Monday, January 24, 2011

Taman Negara Pulau Pinang

Selepas je Amirul makan Bihun sup. Hubby bawak kami pergi ke Taman Negara
lah pulak. Saja nak pergi rileks rileks
kat sana sambil cuci mata



Jambatan gantung. Aku pun tak pernah sampai ke dalam utan ni
sebab jauh jugak nak masuk dalam utan tu. hiking ler jawabnya
kalau korang ada kaki & lutut yg power leh le cuba

gambar ni akusnap kat tour guide picture ja. hahahaha..

Mana ler aku ada tenaga nak hiking time boyot ni. kalau tak boyot, mungkin akuredah jer hutan belukat tu. mesti adventure kan.

Leh la tengok burung ni jugak. pernah la gi dodulu ni. Tapi aku tak hiking.aku nek boat jer.

haaa.. boat yg kat jetty ni ler. Sebiji boat ada yag rega 120.00, 180.00 bergantung Pulau mana yg korang nak pergi. kena booking kat boatman kat depan sinun.

Salah satu pulau yg org suka berkunjung . kalau nak jimat hiking jer.


Gambar blur plak. Dah ler mak buyung tengah parking ni. Amirul yang snap photo ni.Sian dia demam demam pun kena jadi juruphoto.

ok. sekali lagi.

mengelamun kemana pulak dua beranak ni. hehehe...

Friday, January 21, 2011

Perjalanan Seterusnya..

Sebagai memenuhi permintaan Amirul, Kami dengan gigihnya mencari tempat orang menjual Bihun sup. Aku & hubby memang tak lapar pun.
Kena bagi Amirul makan jugak, bimbang ler, kalau demam tak nak makan,
jap lagi pengsan pulak.

Sampai jer bihun sup tu, Amirul terus ngap. Walaupun tak habis semangkuk
bihun sup tu, at least ada jugak kabohidrat masuk kat badan tu

Teh panas kegemaran Amirul. Cawan tu nampak klasik.
Tak boleh minum ais tau, sebab demam. Tapi, Aku suruh
tuan kedai letak air cond kat tepi cawan tu
sebab tu piring tu berair jer, sebab ketul ais dah cair ler..
ok, sambung makan lagi. Aku usha usha kat gerai sebelahan tu ada jual goreng pisang & kopok lekor.
Memandangkan aku ni agak tak lalu nak jamah nasi, makanan ringan ler yang aku
nampak. hehehehe..

Beli RM 2 hinggit jer. tu pun makan tak habis. Bawak balik pi bilik pun still tak
der sapa yg nak makan. Last cik garbage yg telan.


Kopok lekor ni nampak sedap. hubby yng nak sangat. Bila makan jer
rasa mcm tak bapa nak sedap.
last, jadi rezeki si..
kucing ni ha.. ok la kan. at least tak ler mebazir mcm gorpis aku tu.

Nota:-Nak kemana lagi lepas ni?, tunggu yer!!!!!

Ibu pergi jumpa Drakula ka?

Sejak dua menjak ni, aku berulang alik jer ke GH.
Sebab Amirul & hubby dah kena suspect Denggi
Bila ke sana, biasalah kena ambil sampel darah
Time darah Amirul di ambil, Amirul pegang perut aku ni kuat kuat
Cakap" Adik, abang kuat tau, abang tak sakit pun"
Sampai Nurse kat sana senyum senyum kambing di buatnya..

Alhamdulillah, semuanya dah sihat sekarang.
Maka tibalah turn aku pulak, nak gi Klinik Kesihatan sebab nak di ambil sampel darah untuk test HIV.( biasa lah org ngandung kan)
Then Amirul tanya: Ibu nak pi mana pepagi ni? Ibu nak pergi ambik darah.
Ibu nak pi jumpa DRAKULA ka?
hohoho.. kesitu lak Amirul ni.

Ha la.. Drakula kan isap darah, Misi tu dok ambik Darah Mirul, darah papa & darah ibu tu sama mcm drakula la.kahhhhh.. ada ka dia samakan cik misi tu ngan Drakula.

Bawa B'day Boy Jenjalan..

Hehehehe... lompat lompat lak story aku nih.
Excited nak citer ttg anniversary, terlepas lak citer B'day boy ni
Sebagai mengisi masa yang ada, kami bawa ler Amirul
jenjalan ke kawasan yang berdekatan
Sebelum gerak, wajib snap photo dulu yer. Amirul yang request nak photo chenggini.
hehehe...

Hehehehe... Ibu si b'day boy yang lebih lebih. B'day boy rileks jer. Tak per ar.. anggap la adik Amirul yang berphotog tu. Aku tumpang bosy jer. boleh gitew????

ahak... tetiba boyot aku terselindung bila pose chenggini. Nak kena pose chenggini selalu la. nampak kurus plak. wahhh.. pasan tak hengat!!!
Ingat ler.. dalam peyot tu pun nak posing gak tau.


Amirul mula keletihan, Nak ajak posing pun dia dah demand mcm mcm. Jap nak itu, jap nak ini.
Last request, dia nak makan rojak.
Ok lah nanti ibu & papa belikan k.

Dah tak larat nak jalan dah. Terus jer dia kecepuk kat parking lot tu. kwang... kwang..
apa lagi, tugas Mr. hubby ler yg nak kena kendong dia.
Wuits... naper snap bontot buyong lak ni???

Hai... sapa yang mintak & sapa lak yang bedal ni? Tengok ler kat kepala Amirul tu. Pak cik penjual rojak tu kasi lagi satu lidi. Yang tu ler untuk Amirul. hehehe..
Amirul makan sikit ja, dia syik cakap tak sedap jer.
Then, dia request bihun sup pulak..
ok.. ok.. b'day boy, nanti kita pergi cari bihun sup k.

Nota:- Kami gerak lagi ke satu destinasi yang lain. tunggu yer!!!

Wednesday, January 19, 2011

Detik Detik Sambutan Anniversary ke 8

Setelah puas bawa B'day boy meronda ronda. Kami balik Bilik Hotel Jap, rehatkan badan. Lepas Magrib mcm tu la, kami gerak pergi ke Cafe FLAMINGGO .
Tapi, B'day boy pulak ala ala deman gitew.

Hikss.. ni ler gambar betiga yang jadi pun. yang lain tu semunya hancus. sebab letak camera kat tempat yang tak sesuai.

Punya la ramai orang malam tu. kebetulan ada dinner company apa ntah.

Walaupun wajah kelat jer Amirul tu, nak jugak dia posing kat tepi kolam. Aku booking BBQ Buffet Dinner. Dorang wat tepi kolam ni. Pilih jer la nak makan kat dalam cafe atau kat luar.
Aku makan kat dalam jer la. Sebab kat tepi kolam tu mcm gelap sikit.



hikss... ada gak org menghiburkan kami bertiga malam tu. Amirul mula la dengan khutbah dia."Ibu tu dok tengok org pakai skirt" sat masuk Neraka tak tau la...

Muka demam. makan pun aku kena feedkan. sian dia. Punyalah haku ni wat fully check up utk pastikan sihat semuanya. Mana tau yg Amirul pulak leh demam hari tu. sian dia.


Nampak tak, nama akuterpampang kat reserve table tu. hehehe.. org lain jgn nak mandai mandai parking kat meja aku noh. Sat aku saman baru tau. hehehehe emo lak!!!


Desert ni aku ambik sikit sikit ja. bukannya apa takut tak habih pulak.Lagipun Amirul tak berapa nak makan jer malam tu.

Sepinggan salad ni aku belasah. Ambik ko. Aku tak makan nasi ler, sebab memang tak lalu nak jamah. Ntah ler, pregnant kali ni lain fesyen sikit. Asam tak nak, Nasi tak lalu. Asyik nak makan buah jer...
Perut melayu, Amirul tetap dengan menu nasi. Berapa mulut jer dia makan. Itupun aku yang suapkan. kalau idak, tak jamah ler dia.

hehehehe... aku belasah makan seafood ni. Ketam, udang, ikan dan mcm mcm lagi lah. Naik sengkak perut aku nih.Hubby pulak asyik dok makan kambing bakar, daging bakar, ayam panggang.mcm mcm.. Last sampai hari ni dia pulak yang demam. Sampai kena suspect denggi you.


Ni ler menu terakhir kami. Aku & hubby syer satu mangkuk. sebab kalau ambik sorang semangkuk memang tak habis.


Masa aku mintak bill tu, terkejut Naga aku di buatnya, Mana taknya, dorang tak kira untuk Amirul ler. Wal hal masa booking ada mention ttg umur Amirul ni.
Mungkin Amirul ni nampak kecik, then ke sana ke mari hubby dukung dia, pas tu pulak time makan aku yang feedkan. Mungkin dorang ingat Amirul ni masih kecik lagi kot..


hahahaha... jimat aku 1/2 harga.

Today is Our Day!!!!

Hari ini tanggal 19/01/2011 genaplah usia perkahwinanku yang ke-8.
Masih mekar di ingatan tatkala aku menjadi tunangan orang

Cincin inilah penyeri jari manisku. Sebagai tanda sayang suami padaku, dia belikan cincin ini sempena tarikh lahirku. Iaitu 11biji batu, sebagai simbolik hari lahirku 11/07/1979.





Pada tarikh inilah juga aku diijabkabulkan, dan cincin ini pulak yang melekat di jariku.
sekali lagi suami menghadiahkan ku sebentuk cincin yang mempunyai 19biji batu.
sebagai simbolik tarikh perkahwinan kami iaitu 19/01/2003.


hmmm.. perhatikan betul betul cncin pertunanganku ini, bahagian bawahnya mcm patah jer

sebenarnya bukan patah, aku pergi kedai Emas dan guntingkan. Sebab masa aku pregnantkan Amirul, cincin ni masih tersarung di jari. Biasalah bila dah pregnant, jari jadi montok montok

so, sebagai penyelesaiannya, aku terpaksa potong kat bahagian bawahnya tu. hehehe

nota:- Jap lagi aku wat N3 ttg sambutan anniversary kami yer.

Tuesday, January 18, 2011

Pengumuman..

Dengan segala hormatnya aku mengumumkan..
Di bawah simpanan penyimpan penyimpan rahsia..
Aku dengan ini, mengumumumkan
bahawasanya aku sebenarnya mengidap penyakit
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

tara.. penyakit buatan suamiku sendiri. hikssss. Sebab tu la aku alami banyak gangguan sebelum ni. sebab kalau di awal mengandung memang badan lemah.
Sebab tu jugaklah, aku terpaksa booking bilik Hotel utk meraikan anniversaryku.
sebab aku tak leh lasak lasak atau berletih letihan.


Hahahaha.. sekarang kandunganku dah mencecah 4 bulan. that day aku pi scan, anak aku dah ada kaki & tangan. Gembiranya aku ni, sebab leh kasi Amirul adik this year.
Kengkawan semua doakanlah agar aku tak hadapi masalah mengandung kali ni.
Kalau ikut jangkaan, bulan 7 due date aku.
Sekarang perut pun dah nampak boyot sikit. hiksss, terujanya aku. lagi 2-3 minggu mungkin baby dah boleh gerak gerak. tak sabar you nak menikmati detik detik baby gerak dalam perut itew..



Nota :- Maaf yer Zuraiwan, that day kita lunch aku tak kasi tau. saja nak wat surprise!!!!