Tuesday, April 10, 2012

Cucoq Udang Banjir Punya

Saja Tak mo makan nasi lunch tadi
dah banyak hari dok order suh bos beli cucur udang ni
Tip kali dia pergi kedai cucur udang tu tak bukak

Hari ni mood tokey cucoq udang tu baik kot
bukak pula kedai dia.
Sebab aku asyik tanya sangat ttg cucoq udang ni
so dia belikan for my lunch today!

bukan cucoq udang aje yang ada, dia siap tambah kentang, telor rebus goreng, popia & timun.
kalau sebeleum ni pernah dia beli gak cucoq udang ni dia letak sosej sekali
tapi kali ni tak der sosej kot..
hehehe....kalau ada lagi le sedap

hmmm.... apa celop makan cucoq udang cicah satu satu
aku kasi banjir sama dia. mmmmm baru marveles.

kuah dia? fuh memang the best in this town ar.
Tapi kan, saja bos aku ni tak mau kasi tau dia beli kat mana
hmm.. tak pe lah, nanti aku korek rahsia sampai dapat.
hahaha.... jahat tak aku


tengok tu.. licin aku bedal. memang kenyang. Jap lagi nak pergi kat satu tempat.
mmm... lalu kat kedai kek plak.
mcm nak beli cheese kek le aku ni.

ok what for tea time.( mcm mana la nak kurus kalau cenggini)
kalau aku gemuk ada aku kesah...
memang la aku tak kesah, tapi org yang dok menengok aku tu la dok kesah sangat
sebab dorang la yg dok notice aku ni gemukkkkkkkk. muahahaha...

ok.. peace... kacang pees.. kueh lapissssssssssssssssss.

Monday, April 9, 2012

Dah Genetik Macam tu..

09/04/2012, umur Aleesya dah masuk 8 bulan 12 hari.
mcm biasa lah, aku bawak Aleesya pergi klinik tuk check up

pas timbang , ukur tinggi plak
sekali dorang kira BMI, jatuh merudum.huhuhu...

tengok la grft BMI aleesya. dah bapa kali jatuh kat petak kuning tu.

Nurse tu suruh la aku bagi anak aku makan itu, makan ini. ishhhh... bukan aku tak mau bagi
biarla kan.. janji dia sihat.

mungkin genetik dah memang mcm tu. sebab masa aku kecik dulu pun mak aku ckp aku small size je. pas tu bila dah besar sket baru start tinggi & gemuk.
semua anak abang abang aku pun sama.

Aku bukannya tak nak bagi anak aku tu makan itu ini. Cuma aku tak mau la train anak aku untuk jadi one of the malaysian Obes.

Jambu Cicah Milo

Officemate bagi aku sebiji jambu batu, besar la jugak
Dlm hati terbayang bayang serbuk asam kat dalam fridge di umah

mmm... nanti balik nak cicah jambu ni la.

sambil nonton TV sefamilly, aku pun ke dapur dan potong jambu
yang aku sengaja simpan dalam fride kejap. hehehe

sejuk sejuk kalau makan buah memang best. Pas tu aku ambik serbuk asam
pas tu, aku tambah sikit gula perang & garam halus


sebabnya, serbuk asam tu aku beli rasa masam je.. tak sama pun mcm yg kit abeli kat gerai gerai buah di tepi jalan. serbuk asam dorang tu sedap.

Bila sampai kat hall, aku ajak la hubby & Amirul makan. Aleesya? tengok je k. sebab kamu tak de gigi.. Selalunya kalau aku potong buah masing masing dok pulun makan

tapi kali ni, buat tak layan plak.


Last aku bagi la sedikit kat Amirul.
mmm... tak mau la ibu....
Ibu ni pelik la, makan jambu cicah milo....

ulps.... masa bila plak aku cicah ngan Milo ni?



Ha.. tengok le tu, memang nampak mcm serbuk Milo kan.. Patut la dorang tak layan jambu aku
sebab nampak mcm cicah ngan Milo. muahahaha....

Bila aku ckp yg ni bukan Milo tapi serbuk asam.
terus dorang serbu ar...

p/s. kalau la aku kata asam tu Milo kan best, dapat la aku makan sengsorang. hahaha. jahat jahat

Sunday, April 8, 2012

Geli... Korang nak makan Tak?



Jabba
ni merupakan watak jahat iaitu ketua kongsi gelap bagi pihak alien dalam filem Star Wars, tak silap aku la, sebab filem untuk siri ni tahun berapa ntah aku pun dah tak ingat, boleh dikatakan klasik jugak la. Apapun kek ni nampak cam sedap je, ada sesiapa berani makan?



seyes aku ckp, kek ni tak tertarik hati naluri aku langsung. GELI...... plak aku tengok

kaler dia mcm ulat.. uwekkkk


memang tak nampak mcm kek kan..

ya.. ianya sememangnya kek. Tapi kalau bagi kat aku seketul mcm tu memang tak makan ar.
kalau potong tu mungkin aku mkn ar...hehehe..

Saturday, April 7, 2012

Ambulan tbesar & tpanjang d Dunia

Kebiasaannya jika berlaku sebarang benca seperti tanah runtuh, sudah pasti kita akan mempunyai masalah untuk membawa ramai pesakit dengan ambulan.

Hal ini kerana sebuah ambulan hanya boleh memuatkan seorang pesakit kritikal sahaja, dan ini menyukarkan membawa ramai pesakit ke hospital. Kini terdapat sebuah ambulan canggih yang mana ia mampu membawa sehingga 100 orang pesakit dalam keadaan sakit ringan dan lebih daripada 40 dalam keadaan sakit tenat/berat.Ia turut direkod dalam Guinness sebagai ambulan terbesar di dunia bawa pesakit yang ramai ke hospital. Jom layan gambar ambulan pelik di bawah ini.

Besar kan ambulan ini? Tetapi jika berlaku kemalangan dan melibatkan pesakit yang tidak ramai, agak tidak berbaloi sebab dalam kenderaan yang besar ini sebenarnya memerlukan kos perjalanan yang tinggi. Tambahan pula, nak bawa laju pun, kena tengok kiri dan kanan. Ibarat macam kenderaan bas la juga kan. Tidak boleh dipandu laju untuk elakkan ia terbabas.









memang sesuai digunakan bila ada bencana seperti, ributtaufan tsunami, tanah runtuh dan banyak lagilah. Jika berlaku kecerderaan dalam jumlah yang ramai. ha.. sekali angkut ja, penuh Hospital.

Friday, April 6, 2012

Voucher sana Sini

Office korang mcm mana? tentu tak allowed salesman or salesgirls masuk tuk jual barang kan?
office aku pun sama gak, tapi kan... tapi kan....
nama pun cha ya nun alifnya bos, sales tu borak sikit dia dah allowed.

choi.. taik kucing tul, aku nak wat kerja pun tak senang.
Makanya, ada la geng geng sales yang dok mai,
ambik masa 5 minit konon, sekali borak lajak sampai 1/2 jam. ngacau tul ler..

ok, nak citer ttg voucher ni, ada la dorang promote voucher pizza Dominos, Us pizza & the latest swensen's. satu buku voucher RM 29.00 cam tu lah. Pas tu dalam tu ada kupon kupon yg korang boleh koyak & enjoy the food. bertahan selama 3 bulan okey.
aku mention sekali laki 3 bulannnnnnnnn. korang boleh jimat dalam 600-700 cam tu la kalau korang dapat habiskan semua kupon kupon tu.

RM 700.00 tu yang korang boleh jimat. Tapi berapa plak yg korang kena belanja utk dapatkan penjimatan 700 hengget tu? hahaha... pikirla sendiri. must be more than that la kan.

setiap kali dorang datang aku ckp aku tak mau. sebab tak de masa nak pergi makan. then dorang ckp leh bagi kat kengkawan bagainya la. muahahaha (marketing strategy la tu)

ok, korang bayangkan dalam masa 3 bulan tu ( jika korang beli la kupon ni) korang makan pizza, spageti & eskrem bagainya la. mau muntah ijo aku. hri hari nak makan pizza.

Ini pendapat aku ok.. kalau sesapa baca leh la tiru kalau nak. muahahaha
Kalau dorang wat tuk siam food ka, nasi melayu ka, secret recipies ka, old town ka mcm tu memang aku rembat la.

sebab, nama pun org malaysia kan, mesti hari hari makan nasi.
Cth:- makan nasi + sekor siakap stim RM 35-40 hengget, pas tu free telur dadar & kailan ikan masin or apa pape la. ok la kan. walaupun hat free tu termasuk dalam harga 35-40 hengget tu. hahaha... ini strategy k. baru leh maju.
or beli tom yam, padprik dengan discount 20-30% ka.

aku rasa makanan berunsurkan nasi lebih mesra malaysia gitu. korang setuju tak?
hehehe...kalau la ada voucher cam tu. aku beli & ajak korang pi makan. boleh gitu?

pas ni leh la aku pi suggest kat kedai kedai nasi mak cik makcik. pas tu aku lak jadi part time promoter.berdekah.. dekah...

Thursday, April 5, 2012

Free Gift

Actually masuk Guardian sesaja nak cuci mata. Pas tu kan tetiba gatai tangan
nak beli barang pulak ( biasala kan perempuan)
mcm mana pun nak beli jugak.... lahiriahnya begitu le kot.

mcm ni la aku, nak membeli je kerja aku.
Kalau window shopping, paling lekeh pun pencuci muka pun jadilah
asal dapat beli, ati dah puas. ngeeee

masa ambik barang tu aku ternampak tag kat rak tu tuli
"with purcahse 30 & above get free gift " umbrella kid"
ok lah.. beli 2 barang bagi cukup 30 hengget.

last terbelanja jugak lah 50 hengget kat Guardian tu hahahaha...

jeng jeng jeng.. dapat payung kecik shomey dari P&G
memang sesuai untuk Amirul

tambahan pulak payung hijau kecik kat umah tu dah rosak sikit
tapi Amirul still dok guna, sebab aku tak beli yang baru utk dia
sian dia.. pas ni guna payung ni plak ok sayang...

payung kecik ni memang penting utk Amirul, sebab kekadang bila hujan
dia still nak jugak pergi umah sitter dia tu.

kalau nak bawak payung besar tu tak terbawak la pulak.

alahai cik payung, warna putih la pulak. pas ni mesti lasam mcm belacan le ko dikerjakan leh Amirul tu. Mana taknya, lepas guna mesti main campak campak je

hehehe.. dia mana tau yg aku dapat free payung ni
dia mesti ingat aku beli khas untuk dia.
tengok la berapa lama dia leh bertahan ngan payung ni.