Monday, December 13, 2010

Selipar Aku, Aku yang Beli!!!!

kenapa tajuk N3 aku kali ni ttg selipar Jepun lak?? Haaa.. ni ler aku nak citer kat korang. Mungkin korang pernah alami dan mungkin tidak.


Aku memang selalu letak selipar ni kat dalam keta. Sebab apa? sebab selipar nikalau dok lam keta lama lama pun tali dia tak putus. Then, selipar ni murah jer kalau rosak atau pun orang curi. Pas tu, sebagai ganti kasut aku la, bila aku nak singgah mana-mana masjid utk bersolat tat kala dalam perjalanan ke mana-mana..


Kebetulan semalam, time azan kami sampai tepat tepat kat Masjid Tikam Batu. Apa lagi akucepat ceat le nak pergi berwudu'. harap harap sempatla sembahyang berjemaah. Sampai je, kat tempat berwudu' tu. dah tertera, di larang memakai kasut!! Apa lagi, aku tanggalkan selipar comeyku ini kat tepi pintu.


Kat belakang tempat berwuduk ni pulak ada tandas. So, sedang aku asyik berwudu' tetiba datang 2 orang remaja pompuan. Dengan selamba jer dia saruk selipar comey ku itu. then dia jalan terus pergi toilet. Aku cakap ler, dik.. dik.. itu selipar akak.

Aik, tak puas ati lak, budak ni. Siap cakap ngan aku. Ini selipar kat sini la. Aku jawabla. tak.. akak punya. Asyik dok ckp pasal selipar tu. org dah start sembahyang. lambat la jadinya.



Yang si budak tu pun satu. dah aku ckp selipar tu aku punya. cukupla. pas tu, ko ingat aku datang kat sini dengan kaki ayam ka??? kalau pun selipar tu Masjid yg punya. tentula ada org yg pakai untuk pergi ambil wudu'. ko pehal nak bertekak pasal selipar pulak.



ko nak datang sembahyang ker, ko nak datang rebut selipar? ishhh tak faham aku. Last, aku cakap la. Akak dah lambat ni dik, bak balik selipar tu, akak nak pergi sembahyang. Nanti akak letak kat tangga, adik ambil la selipar ni ok.


Last, aku tak sempat jugak nak berjemaah. sembahyanglah sengsorang. tak dapeklah nak ikut imam..



nota:- Syukur aku kalau org guna selipar aku utk berwudu' dapat gak pahala. Sabar...sabar.. jgn
berebut. guna ikut turn ok.

Thursday, December 9, 2010

Peristiwa di Pesta Pulau Pinang 2010

Sebelum Pesta Pulau Pinang bermula, dah sibuk dah si Amirul ni membilang hari. Papa.. pesta lagi berapa hari? ha.. ayat tu ja yang di tanya dek Amirul seharian.

Aku ni bukannya suka sangat pergi bersesak sesak . Sebelum pergi pun dah terbayang kesesakan tu kat dalam kepala ni.

Kebetulan siang tu Amirul di bawa oleh baby sitter meronda kat Seberang Perai. Teman dorang pergi beli bunga telur dan segala mcm persiapan la. nak kenduri 26hb ni. Balik pun dah pukul 8.00 malam cam gitu. Ingat tak nak pergi dah Pesta tu, tapi Amirul still nak pergi jugak. Dalam kul 9.00 mlm baru kami bertolak pergi.

Sampai kat sana, parking dah penuh. So terpaksa lah parking jauh . letih jugak nak berjalan masuk. kaki aku pun dah naik lenguh. Sampai kat dalam Pesta, aku duduk jer. Yang lain hubby yang layan si Amirul main.

ha.. korang nampak tak kasut yg Amirul pakai tu????. Time nak balik AMirul dah kepenatan, pas tu suh ler hubby dukung. bila hubby tak layan, dia bukak kasut nak protes la konon. Then bila pusing jer belakang, tengok tengok kasut tu dah kena kebas.ambik ko..


Kedai kasut pun jauh la pulak, last hubby suh dia berjalan dari dalam PESTA sampai ler ke Parking Lot dengan berkaki ayam tu. Kesian aku tengok anak teruna ku ini. Kalau aku, memang tak sanggup nak buat cam tu. Kalau akularat kendong dia, memang aku kendong . Tapi nak wat cam na kan. kena teach him a lesson. so nest time dia tak ler buat lagi.


Mana tak hangin, kasut tu baru jer seminggu beli. Disebabkan sikap dia yg suka sangat merajuk cam gitu, terimalah padahnya.
Sepanjang kat dalam keta, tu Amirul diam jer, tahu pulak salah dia. Sampai kat umah basuh kaki &v tidur dengan baiknya, tanpa banyak soal.


Besoknya, cam biasa lah, hubby meronda la kat shopping complex beli kasut baru utk anak teruna kami sorang ni.hehehehe...



Hukum Jualbeli Binatang (Tokek)


Untuk dikongsi bersama. aku tidak mengubah walau sedikit ayat pun. Supaya kita sama-sama memperolehi ilmu pengetahuan. agar kita sentiasa berada di landasan yang betul.


sumber di perolehi dari:http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=156610


الحمد لله العلي القدير السميع البصير الذي أحاط بكل شيء علما وهو اللطيف الخبير علم ما كان وما يكون وخلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا وهو العزيز الغفور وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له شهادة نرجو بها النجاة في يوم النشور، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله البشير النذير والسراج المنير صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه ومن على طريقتهم يسير وسلم تسليما.عباد الله أوصيكم ونفسي بتقوى الله

SIDANG JEMAAH YANG BERBAHAGIA,

Nadi bagi sebuah kehidupan Islam ialah ketaqwaan. Keindahan yang mewarnai kehidupan setiap individu muslim juga kerana pancaran ketaqwaannya. Sebuah keluarga, sebuah masyarakat dan sebuah negara pasti dinaungi rahmat dan kesejahteraan jika anggota insan di dalamnya hidup dengan kehidupan taqwa. Orang yang bertaqwa sentiasa memastikan setiap usaha dan hasil pencariannya bersumber daripada rezeki yang halal. Orang yang taqwa sentiasa memastikan pencariannya selamat daripada sumber yang haram seperti hasil yang diperolehi daripada haiwan yang dilarang dan diharamkan disisi Syarak .

معشر المسلمين رحمكم الله

Ada beberapa pendapat tentang hukum serangga, termasuk tokek dan cicak.

HUJAH 1 : Kebanyakan ulama’ menyatakan bahawa serangga adalah haram, ini kerana ia termasuk binatang yang menjijikkan. Pengharaman serangga adalah termasuk dalam keumuman ayat 157 Surah Al A’araf berikut:

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَآئِثَ

“Dan ia menghalalkan yang baik dan mengharamkan atas mereka segala yang buruk (menjijikkan

Banyak ulama’ menyatakan bahawa standard barang yang menjijikkan ialah berdasarkan pendapat masyarakat umum, bila masyarakat umum menyatakan suatu hal itu menjijikkan maka itu haram, bila kebanyakan mereka menyatakan tidak menjijikkan maka itu halal. Dalam isu ini, semua orang menyifatkan cicak & tokek adalah jenis binatang yang menjijikkan. Melihat sahaja ekornya yang terputus dari badan, sudah ramai yang geli geleman.

Dengan demikian, cicak dan juga tokek tidak dapat dikategorikan sebagai hal yang baik (thayyibaat). Bahkan ia termasyk sebagai al-Khabaais.Bahkan Ibnu Hazem Al Andalusi menyatakan dlm (Al Muhalla 7/405) : “Cicak adalah salah satu binatang yang paling menjijikkan.”

As Syaukani menyatakan dalam (Nailul Authar 8/200) : “Cicak itu termasuk binatang melata yang mengganggu manusia, dan tokek adalah salah satu spesies darinya yang berbadan lebih besar.”

Kesimpulan awalnya, ulama’ telah menegaskan bahwa tokek adalah satu spesies & satu keluarga dengan cicak, dengan demikian hukumnya pun adalah sama.

معشر المسلمين رحمكم الله

HUJAH KE 2: Berkaitan dengan cicak dan tokek, Nabi SAW secara khusus telah memerintahkan kita untuk membunuhnya setiap kali kita melihatnya. Asas kepada hukum yang melibatkan binatang ialah :

Binatang yang diperintahkan untuk dibunuh tanpa melalui proses penyembelihan adalah haram dimakan, kerana seandainya haiwan-haiwan tersebut halal untuk dimakan maka tentunya Nabi SAW, tidak akan mengizinkan untuk membunuhnya kecuali setelah proses penyembelihan yang syar'i.

معشر المسلمين رحمكم الله

HUJAH KE 3 : Di dalam hadis yang lain dinyatakan pula membunuh cicak dengan pukulan yang pertama lebih banyak pahalanya berbanding pada pukulan kedua dan ketiga. Ini berdasarkan hadis di dalam Sahih Muslim ,Nabi S.A.W. bersabda:

مَنْ قَتَلَ وَزَغًا فِى أَوَّلِ ضَرْبَةٍ كُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَفِى الثَّانِيَةِ دُونَ ذَلِكَ وَفِى الثَّالِثَةِ دُونَ ذَلِكَ رواه مسلم

“Barang siapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan, maka ia mendapatkan pahala seratus kebaikan, dan bila ia membunuhnya pada pukulan kedua, maka ia mendapatkan pahala kurang daripada itu, dan bila pada pukulan ketiga, maka ia mendapatkan pahala kurang daripada itu.” (Riwayat Muslim)

PERSOALANNYA sekarang , para pemburu & penggemar tokek pasti akan menyalahi 2 hujah kenabian ini. Apa tidaknya? Bukankah Nabi menyuruh kita membunuh tokek ini ? Tapi penggemar tokek sanggup untuk membina sangkar yang selesa demi memelihara tokeknya. Bahkan tokek ini akan dijamu makanan yang lazat & berzat demi membina tumbesarannya agar melebihi 300 gram ke atas. Hal ini tdk ubah bagai layanan terhadap seorang atlit bina badan pula. Sekali lagi manusia mencabar larangan kekasih Allah sebenarnya.

معشر المسلمين رحمكم الله

HUJAH KE 4 : Tokek termasuk kategori binatang yang jahat @ fuwaisiq. Imam Muslim meriwayatkan :

عن سعد بن أبي وقاص :أن النبي [ص] أمر بقتل الوزغ وسماه فويسقا رواه مسلم

Diriwayatkan dari sahabat Sa’ad bin Abi Waqqas RA, bahwa Nabi SAW, memerintahkan agar kita membunuh cicak, dan beliau menyebutnya sebagai fuwaisiq (binatang jahat). (Riwayat Muslim)

Para ulama’ diantaranya ialah Imam An Nawawi telah menjelaskan bahawa hikmah sebahagian binatang ini digelar dengan (fasiq atau fuwaisiq) adalah dikeranakan binatang-binatang tersebut menyalahi keumuman binatang melata lainnya, dalam hal kehalalan atau larangan membunuhnya. (Nailul Authar 5/80)

Oleh kerana itu para ulama’ menegaskan bahwa setiap binatang yang digelar sebagai binatang fasiq atau fawasiq atau fuwaisiq, Halal untuk di bunuh, baik di tanah halal atau tanah haram, baik ketika sedang berihram atau tidak.Pada beberapa riwayat lain, antaranya Ibnu Majah menjelaskan mengapa keluarga cicak digelar fuwaisiq :

كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ

“Dahulu cicak itu meniup-niup (api agar semakin marak membakar) nabi Ibrahim ‘alaihissalam.” (Riwayat Bukhari)

معشر المسلمين رحمكم الله

Bila penjelasan ini telah dapat diterima, maka dapat disimpulkan bahwa memperjual-belikan tokek, cicak dan yang serupa tidak dibenarkan ataupun haram. Yang demikian itu dikeranakan setiap yang haram, pasti haram pula untuk diperjual-belikan:

إنَّ الله إِذَا حَرَّمَ عَلَى قَوْمٍ أَكْلَ شَيءٍ حَرَّمَ عَلَيهِمْ ثَمَنَهُ

“Sesungguhnya bila Allah telah mengharamkan atas suatu kaum untuk memakan sesuatu, pasti Ia mengharamkan pula atas mereka hasil penjualannya.” (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan dinyatakan sebagai hadits shohih oleh Ibnu Hibban)

معشر المسلمين رحمكم الله

Antara beberapa persoalan tambahan yang perlu direnungi oleh mereka yang berminat menceburi perniagaan Haram ini ialah :

1- Sejauhmana kebenaran bahawa tokek ini digunakan sebagai bahan utama untuk penawar penyakit AIDS? Atau ia hanya propaganda yang sengaja digembar- gemburkan untuk memper*****kan umat Islam. Apabila Islam telah mengaramkannya & Nabi pula mengarahkan agar haiwan ini terus dibunuh, masakan masih ada penawar pada tubuh haiwan ini?

2- Apakah benar ada tokek yang saiznya begitu luar biasa hingga mencapai berat yang heboh diceritakan ? saya khuatir andai saiz dan syarat yang dikenakan oleh pembeli itu adlh syarat yang mustahil untuk disediakan.

3- Adakah benar tokek ini bisa membawa pendapatan yang lumayan, atau ia hanya sekadar cerita-ceria yang bersifat bagai aji no-moto sahaja ? Kalaulah ia bisa kaya, rasanya sudah lama penduduk di Pulau Banggi, di Kudat sana bergelar jutawan, kerana tokek memang banyak membiak disana.. Inilah pendapat yang menurut hemat saya dan sebatas ilmu yang saya miliki, hujah yang paling kuat dalam permasalahan ini. Adalah diharapkan masyarakat Islam di Tawau ini, dapat mengelakkan diri, daripada terlibat dengan aktiviti bisnes yang menghimpunkan pelbagai unsure pengharaman ini.

Memang kita digalakkan untuk menceburi sesuatu yang baru. Tetapi, seandainya telah wujud beberapa dalil & hujah yang melarangnya, bererti, perkara tersebut telah menjadi Haram dengan sebab yang mendatang tadi.
Wallahu a’alam bisshowab,


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Wednesday, December 8, 2010

Jodoh!! Pilihan atau Ketentuan...

A'kum dan salam sejahtera buat pembaca di luar sana. N3 ku ini bukanlah untuk mengata mengumpat atau mengkeji sesiapa. Tapi, inilah cerita sebenar dan bolehlah dijadikan iktibar jika mahu mahu la. tepuk dada tanya lah Iman.


Perkara ni sudah lama berlaku, sejak aku belum mendirikan rumahtangga lagi. Tapi recently aku mendapat tahu akan kesudahan cerita cinta yg penuh romatis di permulaanya.


Harap harap pembaca yg belum berumahtangga, sila ambil cerita ini sebagai iktibar.Supaya cerita ini dapat membantu anda membuat pilihan yg tepat ok.
Sewaktu usiaku dalam lingkungan 20-an , aku tinggal serumah dengan beberapa org teman. Umah sewa. Dalam ramai ramai tu, ada la 2 org jer yg dikategorikan sebagai andartu. Tapi ok lagi dorang tu masih bergetah dan lawa. Bukannya tua sangat pun time tu, dalam 35 cam gitu lah. Tapi, dorang tu rasa yang dorang dah tua.


Ada seorang kakak tu, dia menjalinkan hubungan dengan Suami orang. Kemain lagi la bergayanya, tambahan pulak suami org tu duit berkepok kepok. Selalulah, bila balik dating, bawak balik itu ini. dapat bunga ler, baju ler, handbag la. mcm mcm. Yang herannya, kalau la suami org tu beriman, kenapa Hari valentine dia sambut?????
wah naik jeles kami tengok ni. Tapi... nak wat per kan, kena sembunyi sembunyi, takut isteri si lelaki tadi tahu. habis la.
Kami ada la nasihatkan dia, jgnla mcm gini kak. kesian isteri dia. kalau akak kat tempat dia, sedih tak?
ha.. mulalah kami dimarahnya. Korang jeles sebenarnya. Apa nak heran, jadi yang kedua ke, ke tiga ka, asal duit berkepok kepok dah ler. Kalau dia balik umah bini dia, aku kat sini boleh rileks rileks. kongsi pun tak per, janji bulan bulan cukup makan pakai dah!!!. korang budak budak mentah apa tau.


Aku tak mau jadi mcm korang, dapat pak we, nek motor jer, makan pun kat warung. sengkek!!!. Nak beli itu ini kena guna duit sendiri.
Tak per la kak, susah senang kami harungi bersama, so bila tua lebih berkat.

Pas aku kawin, bagainya aku dpt tau dorang dah kawin, isteri tua kat Penang & kakak serumah aku tu isteri muda duduk kat KL.
Recently, aku dapat tahu yang kakak serumah aku tu tak der zuriat dalam perkahwinanya, pas tu suaminya pulak kena potong kaki sebab kencing manis. Then, bila dah sakit, tentulah di jaga oleh si isteri tua. betul tak?


Sekarang tinggallah kakak tu kat KL. nak tengok suami dah tak boleh, sebab dah sakiti hati isteri tua dulunya. Makan minum sapa lah nak tanggung. Nak harap suami, dah terlantar sakit.Aku memang kesian kat dia.
Ni lah dikatakan, Jodoh tu kalau tak der kena usaha untuk mencari, tapi kalau cari jodoh tu, pilihlah yang beriman, jgn pilih duit kepok kepok jer. Ingatlah masa depan.



Nota:- kekadang nasihat daripada orang yang lebih muda pun harus diambil kira. jgn ingat kita terlebih makan garam, semua yang kita buat tu betul. Aku diakan agar kakak serumahku itu, sentiasa bermuhasabah diri sempena Ma'al Hijrah ni...

Maal Hijrah..

Apakah pandangan anda tentang Maal Hijrah? Adakah sambutan Maal Hijrah hanyalah cuti umum atau permulaan tahun baru dalam kalendar Islam yang semakin kurang dihayati pengertiannya sehingga ia semakin tidak membawa apa-apa makna, selain waktu senggang untuk berehat.

Tahun baru dalam Islam bukanlah sambutan perayaan atau simbolik semata-mata, tetapi membawa maksud yang lebih mendalam.

Faktanya, umat Islam memahami bahawa tahun Hijrah yang kini sudah mencapai angka 1432 menandakan perpindahan besar Nabi Muhammad SAW serta pengikut Baginda dari Makkah ke Madinah. Hijrah Rasulullah menandakan lembaran baru terhadap penyebaran Islam yang lebih makmur.

Hijrah menurut pengertian umum ialah meninggalkan larangan Allah dan melaksanakan perintah-Nya, bagaimanapun dalam pengertian yang lebih luas, ia membawa maksud keluar daripada medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil.


" Terkenangku di waktu sekolah rendah. Bila tibanya sambutan Maal Hijrah, akulah org yang sibuk kat Pentas beramai ramai bernasyid lagu Maal Hijrah" memang seronok time tu.

Sejak ke sekolah menengah ku dah tak aktif buat semua tu. sebab masih ada insan lain yang lebih aktif dariku. hiksss. Ingat lagi ku lagi itu:
Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
nota:- bila tiba tahun baru ramai umat islam yg sibuk nak ada azam thn baru. Tapi, berapa ramaikah yang mempunyai azam baru bila tiba sambutan Maal Hijrah??
Semoga ku sentiasa bermuhasabah diri dan berubah ke arah kebaikan. amin...

Monday, December 6, 2010

Ucapan Takziah..

Pagi tadi.. dalam kesibukkan aku dok bersiap nak datang kerja. Then SMS aku berbunyi lak. sapa la pepagi ni antor SMS. Ah.. kejap lagi la aku tengok. mundar mandir aku kat dalam umah. ambil kain sidai. keringkan rambut bagainya..


Pas tu, terasa nak tengok SMS tu. bila aku baca, sms tu datang dari sahabat blog kita,
Zuraiwan. Sungguh sedih kuterima berita yang MILnya telah meninggal dunia jam 7:30 pagi tadi. terkejut aku. Semoga rohnya dicucuri rahmat. dan untuk zuraiwan, semoga dia kuat semangat.


On the way datang office, tengah drive tu ada sms masuk lagi. tapi, tengah drive mana boleh belek HP kan. memandangkan HP kat dalam handbag aku biarkan aja. Sesampai kat office, aku received sms dari gieyana pulak, yg menyampaikan berita yg sama.


pas tu sms balas tanya itu & tanya ini. gieyana.ckp dia ada pergi melawat MIL zuraiwan, tengok ok jer semalam, pegang kaki pun rasa panas. tak sangka pulak pagi ni dah pergi buat selama-lamanya.


Tu lah kan ajal maut semua di tangan tuhan. Dia yang menentukan bila kita akan dilahirkan dan bila jua kita akan kembali. Alfatihah...

Saturday, December 4, 2010

Bila Tangan Gatal...

Tak der apa yg nak di updated kat blog haku hari ni. Memang dah lama pics ni ada kat dalam draft. Hari ni boring semacam jer ku rasa. Husband kerja. Amirul pulak ikut baby sitter pergi makan kenduri kat sungai Nibong.


Then, kejap tadi call cakap nak meronda ronda kat kompleks Bukit Jambul. Memang baby sitter selalu bawak si Amirul ni kehulu kehilir. dah jadi mcm anak dorang dah si Amirul ni. Balik nanti mestilah bawak balik berkeping keping sticker.




ha.. ni ler tempat semua sticker tu bersemadi. kat Helmet dia. Tak kisahlah kalau sticker tu di tampal berdouble double cam gini. Pas tu, bila nek motor ngan hubby, siap tayang tayang lagi helmet dia yang entah apa apa tu. Sticker free dari susu pun dia stick jugak.




Bukan takat helmet ni jer dia tampal. habis jug & mug aku kat umah di tampalnya. Ada buku sticker tak nak tampal. dah uper apa ntah, helmet dia ni.
Kekadang tu dia stick kat badan, tangan & kat rambut pun dia lekat jugak. Bila nak tanggalkan menangis. yer la habis terkeluar semua bulu roma. sekarang dah tak berani nak lekat kan tangan & kaki dah.
tu lah bila dah sakit baru nak stop. Biar dia belajar dari pengalaman.