Thursday, January 6, 2011

Apa Maksud "EX"

Aku ni memang addict dengan sinar fm. mana taknya, kalau hubby ubah jer channel lain, mula la aku hangin satu badan. hehehe.. Tambah tambah time pepagi nak drive pergi kerja.


Layan lawak 3 orang kat atas ni memang tersengih sengih aku dalam keta sengsorang. Ada-ada jer la lawak dorang tu. Kejap kejap Abang Jam, kejap plak Mak Neng. Tapi bukan itu yg aku nak citer. Aku nak citer ttg apa maksud "EX".


ok lah, kepada sesap yg tak dengar sinar Fm, meh sini aku nak kongsi. Tapi aku tak tau la, jawapan ni hasil merapu si Abby Fana ni, atau memang benar jawapannya. ( Apa pandangan Korang?).


Selalu kita dengar ttg Ex-boyfriend, Ex-husband/wife. kalau dalam Bahasa melayu selalu org cakap bekas isteri/suami. Tapi, si Abby Fana ni cakap Ex tu maksudnya "Expired" betul ka? kahhhhhhh...


suami expired, kekasih expired. bunyi mcm lucu la. Asyik dok gelak, sampai tersilap wat coatation. Last, this morning Claims Manager Overseas Assurance call aku ckp aku propose utk bumper keta twice. kahhhhh..
kena seketoi. ambek ko wat salah, kena marah pepagi. theeee.. theeee...


Mulai hari ni aku nak panggil utk bekas kekasih ke, bekas suami ke sebagai Sumai expired dan kekasih expired.
kikikikik...

Keletahnya...

Kekadang aku tersenyum sendiri, dan ada kalanya aku tak sabar nak tunggu hubby pulang kerja, sebab nak citer segalanya kat hubby.

Semalam, aku pergi B'day party anak kawan aku, kebetulan anak kepada kawan aku tu pakai seksi. Amirul pun tanya ler, Ibu.. awat dia tu tak pakai baju? hish.. soklan apa la tu. Pi le beli kat pasar malam kan banyak orang jual baju. awat ibu tak beli sehelai kat dia?

Pagi tadi, dia siap ckp kat aku, jgn bagi papa tengok gambar kawan ibu yg tak pakai baju tu noh. Satgi papa jadi gedik pulak. kahhhhh.. kahhh.... ketawa guling guling aku ni bila citer kat hubby.

Di hari yang lain,
Sambil aku leka menonton Adnan sempit bersama Amirul, tetiba ja ada dialog ckp perkataan "Romen". Then degan selamba rock jer, Amirul tanya:- Ibu.. Romen tu apa?
Terlopong aku nak jwab. kalau korang , apa jawapan yg nak korang answer??
Nak selamatkan keadaan, aku cakap jer la, Ultraman, kalau dah banyak sangat ultraman, sebut cepat cepat jadilah romen.

Sekarang pulak, dia dah start sekolah, then aku suh ler dia masuk tidur awal. Bila aku tengok dia dah tutup mata, aku keluarla parking kat Hall teman husband nonton TV sambil Iron baju.

Tetiba ja dia terjongok kat muka pintu bilik, siap sound kami laki bini. "oooo saja suh Mirul tidur awal, nak bercinta la tu..reja lain tak dak ibu ngan papa ni, bercinta bercinta bercinta..

Terkedu aku & hubby, dari mana ler dia belajar nk cakap mcm tu semua. hishhh...



Kebetulan, akiu cash out banyak sikit bulan ni sebab nak bayar yuran sekolah dia, nak bagi mak sikit dan bagainya ler. Masa aku tengah cari HP kat dalam handbag, terjatuh ler wang yang berkeping keping tu. Then mula lah dia bunyi. oooo... ibu ada duit banyak rupanya, saja tak mau beli menan mirul...

Aku cakap ler, duit ni nak bagi kat cikgu mirul sebab nak masuk sekolah besok. Then dia ckp plak, kalau mcm tu kaya la cikgu tu noh. semua ibu & ngan papa kawan kwan mirul bagi duit kat dia. ishhh ke situ pulak!!!


Biasalah aku ni, dalam sehari mesti call mak kat kg gebang gebang. Sambil gebang gebang tu, tetiba Amirul Interfere. Tok! ibu kan dia ada duit beratus ratus. Mirul yg nampak, dia sembunyi kat dalam beg tangan dia. Tak mau bagi kat mirul kat papa semua... habis lah sekali ngan mak aku pun di acomnya.



Nota:- sekarang kena berhati hati bila berbicara.. spy kecik kat umah tu kay poh chi & mulut becok!!!

Wednesday, January 5, 2011

Rajak Lawak Astro Musim ke 5

kikikikik... jgn gempaq noh. Gambor kat atas tu adalah gambo peserta Raja Lawak Musim ke 5. Nama sebenar, Sulaiman Bin Ibrahim. hehehe... Nama aku pulak Siti Fatimah Binti Ibrahim.

Nampak tak persamaan tu? Nama bapak kami sama. Maknanya, bapa kami adalah orang yang sama ler. Chewah... nak promote lak kali ni. Jgn lupa nonton adik aku ni yer.


Biasalah kan, sapa kakaknya, kalau sesapa yg pernah jumpa aku, tau ler aku ni mcm mana. Kalau nak rasa tak kering gusi meh ler jumpa aku nih. hehehe..


tu jer la, aku nak kasi tau korang semua, yg peserta raja lawak si LEMAN tu sebenarnya adik aku yang tersayang.. muah muah.

Tuesday, January 4, 2011

Ayat Ruqyah

Last week, aku & hubby bersantai santai kat rumah sambil nonton rancangan Al kulliyah. Topik last week adalah tentang Rawatan Secara Islam menggunakan ayat ayat ruqyah.

Part yg paling best bila, ustaz ada tanya ler kpd jin yg masuk dlm badan pesakit tu. Kenapa kau kacau manusia. Dia pun jawab Aku benci pada manusia, then last dia jawab dia masuk dalam badan lelaki tersebut sebab dia suka kat isteri lelaki tersebut.

hohoho.. terlopong aku dengar, cam no ek? dah masuk dalam badan suami dia, pas tu tido lak ngan bini dia. Nauzubillah... Syaitan Naklatullah.

Korang boleh ler baca buku ni kalau nak tahu lebih mendalam. Sebab apa, tak siapa pun sedar yg dalam badan tu ada jin/syaitan yg sedang bertandang. Aku pun apa lagi, siap cadangkan kat hubby utk buat sesuatu la. Mana tau kan..

Then petang tu, kami pergi la jumpa seseorang utk selesaikan masalah yg aku hadapi ni. Orang alim tu ckp dia akan cuba pagar rumah aku tu. Then dia suruh aku kuatkan amal ibadat seperti membaca al-fatihah 21 kali, baca ayat kursi 7 kali dan membaca ayat 4 qul. sebagai amalan seharian. kalau boleh jgn tinggalkan.


Then petang tu jugak, husband taburkan garam bercampur lada hitam di sekeliling umah aku. Moga moga aku dilindungi dari rejim iblis.

nota:- Nak jugak aku try perubatan secara Ruqyah ni.

Anak Angkat

Dah tak tahan menunggu kehadiran insan baru dalam keluarga kami. Akhirnya Amirul Menyuarakan hasrat hatinya ambil anak angkat saja. Tapi, dia nak anak angkat perempuan.

Ni ler mak kepada anak angkat Amirul. hehehe... jgn tersalah anggap tau, Bukan anak angkat aku, tapi anak angkat Amirul. Aku pun tak sure, sama ada si Amirul ni faham ke tidak apa menda tu anak angkat.

Sebenarnya budak comey ni cucu kepada mak mengasuh/baby sitter si Amirul. Oleh kerana Amirul ni baik sangat dengan anak anak baby sitter, mula la dorang tu menyakat dia.Asal dorang cakap suh jadi ayah angkat kepada si comel ni. Dia pun on jer la.

Memang cute baby ni. Namanya Aisyah. Ni ler, first time aku tengok & kendong dia. sebelum ni asyik Amirul jer dok citer tentang dia. hehehe.. Oleh kerana dia panggil abang kpd ayah baby ni, makanya secara automatik dia ni bapa sedara angkat lah. Sebab tu terover tanggungjawab sikit.

Pernah suatu pagi tu, Amirul suh aku beli susu untuk si Aisyah ni. Yer la, kan dia tu bapa angkat pada baby ni kena ler jaga makan & pakai. Amboi... umur baru setahun jagung, ada ati nak jadi bapak ek?

hmmm... kalau la aku leh dapat anak secomel ni kan bagus. Nantilah Amirul, sure one day akan ada jugak baby baru kat umah kita.

Monday, January 3, 2011

Mood Tahun Baru 2011

Hari ini, 3/01/2011. Mood cuti masih pekat melekat kat aku nih. Tapi, hari ni, kena bangun awal. Siapkan air diri sendiri dan siapkan anak bujangku sorang tu. Maklumlah hari ni bermulalah sesi persekolahan anakku. Walaupun 6 tahun, kena ler pergi ngadap cikgu jugak. nak bayar yuran, tentukan saiz baju dan bagainya.
Amirul cam biasalah tak ler malas malas. Dia kan excited nak pakai beg baru, kasut baru & semuanya serba baru ler. So, awal awal dah bangun. Kalau idak, lepas subuh aku lelap jugak mata ni. Tapi, sekarang dah tak boleh ler, nak kena siapkan sarapan utk dia lagi. buat itu ini, sibuk le pagi ku.



Tadi, masa sesi pendaftaran, ramai la ibubapa yg beratur panjang. Sambil melayan karenah anak anak. Ada yg lari, meloncat. Tapi, lain pulak Amirul ni. Mana taknya, kawan seusia dan sepermainannya pun ikut pergi sekolah yg sama ngan dia. Apa lagi, dia buat sekolah tu dah mcm umah sendiri. Siap bersila, gelak gelak, peluk peluk. tak kisah dah kat aku yg sedang beratur ni.Hai.. cam tu lah Amirul kalau dah jumpa kawan.

Then, masa balik dari register tu, tetiba plak ujan turun dengan lebat sekali. hubby pulak advise aku jgn pergi lagi, sebab bahaya kalau drive dalam keadaan hujan lebat. Si, aku parking jap kat sofa. Terlelap gak kejap. hehehe...



Alangkah baiknya kalau leh dapat sambung cuti lagi. Tapi, tak leh ler, sebab aku ada appoinment kul 12.00. hishhh kaco daun tul la. kalau idak leh ler aku half day. hehehehe...

Upss.. cam ner la aku leh lupa nak arrange bus sekolah untuk Amirul. Memang lupa tul tadi. Tak per la, besok jer la.hubby pun lupa gak. tak leh jadi ni, besok kena arrange, kalau idak cam na Amirul nak balik kan. Hari ni tak per la sebab sekolah tak mula lagi. Hari rabu baru dorang start sesi persekolahan. So, besok aku gi arrange bus sekolah jer la. Amirul tak yah la ikut.



notes:-harap harap thn ni prestasi Amirul kat sekolah lebih baik dari tahun lepas. Amin

Thursday, December 30, 2010

Fort Cornwallis

Di kesempatan yang ada, kami sempat juga mengisi ruang masa yang cuti sekolah yang berbaki beberapa hari lagi aja. Jenjalan sekitar Penang jer.


Murah jer tiket nak masuk Fort Cornwallis ni. Sejak 13thn aku tinggal kat Penang ni, Ini lah pertama kali aku menjejak kaki ke sini. heheheh.


click gambar kalo nak baca. kalau tak nak clik guna kanta pembesar k.


Fort Cornwallis ni terletak bersebelahan dengan padang kota lama. ( Taman Kota Lama)



meh ler masuk. aku lak yg jadi model kat sini.


ngan ngan dengan celah kelangkang Francis light. Aku nak bergaya kat sini, hubby tak bagi, sebab aku ni lemah. yer la kan, patung lak tu.



ha..gaya Amirul dengan Meriam ni.



Macam macam gaya dia buat. Besar til Meriam kat sini.




ni lak , kami masuk kat dalam kubu. Mcm penjara lak aku rasa. ada tingkap kecik yang ada jaring jaring.



masuk ke dalam sikit k. ishh rasa gerun la.

upsss.. Amirul nak kena langgar dek tentera british. hati hati!!!!



Ni ler rupa kubu dari luar.


Nampak pelik pun ada bila Amirul posing cenggini.


Last... sebelum balik aku nak gak ambik gambar ngan hubby berlatar belakangkan view laut kat Padang kota tu. Ni ler sekeping yang ada gambar kami berdua petang tu. Sebab cameraman cilik tu asyik excited dengan Meriam.
note:- walaupun penat, tapi seronok sebab tekakku di hidangkan dengan "ROJAK MENJERIT". Sedap.