Monday, October 11, 2010

Tiada Sebarang Agenda....

Sebelum aku mengomel panjang, ku ingin memohon keizinan kepada pemilik pemilik asal gambar kat bawah ni utk di siarkan di blogku di mana kebanyakkannya aku ambik dari
http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=499556&extra=page%3D1 . Ni lah XTVT aku ujung minggu ni. NONTON TV!!!!!!

Tahniah buat Erra sebab aleesya menang. RM30k tu wow!!!

Yang lain tu gigit jari ar..

Ni ha.. anak Erra. Tapi aku nak gak komen kat sini. bukannya aku tak sokong atas kemenangan Aleesya tu. tapi aku rasa ada baby lain yang cute dari aleesya. wah statement jahat. Tapi dah dia menang nak wat cam ner kan.. kan...


Ni lak baby Enot. Cute.. biasalah budak budak semuanya cute. tul tak?



Baby abby. masa aku tengok kat TV tu mcm terselindung sikit muka anak dia.


hohoho... tengok si baby sabrina ni, memang aku kasi credit la kepada org yg snap photo ni. memang baby dia cute bebenor. kalau nak compare ngan baby Erra tu. aku bukannay bias atas keputusan juri tu. tapi bagi aku ler, Sabrina & baby dia lebih comel dan fesyen pun ngam gitew.


Nampak sangat la keputusan di buat bergantung pada glamour mak daripada cute anak tue. Tak semestinya mak cantik, anak pun cantik cam maknya jugak.


Anak si Rita ni pulak sejibik cam muka bapaknya. hoho.. besar nanti main bola cam daddy k.



wah murah rezeki gitew. Yang dukung pun ada yang dalam peyot pun ada. Tahniah tahnia, tenggelam pulak wajah comel anak dia disebalik kacamata itam tu.


anak lisdawati. tak tahu lak nama apa. mahap yer.
nota:= Eh.. napa lak aku letak N3 artis kali ni???? bukannya apa, sebab aku tengok anak sabrina tu cute sangat. comey lotey. geram ja rasa cam nak cubit pipi tu. Walau ko tak menang. tapi ko tetap menang di hatiku.....


Sepupuku Firdaus...

Sejarah ni tercipta pada 19/09/2010, di Baling. hiks.. cam nak karang citert sejarah malsyia lak. Inilah hari bersejarah wat Sepupuku Mr. Firdaus. Anak tunggal kepada mak cik aku. walaupun kami ni sepupu tapi kami jarang berbual. Bukannya apa, masa dan keadaan yg menybabkan hubungan kami jadi cam gini. Sejak aku berpindah ke KN, dia lak membesar menjadi tahfiz. Bila dah berjumpa semula. masing masing dah besau. dah jadi segan silu lak..


Hmmm... hantaran pun banyak gak. Ni ler yang sempat ku snap dalam kesibukan beramah mesra dengan sepupu sepapt yang lain. memang best giler. yer la bila berjumpaan memasing ada yang anak dara, anak teruna, dah berkahwin.. banyak tul citer nak di borakkan.


Dari jauh, tu sibuklah abang-abang soldier ni dok berbaris cum pedang bagainya, sebab nak sambut mempelai. Tapi kan... cm nak komen la sikit. kalaulah si pengantin pompuan tu pakai baju putih. lagi ler cantik!!!. Jahat aku noh. dok komen komen lak. maaf ya firdaus. jgn ler saman kak ana pulak.


Ni pun sepupu eden gak. wah abang misai sibuk melayan para tetamu. Muka ja garang. tapi langsung tak garang hiks...

abang abang soldier yang nak berbaris tu kena la dijamu dulu. mana tau sat pengsan masa perbarisan tu pulak. makan yer abang abang soldier. makan sampai kenyang. jgn malu malu.


tersenyum simpul pengantin tu, bila nak lalu kat bawah pedang. lalu jer wat dono. kalau korang tak nak lalu bior aku jer la yang lalu. wahhhh pasan tak hingat donia aku ni. kahhhhhhhhhhhh

mmmm... resipu sipu malu lak pengantin dua orang ni. sama cantik sama padan. semoga korang berbahagia hingga ke anak cucu. harap harap dapat ramai anak. Biar riuh rendah kat umah Mak cik Kiah tu.. theee.. theeee... jahat aku nyakat.




nota:- Aku mengharapkan hubunganku dengan keluarga sebelah ayah berkekalan selamanya, walaupun berpisah agak lama, moga moga dipertemuan yang akan datang kita akan menjadi lebih erat..

Friday, October 8, 2010

Dari Mana Kay see Datang...


Selepas aku keguguran tempohari, tetiba umah aku di datangi dengan seekor ibu kucing. Aku pun tak tahu dari mana dia sesat sampai leh parking jer kat umah aku. Garang tau kucing ni. Kaki dan tangan aku habis di cakarnya. Pernah jugak aku pukul dia sebab tak tahan, dia selalu cakar kaki aku, kaki Amirul, Kaki SIL & kaki hubby...




Bila aku nak pukul, Amirul cakap.. jgn la pukul betul betul. Pukul tipu tipu dah la. sian dia Ibu.. uwh1!! tersentuh lak hatiku. Dalam aku sibuk sibuk mengiuruskan kerja rumah. tetiba aku dengar suara amirul berbicara sendiri " mmm.. tak dapat adik, dapat ibu kucing pun ok jugak"
Rasa sebak lak bila aku dengar. Then aku wat keputusan nak bela kucing tu


Amirul Namakan dia sebagai "Kay See". Bila aku check balik Kay tu maksudnya gembira. See tu maksudnya lihat. So bila amirul tengok kucing tu, dia selalu rasa gembira la kut. pandai gak amirul match nama noh..

Kay the name means Happy or Rejoice in latin and old welsh and it means Pure in Greek
See = saw




Hohoho... tapi kan, si Kay See ni selalu ajak jantan balik umah bila kami tak der kat umah. Yang ni kaler oren, parking kat bumbung umah, bila aku blah pi kerja, dia lah dok ngorat si Kay see ni.
Ada lagi kucing jantan yang lain, yang warna putih & coklat. Akutak sempat nak snap. sebab time dorang datang tu aku tak pernah ada kat umah. bila aku balik ja.. lari lintang pukang.
hiksss... gatak gak si Kay see ni. Ramai lak peminat dia.



Demi sayangku pada si Kay See, aku sanggup berabih hampir 80 hinggit sebulan utk makannya. Then, berkilo kilo ikan temenung untuk santapan dia seharian. walaupun aku dah bagi makan kat dia. sampai hari ni, aku still tak leh nak pegang & belai dia, sebab dia still akan mencakar.
Apa yang pasti sejak si Kay See ni duduk kat umah aku, rezeki aku semakin bertambah. Syukur Alhamdulillah, mungkin inilah anugerah Allah, bila kita sayangkan binatang.. Allah bertambah murahkan rezeki kita..

Nota:- Dari mana datangnya Kay see masih lagi menjadi persoalan. Jika dia bertuan, kenapa dia tak pernah pulang ke rumah tuannya ????



Member blog datang beraya..


Suka hati bebnor aku ni bila kengkawan datang bertandang. Yer la selalunya pi kerja balik kerja itulah rutin harian ku. Idak ler buat umah terbuka. tapi ada ler makan makan sikit. Aku masak laksa, buat kek coklat, puding & 2 kotak Aiskrim...

Pagi tu, aku dah siap letak semua lek lok. cuma tunggu tetamu jer nak datang. Then si El, sms cakap dia tak jadi datang Pukul 2.00 ptg. dia mungkin datang dalam kul 4.00 cam gitu lah. Janji nak datang bertiga, hubby dia tak datang sebab malam nanti nak kojer.

Masa dekat kul 4.00 tu aku still dok gedik santai ngan hubby kat hall, tengah dok borak borak, tetiba si el tu dah tercongok kat bawah. haper lagi kelam kabut salin baju & pakai tudung.

Pukul 6.00 cam gitulah si zura, pulak datang bertandang. borak punya borak sampai dekat magrib baru dorang balik. dalam pukul 09.25 cam tu la tetiba ja si gie call. Dia cakap dia on the way dari kampung. May be dlam pukul 10.00 cam tu lah dia sampai kat umah aku.

Hohoho.. seronok la aku bila gie nak datang, yer la perjanjian pertama dia nak datang tempohari tak jadi. So.. dengan baik hatinya dia datang umah aku walaupun dah malam.


He.. he.. inilah pencuci mulut yang di sponsor oleh bos aku. 2 kotak eskrim, 1 perasa jagung & satu lagi perasa coklat. sekali ngan kon pun dia bagi. Then kacang tu aku beli yang ready madenya.

notes:- Terima kasih El, Zura & gee sebab datang beraya kat umah aku. Maaf la kiranya layanan yang kuberi tak seberapa.. ampun maaf dipinta. Selamat Hari Raya.

* gambar para tetamu lupo nak snap sebab terlalu ghairah melayan tetamu. hikssss

Thursday, October 7, 2010

Aku mula tak selesa bila.....

Pernah ka korang ditanya dengan soalan; Apa yang anda tidak selesa dengan diri anda?
Apa jawapan korang?

Aku sebenarnya sungguh selesa dengan diriku ini. walaupun aku gemuk, gempal. aku tetap suka dengan diriku. Ada yang cakap aku gemuk. Aku berisi & aku nampak tinggi ragam. semua tu aku tak kisah.. asalkan aku sentiasa happy!!!!

Tapi... ada satu bahagian diriku yang aku memang tidak selesa bila...
bila... bila... KUKU aku panjang. Maknanya aku memang particular ttg kuku. Bagi aku, kuku ada penyebab banyak masalah bila dah mula panjang...


1) kuku yang panjang menyebabkan kuman melekat pada kuku, kemudian kita makan sekali
dengan kuman kat kuku tu.
2) Kalau ambil air sembahyang kena pastikan semua bahagian kuku basah. baru sah
3) Kalau kuku kotor, masak utk keluarga , ibarat memberi kuman sebagai sajian
4) Orang yang kuku panjang ni dikaitkan dengan santau
Jadi, kalau aku pergi beli makan kat gerai ke, restoiren ke, perkara pertama aku perhatikan adalah kuku.. kalau kuku panjang sori ler, aku memenag reject, walaupun makanan tu nampak sedap.
Sesiapa yang kukunya panjang, pas tu letak kaler maler memang aku geli nak tengok. So sesapa yang terasa dengan statement aku ni, maaf lah yer. Nak buat cam na, inilah diriku. Memang sejak kecil aku memang pantang kuku panjang..





Jiran Datang beraya...

Tahun ni eden tak buat umah terbuka. tetapi still la mengalu-alukan kedatangan tetamu yang sudi datang bertandang. Memang jiranku ini telah berjanji nak datang. Kebetulan pulak gieyana pun dah bagitau nak datang. pikir punya pikir.. aku masak ler bihun goreng..


Simple jer bihun goreng ni. Yer la tetamu pulak nak datang malam. Masak jer mana yang simple. Hujan pulak turun renyai renyai. Dalam kesibukkan ku kat dapur, tak sempat ler nak belek belek Hand phone. Bila dah semua siap. Baru nengok HP. lorr... gieyana tak jadi datang sebab dia balik lambat dari office.

Tak per la.. sebab besoknya dia nak lunch ngan aku. hiksss. Malas aku nak letak kuih muih ni kat dalam balang cecantik. Letak ciput cam ni cukup lah.

ho..ho... gambar curi aku snap dari jauh. yer la. jiranku ini malu malu eow..


Nak gak aku enterframe.. cik hubby tak der sebab kerja night shift.







Wednesday, October 6, 2010

Perjumpaan kaum kaum ibu ...

tanggal 05/10/2010 berlakulah satu sejarah perjumpaan di antara kaum kaum ibu. Chewah... mcm perjumpaan persatuan wanita lak..

Setelah di rancang, lunch bersama sama telah termeterai. Tapi, aku bergerak awal keluar office ke Tesco Jalan Tengku kudin sebab nak Shopping dulu..

Nak beli makanan kucing yang dah kehabisan stock kat umah. Nantilah aku story ttg kucing tu.




Masa tengah ngap tu.. sapa pun tak teringat nak snap photo. Bila perut dah kenyang, baru ler nak bergambo.. Saja ler aku letak frame gambar ni. walaupun gambor yg sama but ada la kelainan sikit. betul tak?



Tapi, kalau si gieyana. dapat join mesti lagi best!!!!



Gambo LOVE besaq tu aku letak sebab nak cover beg duit si Niza, . Maaf ya Niza sebab tak kasik beg duit kau interframe kat sini.. Hohoho.. aku tersengih sebab happy sangat lunch ku di taja oleh Niza. Dari kiri, Nureen, ( blogger baru kenal), Niza & Aku ler tu..

Ni pulak si El & Zura. Zura memenuhi permintaan mak buyung ni yg teringin sesangat nak makan Chicken Chop.