Monday, November 1, 2010

Hiksss... Macam berjanji..

Sudah sekian lama tak datang umah Kak Miza. Di parit Buntar ( Kampung Masjid Tinggi). Sebelum pergi tu, dalam otak asyik dok ingat. Mcm mana la rupa kak Miza Sekarang, anak dah berapa? dah besar ka anak dia? ish... mcm mcm yg bermain di kotak fikiran..


Tapi kali ni aku nak citer ttg keriangan Amirul di sawah padi bersama -sama anak Kak Miza. Untuk N3 aku ngan kak miza, tunggu yer...


Wah.. sedondon lak tu. Amirul baju ijo. anak anak kak Miza pun baju Ijo gak. Dorang bermain macam dah selalu jumpa kan...hohoho.. pilih pilih yg mana nak buat menantu nih. yang kakak ke yang adik..

Photo ni diabadikan oleh husband. Yer la kebetulan suami kak Miza si (Epol) tu tak der kat umah sebab balik Tepeng. So, aku berborak ngan Kak Miza sampai lebam ler. windu benor aku ngan Kak Miza. Kami berkawan sejak anak dara lagi tau. dah 13thn hubungan terjalin.
Kalau nak tau, aku copule ngan hubby dodulu tu pun atas green light Kak Miza la. Alhamdulillah, bahagia sampai sekarang.


Mesti cantik view dia kalau padi dah tumbuh menghijau kan.. lokasi sawah padi ni sebenarnya kat sebelah umah kak Miza ja. Kalau bukak pintu dapur dia, nampakla sawah padi yang mengijo tue..



Teringat masa kecik kecik dulu tangkap ikan kat tali air bila tiba musim menuai. Amirul pulak cam teruja ja tengok sawah padi. yer la nenek dia pun tak buat bendang. Pokok Getah ader la..
Berkerut muka tu sebab dok tahan nak terkucil..


Last, punya seronok bermain terkucil kat dalam seluar ler anak kak Miza ni. Habis basah baju. budak -budak memang cam gitu kan...

walaupun dorang ni sebaya, tapi aku nampak Amirul mcm kecik jer. Semoga hubungan kami berkekalan dan dapat melihat anak memasing membesar.


p/s. masa balik umah, aku tanya cantik tak dorang 2 org tu kat Amirul. Selmba jer Amirul cakap... Nureen ( anak gieyana) lagi cantik.kahhhhhhhhh. pandai compare yer anak teruna aku ni...

Ada yang ikut balik ke?

Jumaat malam sabtu kami keluar untuk ke tuttttt.... nantilah aku ceritakan. Seronok bebenor malam tu berborak dengan kawan baik. sampai tak sedar jam dah hampir kul 12.oo malam.

Selepas pulang dari tempat tutttt..... aku singgah kat Perda. Umah my BIL. sebab nak kirim wheel chair utk dibawa pulang kepada MIL.





Borak borak kat umah my BIL, sedar tak sedar dah pukul 1.30. apa lagi gerak balik umah ler.
sampai kat umah jamkul 2.00 pagi. Tengah sedap sedaptidur dlm pukul 3.30 camtu ar.. tetiba amirul menjerit jerit. marah marah sambil tendang pintu bilik. Mulutnya asyik cakap..ni laaku tak suka..ni la.. aku tak suka... berderau darah aku. nak buat cam no memalam ni.


Aku ambik minyak chelak, belum pun sempat nak sapu, hubby plak suh aku wat nenen sebotol utk Amirul. My SILkat bilik sebelah pun bangun gak sebab Amirul duk meracau racau.


Aku buatkan nenenpas tu sumbat kat mulut Amirul. Then tetiba ja Amirul diam dari meracau, Aku bimbang ler mana la tau udah la balik lambat. tak basuh kaki terus ja tidur si Amirul tu.
Tak sangka pulak lepas ja dapat nenen dia terus diam sampai pagi.


My SIL cakap hmmmm hantu lapaq nenen la yg ikut balik tu. kikikikik....


Moral of the story, jangan tonton gambar hantu. nanti apa yg pelik jadi tengah malam asyik nak kaitkan dengan hantu...aje...

Saturday, October 30, 2010

Makan makan kat umah kawan hubby

Hubby tak citer apa pun tentang jamuan makan kat umah kawan dia. Sebab dia tak nak aku rushing wat itu ini. Kalau aku betul betul free baru lah dia bring along aku jenjalan ke rumah kawan dia. Selalunya dia pergi ngan Amirul jer. So, bila Amirul balik dia akan citerkan semuanya kat aku....





Memandangkan aku free that day. so dia cakap, ptg nanti kita pi umah kawan papa k. ajak ibu sekali. Nak pergi wat pa? ada apa apa ka kat umah kawan abg tu. alahhhh.. jom la...



Sampai jer kat umah "Pak Cik Lan" ( Amirul panggil). aku tengok org dah ramai. makanan pun dah hampir luak. Tapi ada kurengggnya. sebab aku tak tau nak ckp ngan siapa. dah mcm tunggul aku kat situ.


Mana taknya,tuan umah sibuk doklayan tetamu. then kebanyakkan tetamu tu memang dah kenaleach other.sebab dorang ni husband & wife satu tempat kerja. Rimas lakaku rasa. si hubby plak katluar berborak. Amirul, ntah menular ke mana ntah.lompat lompat riang jumpa ramai kanak kanak seusia.



Kipas dik kipas. kejap lagi aku nakmelantak k.





hohoho..aku dapat makan satay.tapi bila tak der teman berborak makan pun tak laju. semua pandang ke arahaku semacam jer.aku ni hanya mampu senyum.


Hubbykemain sakan lagi berborak pas tumakan,borak lagi makan lagi.





tengok ar punya la ceria. aku ajak balik asyik kejap kejap. Pujuk punya pujuk baru dia setuju utk balik. Time salam tu baru ler kaum hawa yg kat dalamumah tu tanya siapa aku. Pas tu tuan umah,( ilah) ckp. Laaa.. ni la isteri si WAN.
mmm.. baru nak start borak ngan aku. masa aku dok cam tunggul,pas tu senyum senyum tak mau tanya. nak balik baru nak soal itu ini. hiksss...



Puas aku car,mana ler anak teruna aku tu. Haaa... dok sibuk main kat halaman umah enjiran tuan umah upernya. Sampai hari ni aku pun tak tanya husband majlis apa dorang buat tu.


Apa yang aku dapat lihat kat sini,lain bebenor org kojer office & org kerja kilang bergaul. Mungkin sebab budaya kerja kot..Apa pendapat korang???


nota:- cam no nak join dorang borak. sebab dorang dok citer ttg haltempat kerja dorang jer.Manalaaku tau budaya kerja kat kilang macam mana... kena timba ilmu banyak banyak ler nampaknya aku ni....






Friday, October 29, 2010

Kegemaranku sama ngan Amirul.

hiksss.... terbawa bawa pulak aku ngan N3 si suziey tu. kalau dia citer tentang cup cake kegemaran aqeel aku lak nak citer ttg kegemaran haku & Amirul.

Nampak tak Wantan kering ni. Haaa.. sebenarnya aku & Amirul memang suka makan Wantan Mee. Tapi tak mo yang goreng basah yer. Kami suka yang sup punya. Sebab nak wat dia memang simple sesangat. Asal ada beberapa ketul ayam dah cukup. Kaki ayam pun ok gak.


Untuk aku mesti letak limau nipis & cili potong campor kicap & cuka K. Amirul tak der la dia makan yang kosong jer. Tapi, untuk pengetahuan korang hubby langsung tak suka. Tengok jer aku masak wantan mee ni sentuh pun idak.


Makanya, aku tunggula bila hubby kojer malam. Masa ni ler peluang aku ngan Amirul nak membedal makannan kegemaran kami. Bukan tak nak masak time hubby ada, tapi hubby lebih suka makan nasi. Kalau dah masak nasi takkan nak makan mee. Yer la perut melayu, mesti cari nasi punya.... Yang pastinya kami jarang makan malam kat luar. Air tangan isteri dan ibu lebih berkat kan.. kan.. kan...



close.. up.. sikit yer. hiksss. Aku tak suka wantan yang beli kat super warna kuning kuning tu. sebab dorang letak banyak bahan kimia. Makanya aku lebih suka beli kat kedai organik. Warnanya putih sikit.
biasanya aku, masak air, pas tu letak ayam ( kaki ayam) 2-3 ketul. masukkan kiub ayam pas tu letak garam secukup rasa. then bila nak hampir masak. aku masukkan sawi atau pak choy. Aku lebih suka Pak choy sebab rasanya manis. ( manis sayur lah..) letakkan bawang goreng + bawang putih goreng. then hirisan daun bawang. dah siap. memang menjimatkan masa lah.


hoho.. masa untuk santap. Biasa la Amirul ni tak pernah lekang dengan Lappy. Lepas jer study online dia akan main game. Nak makan wantan mee ni pun kat depan lappy jugak. Amirul selalu tanya bila papa nak kerja malam. sebab dia nak makan wantan mee. hikss. mcm ler time hubby tak kerja aku tak leh masak. Tapi malas la nak masak sebab penat dah buat hidangan nasi.

hmmmm srooot.. srooot..Amirul hirup kuah tu. Gambar aku? gambar aku?. tak der la sebab tak dak org nak snapkan. kikikikik..



Tak cukup la pulak malam tu aku masak. berselera betul Amirul makan. Apa lagi dia bedal wantan mee aku punya pulak.



nanti kena pergi beli stock wantan kat Air itam sinun. sebab dah habis pun. Amirul pun asyik dok tanya wantan mee jer. Nanti Ibu free ibu rempit pergi beli k Amirul.


nota:- aku suka makan cam gini sebab kurang berminyak. jaga badan la konon. tapi tengok saiz tak der pun kan...kahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.




Wednesday, October 27, 2010

What are clumsy day..

Yesterday, 26/10/20 is the mos horrible day in my life. Mana tak nyer sejak pagi. aku macam lipas kudung kejap nak wat coatation, kejap nak wat profile untuk tender panel. Pas tu nak kena tender wreck plak. Masa dekat luch tu baru teringat yg dah wat appointmnet ngan kengkawan.


Memang berat nak pergi. tapi memandangkan dah janji tak baik la kan. Mana tau on the way tu hujan pulak.dah dekat jer nak sampai pas tu hujan pulak. Dah ler mercedes dua tayar aku ni tak der bumbung. redah jugak la ujan tu. tapi tak basah ler sebab dah dekat pun.


After lunch, balik office, sambung kerja. tengok system ada offer letter dari insurance. arghhh... print keluar tengok aku wat COATATION SALAH!!!!!. can nor ni. Bos pun cakap, I nak you settle. waaaaa!!!!! walaupun dia tengah senyum, tapi aku tau itu silap aku. Naper aku cuai sangat. Cam no la aku nak cakap ngan KL besok. tentu KL bengang ngan aku. Bila dah wat mistake aper yang kita buat semua jadi cam tak kena. Korang pernah rasa tak????

Dalam keadaan yang tak selesa tu, aku main letak jer pen alatn tulis atas meja. Tiba-tiba, arggggghhhhhhhh!!!!!, tengah aku nak ambil pen tu, prapppp Nescafee ku tumpah. terkena pada keyboard. Bos plak suh aku wat e-mail urgant, bila aku taip ntah apa apa number yang keluar. Mak oi, Keyboard aku dah rosak. Apa lagi, walaupun dah pukul 5.00 kena la beli keyboard baru.
Tapi bos tak tau, keyboard tu rosak sebab nescafee aku. kikikikik.



Bila malam, aku sms bos to say sorry about the wrongly coatation incident and i feel so sad. Later my bos reply, that ok. small matter, tomorrow we try to find how to solve k. lega aku dengar. Then awal awal tadi, masa time bos masuk office, dia terus masuk bilik aku & cakap. I tak marah pun.. why you so sad?




note:- by this time i'm writing, all the problem has been solved.Fuh!!!! leganya aku rasa. kalau la ada org urut badan aku time ni mesti best giler..

My Mother in law

Sedih hati ini bila orang yang kita sayang sakit, tul tak?
Aku sayang MIL mcm mak aku sendiri. sebab MIl memang baik. dia pun sayang kat aku gak.
Tapi bila dia sakit aku pun susah hati gak. Aku syukur sebab di kurniakan MIL & FIL yang baik dan begitu sayang kat aku.

Rentetan sakit kencing manisnya yang berlarutan, Ibu jari kakinya terpaksa dipotong . Masa aku melaeatnya kat spital, memang nampak yang dia masih trauma. Yer la bila anggota badan kita terpisah, mesti kita rasa terkejut kan. So, kami anak beranak kena kuatkan semangatnya.

Beruntung MIL mempunyai anak yang ramai, pas tu bergilir gilir pulak jaga dia kat spital. My SIL ambik cuti 2 minggu utk jaga MIL kat spital. yang lain lain pun turut serta bergilir gilir menjaga. dia. Tapi aku, tak der pun pergi bermalam kat spital utk jaga dia.

Nak wat cam na kan, Amirul dah sekolah, lagipun husband kerja shift. Cuti tak menentu hari. Sedih jugak tak dapat berganding bahau ngan SIL untuk jaga dia. Telefon ler yang menghubungkan kami.


Nasib baik ler MIl ditempatkan di bilik yang agak luas. so anak cucu yg ramai tu tak ler ada ganggu pesakit lain. Amirul mcm biasala la, masa time tengok tok kemain happy. lari sana sini. Tapi bila balik umah, sedih jer bila bercakap ttg kesihatan tok. Pandai dia sembunyi kesedihan.

Sian dia, kencing manis pun ada, darah tinggi pun ada. Sekarang dia dah balik duk kat umah. Cuma kerusi roda jer tak dak lagi. Sebagai menantu yg sayang sangat kat MIL, aku riki riki wheel chair kat sini. Then aku dah pun beli wheel chair utk dia. Kalau kami tak dapat balik antar wheel chair tu. Aku akan postkan melalui biras aku yang akan balik ujung minggu ni.



Alhamdulillah, dapat juga aku beli wheel Chair utk MIL sebagai tanda kasih aku kat dia. Sayang mak. Mungkin lepas ni boleh ler mak keluar umah ambik ambik angin.



note- Siti & familly doakan mak cepat sembuh. sayang mak. muah!!! muah!!! . Tunggu kami balik nanti. nak peluk cium mak.



Penang International Sport Arena

Sejak Amirul dah semakin membesar ni. Aku suka sangat biarkan aje dia mengikut bontot papanya.Amirul ni baik tau, dia siap cakap. dia suka ikut papa sebab nanti balik dia akan bagitau apa yang papa buat. Kira macam spy gitew...


Last week, I just want to rest of myselft. manja manja dalam sauna beg. Pas tu apply body masker. So.. i need a time for treatment of myself. Then, I told my husband to bring along Amirul if he want to go out. Pas tu husband cakap ok. tapi make sure bila kami balik nanti, nasi dah siap untuk di ngap k. kami tak makan kat luar tau... ( ala.. lambat sikit pun tak per ar..)

Hubby wak AMirul gi PISA mandi kolam. biar dia berjimba jimba kat sana. hubby baca paper, baca Mastika bagainya sementara menunggu Amirul puas bermain. Amirul ni Sivik k. Kalau dia tengah mandi, pas tu nak terkucil. dia akan keluar dari kolam dan pergi toilet tau.


photo photo ni aku ambil dari HP hubby. thanks hubby sebab selitkan kenangan iuni kat HP. then aku lak leh selitkan kenangan ni kat blog plak. Ups.. lupa nak cakap. nak mandi kat sini kena bayar. Aku tak sure la bape. At least ok ler kalau compare ngan mandi kat Taman beli tu. walaupun Free, ramai sangat budak budak mandi. Kat sini mcm privasi la sikit..



Dah gigil gigil amirul tu. nak buat cam na kan umah tak der kolam renang. lain ler kalau duduk condo atau Aprtment. So nak berjimba datang sini ler. seminggu sekali ok lah.
note:- bila hubby malas nak bawak Amirul gi mandi kat PISA ni, ayat paling tak leh blah. ada org kencing dalam kolam. depa cuci kolam. bila bersih kita pi k... kahhhhhhhhhhhh..