Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Tuesday, October 6, 2020

Tunai Janji

Lama dah my purse rosak. Hari tu hubby dah janji  nak belikan.

My kate spade rosak kat zip tu jer,lagipun dah hampir 4 tahun aku guna. sayang tau beg ni. Yang ni ada orang hadiahkan.

kebetulan husband nak beli sandle, lalu la kat kat counter purse ni. tetiba dia teringat my purse yang rosak tu. 
terus my husband belikan aku purse. ada offer pulak kan time ni. so grab je la katanya.
Thanks my dear, semoga rezeki mu dan rezeki kita makin bertambah. Nak tambah rezeki kena bahagiakan isteri kan..kan..

eh..eh.. warna lebih kurang dengan my handbag la. ye ke? hahahaha..
perasan pi la kejap kan..kan..

selang 2-3 hari hubby belikan cover phone warna blue grey..
cantik pulak..3 benda ni..


Note:-
tak payah yang mahal,pemberian itu lebih mahal dari segala harga yang ada di dunia ini..






Saturday, October 3, 2020

Roti Canai Abah @ Roti canai sarang burung

 ini cerita throwback tau. 26/9/2020 husband habis kerja malam kami pun pergilah nak usha roti canai abah yang ada menu roti canai sarang burung tu yang terletak di Jalan sungai rusa balik pulau.

ramai nya yang bertur..
padahal waktu masih awal lagi.
pukul bape nak dapat makan ni.

sementara tu my hubby pergi usha kat area roti canai di sediakan.
tak menang tangan you all.

gambar from google.



tengah beratur tetiba abang jaga macam bising bising cakap orang kampung bising sebab halang laluan masuk dorang sebab ramai orang beratur.

hurm.. tetiba mood nak makan hilang terus.Aku ni kalau tengah tengah happy nak makan tetiba ada yang dok marah marah hilang habis mood.

Tempat makan pun tak banyak.so tak pe lah lain kali kita datang lagi yer.mungkin kali ni bukan rezeki.

Kami berjalan ke hadapan sikit dan nampak  restoren Jom Rasa. Dorang buka petang kot. tengok menu western pun ada..

next time kita datang terjah sini pula yer.


 


Saturday, September 26, 2020

Terima Kasih Suamiku

En.Suami asyik suruh aku survey kedai emas sana la sini la. Aku cakap tak payah le,ok ja emas yang sedia ada. Akhir sekali suami yang survey sendiri.

1/9/2020, kami ke sungai petani. Katanya kedai Hajah Halijah tengah ada offer.eh... dasyat papa dapat tau emas offer ke idak. bersungguh betul nak reward isteri dia ni.
Ok lah, I is ikut je, design ke saiz ke harga ke semua papa yang tentukan. Ibu tukang pakai je k.

ok lah.. semua dah beli dah bayar.jom kita balik. 

Thanks papa sebab rewardkan ibu. 
I suka..suka..suka...


Nanti I rewardkan emas untuk diri sendiri pula yer. mmmmmm nak beli apa ek.hihihihihi.






Friday, September 25, 2020

vertigo

 Tadi pagi kat office aku ok ja.Lepas habis ambil ambil breakfast tiba tiba rasa pening.

Tiba tiba semuanya rasa berputar. Aku gagahi bangun untuk pergi ke klinik ni tingkat satu.Masuk lift dah rasa lain macam.Kebetulan masa sampai kat kat lobi aku nampak Nurse dan terus panggil dia bantu.

Nurse check HB,tapi tak dapat bacaan. Then dia ambil darah and test .  paras gula dalam 7. Nurse cakap gula still ok sebab aku baru lepas ambil breakfast. secawan teh dan sedikit meggi goreng.



call husband berkali kali tapi dia tak.pick up phone. Dia kerja malam, tido nyenyak agaknya.
Then they all decide hantar aku pulang dengan Van syarikat je.
Tapi sebelum tu,terus je lah pergi klinik.
Hr iring dengan my scooter sebab nanti tak payah susah susah nak datang ambil scooter kat sekolah. 
Sementara tu aku minta jiran datang ketuk pintu rumah harap harap husband terjaga dari tidur.

Lepas doktor check, hb aku 90/130. Then Doctor bagi ubat Vertigo. Check suhu badan aku tak demam pun. No Covid ya.

sampai kat rumah husband jemput aku bawa masuk.ke dalam rumah. bagi ku makan ubat. Terus aku zzzzzzz.

jam 4 baru aku terjaga sebab terasa lapar. My husband sediakan makanan. Alhamdulillah lepas makan, Aku dah semakin baik.

Thanks to Sue,Amar, Nurse,Security , Faris dan juga my husband. 

I am so lucky so have you all.








Wednesday, September 16, 2020

Pisang Goreng Coklat Chese @ Jalan Mahkamah,Penang

 Masa keluar lunch with my geng,pernah beli goreng pisang coklat chese kat Jalan Mahkamah.


Sebab sedap,so nak le repeat kan.Alih alih tak buka pula gerai tu. sedih tau.

hari ni kebetulan my anak dara nak makan ayam goreng korea sedap hingga termimpi mimpi bagai. So kita pergi la Jalan Mahkamah. Fuyooo, gerai goreng pisang coklat cheese telah beroperasi semula.

Cakap kat si Naiim nak coklat saja chese tak nak. Hurmmm,hantu cheese tu memang buat buat tak dengar.Di bantainya juga cheese parut sekali dengan coklat.

Ibu redha je makan.Walauoun tak bape nak minat cheese. Demi anak ibu makan juga. berebut rebut makan kat dalam kereta.

korang boleh la try kalau berkenan. serious...memang goreng pisang ni kena dengan selera my tekak. tak berminyak sangat..


Note: makan je kan hari ni


Thursday, August 3, 2017

Ucapan Tahniah @ convo on 1/8/17

Actually course yang aku ambil ni di tanggung oleh syarikat..
Alhamdulillah...

Dah syarikat nak taja pengajian aku, so apa lagi aku grab lah kan..
Thanks pihak management...

aku share the moment kat group wassup..

pergh.. kembang kembang aku bila dapat wassup dari big bos..




hiksss... inilah ungkapan dari insan tersayang..
insan yang selalu bagi moral support...
tak pernah lelah melayan karenah aku tatkala mentelaah...





Note: pelajar sepanjang zamn...


Thursday, January 12, 2017

Lactacyd Feminine Wash

Semua orang bercakap tentang Lactacyd Feminine Wash sekarang ni
Pernah beli untuk my anak dara pakai
tapi yang teen tu..


guna kejap je sebab masa tu gegel gatal gatal kat alat sulit dia..
lgipun gegel kecik lagi, 
katanya kat tadika cikgu guna sabun 
mungkin ada jangkitan kot
lepas gegel guna tu, dalam seminggu dah ok 
Tak nak la membazir so, aku continue..
lepas tu tak guna dah..


Lately ramai pulak yg bagitau kalau guna Lactacyd feminine wash untuk mencuci wajah
boleh kecutkan jerawat..
eh betul ke? tak pe ke?

So, nak juga try sebab jerawat kat muka aku ni suka sangat datang 
bak kata orang
Datang tak di jemput
Suruh pergi tak nak balik buat mcm rumah sendiri
melepak je kat muka aku ni..

nak beli & try 
sebelum tu nak tanya dulu si pakar
soalan dah ditujukan..
nanti kita tengok apa jawapannya k


Tak sabar nak tahu jawapan..
kalau jawapannya bagis..
nak lari lelaju pergi beli 

Nak buang saka  a.k.a jerawat kat muka ni..



Note: jerawat tu aku panggil saka sebab melekat je kat muka ni
kemana pun aku pergi... hihihihi


Monday, January 2, 2017

Lisptic MAC

Hari ni datang office setelah cuti lama...
sampai je office teteiba ada menda comey jer lepak kat atas meja..

Wow lipstik MAC lagi tu..

Hari tu meronda kat Queensbay pun telan air lior je tengok harga lipstik MAC
nak beli tapi..poket mcm tak izinkan... 


Tetiba tercongok atas meja...
wuish... sapa yang bagi ek..


Ada sesapa yang baik hati bagi ke?
ada foundation ke, bedak ke, mascara tak?
hahaha... ayat melampau ar kan..
BTW memang appreciated



Note: Thanks kepada sapa yang bagi ni.. I love it

Friday, December 23, 2016

Kasut Kungfu

Ada satu benda yang kekadang bila kita suka hubby plak tak suka
bila hubby suka, kita pulak tak suka..
ada tak pernah terjadikat korang..

Actually aku suka sangat bila hubby sakat sakat aku
suka sangat kalau hubby cakap aku pakai ini tak cantik
itu menunjukkan yang hubby ambil berat tentang kita la kan..


Dalam perjalan nak ke umah my ayah, kasut tumit tinggi aku buat hal la pulak
so, maku kena beli kasut baru, tak kan nak berjalan kaki ayam kot..

Sampai kat Nat (Pekan Hari) penaga, aku beli la kasut yang harganya RM10
jadilah kan harga RM10, at least dapat kasut baru

beli kasut no, kasut lama masuk dalam plastik beg then teruskan langkah

Nampak dek hubby kasut yg aku beli ni..
dia mula ketawa terkekek kekek...
Dia cakap, "Awak ni memang suka sungguh pakai kasut Kung Fu..."



hahaha.. apa kena mengena ana sama ini cerita...????? kikikiki
mcm mana hubby usik I pun, I still appreciated.

Yang best tu hubby siap tunjuk gaya kugfu lagi tu, semata mata nak menyakat aku.

hehehe... 
Aku rasa mcm nak letak reben ke manik ke
atau bunga gedabak sekuntun .
deco deco sikit kasut kungfu aku ni mesti dah tak sama mcm kasut kungfu kan..kan..


hurm... bagus juga kena sakat. At least Otal dapat Jana Idea..kikikiki




Note: Your Concern is my priority...


Thursday, October 6, 2016

Majlis Kahwin Anis Ameera

nak update lelaju, tapi ada hal pulak in between..

 Staff Front office kahwin..
Tahniah Anis...
Dah ngandung pun my staff ni, baru nak hupdate.... sorry hokey!!

 Depan: Safiyyah, Praktikal Student,Shamimi  dan Aku ler ( over acting student, kikikiki )

 haruslah kan kalau bergambar tu kena lepak atas pelamin
Harus ke?

 Majlis di adakan kat Recsam..
Majlis makan malam..
Nak tulis banyak dah tak bape nak ingat sangat agenda malam 
so..sorry

Dah..dah.. jgn nak posing banyak
Aleesya dah naik pening dah tu..
mendongak jer aksi dia..

tak pepaham lagi ke..
Jom Balik..


Note: Tahniah Anis, Moga kekal hingga ke Jannah
Tahniah jugak sebab dah preggy..


Saturday, October 1, 2016

Ramadhan Buffet at Hotel Seri Malaysia Bayan Baru, Penang Tahun 2016

Tokey Ais Kacang
muahahahaha...

Tak banyak pulak picture yang aku snap masa Buffet Ramadhan Tahun 2016 ni
Tema Buffet Ramdhan tahun ni ialah " Menggamit Nostalgia"
Kalau last year  tahun 2015 bertemakan " Citarasa Ibunda"
Tahun depan tak terfikir lagi nak letak tema apa, hehehehe

Menu menu sangat sangat bersesuaian dengan objektif Seri Malaysia
ala nama pun Hotel Seri Malaysia, mestilah makanan malaysiakan
tak kan nak letas makanan orang Francis kot..

Nah hambek ko.. berderet deret makanan...
memang semuanya mengikut citara orang Malaysia 

 Namapun orang masakan malaysia, of cozlah ada ulam ulaman

alahai.. tak sharp la pulak gambo makanan ni..

 pergh... kalau ikut tekak aku, memang terbaiklah chef masak 
siput belitung ni
Rasa mcm nak habiskan seperiuk.. ( hahahaha melampau kan..)

Sebahagian daripada kambing golek
lenkali aku snap segala sos dia
Ni aku tunjuk sebahagiannya ajer..

Chef... bergaya sket..
sebab sedap siput belitung masal lemak cili api yang dia masak..
nak dia posing sket..
Terbaiklah Chef Mi..


Note: Voucher untuk buffet Ramadhan.. RM 40 jer..
walk in RM 45.00 
berbaloikan........

Monday, September 26, 2016

Release Tension- Nikmati Keindahan Alam

Kekadang tuntutan kerja buat kita jadi stress
Tapi aku ni jenis malas nak layan stress kat tempat keja sengat
Asal cuti je aku rilek minda..
Sebab bagi aku keluarga aku adalah segala galanya..
Bangun pagi terus cakap kat hubby, 
Hari ni tak mau duduk rumah.. Kita pergilah mana mana pun
asalkan I tak terperap kat umah
I nak habiskan masa ngan u dan anak anak

Kami meronda ronda di setiap pantai di Penang ni
Kami pergi Teluk Kumbar, Tanjung Asam, Sungai Batu 
pusing sana pusing sini semata mata nak lihat kecantikan alam..


Kat sini "Tanjung Asam" kami singgah kejap
semata mata nak beli aiskrim...
pas tu hirup udara segar bugar..
then teruskan acara meronda lagi..
best tau..
Last kami decide nak mandi kat Pantai Teluk Bayu
Sebab pantainya sangat sangat shantek hokey..

Maaflah kan my hubby memang tak suka join bergambor
aku ngan si anak dara je yg berposing dalam air ni

Dah macam dugong..
hahahaha...


sambil mandi sambil kutip siput..
seronok tau...


Note: Tiada apa yg lebih indah selain hidup bersama keluarga..