membuka pintu hati mereka untuk beriman kepadanya.. amin...






Wednesday, August 4, 2010

Proses Penjimatanku

Memandangkan Amirul dah pun mencecah 5tahun. makanya ku rasa perlu untuk ku berjimat. Di siang hari Amirul dah tak pakai Pampers la. Masalahnya di malam hari..
Daripada ku habiskan wang untuk membeli pampers setiap bulan. Maka ku bertukar ke pada penggunaan Napkin yang flexible ini..





Selain dapat menjimatkan wang. Dapat juga ku membantu alam ini daripada timbunan sampah pampers yang susah untuk dilupuskan.. Check dalam interner reganya memang mahai. tak mampu la pulak. So ku gagahi menjelajahi setiap butik butik bayi..



Alhamdulillah.. aku dapat dengan harga yang murah..Cuma RM50 ringgit jer untuk 2 helai. Apa lagi kurembat 4 helai la..Dengan pelapik yang mesra punggung. Tambahan pula insert kat dalam tu leh pulak menampung jumlah air kencing Amirul tu.. Dengan saiz yang boleh di laras.. sungguh flexible...
Selalu pakai pampers malam malam pun masalah jugak kan. bila pulak ku nak ajar dia tidur tanpa pampers. Beberapa bulan selepas penggunaan napkin, aku dapat satu idea..
Ku beli pulak Air bed ini untuk melatih amirul dari kencing malam. Memandangkan dia plastik & tidak menyerap air. Aku lapikkan dengan kain cadar yang agak tebal. Jika Amirul terkencing pun. Air kencing tu akan menyerap kat kain jer la..
Minggu pertama memang Amirul kencing malam. minggu berikutnya, dia dah pandai kejutkan aku bila nak kencing. So sekarang aku memang tak beli pampers dah untuk amirul. Jimat duit aku.. Amirul pun kekadang jer kencing tilam. Tapi ok la.. sebab tilam ni tilam plastik. So, cuma basuh jer cadar.. berbaloi kan..
Napkin tu ku simpan untuk adik Amirul pulak. Itupun kalau ada rezeki..
Nota:- sesapa yang nak ngajor anak untuk tak kencing malam. leh ler cuba cara ni.